Thursday, 30 July 2015

PERMAISURI HATI - BAB 7

PERMAISURI HATI - BAB 7



AKU  buat-buat selamba bila bertembung pandang dengan Datuk Rafael di dalam lif. Dia juga tidak mempedulikanku. Padahal hanya kami berdua sahaja di dalam lif. Anehnya, aku sendiri tidak tahu kenapa aku tidak selesa dengan bos baruku ini. Mungkin kerana dia lelaki muda sekalipun aku yakin dia jauh lagi tua dariku.
Tiba-tiba handphonenya berbunyi. “You nak apa?”. Terkejut aku dengar suara yang kasar. Tanpa salam.
Hey come on.. jangan jadi bodohlah.. you ingat I akan kalah”.
“Kalau you nak bawak perkara ni ke mahkamah, semua bukti akan menentang you. You got that??”.
“I tak pernah kalah dalam hidup I, Lea dan kali ni pun I tak akan kalah. Kalau you rasa I akan putus asa, you silap besar”.
Aku hanya mampu menikus. Suaranya menakutkanku.
“Syukur I tahu perangai you yang sebenar dan ceraikan you. Kalau tak memang terseksa hidup dengan perempuan yang kurang bermaruah macam you ni. I bagi amaran…jangan  mimpi nak dapat dia. Kalau I perlu mati untuk anak I, I sanggup”. Jeritannya kedengaran serentak dengan hempasan telefon ke lantai lif. Aku meneguk liur. Siapa yang menelefonnya sehingga dia begitu marah?
Apabila lif terbuka, Datuk Rafael keluar terburu-buru. Err..aku melihat handphone yang masih elok itu. Handphone mahal itu  berada di genggamanku.


AKU kebingungan. Tidak tahu mengapa kepala asyik memikirkan Datuk Rafael atau lebih tepat lagi masalah yang sedang dihadapinya.
Denagn siapa agaknya dia bercakap sehingga suaranya seperti harimau lapar sahaja.
Handphone di atas meja aku pandang. Bila nak bagi ni? Hatiku berbolak balik. Takut pula aku hendak ke biliknya. Mahu dia memaki hamun aku kat situ, tak ke naya.
Aku terkejut bila bunyi ringtone dalam Bahasa Inggeris yang aku tidak pasti nyanyian apa dan siapa keluar dari telefon Datuk Rafael. Alamak! Ada orang call.
 Hasif’s calling.
Aku biarkan sahaja tidak berjawab. Dan kemudian aku terkedu.
Papa’s calling.
Pun aku biarkan.
Home’s calling. Beberapa minit kemudian.
Lea’s calling
Aku menelan liur. Sungguh famous lelaki ini. Bukan main ramai lagi yang menelefonnya pagi-pagi buta seperti ini. Ini tidak boleh jadi. Mungkin panggilan penting.
“Nak apa?”. Urat sarafku tiba-tiba terasa kejang mendengar suara kasarnya. Nampaknya Datuk Rafael benar-benar terganggu dengan panggilan yang diterima di dalam lif tadi. Segala kekuatan yang aku bina sebelum melangkah masuk ke bilik ini lebur serta merta. Bibirku kaku.
“Kalau datang sini sekadar nak senyap. Get out!!”. Kertas yang sudah diconteng dilempar ke bawah. Kasar betul.
“Maaf menggangu, Datuk. Saya nak minta cuti separuh hari”.
Dia pandang aku dengan pandangan tajam. “Are you sure?”.
Aku tidak jelas dengan soalannya namun aku iakan sahaja.
Okay..Nanti I luluskan”.
“Terima kasih”.



