Thursday, 30 July 2015

PERMAISURI HATI - BAB 10

PERMAISURI HATI - BAB 10



SUDAH dua hari aku tidak berjumpa dengan Datuk Rafael. Baguslah.. jangankan bertembung pandang, terserempak dengannya pun aku tidak sudi lagi. Aku memang tidak mahu lagi bercakap dengannya setelah peristiwa yang memalukan itu. Tapi bolehkah begitu. Pasti boleh jika aku meghantar surat berhenti kerja. Aih..takkan aku segila itu..
Hari ini, aku memilih Isma Cafe sebagai tempat untuk makan tengah hari.
“Bashira..!!”.
Aku menoleh, tergamam seketika melihat kelibat Datuk Affendi di depan mata. Datuk Affendi adalah clientku beberapa bulan lepas.
“Hai Datuk..”.
“Lama I tak nampak you, Bashira”.
“Ya! Saya jarang keluar makan jauh dari syarikat. Hari ini, saja tukar selera”.
“Sorang?”.
“Ya!!”. Balasku.
“Boleh I teman?”. Soal Datuk Affendi.
Aku mengganguk dengan hati separuh rela. Entah mengapa, dari dulu lagi, aku kurang menyenangi sikap terlebih mesra lelaki yang sudah beristeri ini.
“You makin cantik sejak kebelangan ini”. Puji lelaki itu ketika menyuap makanan ke mulut.
“Thanks Datuk. Jarang I kena puji”.
“Bashira, honestly, I suka tengok you,cara you bawa diri dan penampilan you. Nampak sangat sofistikated dan bekerjaya. Kalau boleh I nak kenal lagi dekat dengan you”.
“I tahu you dah bersendirian sekarang, Bashira”.
Aku tercengang.“Datuk, saya memang sudah menjanda sekarang. Tapi saya bahagia begini. Dan saya pun tidak nampak apa tujuannya Datuk mahu kenal saya dengan lebih dekat. Saya tidak berminat untuk menjalin hubungan buat masa ini. By the way,you already have a wife. So please, just focus on her”.
“Bashira..”.
“I am gonna to make a fullstop to this conversation”. Kataku tegas.
Hatiku sakit. Begitu senang seorang lelaki bermain mata dengan wanita lain ketika si isteri tiada di sisi. Begitulah agaknya perangai Nizam dahulu. Aku menanam tekad, tidak akan sesekali aku menjadi seperti Erni, wanita yang menjadi perampas kebahagiaan rumah tanggaku dengan Nizam.


