SAYUP
-sayup kedengaran suara di sebelah bilik. Mata aku celik luas-luas. Aku pandang
sekeliling. Aku kebingungan. Bukankah semalam aku telah bernikah dan semalam
juga adalah malam pertama aku dan err.. Ya Allah. Aku bangun dari pembaringan.
Sungguh aku sudah gila. Bagaimana aku boleh tertidur di sini. Apa yang perlu
aku jelaskan pada Rafael?
Aku
mengatur langkah ke bilik air, mencuci muka dan berwuduk. Kemudian.
Perlahan-lahan, tombol pintu bilik aku pulas. Kakiku bagai dipaku. Eh..mana
dia? Bilik itu kosong tanpa penghuni. Aku masuk dan duduk di birai katil. Rasa
sungguh bersalah kerana membiarkan dia keseorangan semalam. Doaku, janganlah
dia salah faham akan tindakanku itu. Sungguh, aku alpa. Memandangkan jam sudah
menghampiri pukul 6 pagi, aku bersolat dahulu.
Selesai
mengaminkan doa, pintu dikuak. Jantungku mula kencang. Batang tubuhnya terpacak
di muka pintu dengan baju yang sudah bertukar. Aku kira dia sudah mandi kerana
kelihatan wajahnya masih basah. Namun, mungkin juga bekas air wuduk. Matanya
tajam merenungku. Aku turut mengamatinya. Mata berbicara tanpa kata.
Dia
masuk dan menutup pintu. Bergerak ke pinggir dinding untuk mengambil sejadah.
Aku mengetap bibir. Sah! Dia terluka dengan perbuatanku semalam.
“Saya…saya..
awak..awak nak solat ke?”. Aku tergagap-gagap.
Diam.
Dia sekadar membisu. Sejadah dibentangkan. “
Can we talk?”.
“
I nak solat. Boleh you diam?”. Sinis suaranya. Aku terkedu lantas membisu di
birai katil.
Aku memerhati dia bersolat. Tenang aku melihat
keadaannya. Siapa sangka Rafael yang dulu aku kenalinya sebagai bosku sudah
menjadi suamiku dengan hanya sekali lafaz. Aku mengurut dahi. Bagaimana aku hendak
menerangkan perihal semalam? Aku takut jika dia membuat andaian yang
bukan-bukan. Tentulah dia sakit hati dengan tingkah lakuku.
“Sorry”.
Ujarku perlahan sekali selepas dia selesai bersolat.
Diam.
Aku gelisah.
“I’m so truly sorry”
Dia
masih sama. “Rafael….!”.
Tanpa
menoleh, Rafel membalas. “Sorry for
what?”.
Aku
menarik nafas. “For last night”.
“What happened last
night?”. Soalnya berteka-teki.
“
Saya minta maaf kalau awak marah. Saya tahu saya tak patut tidur di bilik
lain”.
“Kenapa
tidur di bilik lain? You don’t like me?”.
“No!!”.
Suaraku lantang. Aku tidak mahu dia salah sangka. “No..Please don’t think like that. Semalam tu salah saya. Saya
tunggu awak …”.
“Kenapa
tunggu I?”.
Err..
aku bingung. “ I don’t know.. I just wait..”.
Balasku bersahaja dan aku lihat senyuman di dua ulas bibirnya.
“Tapi
awak berbual lama sangat dengan abang saya!”.
Rafael
menoleh ke arahku setelah melipat sejadah. Dari mukanya, aku tahu dia sedang
menunggu penjelasanku.
“Lepas
tu ke saya bilik air dan ke bilik anak-anak kita. Saya tertidur dekat sana.”.
Rafael
duduk di sisiku. Mukanya didekatkan ke mukaku. “Anak-anak kita?”.
Aku
angguk. Berdebar dengan renungan matanya.
“You sounds so lovely.
I like it”. Dan satu kucupan hinggap di pipi.
Aku terpaku. “I ask no explanation but
you did give me. Thanks for that, dear. Anyway, I definitely wait for you last
night for several hours but you didn’t showed up. Do you know what should
happened between the two of us last night?”. Bisik Rafael berserta satu
senyuman paling nakal. Aku mengetap bibir. Malu tiba-tiba bila dia menyebut
tentang hal itu.
“Ahh..
err.. saya.. kenapa tak kejutkan saya?”.
Rafael
mengangkat kening. “Waktu I nak masuk bilik pun… macam dah nak jatuh khemah kat
depan rumah tu bila abang-abang you gelakkan I. Kalau tiba-tiba dia nampak I
keluar cari you, for sure terbangun
semua saudara mara yang lena kat luar
tu”.
