PAGI
itu, Datuk Rafael tersenyum ke arahku ketika kami terserempak di lot parking. Aku
membalas mesra.
“Cukup
tidur tak?”. Usiknya.
Aku
tergelak. “Kalau ada yang bagi mandat boleh tidur sampai tengah hari, saya on je”.
Kami
bersatu langkah ke bangunan syarikat. “Kena fikir dulu nampaknya… By the way, Era pagi tadi bangun-bangun
cari mama kesayangannya”.
Aku
menjongket kening. “Datuk cakap apa?”.
“Penat
mulut I explain you dah balik rumah, meraung
dia panggil you”.
“Saya
rasa elok Datuk terangkan duduk perkara sebenar. Makin ditangguh, makin Era
salah faham”.
“I have tried my best..
tapi Era tetap mengamuk. Don’t worry..akhirnya I berjaya pujuk
dia when I mention about your son, Ekal”.
“Baguslah
tu..ehhmm. Datuk, tentang projek kita dekat Selangor..saya rasa..”.
“Oh..
I tahu..Nanti kita bincang di bilik you okay”.
Erk!
Aku terkelu. Kenapa bukan di biliknya? Aku penasaran.
“Bashira!!”.
“Ya!!”.
“I
suka kalau you boleh jadi mama pada Era”.
“Maksud
Datuk?”.
Dia
seperti tidak keruan. “I mean..kalau
you izinkan Era terus panggil you mama”.
“Saya
tak kisah tapi saya takut benda sekecil ni akan jadi lebih rumit suatu masa
nanti. Saya tidak mahu Era keliru tentang mama kandungnya. Kalau saya jadi mamanya
sekarang, dia akan rasa sayalah yang melahirkan dia padahal hakikatnya bukan
begitu”.
“She is only six years old now, Bashira. We
stll have a lot of time to give her an explanation”.
Aku
mengeluh. “I don’t see any other choice I
have now. Insyallah, saya akan jadi mama lakonan untuk dia”.
Senyuman
manis Datuk Rafael terukir lebar. Hatiku turut senang melihatnya. Senyumannya
bagaikan gelombang-gelombang yang menghidupkan jiwa.
DI
sofa di dalam bilikku, aku dan Datuk Rafael berbincang mengenai projek
perumahan di Selangor. Kami serius, bagaikan kali pertama kenal.
“Pembinaan
projek perumahan ni menelan belanja jutaan ringgit,Datuk?”.
“So?”.
“Saya risau kita ambil risiko macam ni. Peratus
untuk berjaya 50-50”.
“Kita
takkan tahu kalau kita tak lakukan,Bashira”.
“Tu
saya tahu tapi kita kena ambil kira kemungkinan yang akan berlaku kemudian
hari. Kalau berjaya, Alhamdullilah..tapi sekali jatuh, impaknya sangat besar”.
Datuk
Rafael mengusap dahi. Kupandang dirinya yang kurasa sungguh bergaya. Lelaki ini
punya aura tersendiri. Dia kelihatan begitu kacak pada mataku. Aku teruja
melihat raut mukanya yang putih bersih. Hatiku bagai menari-nari sendiri.
“Betul cakap you, apapun I rasa baik kita usulkan projek ni ke dalam mesyuarat
bersama semua ahli lembaga pengarah minggu depan. Kita dengar apa pendapat
mereka”.
Aku
angguk. Bersetuju dengan ideanya.
Interkom
di meja tiba-tiba berbunyi. Aku pantas berdiri. “Yes Liza..”.
“Puan
Bashira…Puan ada tetamu”.
Aku
mengerutkan kening. Dua tahun menjadi setiausahaku, apakah Liza masih belum
memahami sikapku? Aku pantang diganggu bila ada kerja sepenting ini.
“I’m so sorry but he insist…”.
He??
Datuk
Rafael mengangkat kening.
“Are we done, Datuk?”. Soalku. Bila dia
mengangguk, aku terus memberi persetujuan pada Liza.
“Siapa
nak jumpa you?”.
Aku
garu kepala yang tidak gatal. “Saya tak ingat nak tanya”.
Pintu
bilikku dikuak. Aku tersentak melihat gerangan yang sedang merenung tepat ke
anak mataku. Aku mengetap bibir. Ada apa lagi ini?
“Lina..Boleh
abang masuk?”.
“Ada
apa?”.
“Abang
nak cakap sikit dengan Lina”.
“Lina
sedang berbincang soal kerja. Kalau abang nak bercakap, maaf Lina tak ada
waktu”.
Datuk
Rafael dan Nizam saling berpandangan. Datuk Rafael bangun seraya membetulkan
kot di tubuhnya. Mereka bersalaman sebelum Nizam menatap wajahku lagi.
“Abang
nak cakap dengan Lina sendirian”. Ujarnya, dalam diam meyuruh Datuk Rafael pergi.
“Lina tengah berbincang. Datuk.. tolong duduk”. Pandai-pandai
sahaja aku mengarah. Aku tidak mahu berdua-duaan dengan Nizam di bilik ini dan
aku menarik nafas lega bila Datuk Rafael duduk kembali di sofa.
Nizam
bersikap degil. Dia menarik kerusi dan duduk di hadapanku. Aku mengetap bibir.
Rasa panas dengan tingkahnya.
“Abang
nak cakap soal Haikal”.
