Kupandang
hidangan istimewa yang aku sediakan dengan segala susah payah sejak pukul enam
petang tadi. Siap menelefon emak lagi bertanyakan resepi. Aku sebak sendiri. Sedih
mengenangkan segala usahaku langsung tidak dihargai. Dari pukul 8, aku menunggu
dirinya, sudah pukul 12 begini, kelibat Nizam masih juga tidak kelihatan. Ada
sayu yang bertamu dia hati, apakah Nizam tidak ingat hari ini ulang tahun
perkahwinan kami yang keenam. Sudah lupakah dia pada tarikh keramat kami
bersatu hati?
Malas
melayan perasaan,aku masuk ke bilik tidur Haikal yang bersebelahan bilikku. Aku
tersenyum melihat aksi Haikal yang tidur dengan kaki terbuka luas. Haikal
kuselimut dan kukucup penuh kasih. Sudah besar Haikal ni. Sudah bersekolah di
tadika.
Aku
masih ingat, empat tahun yang lalu, ketika aku disahkan tidak mampu melahirkan
zuriat untuknya lagi, dia memang kecewa
tapi tidak pula memarahiku. Dia tahu kami tidak punya rezeki. Lalu katanya, cukuplah
baginya Haikal seorang. Mendengar kata-katanya, air mataku mencurah-curah
keluar. Betapa tulusnya dia. Dan hari-hari seterusnya, kami hidup seperti
biasa, tanpa ada seorang pun di antara
kami yang mengungkit tentang ‘kecacatanku’ itu. Namun aku
sudah mulai berasa letih dengan perangai Nizam sejak setahun yang lalu. Banyak perubahan
yang berlaku pada dirinya sejak dia berjaya menjawat jawatan sebagai pengurus
di sebuah syarikat. Pulangnya sentiasa lewat, entah ke mana perginya, aku tidak
pasti.
“Lewatnya
abang pulang..”. Ujarku sekadar berbasa-basi. Rasa sakit dihati aku tolak
jauh-jauh.
“Ehmm…”.
Itu sahaja komen Nizam. Dengan muka tidak bersalah, dia menyalin pakaian. Tidak
mahukah dia bertanya khabar tentangku yang menunggunya bagaikan orang bodoh
ataupun paling kurang bertanya tentang anak kami. Sampai hati dia.
“Abang
pergi mana?”.
“Kerja..”.
“Kerja
sampai lewat malam ke?”.
“Lina
ni kenapa..? Abang penat tau.. Pulang-pulang sahaja, dah tanya soalan
bukan-bukan. Abang letih la”. Balas Nizam kasar, semakin merobek hatiku.
“Baguslah..”.
“Apa
yang bagus?”. Tanya Nizam dengan dahi berkerut.
“Bagus
sebab abang masih tahu macam mana rasa letih. Lina pun rasa letih juga ni bang.
Letih dengan semua perangai abang sejak akhir-akhir ni. Abang dah tak hiraukan
Lina lagi. Abang ingat Lina tunggul ke dalam rumah?”. Terjahku tidak mampu
menahan rasa.
Dia
seperti terpaku dengan kata-kataku. Mungkin terkejut dengan sergahanku kerana
selama ini aku memang tidak banyak komen pun tentang apa yang dilakukannya. Aku
biarkan sahaja dia dengan perangainya.
“Lina
nak cakap apa ni? Kalau tak ada apa-apa, abang nak ti..”.
“Satu
lagi… Lina penat sangat sebab tunggu abang dari lepas Maghrib sampai sekarang. Letih
sebab Lina perbodohkan diri sendiri semata-mata nak sambut anniversary kita. Tapi abang langsung tak hargainya”. Kataku dengan
kasar seraya menarik bantal. Aku malas mahu mempedulikan Nizam.
Dari
ekor mata, aku lihat dia masih terpaku. Hatiku menangis sendiri. Nizam
benar-benar tidak ingat tarikh keramat itu. Tegarnya dia.
