“Aku
terima nikahnya Amalina Bashira binti
Aliman dengan mas kahwin RM 22.00 tunai”.
“Sah”
“Sah”.
Upacara
akad nikah ini berlangsung di masjid dan tatkala ucapan sah itu bergema, air
mataku mencuri keluar. Aku menadah tangan mengaminkan doa yang dibaca oleh imam.
Aku tahu sebaik selesai sahaja akad nikah itu, maka berakhirlah zaman jandaku.
Kini, aku berteman lagi. Rafael yang segak berbaju pengantin dan diapit
ketiga-tiga abangku menoleh ke arahku. Dia kelihatan lega, lantas tersenyum
mesra ke arahku. Aku membalas.
Aku
mengalih pandang ke arah emak. Dia sedang tersenyum mesra. Abah di sisi tok
kadi pula menahan sebak. Abang-abangku turut melontar senyum.
Aku
tidak tahu perasaan apa yang sedang bertamu di hati tapi aku sungguh damai
dengannya. Aku menerima jodoh yang ditetapkan buat kali kedua ini dengan
setulus hati. Ya! Aku akan belajar menyayanginya, mencintainya dan
mengasihaninya seikhlas hati sebagaimana layaknya seorang isteri terhadap sang
suami.
“Mama
nangis ke?”. Era di sebelah menyoal. Aku memandang Era yang cantik mengenakan
baju kurung berwarna biru lembut, sesuai dengan tema perkahwinanku ini.
Haikal
menyapu pipiku. “Mama jangan nangis, tak cantik nanti”. Ujar Haikal.
“Betul
tu, mama”.
“Tak
adalah..mama tak nangis..mama gembira sangat hari ni. Era dah jadi anak mama
tau”.
“Mama
pindah rumah Era ke nanti?’. Mata Era bersinar riang.
“Ya!
Sayang..mama,papa Era dan Ekal..kita dah jadi satu keluarga”.
“Bestnya”. Haikal bersorak riang.
“LINA..
Rafael datang tu”. Kak Zaleha berbisik tiba-tiba. Aku mendongak. Mula mengigil
apabila Rafael duduk di hadapanku. Nak buat apa ni? Aku bagaikan kebingungan.
Aku memandangnya. Dia begitu segak dengan baju yang kami pilih dan songkok di
kepala.
“Lina..cium
tangan Rafa.. Jangan nak usha anak orang lama-lama”. Usik Abang Aidil
mengundang ketawa sekeliling.
Darah
menyerbu ke muka. Kurang asam punya Angah. Saje la tu nak mengenakan aku. Aku
melarikan pandangan. Seketika kemudian, aku tunduk mencium tangannya. Buat kali
pertama setelah lebih setahun menjanda, aku benarkan kulitku bersentuhan lagi
dengan lelaki ajnabi. Tidak! Dia bukan lagi lelaki ajnabi untukku. Aku adalah
isterinya yang sah.
Pancaran
flash dari kamera buat aku sedikit gugup. Rafael membalas dengan ciuman di
dahi. Sungguh syahdu aku rasakan saat itu. Air mata mencuri-curi keluar. Aku
sangat sebak. Aku tidak pernah menduga aku akan mengalami perasaan ini buat
kali kedua. Kukira Nizam lelaki pertama dan terakhir tetapi takdir merencanakan
sesuatu yang lebih indah lagi.
“Terima
kasih kerana sudi terima I”. Bisik Rafael lembut di telinga
“You look so
beautiful”.
“Lamanya
cium… sabar la dulu..”. Usikan entah dari siapa menyedarkan kami. Kulihat muka
Rafael memerah. Hampir aku tergelak melihat tingkahnya.
“Mama
dan papa cantik sangat!!”. Haikal menjerit.
“Tahniah
Lina… Rafa!!”. Ucap Abang Rehan sejurus itu. Aku menyalaminya, memeluk abangku
lama. Erat pelukannya buat aku begitu terharu. Aku tahu Abang Rehan tumpang
gembira melihat penyatuan kami.
“Along..
dah.. jangan buat Lina nangis macam tu”. Abah bersuara.
“Angah
rasa kita boleh bertolak balik sekarang. Nanti nak bersiap-siap untuk majlis
persandingan pula”.
Tepat
jam 11.30 pagi, kami turun dari masjid untuk ke rumah. Aku perasan mata Rafael
asyik benar memandangku. Malu betul aku melihat redup pandangan matanya.
SELESAI
bersanding, aku masuk ke dalam bilik. Terasa mahu sahaja aku tidur tapi masih
ada lagi upacara memotong kek. Terpaksa aku menukar pakaian. Kali ini berbaju
gaun kembang yang begitu kena dengan tubuhku. Ini semua kerja Rafael. Cantik
sungguh baju gaun pink yang dipilihnya.