MIMIK muka Haikal yang masam mencuka aku kerling lagi. Langsung tidak mahu menegurku sejak aku berkata tidak pada permintaannya yang merapu-rapu itu. Jatuh simpati pula aku melihat muka sedihnya.
“Ekal..”. Rambutnya kubelai lembut. Dia memuncung.
“Jangan macam ni, sayang.”.
“Ekal nak pergi… Ekal dah janji nak bagi hadiah pada Era”.
Haikal merayu lagi.. Sakit kepalaku dengan permintaanya. Haikal mahu pergi ke majlis sambutan hari jadi kawannya. Waktu dia memberitahu kepadaku, baru aku teringat aku ada membeli gaun merah jambu untuk Era di SOGO hari itu. Bukannya aku tidak mahu menuruti keinginannya, tapi aku tidak kenal di mana rumahnya.
“Mama ingat Ekal dah bagi hadiah pada Era kat sekolah”.
“Ekal nak bagi kat rumah Era la mama”.
“Mama tak kenal rumah Era, macam mana nak pergi ni??”. Harap-harap dia terpujuk dengan alasanku.
Haikal memandangku. “Era suruh call papa Era”.
Errr..aku mati kata. Aduh! Budak-budak sekarang sudah bijak merancang rupanya. Haikal bangun dan mencapai sesuatu di dalam beg sekolahnya.
“Ni..”.
Kertas putih yang tertulis nombor telefon rumah itu aku pandang. Nampaknya aku tiada pilihan lain lagi. Aku terpaksa mengikut kehendak Haikal ini.
“Okay..kita pergi tapi sekejap saja tau”.
“Hooray..Ekal sayang mama!!”. Lebar senyuman Haikal  seraya mengucup pipiku. “Ekal nak tukar baju cantik-cantik”.
Aku mencapai telefon sejurus Haikal ke bilik tidurnya. Nombor itu aku dail perlahan.
“Assalamualaikum.!”. Gerangan di sana memberi salam. Berdasarkan suaranya, mungkin dia wanita  sudah berumur.
“Waalaikumussalam..err ini rumah Era..?”.
“Ya..ada apa..?”.
“Saya nak bercakap dengan ayah Era sekejap, boleh”.
“Baiklah..nanti makcik panggil ya, nak”.
Talian senyap. Aku menunggu dalam debar. Nervous juga hendak bercakap dengan bapak budak rupanya.
“Hello..Era’s father speaking”. Aku tersentak mendengar bahasa si ayah.
“Ah!!. Hello..ini..”.
“Siapa?”.
“Saya mama Ekal..”.
“Ekal...Oh..I know.. Dari tadi lagi Era asyik sebut Ekal saje.. Where are you..? Are you already here or you are on the way? Majlis baru nak mula”.
“Eh..belum..saya belum bertolak lagi. Sebenarnya saya tak tahu rumah Era. Kalau tak keberatan, boleh papa Era bagi alamat”.
“Papa Era?”. Kudengar dia meledakkan tawa.
“Ahh..macam ni la…apa kata awak bagi alamat rumah awak. It seem quite hard to find my houses. So, let my driver catch you”.
“Tapi ..”.
“You boleh berbincang dengan husband you. I akan suruh driver I hantar you all balik bila majlis dah habis”.
“Tapi..”
“Mama Ekal. I hope you have no objection against it. I really hope so”.
Bibirku terkunci mati.