KERJA
di pejabat aku bereskan dengan teliti sekalipun kadang-kadang aku teringat juga
masalahku dengan Nizam. Walaubagaimanapun, setakat hari ini, tidak pernah lagi
rasanya aku mencampur adukkan masalah peribadi dengan hal-hal di pejabat. Aku
adalah ketua di bahagian pemasaran, wajarlah kiranya aku menunjukkan teladan
yang baik untuk para pekerja.
“Puan..bos
panggil”.Setiausahaku, Liza memberitahu.
Alamak…apahal
pula Datuk Razif panggil. Aku kepelikan. Macam-macam la orang tua ni. Rungut
hatiku. Sudah dua tahun berkerja di bawah Datuk Razif, aku tahu tingkahnya yang
agak cerewet itu, pantang ada yang salah.. mulalah hendak membebel. Pernah juga
aku berdoa supaya dia bersara. Hahaa…jahat betul hatiku ini. Tapi sebenarnya.. Datuk
Razif itu baik orangnya, aku cuma tidak berkenan part cerewet itu sahaja.
“Duduk
Bashira”. Arahan Datuk Razif aku terima. Terkejut melihat seorang lelaki yang
mungkin sebaya dengan Datuk Razif sedang duduk di sisiku.
“Kenalkan
ni Tan Sri Musa and Tan Sri, ini salah satu pekerja I yang cukup pakej, Amalina
Bashira”. Datuk Razif dengan bangganya memperkenalkan aku pada kenalannya itu. Aku
jadi malu sendiri dengan pujian melambung tinggi bosku itu.
“Assalamualaikum
Tan Sri, apa khabar?”.
Tan
Sri Musa membalas salamku seraya tersenyum. Aku mengganguk sebagai tanda
penghormatan dan perkenalan.
“Well…Bashira.. I panggil you sebab I nak
you jumpa client I petang ni di Shah
Alam. You tak ada masalahkan?”.
Aku
menggeleng. Kalau ada masalah pun, masakan aku hendak mengiakan. Mahu aku
dipecat oleh Datuk Razif.
“Good..nanti
I akan inform pada you apa yang dia
mahu. Sepatutnya I yang jumpa dia but then,
since my friend is here..I am stuck..”. Ujar Datuk Razif tergelak
kecil..turut mengundang tawa Tan Sri di sebelahku. Rapat benar mereka berdua
nampaknya.
“One more thing..client
I tu isteri Tan Sri kat depan ni ha…so
make sure you layan dia elok-elok, okay”.
Oh…aku
tersenyum sahaja.
“Ada-ada
ajelah kau ni Zif’. Aku dengar Tan Sri ketawa sebelum melangkah keluar.
Tengah
hari itu, aku memandu keseorangan ke Shah Alam. Katanya mahu bertemu di Shah
Alam. Jalan raya yang agak sibuk itu tidak membataskan pemanduanku. Tenang
sahaja aku memandu seperti tiada masalah.
Aku
melangkah masuk ke dalam restoren dengan perlahan. Mataku mencari pelanggan
yang dimaksudkan dan aku tersenyum bila melihat seorang wanita melambai-lambai
ke arahku.
“Amalina..?”.
Puan Sri Rohaiza bertanya. Aku menanggguk. Sekilas aku pandang wajahnya. Cantik.
Bertuah Tan Sri. Aku jangka umur wanita ini mungkin sudah menjangkau 50 tapi
kelihatan muda sahaja lagaknya.
“You look nice in your dress”.
Err..terkedu
aku mendengar pujian yang tidak terduga itu.
“Terima
kasih Puan Sri..ehmm…boleh kita mula?”.
“Sure..”.
Mulutku
terus berbunyi rancak menerangkan perihal kerja yang dimintanya. Dalam
perbualan kami, aku tahu dia orang yang sangat peramah. Gelaran Puan Sri di
hadapan namanya itu hanya sekadar gelaran baginya. Aku bagaikan sedang
berbicara dengan makcik-makcik sahaja.
Hampir
sejam perbualan kami, dia meminta diri. Aku menghabiskan makanan sebelum
berjalan ke kereta. Sebaik sahaja aku membuka pintu kereta, mataku tiba-tiba
menangkap satu kelibat yang membuatkan jantungku berdegup kencang.
