Sebaik
sahaja Fuadi keluar untuk berjumpa dengan Danish, Ain mengambil keputusan untuk
keluar mengambil angin di tepi pantai. Berkurung seorang di dalam bilik hanya
akan menambah pedih di hati. Ain tahu yang semua ini hanya baru permulaan. Dia
perlu kuat kerana selepas ini Danish dan Sofea akan sentiasa hadir dalam hidup
mereka.
‘Salam. Ain kat mana? Jom breakfast
dengan kitaorang.’
Mesej dari
Anis mematikan langkah Ain. Dr.Faliq pasti sudah bagitahu Ain yang dia
berkeseorangan hari ini.
‘Ain kat pantai. Anis kat mana?’
Ringkas balasan Ain. Sekurangnya dia tahu dia
masih ada teman kat sini.
‘Kitaorang baru sampai cafĂ©.’
‘Okay, Ain pergi sana. 5 minutes.’ Ain terus berjalan meninggalkan
pinggir pantai.
Dari jauh
Ain sudah nampak Anis dan Dr. Faliq tengah bergelak ketawa mengusik anak
mereka. Entah dapat atau tidak Ain melalui suasana seperti itu nanti.
“Assalamualaikum,
Anis, Dr.Faliq.”Sapa Ain bila sampai di meja yang Anis duduki.
“Waalaikummussalam
Ain. Hah, jom la duduk join kitaorang.” Jemput Anis dengan senyuman mesra. Dia
memang sudah agak rapat dengan Ain sejak
dari mula-mula mereka jumpa lagi,
“By the way Ain, just call me abang
Faliq. Formal sangat bila Ain panggil Dr. Faliq. Sebelum ni memang dah lama nak
suruh Ain tukar panggilan, tapi takut your husband cemburu. Tapi since sekarang
ni dia dah pandai sakitkan hati Ain, abang rasa tak ada salah Ain ubah
panggilan tu. Ke Anis jealous?” Sempat Dr. Faliq mengusik Anis. Tergelak kecil
Ain melihat tingkah pasangan bahagia di depan dia sekarang ni.
“Hmm..apa
yang nak jealousnya. Ain jom join kitaorang pusing Langkawi kejap
lagi. Anis nak cari souvenirs .
“Eh, tak pe
lah. Nanti ganggu korang pulak. Mana lah tahu takut korang nak sweet-sweet ke.”
“Tak de
maknanya Ain nak sweet-sweet bila ada
budak kecil ni sekali. Lagipun nanti boleh la nak gilir pegang Aisya nanti.
Anis ni kalau shopping, memang lupa anak terus.” Usik Dr. Faliq pada Anis sebelum dia mengaduh
kecil bila menerima cubitan berbisa dari Anis.
“Hmm…nak
pegang tu boleh. Tapi kejap je la. Sebab Ain ni pun kaki shopping. Jadi memang
dah jadi tugas abang Faliq la untuk pegang Aisya sementara kami yang perempuan
ni shopping.” Ain tidak mahu melepaskan peluang untuk turut mengenakan Dr.
Faliq. Thumbs up Anis berikan pada
Ain sambil tergelak kecil.
Seronok Ain rasakan bila bersama dengan mereka. Rasa macam
tengah bercuti dengan kawan. Hilang seketika rasa celaru di hati. Kalau dia
tahu nak jadi macam ni, kan bagus kalau dia ajak Adah sama. Barulah betul-betul
holiday. Tak sangka la pulak majlis reunion
ni lebih kepada family oriented. Majlis untuk bersama dengan batchmates hanya pada waktu malam. Siang
hari pula, mereka bebas dengan aktiviti masing-masing. Ain rasa cara begini
lebih bagus. 2 in 1. Masa untuk family
bonding, dan dalam masa yang sama dapat eratkan hubungan dengan kawan.
Dr. Faliq
mengunakan khidmat kereta sewa untuk mereka bersiar-siar di sekitar Langkawi. Pagi
itu, mereka mengambil keputusan untuk naik cable
car dulu. Disebabkan sesat, mereka sampai di sana bila jam sudah hampir
pukul 11.30 pagi. Nasib la sekarang bukan musim cuti sekolah, jadi mereka tidak
perlu beratur panjang untuk naik cable
car.
