Thursday, 30 July 2015

PERMAISURI HATI - BAB 8

PERMAISURI HATI - BAB 8



SEBAIK kakiku melangkah ke luar. Abang Hasif terus memandangku. Temannya juga berpaling. Dan aku bagaikan bisu. Jantungku berdegup kencang. Terkedu aku melihatnya.
Datuk Rafael!! Macam mana dia boleh ada di sini? Diakah yang bercakap dengan suara serabut seketika tadi? Dia teman Abang Hasif. Aku beristigfar, terkejut dengan kebetulan ini. Kulihat matanya juga tajam menatapku, seperti tidak menjangka akulah adik kawannya itu.
“Kenapa datang tak beritahu Alang? Boleh Alang kemas bilik”. Ujar Abang Hasif membantutkan khayalanku.
Abang Hasif kupandang dengan serba salah. Aku mahu pulang. ”Lina dah call Alang tapi tak ada orang jawab. Lina pulang dulu la”.
“Lina kemas apartment Alang eh”.
“Ya…tempat tinggal Alang ni dah macam kapal terbalik. Sakit hati Lina tengok. Haa..bilik yang Lina tidur tu…bergumpal dengan segala pakaian, seluar kecik alang. Lain kali masukkan dalam bakul. Pemalas betul Alang ni”. Aku tidak sedar bila mulutku mula membebel. Tapi aku memang begini. Aku pantang tengok barang bersepah.
Kening kuangkat bila riak Abang Hasif berubah dan Datuk Rafael juga sama. Kenapa? Aku silap tegurkah.
Abang Hasif kemudian tersengih-sengih sahaja. “Lina..alang kenalkan ni roommate Alang dekat US, Rafael Hamdani. Rafa…adik aku, Lina”.
Aku perasan dia memandangku tajam dan aku hanya mendiamkan diri sahaja. Bagaimana agaknya reaksi abangku bila tahu Datuk Rafael itu adalah bosku?
“Senyum la sikit kat kawan Alang. Takut Rafa nanti”. Tegur Abang Hasif bila aku tidak sedikit pun tersenyum pada Datuk Rafael.
“Lina balik dulu. Dah lambat ni. Senang-senang nanti Lina datang lagi”.
Abang Hasif berdiri. Tangannya kucium lembut. “Jaga diri elok-elok. Bawak kereta hati-hati. Cium Haikal untuk Alang, okay”.
“Insyallah”. Balasku.
“Tak nak bye-bye kat kawan Alang?”. Abang Hasif sengih jahat. Dia ini selalu buat lawak macam ni bila ada kawannya datang rumah. Sengaja hendak mengenakan aku lantaran dia tahu aku ini dingin sekali dengan lelaki.
Aku hanya buat bodoh sahaja. Kudengar gelak tawa Abang Hasif disusuli dengan ketawa kecil Datuk Rafael sebelum menutup pintu.