TATKALA kakiku melangkah keluar dari kereta, aku tersentak melihat kediaman mewah dua tingkat yang tersergam indah di depan mataku. Sudah aku duga, Papa Era itu bukan calang-calang orang. Tentu bertuah si Mama Era.
Gemerlap cahaya lampu rumah menunjukkan betapa meriahnya suasana majlis. Aku terpegun melihat keindahan landskap banglo dua tingkat ini
Sentuhan klasik dengan tumbuhan yang tidak terlalu sarat serta air melatari laman rumah. Indah sekali kurasa. Pancuran air tempayan lima kaki menjadi mercu tanda kediaman.
“Besarnya rumah Era, mama”. Bukan aku sahaja, Haikal juga turut kagum melihat rupanya.
Mataku tiba-tiba tunak pada garaj kereta. Tiga buah kereta kutatap satu persatu. Rush! Mercedez Benz dan Porsche.
Porsche!! Jantungku tiba-tiba memainkan irama lagu. Porsche putih itu kurenung lama dan jatuh pada plat pendaftaran.
Aku terbeliak.
“Ekal..jom balik”. Tangan Haikal kutarik. Ini kerja gila!
“Ekal dah datang!!”.
“Mama Ekal, is it you?”. Suara halus diselangi dengan satu suara garau menyentakkan urat nadiku. Aku meneruskan langkah. Haikal sudah menjerit memanggil kawannya.
“Mama Ekal…are you okay?”. Suara itu makin mendekat, kedengaran agak cemas.
Ah! Aku mengeluh. Aku mematikan langkah dan perlahan aku berpaling. Kurasa waktu itu juga aku mahu rebah.
Datuk Rafael mengangkat kening merenungku, mulutnya sedikit terbuka. Mungkin dia tersentak kerana akulah si Mama Ekal itu. Aduhai!! Mengapa kami sering dipertemukan dalam keadaan aku tidak bersedia seperti ini.
“Bashira!!”.
Aku senyum sebaris. “Hai..”.
“Mama..!”. Haikal memanggilku. Kualih mataku menatapnya. “Haikal tak nak balik!”.
“Ekal jangan risau. Mama tak jadi nak balik. Era, ajak Ekal masuk rumah. Dari tadi lagi you are waiting for your beloved friend, right”. Datuk Rafael mengarah.
Pantas sekali Era menarik Haikal masuk ke dalam rumah. Sekelipan, hanya kami sahaja berada di luar.
Aku tidak betah berdua dengannya. “Saya datang sekejap sahaja”.
“You tak akan balik selagi majlis tak habis, Bashira”.
Aku menjeling ke arahnya. “Ini bukan office, Datuk”.
Dia senyum. “I tahu tapi driver I yang akan hantar you pulang”.
“Saya boleh naik teksi”.
No!!”.
Aku diam, tiada modal membalas kata-katanya.
“Terkejut I, The Mama Ekal is you.. patutlah suara you dalam talian tadi seemed to be quite familiar to me. Nampaknya bukan kita sahaja yang sebumbung, anak kita pun sama. Kita macam berjodoh, saje kan?”.
“Kenapa nak lari tadi?”.
“Mana ada?”. Sangkalku.
“Bashira.. I bukan buta..Kalau dah jalan laju-laju dan tak pandang belakang tu, bukan lari ke namanya. Bila orang panggil, buat dekkk je”.
“Saya tak tahu pula yang majlis ni adalah majlis anak Datuk. Saya terperanjat”.
“Oh…jadi sebab tu la you lari”.
Aku menjongketkan bahu.
You still tak selesa dengan gelaran Datuk yang ada pada I ke?”. Soalnya lagi. Mungkin geram kerana hanya dia yang bercakap.
“Tak adalah”.
“Atau sebab kejadian dekat apartment tu”.
Erk!! Serkap jarangnya mengena. Mukaku berubah rona. Kenapa dia mengungkit pula? Kepalaku ini mulalah hendak membayangkan apa yang dilihat tempoh hari. Sungguh menggelikan.
Tiba-tiba aku dapat rasakan Datuk Rafael mendekat padaku. Nafasku sesak bila tubuh kami hampir bersentuhan. Aroma wangiannya menusuk hidungku.
“Rasa malu akan hilang bila kita berani berhadapan, bukan melarikan diri, Bashira.. Kalau you asyik nak mengelak sahaja, macam mana you nak hadapi I untuk jangka masa yang panjang nanti?”.
“I yang jadi mangsa, Bashira. The one yang patut rasa malu sampai tak nak pandang muka selama dua hari tu patutnya I. Bukannya you. I rasa tu adalah rezeki you bukan”.
“Plepangg!!”. Dadanya kutampar di luar sedar. Reaksi refleksku bila abang-abangku bercakap soal luar alam ini.
Aku tersentak bila kembali kealam realiti, bahawa sesungguhnya dia itu bukan abangku. Aku tercengang-cengang. Dunia bagaikan berhenti berputar. Mata kami saling menatap. Dadaku berombak kasar. Rasa debar ini menggerunkan hatiku.
Aku jarakkan diri ke belakang seraya membuang pandang. “Sorry!!”.
“Hoi Rafa..kau kenapa berembun tengah-tengah malam ni?”. Satu suara mengejutkan. Kami menoleh.
“Lina!”. Abang Hasif membulatkan mata.


