Aku
menitiskan air mata tatkala bunyi tangisan bergema di sekitar bilik sederhana
besar itu. Kesakitan yang aku tanggung sebentar tadi seakan terbang jauh. Yang
ada hanyalah rasa bahagia yang sukar aku terjemahkan dengan kata-kata.
Doktor
Haslina sudah tersenyum melihatku. Dia menarik nafas lega. Mungkin bersyukur
kerana seorang insan telah selamat lahir ke dunia ini.
“Tahniah
sayang..baby boy”. Kudengar suara
insan yang paling aku kasihi berbisik di telinga. Dia tersenyum memandangku. Aku
tahu kelahiran ini begitu menggembirakan hati lelakinya. Dari dulu…kami punya
impian untuk mempunyai anak yang ramai.
“Terima
kasih sebab sanggup temankan Lina bersalin”. Ujarku lemah. Anak dipangkuan aku
riba penuh cinta.
“Cinta
kita berdua”. Katanya penuh makna.
Aku
mengganguk. Mula berasa lemah. Aku penat sangat. Rasanya mahu sahaja aku tidur.
“Keluarga
abang dan keluarga Lina on the way ke
sini. Abah tu bukan main gembira lagi bila abang cakap Lina dah bersalin. Kan
patutnya minggu depan. Tergesa-gesa diorang datang sini”. Banyak pula
celotehnya. Namun aku hanya setia mendengarnya.
“Dah
fikir nama baby?”. Soalku sedikit
manja.
Dia
mengangguk. Tangannya mengusap kepalaku. “Muhammad Haikal bin Muhammad Nizam, okay tak sayang”.
“Apa-apalah.
Asalkan baby kita ada nama”. Ucapku
seraya memejamkan mata. Maaf..aku sudah tidak sanggup meneruskan perbualan ini.
Kepenatan menyelubungiku. Tiba-tiba, pipiku dikucup lembut. Hatiku diserbu
hangat. Selepas itu, aku sudah tidak ingat apa-apa.
No comments:
Post a Comment