“Okey
cakaplah.. Apa kena dengan Haikal? Setahu Lina, sepanjang dia bersama Lina, dia
tak pernah bermasalah pun”.
“Abang
dah pergi sekolah Haikal, tapi tak jumpa dia”. Ujarnya polos.
Aku
tergelak kecil mendengarnya. “Apa maksud Abang ni..? Kalau awak datang sini
sekadar nak beritahu tu, Abang sedang membazirkan masa Lina. Kalau Abang betul
nak jumpa Haikal, tolong berusaha sikit”.
“So, Lina
tuduh abang tak bersungguh? Kalau abang memang tak pedulikan Haikal, abang tak
akan jumpa Lina hari ni”. Nizam mulai berang.
“Abang
nak jumpa Haikal di rumah”.
‘Tak
boleh!! Rumah Lina bukan untuk lelaki asing macam abang?”.
“Abang
bukan stranger, Lina”.
“Jadi,
siapa abang? Abang beritahu Lina…abang itu siapa? Hubungan kita dah hancur
lebur, Abang”. Tempelakku bengang.
“Abang
masih sayangkan Lina..”.Ucapannya mengejutkanku.
Namun
hanya untuk sedetik dua sebelum aku terkekeh ketawa di hadapan Nizam sehingga
dia mengerutkan kening.
“Ini
lawak yang paling bodoh Lina pernah dengar. Setelah apa yang berlaku, abang
masih berani kata Abang sayangkan Lina. Abang dah kahwin. Tolong sedar tentang
kenyataan tu..”.
“Lina..
kembali pada abang.. kita rujuk..”.
Aku
menggeleng-geleng. Sudah hilangkah maruah lelaki ini? “Tak mungkin Abang…
segalanya tak akan pernah sama. Luka tetap luka.. Lina tak akan lupakan
kecurangan abang”.
“Abang
minta maaf”.
Aku
menggeleng lagi. “Berhentilah memohon maaf dari Lina. Sampai sekarang Lina
masih terbayang-bayang saat abang berasamara dengan dia atas katil kita. Lina
ulang…atas katil kita. Abang hancurkan kepercayaan Lina dengan sekelip mata.
Lina mungkin tak terlalu sakit kalau abang berzina di tempat lain tapi bukan di
atas katil, di bilik tidur kita, depan kepala mata Lina sendiri”.
“Lina..abang
betul-betul minta maaf. Abang tak sengaja”.
‘Tak
sengaja?” . Aku mencebik. “Lelaki hipokrit memang akan bercakap macam tu, langsung
tak guna akal”.
“Bayangkan
kalau Abang balik kerja dalam keadaan letih dan tiba-tiba Abang nampak Lina
sedang tidur dengan lelaki lain. Bagaimana rasanya, bang..? Tentu sakit bukan”.
“Lina..”.
Nizam merayu kesal.
“Lina
akan bagi alamat Alang pada Abang. Kalau hendak datang jenguk Haikal, beritahu
Alang dan lepas ni jangan ganggu hidup Lina lagi”.
“Abang
macam dah tak kenal Lina. Lina yang abang kahwini bukan macam ni”. Tiba-tiba, suara
Nizam berubah tinggi. Mungkin sakit hati dengan ketegasanku.
Aku
tersenyum sinis. “Baguslah Abang. Sekurang-kurangnya Abang tidak kenal Lina setelah
hubungan kita putus. Linalah yang malang di sini, kerana rupa-rupanya Lina
tidak cukup kenal Abang sewaktu Abang masih lagi suami Lina”.
Nizam
termangu-mangu. Dapat kulihat raut mukanya yang kecewa semasa dia melangkah
keluar.
Aku
terduduk di kerusi. Air mataku mengalir laju. Aku menangis hiba. Dalam usahaku
untuk menghapuskan segala kesengsaraan ini, mengapa Nizam selalu hadir menggangu
ketenanganku. Kenapa dia tidak pernah membiarkan aku hidup bahagia tanpa kehadirannya?
Aku
menangis lagi.
“Bashira!”.
Aku
tersentak. Pantas mendongak, mataku yang agak kabur dengan air mata tidak
menghalangku berpandangan dengan Datuk Rafael.
Aku
bagaikan mahu rebah. Bagaimana aku boleh lupa tentang kewujudan Datuk Rafael di
sofa? Apa mungkin kedudukan meja dan sofa yang agak jauh membuatkan aku tidak
sedar tentang kehadirannya.
“Calm down, Bashira”.
Nasihatnya
menambah hiba. Air mataku mengalir lagi. Segala-galanya terbongkar. Datuk
Rafael sudah mengetahui punca penceraianku. Sebab yang tidak pernah diketahui
orang lain itu sudah terlebih dahulu singgah di telinganya.
Aku
mengigil apabila dia menarikku ke dalam pelukan. Bila masa dia datang ke
arahku? Bulu romangku meremang. Aku mahu
menolak dirinya jauh-jauh tapi aku bagaikan tidak bermaya. Kubiarkan diriku
hanyut dalam pelukannya.Aku berasa selamat dalam pelukan lelaki yang satu ini.
“Jadi
isteri I, Bashira.. Jadi mama pada Era”.
Bagaikan
petir yang menyambar tubuh, aku seakan ingin pitam saat itu juga.
No comments:
Post a Comment