PEJABAT kujejajaki lagi. Kali ini, aku nekad mahu memulangkan telefon bimbit Datuk Rafael. Nanti tidak pasal-pasal aku dituduh mencuri telefonnya pula.
“Yes Bashira, have a sit”. Suaranya sudah lembut, bukan seperti semalam lagi.
Tanpa berkata sepatah pun, handphone di tangan kuletak di atas mejanya. Lama matanya menatap ‘hadiah’ku.
“Mana you jumpa?”.
“Dalam lif. Kan Datuk campak dalam lif semalam”.
Dia tersenyum sedikit. “Bila I campak, I memang tak harap untuk jumpa lagi sebab I dah beli yang baru semalam… Look”.
Tidak berkelip mataku bila dia menunjukkan telefon barunya kepadaku. Begitu senang rupanya bertukar harta. Ya! Kalau sudah kaya, petik sahaja jari, semua sudah terbentang di depan mata.
Aku tidak beraksi.
“Apapun..thanks sebab bagi balik handphone ni. As a token of appreaciation, why don’t you take this handphone”. Bicaranya membuatkan aku terkejut. Dia mahu menghadiahkan harta barunya itu kepadaku. Apa dia sudah hilang akal?
Pantas kepala kugeleng. Aku bukannya telah menyelamatkan nyawa dia sehingga mahu diberi hadiah mahal sebegitu.
“You don’t want?”.  Soalnya.
Aku menggeleng lagi. “Telefon saya masih okay. Kalau tak ada apa-apa lagi, saya keluar dulu”. Aku tetap meletakkan handphone lamanya di atas meja.
“Wait!! “.
Aku menatapnya. Sungguh, aku tidak faham.. jika aku masuk biliknya, seringkali dia menghalangku untuk keluar awal.
“I still ada banyak masa untuk uruskan kerja. I rasa I nak bercakap dengan you”.
Kami saling bersabung pandang.
“Bashira.. I tahu you dengar perbualan I dengan bekas isteri I dalam lif semalam”. Ujarnya. Aku diam. Sesungguhnya aku sudah dapat mengagak dengan siapa dia bercakap semalam bila aku mencuri dengar perbualannya dengan Abang Hasif di apartment.
Honestly... I terkejut bila I tahu you adik Hasif. Sampai tak terkata apa. I am telling you, abang you tu kawan I dari MRSM sampai US. We really made a great friendship. Dan I tak sangka adik kesayangan yang dia selalu cerita pada I is you”.
Erk! Aku tidak tahu mahu memberi komen apa.
“Abang Hasif cerita pasal I?”.
Yup..always. Pasal you yang selalu jadi kesayangan dalam keluarga”.
Aku tersenyum manis mengenangkan hal itu. Memang aku selalu disayangi dan dihargai oleh ketiga-tiga abangku itu. Maklumlah, akulah satu-satunya adik perempuan mereka.
Mata kualih pada Datuk Rafael dan aku terpana kerana dia sedang menatapku dengan pandangan…  err.. aku sungguh tidak tahu bagaimana hendak aku tafsirkan tatapan matanya  itu.
“Juga pasal your ex-husband you. Apa nama dia..ehmm..ehm..Oh Nizam, right”.
Berubah rona wajahku. Aku tidak suka mendengar nama lelaki itu keluar dari mulut Datuk Rafael. Aku mula berasa geram kepada Abang Hasif.
“Errr..sorry”. Dia kelihatan tidak senang duduk bila melihat perubahanku.
“Saya minta maaf Datuk.. tapi saya tidak suka cakap pasal ni..tambah-tambah lagi mengenai bekas suami saya. Dalam hati saya, saya sudah tetapkan tidak mahu ingat lagi pasal dia. Jadi tolong jangan cakap soal lagi”. Aku bersuara serius. Kali ini, aku pasti aku perlu bertegas dengan Datuk Rafael. Aku benar-benar tidak suka dia menceritakan atau bertanya hal peribadi aku seperti yang dilakukannya ketika kali pertama aku bertemu dengannya.
“I’m so sorry Bashira”. Ujarnya kelihatan kesal.
“Saya maafkan. Tapi saya harap ini kali terakhir. Datuk, ramai orang tersalah sangka dengan ucapan maaf. Mereka merasakan dengan sekali maaf, segala kesakitan akan terpadam tapi tidak bagi saya kerana jika seribu kali pun Nizam merayu supaya saya memaafkan dia, saya mungkin tidak mampu berkata ya”. Ucapku tiba-tiba. Air mataku sudah bergenang. Aku tidak tahu mengapa aku menjadi sensitif begini. Mungkin kerana nama lelaki yang ingin aku lenyapkan itu ditimbulkan lagi.
Aku bangun. Tidak lagi memandangnya.
“Bashira…”. Panggil Datuk Rafael.
Aku menoleh.
“Sekali lagi, I minta maaf. I juga pernah rasa apa yang you rasa. I tahu bagaimana rasanya bila diri dikhianati. I faham betapa peritnya bila diri ditinggal pergi”.
Ucapannya buat aku terkelu sendiri. Aku mulai sedar, Datuk Rafael ini adalah lelaki yang juga mengalami nasib sepertiku. Yang berbeza hanya jantina.