Dari
jauh, kelihatan Nizam sedang bergelak tawa dengan seorang wanita bertudung
cantik. Aku lihat wanita itu menepuk-nepuk bahu Nizam dengan gaya yang kukira
bukan main gedik lagi. Kuperah ingatan kalau-kalau mungkin wanita itu adalah
saudara mara atau sepupu-sepupu Nizam. Tidak! Tidak ada. Seingatku inilah kali
pertama aku lihat wanita itu. Nizam pula begitu ralit melayan si gadis. Hatiku
hancur lumat. Apakah ini sebabnya? Nizam sudah punya pengganti diriku.
Aku
bergegas masuk ke dalam kereta. Tidak mampu lagi menonton drama sebabak yang
menyiat-nyiatkan hati dan perasaanku kala itu. Namun sebelum aku menghidupkan
enjin kereta sempat pula aku mengeluarkan telefon bimbitku. Perhitungan harus
dibuat. Aku tidak sanggup terus-terusan diperlakukan seperti tidak punya maruah
diri.
AKU
tidak punya mood untuk melayan
kerenah Haikal malam itu. Anak terunaku yang sudah berusia enam tahun itu sibuk
mahu mengajak aku mewarna buku lukisan yang aku beli untuknya beberapa minggu
lalu.
“Mama…”.
Haikal merengek supaya aku memberi perhatian kepadanya. Dia sudah duduk di
ribaku.
“Ekal
sayang”. Pipinya yang tembam itu aku kucup. “Boleh tak Haikal dengar cakap mama
malam ni”. Pintaku. Aku mahu sekali dia mengerti perasanku yang sedang terluka
ini, yang menunggu kepulangan ayahnya dalam debar.
Walaupun
mungkin tidak memahami maksud pertanyaanku, Haikal mengangguk juga.
“Haikal
tidur awal ye sayang malam ni. Mama banyak kerja”.
“Boleh
tapi Ekal nak tidur dengan mama”. Dia bersuara manja sekali. Pantas aku
membawanya masuk ke bilik. Aku mahu Haikal tidur supaya dia tidak akan
mengganggu ‘kerjaku’ dengan Nizam sejurus dia pulang nanti.
Hampir
setengah jam kemudian, Haikal terlena dalam pelukanku. Anak kecil itu sungguh
aku kasihi. Tanda penyatuan cinta aku dengan Nizam.
Seperti
yang aku jangka, hampir jam menunjukkan pukul 12 malam, bunyi enjin kereta Nizam
kedengaran.
Pintu
rumah terbuka dan mukanya terjengul di balik pintu. Dia memandangku sekilas.
“Sampai
bila abang nak balik lewat malam ni?”. Soalku mematikan langkahnya.
“Kenapa
Lina asyik soal abang bila abang balik je kerja. Lina ada cita-cita nak jadi
polis ke? Bosan tahu bosan!!”. Dia meninggikan suara. Aku pula yang terkedu. Jarang
sekali dia bersuara kasar bila bercakap denganku.
“So..sekarang
abang dah bosan dengan Lina?”. Soalku sedikit sayu. Kusembunyikan perasan sakit
di dada dengan riak muka selamba. Aku tidak boleh kalah dengannya.
Nizam
kulihat meraup mukanya dengan telapak tangan berkali-kali. “Come on Lina..kalau Lina marah pada
abang sebab abang tak ingat anniversary
kita.. I’m so sorry okay. Abang
betul-betul terlupa”.
“Bukan
Cuma fasal tu bang. Banyak lagi yang buatkan Lina makan hati dengan sikap. Abang
dah lama tak kisahkan Lina. Dalam kepala otak abang Cuma ada kerja dengan
Haikal sahaja. Tu pun waktu pagi sahaja abang layan dia. Malam-malam abang
balik lambat. Apa yang buat abang berubah sampai macam ni?”. Aku menyoal
lembut. Aku tidak mahu nampak terburu-buru.
“Kan
abang dah cakap abang banyak kerja kat office.
Kenapa tak faham ni?”.