Turun sahaja
dari cable car, perut masing-masing
sudah berkeroncong minta diisi. Maklumlah, sudah memang waktu untuk lunch.
Mereka mengambil keputusan untuk makan di restoran berdekatan sahaja.
Tak sangka
mereka boleh bertembung dengan Fuadi di pintu masuk restoran. Seluas-luas Pulau
Langkawi, nampaknya takdir memang berkehendakkan begitu. Sayu je Ain memandang
pasangan di hadapan mereka. Hanya senyuman lemah mampu diberikan sebagai tanda
sapaan. Nasib baik ada Dr. Faliq yang menyelamatkan keadaan.
“Eh, Adi.
Kau pun kat sini? Nak lunch kat sini
ke?” Sapa Dr. Faliq.
“Haah.
Jomlah lunch sekali.” Selamba je reaksi Fuadi.
Ain terpaksa
mengikut bila semua sudah bersetuju untuk lunch dekat situ. Fuadi dan Sofea
laju berjalan di hadapan mencari tempat duduk. Terguris lagi hati Ain. Bila dah
bertembung macam ini pun, Fuadi masih lagi mementingkan Sofea dan Danish.
Genggaman
kemas yang Ain rasakan di tangan mengejutkan dia. Bila berpaling, Anis sedang
melemparkan senyuman untuk dia, memberi semangat. Ain masuk ke dalam restoran
beriringan dengan Anis, sementara Dr. Faliq berjalan di belakang sekali, sambil
mendukung Aisya.
Sampai
sahaja di meja makan, Fuadi dan Sofea terlebih dulu duduk, mengatur kedudukan
mereka. Mereka duduk sebaris dengan Danish di tengah-tengah mereka. Bila Dr.
Faliq sudah duduk berhadapan dengan Sofea dan Anis berhadapan dengan Danish,
Ain sudah tidak ada pilihan. Dia terpaksa duduk berhadapan dengan Fuadi.
Masing-masing membuat pesanan makanan mengikut selera sendiri.
Suasana
terasa janggal. Perbualan antara mereka sangat terhad. Anis dengan Dr. Faliq
sibuk melayan Aisya, manakala Sofea dan Fuadi melayan Danish. Ain terasa
terpinggir. Fuadi di hadapannya kini terasa sangat lain. Seperti orang asing.
Tidak tahu apa yang nak diperkatakan, Ain hanya diam menikmati hidangan.
“Mintak sikit.”
Tiba-tiba Fuadi menyudu kuah tomyam kepunyaan Ain.
“Kejap lagi
Ain nak pergi mana?”Fuadi memulakan perbualan dengan Ain. Nampak sedikit risau
riak muka dia. Mungkin terasa bersalah dengan Ain.
“Err.. Tak
tahu lagi. Mungkin pergi beli cenderahati sikit kot. Ain ikut je Anis dengan
abang Faliq.”
“Wah, dah
jadi abang Faliq!” Tidak ada nada sinis, lebih kepada nada gurauan dari Fuadi.
“Haha… Don’t tell me you are jealous!” Gelak
Dr.Faliq.
“Hmmm…bukan
jenis aku lah nak jealous benda-benda
macam ni. So, childish. Lagipun kau
pun sama umur dengan aku kan.”
Ya. Sebab dia tak suka fikir benda remeh macam
inilah tanpa sedar dia dah lukakan hati Ain.
“Kau lepas
ni nak pergi mana?” Tanya Dr. Faliq lepas habis sisa gelak dia tadi.
“Aku nak
bawak Sofea dan Danish pegi beli barang sikit. Sofea cakap nak cari souvenirs untuk birthday party Danish nanti.” Selamba je Fuadi bercakap tanpa
memikirkan perasaan Ain.
“Ain jom lah
join kitaorang.” Sofea tiba-tiba memecah suasana. Tak tahu sama ada dia
ajak-ajak ayam atau memang memaksudkannya.
Ain pandang
Fuadi yang sedang ralit melayan Danish. Langsung tak menunjukkan tanda yang dia
bersetuju dengan cadangan Sofea. Kalau suami dia sendiri yang tak mahu dia
ikut, buat apa dia terhegeh-hegeh nak ikut.