Aku
tergelak. Kasihan dia.. tentu dia diusik abang-abangku semalam. “ Abang- abang
saya memang macam tu. Semua blues…
geram betul”.
“Bashira..!!”.
Panggilnya tiba-tiba. Satu yang aku perasan, Rafael selalu memanggilku dengan
nada yang romantik sebegitu bila dia mahu aku hanya memberi perhatian padanya.
Ya! Hanya untuk dia.
“Kenapa?”.
“Betul
you tertidur semalam?”.
“Kenapa?
Awak tak percaya ke?”.
“Bukan
sebab you tak nak kita bersama? Bukan sebab you nak lari dari I?”. Bibirnya menyentuh cuping telinga. Rasa
hangat menyerbu diri. Rafael sudah memelukku erat. Kucupan di pipi sudah meliar
ke leher. Aku membiarkan. Auranya membuatkan aku tidak mampu menolak.
Mata
kami saling bertentangan. “ Saya betul-betul tertidur”. Tegasku.
Pipiku
dikucup lagi. “Dah lama I tunggu saat ni. Saat untuk bersama dengan you. Hanya
kita berdua”.
“I
tunggu you supaya kita boleh solat sunat bersama semalam”.
“Saya
minta maaf”. Aku kesal kerana membiarkan impiannya berkecai.
“Don’t. I don’t need
your sorry. What I need now is you”. Ucapannya
membuatkan aku bertambah gementar. Hatiku gemuruh. Aku sekadar membisu.
Membiarkan perbuatannya.
Aku
gugup. Mengigil tidak tentu hala. “Err..saya belum mandi”.
Rafael
merenungku tajam sebelum tergelak kecil. Bibirku dikucup lembut. “So?”.
“Ahh..err..”.
“You
dah bersedia?”.
“Hah?”.
Mataku terbeliak dan sekali lagi bibirku dikucup, aku bagaikan berada di
awang-awangan. Usapannya yang mulanya lembut mula bertukar ghairah dan ketika
aku mendengar mulutnya terkumat-kamit membaca doa, meminta perlindungan Allah..
aku memejamkan mata, membalas usapannya.
Tiada
sebarang ucapan di antara kami. Yang ada hanyalah usapan penuh makna. Dan pagi
itu, Rafael membawaku terbang jauh ke awan biru, menikmati gelora cinta
bersama.
SINARAN
cahaya matahari yang menerobos ke ruang jendela membuatkan mataku terasa agak
sakit. Waktu itu juga aku terasa pinggangku dipeluk erat. Agak susah untuk aku
melepaskan diri dari pelukan tersebut.
Aku
menelan liur melihat Rafael yang lena. Adegan-adegan romantik tadi terlayar di
mindaku. Pipiku merona merah. Malu tidak tertanggung. Aduhai ! Bagaimana aku mahu
berhadapan dengannya. Aku merenung Rafael. Lagaknya seperti keanak-anakkan.
Manja sekali. Aku amati seraut wajahnya yang memukau. Bibir yang terbentuk
cantik, keningnya yang lebat, hidung yang mancung dan kulit muka yang cerah.
Rafael lelaki yang hebat.
Tiba-tiba
aku kepingin untuk menciumnya. Melihat dia yang tidak bergerak, aku
membawa bibirku ke pipinya. Perlahan dan
lembut. Saat kami bersatu tadi, aku tahu aku sudah memberikan hatiku padanya.
Hati untuk dia cintai dan dia kasihi. Aku mahu dia tahu, aku ikhlas menerima
dia sebagai suami.
Aku
kaget bila jam di dinding sudah hampir 12 tengah hari. Bibirku terbuka lantaran
terkejut yang amat sangat. Aku perlu keluar. Aku cuba alihkan tangan sasa
Rafael yang melingkari pinggangku tetapi kurasa amat sukar.
“Shira..”.
Suara Rafael yang agak serak memanggilku.
“Dah
lambat ni”. Balasku tanpa memandangnya tapi Rafael langsung tidak melepaskan
diriku..
“Sayang..”.
Dia merentap tubuhku dan aku jatuh ke dalam pelukannya lagi sekali. Tubuh kami
kembali bersatu. Dia kucup leherku. Aku membiarkan sahaja dia melepaskan
keinginannya.
“I enjoyed our first. Thank
you..my lovely Shira”. Gemersik suaranya menyentuh
hati. Terpempan aku menerima ucapan terima kasihnya. Aku sungguh terharu kerana
dia menghargaiku sampai begitu sekali.
“Kenapa
muram ni? Tak suka?”.
