‘Janganlah engkau
bersedih hati atas jalan yang sedang kau tempuh, kerana mungkin itulah caranya
Allah memberikan kebaikan-kebaikan demi masa depanmu..’
Setahun
berlalu, dan dalam setahun ini aku menjadikan sebaris ayat yang pernah kubaca
itu sebagai penguat semangat. Aku semakin boleh menerima takdir hidupku. Setahun
itu jugalah aku tidak menerima khabar daripada Nizam. Tidak apalah. Aku tidak perlukan
dia lagi dalam hidupnya. Bukan aku sahaja, rasanya Haikal juga tidak perlukan
lagi lelaki itu. Haikal sudah tidak
menyebut lagi tentang lelaki itu. Seakan Nizam itu tidak pernah wujud dalam
kamus hidupnya.
Aku
kini semakin ceria dengan kehidupanku.Setiap hujung minggu,ada sahaja kerjaku.
Pergi taman permainan dengan Haikal la..berkebun..belajar memasak dengan
pengasuh Haikal dan bermacam-macam lagi. Pendek kata, tidak ada sehari dalam
hidupku aku menyesali takdir yang tersurat ini.
“Mama
buat apa tu?”. Haikal sudah tegak berdiri di hadapanku.
Kudepakan
tanganku dan sekelip mata Haikal berada dalam pelukanku. “Mama tengah
membaca,sayang. Haikal?”.
“Haikal
buat latihan sekolah.Cikgu cakap kalau tak buat nanti kena denda”.Ujarnya
dengan mimik muka takut sehingga aku tergelak.
“Jom..mama
teman Haikal buat latihan”. Buku latihan matematiknya aku selak satu persatu.
Haikal sudah berusia enam tahun. Teruja benar aku mahu melihat dia membesar
sebagai anak yang pandai dan soleh.
“Cantiknya
tulisan Ekal..Mesti cikgu sayang Ekal”.
“Tapi
tak cantik macam Era”.
“Era?
Era mana ni?”.
“Era
kawan Ekallah mama. Dia cantik. Ekal suka tengok dia”.
Aku
tergelak mendengar kata-kata Haikal. Geli hati aku. Ada ke muka hendak
disamakan dengan tulisan. Budak-budak bercakap memang ikut apa yang dia
rasa sahaja. Kecik-kecik sudah menggatal
anakku seorang ini.
“Habis
tu, Ekal cakap apa kat dia”.
“Ekal
tak cakap tapi Ekal selalu pergi kantin dengan dia”.
“Okay
dah…bagusla tu anak mama ada kawan. Ekal..mama nak cakap ni. Nanti seminggu
mama pergi kursus. Ekal duduk dengan makcik. Jangan degil-degil tau”. Aku baru
teringat tentang hal itu. Aku ditugaskan berkursus di Pulau Pinang selama tiga
hari mulai esok. Aduh.. pasti aku akan
merindui Haikal. Rasa seperti tidak sanggup sahaja.
No comments:
Post a Comment