DISEBABKAN aku tipu cuti separuh hari untuk menyelamatkan diri sebentar tadi, aku jadi tidak tahu hendak ke mana. Malas lagi rasanya mahu pulang ke rumah. Ehmm..baik aku pergi supermarket dulu. Beli apa yang patut.
Sampai sahaja di Careffour, aku mengambil troli. Barang-barang keperluan aku capai, antaranya bahan basah dan bahan kering untuk dapurku.
Aku memandang sekeliling. Tidak ramai pengunjung hari ini. Mungkin kerana hari bekerja. Tiba-tiba mataku tertancap pada satu pemandangan indah di hadapanku. Hatiku jadi sedih melihatnya. Kelihatan seorang wanita mengandung sedang dipimpin sang suami yang menolak troli. Senyuman bahagia terukir di bibir keduanya. Tentulah bahagia lantaran bakal menimang bukti cinta mereka.
Hati diserbu sayu. Untuk seumur hidup pun, aku tidak akan berpeluang untuk merasai kehidupan itu lagi. Perasaan teruja mengandung dan membawa nyawa lain dalam rahimku tidak mungkin terjadi lagi. Aku adalah perempuan mandul yang diceraikan suami. Air mataku mencuri keluar.
Aku meletakkan beg tanganku di sofa. Apartment Abang Hasif aku tuju. Sudah berkali-kali aku menelefon abangku, tetapi tidak berjawab. Sibuk agaknya. Lalu, menggunakan kunci pendua yang diberikan kepadaku, aku masuk ke apartment ini. Aku hendak berehat di sini seketika bila mengenangkan apartment Abang Hasif tidak jauh dari Careffour berbanding rumahku.
Berkerut-kerut dahiku memandang sekeliling. Tergeleng-geleng aku dibuatnya. Inilah lumrah hidup bujang agaknya. Tunggang langgang apartment ini. Pening kepala aku melihatnya, aku segera mengemas serba-sedikit. Ruang tamu kusapu cermat. Pinggan mangkuk yang berterabur di dapur aku basuh. Pakaian-pakaian kotornya aku masukkan ke dalam bakul.
Huh..lega bila akhirnya kulihat ruang rumah itu kembali bersih dan berseri. Aku masuk ke bilik kedua yang menjadi tempat tidurku apabila aku dan Haikal datang berkunjung.
Aku tersentak. Bilik itu bersepah-sepah dengan pakaian, baju kemeja dan seluar slack bergumpal di atas katil errr..dan seluar dalam abangku berterabur di lantai. Aku menggeleng dengan sikap Abang Hasif. Dah la guna dua bilik. Dua-dua langsung tidak teratur, bagaimana agaknya dia hidup?
Selesai kerjaku, aku mengambil peluang berbaring di katil. Serentak, hidungku ditusuk dengan bau wangian di katil. Hishh…kuat betul. Kugosok hidungku yang terasa sakit dengan wangian itu. Aku terasa mengantuk, lalu dengan lafaz bismillah, mata kupejam rapat.

SAYUP-sayup kedengaran suara diruang tamu. Aku membuka mata, tersedar bahawa aku masih di apartment Abang Hasif. Baru sahaja aku hendak membuka pintu, perbualan Abang Hasif dan temannya mematikan langkahku.
“Relaks la Raf”.
“Ni bukan masa nak relaks okay. Aku tengah serabut ni. Kau bayangkan lepas bertahun aku jaga anak aku tu, dia senang-senang je nak tuntut hak penjagaan. Dia gila ke apa? Sif, aku tak boleh hilang dia. Mati aku kalau macam ni”. Kudengar suara teman Abang Hasif yang kurasa sedang mengalami masalah.
“Perempuan yang jaga body macam dia tak layak nak jaga anak aku kay”.
“Alaa..kalau bawak naik court pun, confirm kau menang. Cuba kau bincang dengan peguam kau dulu”.
“Dah..kau nak tahu apa dia cakap. Kalau aku tak ada bukti yang dia tu ibu yang tak bertanggungjawab, aku mungkin akan kalah kes ni. Sebab budak tu masih di bawah umur, so hak penjagaan lebih pada ibu. Shit!!”.
“Why don’t you talked nicely to Lea? Kau tu kalau dengar suara perempuan tu, mulalah naik baran. Mana reti nak cakap elok-elok. Try call dia”.
“Sampai mati pun aku tak akan cakap elok-elok dengan dia. Aku tak akan lupa apa dia buat pada aku. Hati aku ni masih sakit”.
“Biar aku yang try cakap dengan Lea. Remember she is my friend too. Bagi handphone kau. I don’t have her number”.
“Hilang”.
“Apa yang hilang?!!”.
“Aku dah campak masuk laut. Biar padan dengan muka perempuan tu. By the way, bila kau kemas apartment ni. Tak pernah-pernah aku tengok suci bersih macam ni sejak kau bertapa dalam ni”.
Aku hanya  mendiamkan diri mendengar perbualan dua manusia itu. Macam mana aku hendak balik? Astagfirullah.. aku sudah terlepas solat Zohor nampaknya. Gila tidur mati.
“Eh, ada miscall dari adik aku la. Kejap eh”. Suara Abang Hasif kedengaran lagi. Nampaknya dia memang tidak perasan aku menghubunginya tadi.
Handphone ku tiba-tiba berbunyi. Alamak! Abang Hasif!
“Ada orang lain dalam rumah ni ke? Ada bunyi dari bilik tu”. Teman Abang Hasif bersuara.
Pintu bilik dikuak. “Lina…bila Lina datang?”. Nyata Abang Hasif terkejut melihatku. Aku tercengang. Bayang teman Abang Hasif yang seperti mahu masuk ke bilik menyedarkan aku.
“Lina nak pakai tudung dulu”.
“Okay..alang tunggu kat luar”.











No comments:

Post a Comment