Aku
geleng. “ Tak adalah. Saya pun nak ucapkan terima kasih pada awak kerana
sanggup terima saya sebagai isteri walaupun awak dah tahu kekurangan saya. Saya
bahagia sangat. Tak pernah terlintas di hati, saya akan mengecapi semua ini
sekali lagi. Tanpa awak, tak mungkin saya rasa semua ni”.
“You
suka?”. Nakal suaranya.
Aku
menunduk malu dengan soalan direct itu.
Tidak menggeleng dan tidak pula mengganguk. Aku mahu dia memahami hatiku,
biarpun tanpa aku mengucapkannya.
“Malulah
tu…It okay.. I faham tapi esok-esok
tak mahu malu lagi tahu”.
Aku
tersenyum dengan komennya. “Sekarang dah pukul 12… macam mana nak keluar. Saya
malu..nanti mesti ramai kat luar tu. Mana nak sorok muka ni?”.
“Buat
pekak je.. Kalau you layan..alamatnya pengsan jugak kita kat situ”.
“ I love your hair
smell. So nice… dah lama I nak belai rambut
panjang you ni”. Dia mencium sambil membelai rambutku.
“
Dah lama..bila awak tengok rambut saya?”.
Rafael
tersenyum, namun aku rasakan sesuatu tidak kena pada senyumannya. “Tak ingat waktu you ceroboh bilik mandi I dekat
apartment Hasif”.
Errr..
mukaku kembali membera. “Tak ingat!”. Pantas sekali aku menjawab.
“Oh..
betul ke? I masih ingat rambut panjang you and
betis you yang putih gebu tu. Tapi I tak sempat nak usha lama-lama. Sebab masa
tu, I malu you tengok my hot and sexy
body”.
“Awak!!”.
Aku tampar dada bidangnya yang terdedah. Dan aku terkedu di situ ketika
jemariku jatuh pada badannya. Rafael begitu asyik menilik wajahku. Aku mula
berdebar-debar. Janganlah dia mula lagi sekali.
“Oh… stop calling me ‘awak’?”.
Aku
kerut kening. “Then, what should I call
you?”.
Dia
jongket bahu. “ I serahkan pada you”.
“Abang!”.
“Nope…typical malay”.
“Papa”.
“What? You are not my
daughter. Nanti I ingat Ekal or Era yang panggil I”.
“Hubby!”.
Rafael
geleng.
“Love”
Dia
gelak pula.
“Boss”.
“Of course not”.
Mukaku
cemberut. “Datuk Rafael”.
Rafael
terkekeh ketawa. “Ada ke panggil macam tu? Kena pancung dengan Rehan nanti”.
“Habis
tu nak panggil apa?”. Rengekku. Tiba-tiba sahaja terasa mahu dimanja. Dan
seperti memahami, dia memelukku. Terasa hari ini adalah hari paling indah dalam
hidupku. Di bawah satu gebar ini, kami saling berbalas kata.
“Saya
dah tak ada idea”.
“I
panggil you Shira..apa kata you panggil I sayang”.
Aku
pantas menggeleng. “Tak mahulah. Saya…err..no
Shira panggil awak abang je la. It sounds
okay, boleh ye”.”.
Lambat-lambat
Rafael mengangguk. Aku tersenyum menang.
“Ehmmm..
Shira rasa baik kita keluar. Lagi lama..lagi susah. Tapi biar Shira keluar dulu
ye”.
“Nope..kita keluar sama-sama tapi sebelum
tu abang nak peluk Shira puas-puas dulu. Nanti tak boleh nak peluk macam ni lagi.
Ada je yang dengki. Especially Hasif.
Bukan main kuat lagi gelakkan I..opss abang”.
Dia
merangkul tubuhku ke dalam pelukan. Dan aku sekadar membiarkan. “Jangan lupa
mandi wajib nanti”. Bisik Rafael lembut.
Aku menyembunyikan muka di dadanya.
AKU
dan Rafael saling berpandangan. Muka dah macam terkena lada. Tidak tahu hendak
ditaruh di mana mukaku ini. Ketika kami berpimpinan tangan keluar dari bilik.
Abang Rehan bersuara, mengusik kami.
“Ingatkan
ada orang tu tak nak keluar bilik”.
Abang
Aidil menyampuk. “ Tu la Along. Angah pun terkejut.. lama betolll”.
“Orang
dah lama tak dapat.. sekali ngap...takkan senang-senang nak lepas kot”. Ujar
Alang pula. Dan ketiga-tiga lelaki itu terkekeh-kekeh ketawa sedang mata masih
menala pada televisyen di rung tamu.