“Errmm..It’s okay. I’ll be joining Anis and abang
Faliq.” Sekali lagi Ain terasa genggaman Anis pada tangannya di bawah meja.
Nampaknya Anis memang faham perasaan Ain sekarang. Malu Ain pada Anis dan Dr.
Faliq. Nampak sangat yang Fuadi sedang meminggirkan dia sekarang.
“Sure Ain tak nak ikut? Dah ada duit ke
nak shopping?” Nampak gembira Fuadi dengan jawapan Ain. Langsung tidak memujuk
Ain untuk ikut mereka.
Hanya
anggukan yang Ain berikan. Dia tak perlukan duit Fuadi. Hanya sedikit respect pada Ain sebagai isteri dia yang
Ain perlukan.
“Okay. Just take care. Don’t forget our
dinner tonight.” Kali ini Ain rasakan pesanan dari Fuadi betul-betul
ikhlas.
Selesai
makan, mereka berpecah menuju ke destinasi masing-masing. Sebelum itu, sempat lagi
Fuadi menyelitkan beberapa keping not RM100 dalam tangan Ain sambil tersenyum
memandang Ain.
“I really need your understanding now, Ain.
Please..” Bisik Fuadi perlahan di telinga Ain sebelum berlalu meninggalkan
restoran itu dengan Sofea dan Danish.
Ain cuma mampu berharap yang ini kali terakhir dia berjumpa
dengan Sofea dan Danish walaupun jauh di sudut hati dia tahu yang perkara itu
agak mustahil.
Malam itu,
Ain mengenakan blouse biru labuh dan
seluar jeans yang dipadankan dengan selendang berona sama. Santai. Sesuai
dengan dinner mereka malam ini yang akan diadakan secara terbuka di tepi
pantai, lebih kepada acara santai. Fuadi juga mengenakan tona baju yang sama
dengan dia untuk kelihatan sedondon.
“Ain, dah
siap?” Lembut sapaan Fuadi yang tiba-tiba datang memeluk pinggang dia dan
meletakkan dagu di bahu Ain.“
“Err, dah.”
Itu perbualan pertama mereka selepas pulang dari shopping tadi. Masing-masing balik lewat ke bilik. Sampi sahaja di
bilik, mereka terus bergegas untuk solat magrib dan bersiap untuk majlis malam
ini.
“You seem a little bit quite than
usual. Wanna share with me?” Sempat lagi Fuadi mencari ruang untuk menebak hati Ain.
“Hmm..I don’t know what to say. Everything
that happens now, memang mengejutkan Ain.” Perlahan suara Ain. Mata dia
sudah mula terasa panas. Dia terasa sangat dekat dengan Fuadi sekarang. Suami
yang dia kenal dah kembali.
“Ain, apa
yang terjadi sekarang ni, susah untuk abang jelaskan semuanya. Sofea dan
Danish, memang dah hadir dalam hidup abang sebelum Ain muncul lagi. I have nothing to say about that now. But,
for ruining our holiday, I’m really sorry about that.”
Ain terasa
air mata mula menuruni pipi dia.
“So, you’re not fully mine? I have to share
you with Danish and Sofea?”
“I’m sorry coz nothing I can do about
that. Danish is my responsibility.”
Ain
melepaskan pelukan Fuadi di pinggangnya dan bergerak menuju ke katil. Dia tidak
mampu berdiri lagi. Terasa berat sangat dugaan pada dia.
“Until when?”
“I don’t know. Maybe sampai sofea jumpa lelaki lain untuk
jaga dia dan Danish.” Fuadi juga nampak tertekan sekarang.
“What if Sofea tak jumpa jugak dengan lelaki yang
sesuai. Is there any possibility that you
will marry her?” Terasa perit Ain nak keluarkan soalan itu. Tapi dia perlu
tahu supaya dia boleh memikirkan masa depan dia.
“I just hope that it will never
happen Ain.” Jawapan
Fuadi langsung tidak meyakinkan. Maksudnya, ada kemungkinan jugak yang suaminya
akan mengahwini Sofea suatu hari nanti.