“ALANG memang nak kena dengan Lina kan”. Terjahku sebaik panggilanku disambungkan. Sakit hatiku dengan abang yang seorang ini. Aku tidak nampak di mana kewajarannya dia bercerita tentang kisah hidupku dengan Nizam. Yang lain itu, boleh aku terima tapi tidak tentang soal peribadi.
“Kenapa dengan adik Alang ni?’.
“Alang cerita pasal Lina dengan Nizam pada Datuk Rafaelkan”. Gesaku.
“Hah?..Datuk Rafael? Siapa Datuk..? Rafa! You mean Rafa??”. Dia seperti terperanjat.
“Ye..siapa lagi.? Alang ni kenapa banyak mulut sangat cerita pasal Lina pada dia?”.
“Mana adik tahu? Rafa cerita ke? Kat mana Lina jumpa dia?”.
Telefonku rasa mahu jatuh dari genggaman. Aduh! Aku sudah terperangkap kerana sikapku yang terburu-buru ini.
“Lina..Alang tanya..bila Lina jumpa Rafa?”.
“Err..sebenarnya kawan alang tu bos Lina”. Aku berterus terang lantaran tidak punya pilihan lagi.
Serentak itu, sakit gegendang telingaku disapa ketawa kuat Abang Hasif. Apa yang lucu sangat aku tidak tahu.
“Patutlah muka Rafa macam ayam berak kapur bila nampak Lina semalam. Pekerja dia rupanya. Lina ni, kenapa tak beritahu Alang semalam? Ala..Lina sorry la..itu dulu..sekarang Alang dah tak cerita apa-apa lagi pasal Lina kat dia. Dia banyak problem sekarang”.
“Dia ada masalah dengan bekas isteri dia kan Alang?”. Soalku mula mengorek rahsia. Dia sudah tahu tentang kisah hidupku,jadi tidak salah rasanya kali ini aku pula yang membalas dendam.
“Yup…Lea tu nak tuntut hak penjagaan anak. Bengong la perempuan tu Lina.Kasihan Rafa, tu mesti dengki sebab Rafa dah kaya raya sekarang ni”.
Aku menyandar di kerusi. Aku tidak jelas lagi apa yang diterangkan kepadaku.
“Alang cerita la kat Lina pasal dia”.
“Aik?? Interested nampak?”. Walaupun aku tidak nampak muka Abang Hasif sekarang, aku pasti dia sedang tersenyum mengusik.
“Habis tu, alang dah cerita hal peribadi Lina kat dia…Lina nak juga tahu pasal dia”. Aku seolah-olah memujuk. Aku rasa aku sudah kurang betul sekarang. Ini kali pertama aku jadi tertarik untuk mengetahui kisah hidup seseorang.
“Ehmm…Alang ringkaskan saja ye. Untuk pengetahuan Lina, Rafa tu kawan Alang..”. Gelaknya.
“Alaa…tu Lina tahu la…”.
“Hmm.. okay.. Where to start ?.. hmm.. He’s affluent man. Apartment Alang ni sebenarnya hak milik dia. Sebab banyak sangat harta karun, dia bagi sedekah dekat Alang. Free of charge”.
Aku terkedu mendengarnya. Begitu rapatkah mereka sehingga Datuk Rafael memberi hadiah semewah itu?
“Tak percayalah Lina”.
“Eh budak ni..kita cerita tak nak percaya pulak. Betul…Alang dengan dia memang kamceng dari dulu lagi. Semua kisah hidup dia ada dalam poket Alang ni ha…”
“Enam tahun dulu Rafa bercinta dengan Lea tapi mummy dia tak suka. So, dia tinggalkan semua harta kekayaan dia dan kahwin dengan Lea. Alang jadi saksi tau”. Nada suara Abang Hasif kedengaran serius di telingaku.
“Masa kahwin tu Lea tak tahu yang Rafa dah tak berharta lagi. Diorang bahagia lebih kurang enam bulan macam tu. Lepas Lea dah tahu perkara sebenar, perempuan tu buat hal. Nak gugurkan anak…dan akhirnya dia tinggalkan Rafa dengan anak dia bila dah jumpa Englishman kaya dekat US tu”.
“Sekarang ni perempuan tu dah jadi gila balik. Dia nak rebut hak penjagaan anak Rafa. Tapi Alang tahu tu mesti taktik dia supaya Rafa rujuk dengan dia. Remember bos Lina tu dah berdatuk-datuk sekarang”.
Actually, Rafael tu tiba-tiba jadi kaya raya bila arwah atuk dia yang menetap di US ni bagi aset  pada dia.. To simplify, mengikut surat peguam.. dia akan terima semua aset tu when he reached  25”.
Aku jadi simpati pada Datuk Rafael bila mengetahui kisah hidupnya. Begitukah? Tentu  dalam sekali luka hatinya apabila diperlakukan oleh wanita yang pernah dicintai separuh mati, sehingga sanggup pula berkorban meninggalkan kekayaan di sisi. Tentu lukanya lebih parah dari aku. Segala pengorbanannya tidak bermakna.
Kusangka akulah yang paling menderita saat talak jatuh ke atasku setahun yang lalu. Namun, aku silap menduga, Datuk Rafael sudah lama merasai keperitan itu. Hatinya lebih dahulu menangisi kejamnya takdir yang menimpa diri. Tapi usahlah menyalahkan takdir.. kerana sesungguhnya semua sudah tersurat.

No comments:

Post a Comment