Rafael
sekadar tersengih. Aku pula mengetap bibir.
“Ceh..
sengih je kau Rafa.. Bahagia nampak.. Tu kat bawah tu..bukan main banyak lagi
pinggan mangkuk yang tak berbasuh..dah senang hati tu..boleh la tolong basuh
sekali”.
“Aku
on everytime.. Tapi bini aku kena join sekali”.
“Wah..cantek
punya syarat!!”. Abang Rehan gelak.
“Mana
saudara lain Long?”. Soalku. Ruang tamu itu sudah kosong.
“Semua
dah balik. Kempunan diorang nak tengok
pengantin. Entah buat apa kat bilik”.
“Angah!”.
Aku meninggikan suara.
Abang
Aidil menjongketkan bahu. “Sorry sayang…”.
“Weh,
apa panggil wife orang ‘sayang’ ni”.
Rafael buat muka seraya memeluk bahuku rapat ke dadanya, namun aku tahu dia
sekadar main-main.
Serentak
itu, kedengaran kuat suara abang-abangku ‘booo’ pada Raafel.
Aku
tergelak sama. Geli hati melihat gelagat mereka.
“Mama..papa..
pergi mana? Era tak nampak pun mama”. Era muncul dari luar rumah. Sudah siap
mandi dan berpakaian. Aku cium pipinya.
“Mama..tak
pergi mana pun. Mama ada err..kerja”.
Abang-
abangku bertepuk tampar sesama sendiri mendengar jawapanku. “Huhu.. ada kerja
ke?”.
“Hoi..korang
ni dah la dera aku dan Shira. Dah terbabas nak buat macam mana lagi”. Aku
menjengilkan mata pada Rafael.
“Rafa..Lina.pergi
makan. Akak dah sediakan makanan untuk korang. Lain kali bangunlah lambat lagi”.
Perli Kak Zaleha.
“Za..
mana budak-budak?”.
“Kat
bawah tu bang…susun kerusi. Tok penghulu nak guna pulak kerusi tu. Dia dah
tempah lama dah. Ada keduri rumah dia minggu depan. Haikal pun ada sekali. ”.
“Dah-dah..korang
berdua pergi makan. Kitaorang pun nak join
sekali”.
“Apahal
pula kau nak join sekali?”.
“Weh!!
Ni dah nak masuk lunch. Maksudnya
kitaorang nak lunch. Kau tu je yang
bengong. Breakfast entah ke mana. Lunch pun dah tak ingat time”. Tempelak Abang Hasif.
Rafael
kulihat mengetap bibir. Lagaknya seperti geram kerana semua yang dikatakannya
tidak kena, ada sahaja mulut yang mahu membidas.
ABAH
dan emak juga turut serta. Aku segan dengan mereka. Entah apa kata ibu bapaku
bila kami baru tunjuk muka sekarang. Kami makan di bawah khemah yang masih
terpasang. Hanya tinggal keluargaku sahaja. Semua sudah pulang menuju ke
destinasi masing-masing. Mengenangkan aku tidak sempat untuk menyalami
sanak-saudaraku, ada rasa segan yang bertandang. Haikal dan Era makan sekali
bersama anak saudaraku.
“Tambah
lagi Rafael. Mak nampak kamu selera benar”.
“Hmmm…sedap
masakan mak. Rafael pun memang lapar ni”.
“Macam
mana tak lapar…kang dah penat buat..”.
Dush..!
Aku tumbuh bahu Abang Aidil dengan kasar sekali. Padan muka dia. Tak
habis-habis lagi. Semua dah gelak. Abang Rehan sudah hampir tersembur nasi
dalam mulut. Kak Zaleha geleng kepala.
“Huh!!
Ganasnya.. kau tak takut ke Rafa?”.
Rafael
melirik ke arahku. Sinaran matanya seakan berbicara sendiri.
“Alang,
janganlah kacau Rafael nak makan. Mengusik je kerja budak ni”. Tegur Abah. Aku
menjelir lidah pada Abang Aidil yang masih bersisa dalam tawanya.
“Entah..awak
tu tak kahwin lagi. Sibuk je hal orang”. Emak menambah.
“Mama…
Ekal nak tambah nasi”. Haikal melaung tiba-tiba.
“Mior
pun nak!!”.
“Okay..meh
mama ambil atas rumah. Ekal dengan Mior tunggu sini tahu. Era.. nak tak?”.
“Era dah kenyang la mama”.
Aku
masuk ke dalam rumah. Mencedok nasi di dalam periuk. Amboi..lapar benar Haikal
nampaknya.
