“Rindunya papa dekat
Danish.” Habis muka kanak-kanak yang dalam lingkungan umur 2 tahun
lebih itu digomol oleh Fuadi. Mengekek kegelian Danish. Memang nampak
gembira sangat mereka berdua.
“Mana mama?” Danish
berpaling ke belakang dan menunjuk kearah seorang perempuan muda yang
sedang tersenyum berjalan kearah mereka. Raut wajah perempuan
bertudung itu agak lembut. Penuh wajah keibuan. Entah kenapa
tiba-tiba Ain rasakan perasaan cemburu mula meresap dalam diri dia.
“Assalamualaikum, abang.
Apa khabar?” Lembut sapaan perempuan itu pada suaminya.
Abang! Apa hubungan
mereka. Melihatkan pandangan perempuan itu pada suaminya, Ain dapat
rasakan ada sesuatu antara mereka.
“Waalaikummussalam. What
are you doing here? Tak bagitahu abang pun.”
Tersenyum Fuadi menjawab sapaan perempuan itu. Fuadi yang sebelum ini
agak susah untuk menegur perempuan tampak agak selesa apabila
berhadapan dengan perempuan itu.
“Of course nak
holiday. I know you will be here this weekend.
Tu yang Sofea bawak Danish datang sini. Saja nak surprise
kan abang.”
Rancak mereka berbual,
langsung tak hiraukan Ain. Fuadi seolah sudah terlupa kehadiran Ain
di situ.
“Eh, abang. Ni siapa?”
Setelah beberapa ketika baru perempuan itu bertanyakan pasal Ain.
Mungkin tadi dia agak Ain hanya kebetulan lalu di situ, tidak ada
kena mengena langsung dengan Fuadi. Tapi setelah beberapa ketika Ain
di situ, memerhatikan mereka, dia baru tersedar yang Ain mungkin
sedang menunggu Fuadi.
“Oh …Errr..Kenalkan,
this is my wife, Ain.”
Teragak-agak Fuadi memperkenalkan Ain. Macam keberatan.
“Ain..Ini Sofea, kawan
abang masa abang kerja dekat Sabah dulu.” Ain menghulurkan tangan
untuk bersalam. Nampak keberatan Sofea hendak menyambut salam Ain.
Riak terkejut jelas di muka dia.
“Wife?
Biar betul? Since when?
Abang tak inform Sofea
pun.” Bertalu-talu soalan dari Sofea. Riak kecewa jelas kelihatan
di muka.
“Dalam dua bulan lebih
dah kitaorang kahwin. Abang memang tak heboh sangat sebab majlis
kahwin insyaAllah bulan 12 nanti. Kitaorang baru akad nikah je.”
“Owh..Patutlah dah
jarang jenguk Danish kebelakangan ni. Kesian dia. Asyik tanyakan mana
papa dia je. By the way,
tahniah la untuk both of you.”
Senyuman terpaksa Sofea lemparkan pada Ain.
“Aloloo.. Kesian Danish.
Rindu papa ye?” Fuadi mula mengangkat Danish ke dalam dukungan dia.
“Papa, nak beli mainan!”
Kedengaran suara kecil itu. Manja je dengan Fuadi.
“Danish. Jom balik. Dah
malam. Lain kali kita beli mainan ye. Kesian papa penat.” Pujuk
Sofea yang nampak agak serba salah bila mendengarkan permintaan anak
dia.
“Eh tak apa. Jom kita
pergi beli mainan. Kesian Danish. Dah lama papa tak beli mainan ye.”
Agak kehairanan Ain bila
melihat hubungan Fuadi dengan Danish dan of
course dengan mama dia sekali. Mana papa
Danish? Tapi Ain rasakan tidak wajar untuk dia terus menyoal di
situ. Tak apa, dia ada banyak masa lagi untuk bersoal jawab dengan
suaminya. Dia tidak mahu terus membuat andaian sendiri yang mungkin
akan lebih menyakitkan hati dia.
“Err..Ain boleh balik
bilik sorang dulu? Abang nak belikan mainan Danish kejap. Nanti kejap
lagi abang balik bilik.”
Pelik Ain dengan
permintaan suaminya. Apa salahnya kalau dia ikut sekali. Tapi bila
memikirkan yang mungkin ada hal yang hendak suaminya bincangkan
dengan Sofea, Ain terpaksa mengalah.