Makin laju
air mata Ain mengalir. Sudah mula teresak perlahan.
“Kenapa
sekarang baru abang bagitahu. Kenapa bila Ain dah mula sayang abang, baru abang
nak bagitahu semua ni.” Sedikit menjerit Ain melepaskan rasa di hati.
Fuadi terus
datang memeluk Ain.
“Please Ain, enough. Jangan tanya lagi. It will just hurt both of us. Why?
Kalau Ain tahu awal, Ain nak tinggalkan abang? Don’t ever think of leaving me Ain. I really need you. ”
Erat pelukan fuadi. Dia juga kelihatan agak
tertekan dengan perkara ini. Ain rasakan ada lagi perkara yang suaminya
sembunyikan. Kenapa bersungguh sangat Fuadi hendak menjaga Danish. Tapi Ain
rasa cukuplah untuk malam itu. Dia pun tak rasa dia kuat untuk menerima kejutan
lagi sekarang.
Setelah agak
lama berpelukan, Fuadi melepaskan pelukannya dan mengesat sisa air mata Ain.
“Hmm..since tonight, I’m fully yours, abang
akan penuhi apa aje permintaan Ain untuk malam ini.”
Walaupun
hati masih terluka, Ain rasakan biarlah malam ini dia dapat mencipta memori
yang manis untuk percutian ini dengan suaminya. Lagipun, Fuadi bukan curang,
dia cuma rahsiakan sesuatu yang penting dalam hidup dia.
“Ermmm, Ain
nak abang temankan Ain pergi tepi pantai macam malam first kita kat sini.” Senyuman Ain berikan pada Fuadi.
“Jiwang la
Ain ni. Okaylah. Lepas dinner kita
pergi jalan kat tepi pantai. Jom lah turun. Kita dah lambat nak dinner ni.”
“Promise me that there will be no
more Danish and Sofea tonight.” Tegas kata-kata Ain. Cukuplah dia dipinggirkan hari ni.
Walaupun Sofea yang lebih dulu hadir dalam hidup Fuadi, tapi sekarang ni Ain
yang lebih berhak pada Fuadi.
“Promise!” Sedikit berlawak Fuadi
menuturkannya sambil mengangkat sebelah tangan tanda berjanji.
Suasana dinner malam ini sangat meriah. Meja
yang Ain duduki penuh dengan gelak ketawa mereka. Semuanya berjalan lancar
sebelum Fuadi tiba-tiba menerima panggilan daripada Sofea.
Panggilan
pertama dari Sofea terus dimatikan Fuadi tanpa teragak-agak. Tapi bila sudah
lebih 2 kali panggilan dari Sofea dibirkan tidak berjawab, tingkah Fuadi mula
tampak lain. Agak keresahan seperti bimbangkan sesuatu.
Masuk sahaja
panggilan keempat, Ain sudah tidak dapat bertahan.
“Just answer the phone. You’re supposed to
off the phone if you didn’t mean to answer the call.” Perlahan Ain bisikkan
pada Fuadi. Penuh kecewa.
Fuadi terus
bangun menjauhkan diri sedikit dari keriuhan majlis tersebut untuk menjawab
panggilan. Tidak lama selepas itu, Fuadi tergesa-gesa datang pada Ain dengan
muka risau.
“Ain. I’m really sorry. I need to go now.
Danish jatuh terlanggar bucu meja. Sofea tak tahu nak buat apa.” Terasa lawak
Ain dengan alasan Sofea. Takkan la tak tahu nak buat apa. Biasa la tu anak
terlanggar bucu meja.
“You have promised me.” Perlahan Ain
ingatkan Fuadi. Mengelakkan dari didengari orang lain terutama Dr. Faliq dan
Ain yang semeja dengan diaorang.
“It’s an emergency Ain. Takkan la tak
boleh nak considerate. Abang pergi
dulu.” Sedikit marah nada Fuadi. Terus disambar dompet di atas meja dan
bergegas dia meninggalkan Ain tanpa sempat Ain berkata apa-apa. Sayu pandangan
Ain pada Fuadi yang makin jauh meninggalkan dia. Kalah lagi dia dengan Danish
dan Sofea.
hate u
ReplyDelete