“Untungla
muka kau dah cantik Lina.. Tak perlu akak susah-susah nak make-up lama-lama. Pengantin lelaki pun bukan main kacak lagi.
Memang sesuai la kau dengan dia. Pandai kau cari. Bagi tips kat akak macam mana
nak dapat lelaki macam tu. Cukup pakej!”.
Aku
sekadar tersenyum mendengar komen mak andam yang sedang menyolek mukaku saat
ini. Kalau aku melayan, alamatnya tak siap la kerja perempuan ni.
“Kau
kerja satu pejabat dengan dia ke, Lina?”.
“Ya
kak.. di bos Lina”.
“Okey..
dah siap… tengok cantik tak..? Selesa dengan gaya make up macam ni?”. Soalnya.
Aku
pandang wajahku yang sudah disoleh di cermin. Cantik ! Tidak terlalu tebal dan
tidak pula terlalu nipis. Just nice.
“Okey la ni kak. Terima kasih”.
“Bagus..
akak kena balik dulu tahu. Ada satu majlis lagi akak nak pergi. Okay bye”. Ucapnya tergesa-gesa.
Aku
mengucapkan terima kasih padanya sekali lagi.
“Mama..
nanti nak potong kek ke?’. Era menjengah muka.
“Mari
sini dekat mama”. Era mendekat. Aku pantas meribanya. “Ya.. Ekal mana sayang?”
“Ekal
main dengan Mior dekat bawah. Era dah kenyang mama. Era makan banyak sangat
nasi dengan Ekal”
“Wah..
pandai anak mama. Era suka tak duduk rumah nenek?”. Soalku
“Mestilah
suka. Ada nenek! Ada atuk.. Mior..pastu ramai lagi kawan Era. Era suka duduk
kat sini. Best!! Kalau rumah Tok
Mummy.. tak best.. tok mummy selalu marah Era”.
Aku
terkedu seketika mendengar ucapannya. Era sudah faham sendiri bahawa
kehadirannya benar-benar tidak disenangi Puan Sri Rohaiza. Ibu bapa mertuaku
langsung tidak datang ke majlis ini, sekadar menelefonku mengucapkan tahniah.
Yang datang cuma Mak Yam.
“Lina..cantiknya
kau.. Amboi bukan main lagi”. Satu suara dari arah pintu menegur.
“Aida..!
Fatila!… Ingatkan tak datang!!”. Aku sudah berdiri. Memeluk sahabatku dari
sekolah menengah itu. Mereka ini teman sekampungku.
“Ini
anak kau ke?”. Aida mencuit dagu Era. Aku angguk. ‘Sayang.. ini kawan mama.
Aunty Aida dan Aunty Fatila.. salam!”. Arahku. Era terus bersalam.
“Baiknya
Era. Era dah umur berapa ni?”. Aida menyoal.
“Enam
tahun. Mama, Era keluar dulu.. Era tak nak ganggu mama cakap dengan kawan
mama”. Jawab Era.
“Tak
sangka aku, kau dah nak kahwin lagi sekali. Cepat betul jodoh kau sampai Lina”.
Aida bersuara bila Era sudah keluar dari bilik. Fatila mengangguk.
“
Alhamdullilah.. aku pun tak rancang semua ni Aida. Korang berdua tu bila
lagi?”.
“Alaaa..
malas lagi nak fikir pasal benda ni semua. Eh, Nizam macam mana..dia tahu tak
kau nak kahwin ni?”. Fatila menyentuh lembut jariku.
“Tahu..
Hari tu Rafael dah beritahu dia”.
“Aku
jumpa dia minggu lepas. Dia minta nombor kau”.
Aku
terkedu. Tidak faham dengan sikap Nizam yang masih cuba mendekatiku. Tidakkah
dia tahu perpisahan yang terjadi antara kami, dialah yang memulakannya. Dialah
yang merobek cinta di hatiku, membuatkan aku begitu tawar hati dengannya. “Kau
bagi ke?”.
“Aku
minta maaaf sangat, Lina. Aku bagi sebab aku kasihan sangat tengok dia. Hish..
tak fahamlah aku dengan Nizam tu.. memang la dia tu kawan kitaorang juga tapi
tak patut betul dia buat kau macam ni”. Fatila membebel. Sewaktu aku berpasangan
dengan Nizam dulu, merekalah yang membantu hubungan kami. Maklumlah, kawan satu
kelas.
“Tu
la Lina.. Tak sangka aku Nizam buat kau macam ni. Dulu, bukan main lagi gilakan
kau. Dah dapat, senang-senang je nak campak lepas dah bosan”.