“Lina
pun kerja bang..dan setahu Lina kerja pejabat habis pukul 5. Tapi abang balik
selalu tengah malam. Okay…Lina faham
kalau abang balik lambat sehari dua tapi bukan untuk sepanjang tahun ni. Lina
dah penat dengan perangai abang ni”.
“Lina
nak cakap apa lagi ni? Why don’t you make
it clear?”.
“Abang
ada masalah?”.
“No!!”.
“Abang
suka orang lain”.
“No!”.
“Jadi
siapa dia ni?”. Aku tunjukkan handphoneku kepadanya yang jelas terpampang
gambar mesranya dengan wanita lain.
Berubah
terus raut wajah Nizam. Aku lihat dia seperti terkedu.
“Siapa
ni?”. Aku tergelak sinis bila dia buat-buat tanya? Apakah Nizam sudah buta?
“Entahlah!
Lina pun tak tahu.. Abang tahu?”. Aku berlagak sinis.
“Lina
intip abang?”. Akhirnya…
“Kalau
ya kenapa?”.
“Dia
kekasih abang, Lina”. Bagaikan peluru yang menikam jantungku, aku terhenyak di
kerusi. Silap dengarkah aku?
“Apa
abang cakap?”.
“Abang
cintakan dia”. Ujar Nizam perlahan, langsung tidak menatapku.
Air
mataku menitis tanpa aku sedari, tergamak dia berterus-terang begitu. Tahukah
dia.. ucapannya begitu menyakitkan hatiku? Nizam curang..curang…curang.. Aku
mengulang- ngulang dalam hati. Seakan- akan mahu perkataan itu terpahat dalam
hatiku, biar aku sedar.. dia telah bersalah terhadapku.
“Abang
minta maaf.. abang tak boleh halang perasaan abang. Abang dah cuba..tapi tak
boleh”. Sambungnya lagi. Aku menangis di
tempatku. Tidak mahukah dia menarik balik ucapan itu?
“Abang..kenapa
abang buat Lina macam ni? Selama ni, Lina setia pada abang. Abang dah hancurkan
hati dan perasaan Lina”. Aku merayu dalam tangisan.
“Kita
bercinta dari kecil lagi abang… hanya abang yang Lina sayang..”.
“Abang
nak ramai anak Lina…Lina tahukan?”. Nizam menukar topik.
Aku
cuba mencari kaitan dengan kecurangannya tapi aku bingung.
“Apa
maksud abang?”.
“Abang
nak anak tapi Lina tak boleh lahirkan anak untuk abang. Lina mandul”. Nizam
memandangku dengan senyuman sinis... Terpempan aku melihatnya. Tidak sekalipun
selama aku hidup dengannya, aku melihat dia tersenyum begitu. Senyuman yang
memberi sejuta kesakitan. Dan tiba-tiba aku berasa sungguh terhina dengan
sikapnya.
“Tapi
bang..mungkin doktor silap. Lina masih tak berhenti berdoa supaya kita dapat
anak”.
“Nak
berdoa apa lagi. Termakbul ke doa Lina tu? Tengok sampai sekarang tak
mengandung pun. Dahlah…abang dah tak ada rasa dengan perempuan mandul macam
Lina”. Ujarnya lagi sebelum menghempas pintu sekuat mungkin. Nizam pergi lagi.
Aku
tergeleng-geleng mendengar ucapannya. Tidak takutkah Nizam menghina permintaan
doaku? Doa yang aku panjatkan itu adalah kepada Allah, Pencipta yang Satu. Dialah
yang menentukan segala-galanya.
Aku
meraung-raung di sofa sendirian. Menangisi nasib hidupku. Apakah itu sebab
utamanya? Dia menduakan cintaku lantaran aku tidak mampu lagi melahirkan zuriat
untuknya. Aku tidak mampu menjadi ibu kepada anak-anak yang dimpikannya. Rahimku
tidak berdaya untuk menghadiahkan keturunannya. Yang ada cuma Haikal..itupun
dia tidak berpuas hati. Tapi bukankah…bukankah dia pernah berkata.. Haikal
sudah cukup..!
Dan
bukankah dia juga pernah berjanji untuk sehidup semati denganku?
Aku
terus menangis tanpa henti.
No comments:
Post a Comment