Ketika
aku berjalan kembali untuk ke khemah. Aku tersentak. Kelibat Nizam yang sedang
berdiri mendukung Haikal memeranjatkanku. Apa dia buat di sini? Aku sama sekali
tidak mengharapkan kehadirannya. Bahkan tidak pernah terlintas di benakku dia
akan ke majlis perkahwinanku. Kini, semua mata beralih ke padaku.
“Mama..
ayah datang”. Haikal menjerit keriangan.
Aku
tidak memberi reaksi. Sekadar berjalan dan meletakkan bekas nasi di meja.
Langsung aku tidak pandang Nizam.
“Emak
masuk dulu la”.
Aku
menoleh ke arah Rafael namun Rafael langsung tidak mempedulikanku. Dia sibuk
dengan nasi di pinggan. Aku tidak tahu bagaimana reaksinya dengan kehadiran Nizam.
“Nizam..makan
la sekali”. Abah mempelawa.
“Tak
apalah Abah.. Saya datang nak eeerr…cakap dengan Lina sekejap”.
“Jumpa
Lina..? Kau tak payah nak buat hal kat sini. Lepas apa yang kau dah buat pada
dia, kau masih tak malu ke datang sini? Kalau ikutkan hati aku..dah lama aku
bunuh kau, kau tahu tak?”. Selar Abang Rehan tiba-tiba. Aku terperanjat.
“Abang..!”.
Kak Zaleha menenangkan Abang Rehan.
“Along..apahal
cakap macam tu? Hormat sikit pada tetamu. Dah tinggalkan mereka di situ. Nizam,
abah naik dulu”.
Abang
Rehan mendengus kasar. Dia mengajak anak-anaknya dan Era naik ke rumah. Abang
Aidil dan Abang Hasif juga meninggalkan kami setelah menegur Nizam sepatah dua.
Tinggal Rafael yang masih tegap di kerusi.
“Haikal
pergi naik dulu ye. Mama nak cakap sekejap”.
“Ayah
dah nak balik ke? Ayah tidur la rumah nenek. Kan kita selalu tidur sini”.
Nizam
serba salah. “Abang bawa Haikal ke kereta sekejap”.
Sepeninggalan
Nizam, aku mengigit bibir.
“Abang!”.
“Apa?”.
Rafael mengamatiku.
“Shira
tak ajak dia. Shira tak sangka dia akan datang. Shira minta maaf kalau abang tak
selesa”.
“Tak
apa. Kan abang yang jemput dia. Cuma.. wrong
timing. Majlis kita dah selesai. Abang nak anggap yang dia berniat nak
jumpa Haikal. But then to my suprises, he
wants to see his ex.. who has become my wife. Dan sekarang ni tanpa segan
silu nak jumpa Shira. Tak tahu adab langsung”.
“Shira
takkan cakap dengan dia kalau abang tak suka”.
“Indeed ! Abang tak suka”. Muka masam
Rafael buat aku terpinga-pinga. Rafael mengangkat pinggan dan masuk ke dalam rumah.
Cemburukah dia?
Aku
kaku di situ.
Dan
Rafael tidak menegur aku selepas itu sekalipun berkali-kali aku cuba menarik
perhatiannya. Sehingga menjelang petang, Nizam yang aku rasa membawa Haikal
berjalan-jalan dengan keretanya, tidak muncul-muncul. Aku resah sendiri.
“Tak
balik lagi Nizam?”. Abang Hasif duduk di
pangkin. Aku menggeleng. “Tak nak pujuk
Rafael?”.
“Lina
dah tegur dia. Buat tak nampak je”. Aku mencebik.
“Kalau
Alang jadi Rafa pun, Alang sakit hati. The
first day of your marriage, he came to see you. What the hell is that? Nizam
pun satu hal.. ada ke patut datang hari ni. Saja nak create problem la tu. Haa..Rafa ada dekat belakang rumah dengan
Era. Lina pergi la pujuk dia. Kesian”.
“Emak
dengan Abah ke mana?”.
“Rumah
jiran. Along pun dah lesap, balik ke rumah mak mentua dia di Pontian satu family”.
Aku
tahu Abang Rehan masih marah dengan kedatangan Nizam. Aku resah dengan situasi
sekarang. Kedatangan Nizam tanpa diduga membuatkan aku bermasalah dengan
Rafael. Aku tidak suka dengan keadaan ini. Baru sekejap kami mengecap
kebahagiaan.
sambung laaaa
ReplyDeleteboleh dapatkan di pasaran atau order dengan kami di laman web lovenovel.com.my
Delete