“MAKNANYA Ekal dengan Era satu sekolah. Satu lagi kejutan”. Abang Hasif terkedu mendengar penjelasanku.
Kami sama-sama beriringan masuk ke dalam rumah. Tetamu yang kebayakannya rakan-rakan Era sudah berkumpul di ruang tamu rumah. Ehmm.. aku suka sentuhan moden banglo mewah ini. Aku sudah nampak Haikal yang sedang bergurau senda dengan rakan-rakannya.
“Pak Lang!! Pak Lang buat apa kat sini?”. Haikal bertanya sebaik sahaja dia nampak kelibat Abang Hasif.         
“Pak Lang nak sambut birthday Era la, macam Ekal”.
Bestnya….!!”.  Abang Hasif mendukung Haikal sebelum menggeletek anakku itu. Haikal merayu-rayu minta dilepaskan. Aku tergelak melihat gaya Abang Hasif melayan anak kecil.
“Perhatian..!!”. Datuk Rafael mula memberi ucapan, mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang sudi hadir meraikan anak gadisnya itu.
Kemudian, tiba giliran untuk meniup kek comel yang dihias indah. Di atas kek itu, terdapat gambar patung seorang gadis dan lelaki. Mungkin itu gambaran Datuk Rafael dan Era.
“Era, mana mama awak?”. Satu suara bertanya.
Raut wajah serta-merta Era berubah, bagaikan tersentak mendengarnya. Era mengalih pandang kearah Datuk Rafael, seakan memohon pertolongan untuk menjawab bagi pihaknya.
Hatiku jadi sayu, anak sekecil itu sudah kehilangan kasih sayang yang luhur dari seorang ibu.
“Ila.. mama Era kerja, sebab tu tak dapat datang”. Datuk Rafael beralasan seraya mengucup pipi Era.
“Tak apa, mama Ekal boleh jadi mama Era jugakan, mama”. Haikal mencelah dan aku tergamam.
Berpasang-pasang mata sedang memandangnya kala ini, menagih jawapan. Wajah polos Era mengugat hatiku. Pantas kepala kuangguk. Aku membongkokkan badan, menyamai paras ketinggiannya. Kusentuh pipinya yang mulus. Era bagaikan terpukau melihat tindakanku.
“Ya sayang..Mama boleh jadi mama Era!! Era suka tak?”.
“Ma..mama…!!”. Bibir kecilnya memanggilku dengan air mata yang mengalir perlahan. Era meluru ke arahku. Memelukku seerat mungkin. Hatiku sebu, aku bagaikan dapat merasai kerinduannya terhadap seorang wanita bergelar ibu. Dia begitu mendambakan kasih sayang dari insan yang boleh dipanggil mama.
Aku mendongak ke arah Datuk Rafael. Tubir matanya bergenang. Aku tahu dia sebak dengan apa yang berlaku. Mungkin juga, hatinya sedang mengakui, kasih sayang yang dicurahkannya belum cukup kuat untuk membuatkan Era lupa akan ibu kandungnya.
Abang Hasif tersenyum.
“Mama takkan tinggalkan Era lagi..?”. Soal Era sejurus pelukan dilepaskan.
“Mestilah tak…Okey.. Era tiup lilin dulu. Mama lapar la…!”. Aku buat muka merengek.
Lantas dia tertawa lucu. Air matanya kusapu lembut.
“Okay..sayang.. jom tiup lilin. Jangan sedih lagi. Mama is here..”. Datuk Rafael menenangkan Era.
“Era nak tiup lilin dengan mama”.
Aku pula yang tidak keruan. Nampaknya malam ini, aku terpaksa melayan kerenah manjanya.
“Jom…”.
Dengan ucapan Selamat Hari Lahir kepada Era, kami meniup lilin bersama-sama. Datuk Rafael meniup lilin terakhir. Lalu kami sama-sama bertepuk tangan.
Abang Hasif mencuitku. Aku mengangkat kening. “Lina is a good mama”. Pujinya mengundang senyumanku.
“Era nak suap kek untuk mama”.
Aku membuka mulut dan giliranku menyuap kek padanya. Ekal sudah memaut lenganku, minta disuap sama. Aih…cemburu agaknya.
“Mama..suap la untuk papa pula”.
Aku tersentak. Pantas anak mata Datuk Rafael kucari. Mataku menghantar pesan agar dia melakukan sesuatu pada permintaan Era tapi hampa. Dia tersenyum memandangku.
“Mama..cepatlah..”.
“Lina…Alang ambil gambar!!”.
“Tapi….”.
“Just once, Bashira”.
Dengan rasa gugup yang menabiri rasa, kusuap ke mulut Datuk Rafael. Ekal dan Era bersorak riang. Pancaran flash mengenai muka kami.
Thanks Bashira”.
“Ekal ada hadiah untuk Era”. Haikal bersuara. Mata Era bersinar mendengarnya.
Haikal terus menghulur beg plastik yang mengandungi hadiah itu.
Wow! Thanks you Ekal.. You are a nice boy”. Datuk Rafael memuji.
“Mama yang pilih untuk Era”.
‘Terima kasih mama. Next year Era nak sambut birthday dengan mama lagi”.
Aku mengangguk. Pipi Era kucium buat kesekalian kalinya.





 



No comments:

Post a Comment