“Tak
pelah Tila..aku dah penat fikir pasal dia. Tak mahu lagi aku ingat tentang Nizam.
Kami dah ada haluan masing-masing. Dia dengan cara dia, aku dengan cara aku. Tapi,
walau apapun yang terjadi antara kami, kami masih ada Haikal sebagai
penghubung. Sebab tu la aku tak nak cari masalah dia. Kasihan Haikal tersepit
di tengah-tengah”.
“Masa
aku jumpa Nizam tu, bini dia ada sekali tahu. Huh! Bukan main sombong lagi.
Senyum pun tak! Menyampah betul aku tengok muka dia”.
“Nizam
tu macam sedih je. Tak nampak bahagia hidup dengan perempuan tu. Tak tahulah
kalau firasat hati aku ni salah, tapi aku rasa dia mesti bersalah atas apa yang
dia buat pada kau. Si Erni tu pun, Nizam tak sempat nak cakap lama-lama, dah
ajak balik. Kureng la perempuan tu”.
Aku
tergelak dengan mimik muka benci Aida. “Dah la. Tak payah sebut pasal dia lagi.
Biar je dia hidup bahagia dengan Erni”.
“Hoi,
kau jumpa kat mana suami kau yang handsome,
menawan dan tertawan tu?’. Fatila angkat- anagkat kening.
Aku
tersengih. “Dia bos aku kat tempat
kerja”.
“Aku
dengar dia ada title Datukkan?”.
Aku
angguk dan kedua-dua temanku itu terus ketawa. “Bahagia la kau. Nak aku panggil
kau Datin Amalina ke?”. Usik Aida nakal.
“Tak
adalah! Doakan aku dengan Rafael tahu”. Ujarku.
Aida
dan Fatila memelukku. “Kitaorang akan selalu doakan kebahagiaan kau dunia
akhirat”.
Aku
jadi terharu. Sekian lama berpisah dengan mereka, hubungan sebagai rakan baik
yang terjalin antara kami tidak pernah putus. “Terima kasih Aida, Tila. Aku
tahu kau masih sayangkan aku”.
“Hish..mestilah..kau
ni pun”.
“Err..
Assalamualaikum”. Satu suara menyapa dari arah pintu. Kami mengalih pandang.
Terkedu aku melihat Rafael yang terpacak di muka pintu dengan riak serba salah,
tentulah dia tidak selesa sementelah Aida dan Fatila ada di sisiku. Err.. tapi
apa dia mahu?
“Sorry ganggu tapi I nak tukar baju..”.
Aku
tersentak mendengarnya.
“KAWAN
-kawan you baik. So friendly”. Ujar
Rafael ketika kami berdua-duaan di bilik itu. Aku jadi gugup. Tidak tahu apa
yang perlu diperkatakan. Apatah lagi bila dia ada bersama. Mahu sahaja aku
keluar dari bilik tapi nanti tidak sopan pula jika aku keluar tanpa Rafael.
“You
nampak cantik sangat atas pelamin tadi. Macam puteri kayangan”. Puji Rafael.
Aku
menelan liur. Kedudukan antara kami membuatkan aku sukar berrnafas. Aku hanya
menekur memandang lantai, langsung tidak punya kekuatan untuk meneliti seraut
wajahnya.
Rafael
meraih tanganku, mengenggam erat. Aku merasakan darah panas mengalir ke segenap
tubuh. Dia mengucup jari jemariku. Lama! Entah mengapa, aku merasakan aku
sangat istimewa di hatinya kala itu.
Perlahan-lahan
aku mengangkat muka. Dan ketika mata bertentang mata, satu perasaan halus
mengalir dalam hatiku. Aduh ! Aku tertawan melihat senyumannya yang sungguh
memukau. Rafael ini benar-benar mempunyai aura dan karisma yang tersendiri.
Ibu
jarinya mengusap bibirku lembut. Aku terkedu tapi tidak menghalang. Hanya mampu
membiarkan perbuatannya. “Bibir you sangat seksi”.
Aku
tersenyum nipis. “Mengarutlah awak ni. Cepatlah! Tukar baju pengantin tu. Kita
ada acara potong kek pula. Ni semua idea pelik awak la”.
“Shira..
ada ke cakap macam tu. Okay.. I tukar
sekarang. Mana baju I?”.
Aku
membuka almari, mengeluarkan kemeja putih dan seluar slack hitam serta kot
berwarna putih.
‘Hei..”.
Aku terperanjat bila dipeluk dari belakang. Rafael mengucup lembut bahuku yang
dibaluti gaun. Aku mengigil. Dan aku dapat rasakan dia juga sama sepertiku. Aku
sudah cuak.
“Apa
ni..?”.Suaraku seakan tenggelam timbul.
“I
happy sangat hari ni. Thanks sayang. Thanks for everything. Era pun nampak
gembira sangat sebab you akan jadi mama dia. For the real one”.
“Saya
tak buat apa-apa. Semua yang kita dapat hari ini adalah nikmat dari Allah SWT.
Kita patut bersyukur kepada-Nya”.
Rafael
melepaskanku. Kemudian memaksa aku bertatapan dengannya. “Setiap kali I pandang
you, I tahu pilihan I kali ni tak silap. Bashira, mungkin I tak sehebat lelaki
impian you, I mungkin bukan lelaki yang
selalu hadir lewat mimpi-mimpi indah you tapi I akan cuba jadi yang terbaik untuk
memenangi hati you. Menjadi papa pada Haikal. Anak kita!”.
Aku
tersenyum. Gengaman tangannya aku balas. “Awak tak perlu berubah, Rafael. Tak
perlu berlakon supaya saya senang dengan awak. Just be yourself, kerana kesucian hati kita lebih terserlah bila
kita jadi diri sendiri. Awak tak perlu bersusah payah untuk saya. Awak adalah
jodoh saya, kita sudah ditakdirkan bersama. Saya mahu kita sama-sama belajar
menyayangi satu sama lain dengan jujur, bukan dengan lakonan”.
Raafel
mengucup pipiku. Mataku membulat memandangnya. Jantungku berdetak laju. Merah
padam mukaku dengan tindakannya. Rafael tersenyum nakal. “I love seeing you talk. It shows how nice you are”.
“Itu
nasihat saya sahaja. Ehm… awak pergi la tukar pakaian”. Gesaku lagi.
Dia
mengangguk, melepaskan pelukan.
Tanpa
segan silu Rafael membuka pakaiannya. Aku ternganga. Kejadian di apartment terimbau
kembali ke dalam kotak fikiran. Mukaku serta merta bertukar merah. Aku pantas
memusingkan badan, tidak rela lagi berhadapan dengannya.
Aku
buat-buat membetulkan cadar. Dan aku dengar gelak tawanya, aduh! Pasti dia
gelakkan aku.
“Cadar
tu tak ada cacat cela pun dari tadi. Tak perlu you nak bersusah payah betulkan
lagi”.
Aku
memandangnya yang sudah lengkap berpakaian. Tersenyum segaris. Ketampanannya
lebih terserlah dengan pakaian itu. “You
look formal”.
“Boleh
pakaikan tie untuk I”. Rengek Rafael
manja seraya menghulurkan tie kepadaku.
Sedikit
gugup, hulurannya bersambut. Dengan muka tunduk aku memakaikan. Aku kalut
sendiri. Dada berdebar-debar tidak menentu.
Sekali
lagi kucupan hangatnya singgah di pipiku. Aku tidak keruan.
AWAL
malam itu, semua masuk ke bilik masing-masing. Tentulah keletihan seharian
bekerja. Saudara maraku yang datang dari jauh juga bermalam di rumah. Tapi,
tentu sekali bilik itu tidak cukup untuk tetamu seramai itu. Maka, sepupu-sepupuku
sudah menghampar lembek di ruang tamu. Tiada pilihan, di situlah mereka bakal
beradu malam ini. Esok hari, mereka semua sudah sepakat untuk bertolak pulang.
Era dan Haikal juga sudah lama tertidur di
bilik Angah, yang sememangnya sudah khusus untuk anak-anak kecil, saudara
maraku. Bilik itu sudah penuh benar dengan anak-anak.
Dari
jendela bilik, kulihat abang-abangku masih galak berbual dengan Rafael di luar
rumah. Tanpa sedar, bibirku menguntum senyum. Rafael tetap sempurna di mataku
sekalipun hanya berkain pelikat dan T-shirt sahaja.
Aku
keluar dari bilik tidur untuk ke kamar mandi. Satu masalah di rumah kampungku
ini. Hanya ada satu bilik air berhampiran dapur.
Kemudian,
aku membuka pintu bilik yang menempatkan Haikal dan Era. Terbias di mataku Era
dan Haikal sedang lena di atas lantai yang berlapik tilam. Sepupu-sepupuku
serta anak saudaraku memenuhi setiap ruang bilik. Masing-masing tidur dengan
gaya tersendiri. Aku tersenyum melihat keadaan mereka. Aku mengucup dahi
kedua-dua anakku itu. Hatiku senang sekali.
Tanpa
sedar, aku merebahkan badan di ruang yang agak sempit bersebelahan Haikal.
Kupejam mata rapat-rapat. Sungguh, aku penat sekali malam ini.
Dan
aku terus terlena tanpa memikirkan keadaan sekeliling.
No comments:
Post a Comment