“Okay… Kalau macam tu
Ain pergi dulu. Bye.” Sempat Ain mencubit muka Danish yang comel.
Memang kuat tersenyum Danish. Kena cubit pipi pun boleh gelak lagi.
Ain sempat menoleh ke belakang. Melihat suaminya yang
mula bergerak meninggalkan tempat itu. Tak tahu Ain nak gambarkan
perasaan dia bila melihat mereka bertiga tengah bergelak ketawa.
Macam satu keluarga yang bahagia. Hati perempuan Ain mula terusik.
Jarum jam sudah melewati
pukul 12 tengah malam. Bayang tubuh Fuadi masih tidak kelihatan.
Sampai sahaja ke bilik tadi, Ain cuba untuk melelapkan mata. Tapi
bayangan kemesraan suaminya dengan Sofea asyik menganggu,
membantutkan niat Ain untuk tidur.
Bunyi pintu dibuka
melegakan Ain. Akhirnya pulang juga Fuadi.
“Lamanya abang dekat
luar?” Tegur Ain perlahan.
“Eh, tak tidur lagi
Ain?” Sangka Fuadi Ain sudah lena dibuai mimpi.
“Tak mengantuk. Mungkin
sebab banyak tidur petang tadi kot.” Ain beralasan. Takkan dia
hendak bagitahu Fuadi yang hatinya tidak tenang kerana asyik
terfikirkan pasal Sofea je.
“Ye ke? Kenapa abang
rasa macam Ain tunggu abang balik je? Why?
Cemburu eh?”Senyuman leret terukir di bibir Fuadi pada Ain yang
tengah menyandar di kepala katil, sambil dia terus melabuhkan
punggung di atas katil. Itu dia Fuadi. Memang selalu bijak menebak
hati Ain.
“You better clear out
your mind. There’s nothing between us.
Nanti buat sakit hati je nak pendam perasaan. Tadi Danish merengek
tak nak lepaskan abang. Tu yang abang tunggu sampai dia tidur kat
bawah. Lepas je dia tidur, Sofea terus bawak Danish naik bilik.”
Panjang lebar penerangan suaminya.
“Where’s the
father?”
“Father? Ain dengar kan
Danish panggil abang ‘papa’ tadi. So, of
course I’m the father.” Terkedu Ain
mendengar jawapan suaminya.
“It’s not funny
abang.” Kencang rentak jantung Ain
mendengarkan jawapan suaminya.
Senyum lemah Fuadi
lemparkan pada Ain.
“Hmm… Dah malam Ain.
It’s time to rest.
Cukuplah untuk Ain tahu yang walaupun Danish tu not
my biological son, I really do love him. We will talk about this
later.” Fuadi terus bangun masuk ke bilik
air. Tampak tidak berminat untuk meneruskan perbalan.
Tiada apa lagi yang mampu Ain katakan. Biarpun memang
banyak lagi persoalan yang tidak terjawab, Ain akur yang malam itu
bukan masa yang sesuai untuk merungkai segalanya. Tapi entah kenapa,
bila melihatkan tingkah Fuadi itu, Ain dapat rasakan bahagia yang dia
rasakan sekarang akan mula hilang. Malam itu berlalu dengan seribu
satu persoalan di benak fikiran Ain.
Pagi ini, mereka solat
subuh berjemaah. Selesai solat, Ain lihat suaminya duduk di sofa.
Nampak macam dia tidak berminat untuk sambung tidur. Ain rasa ini
masa yang sesuai untuk mereka berbincang. Punggung Ain labuhkan
bersebelahan dengan suaminya.
“Abang, can
we have a talk?” Perlahan Ain bertanya. Tak
dapat nak agak lagi mood suaminya pagi ini.
“About what?”
Tanya Fuadi tanpa memandang Ain. Masih leka dengan handset di tangan.
“I’m sure you know
what I mean.” Tegas suara Ain sambil
memandang suaminya.
Fuadi meletakkan handset
di atas meja kecil bersebelahan sofa dan terus memandang Ain.
“Okay. What do you
want to know?” Ain tidak dapat nak tebak
apa perasaan Fuadi sekarang. Tiada nada marah pada suaranya.
“Siapa Danish pada abang
and who’s his biological father?”
Mendengar soalan Ain, riak Fuadi yang tadinya tenang terus berubah
mendung. Seakan sedang menaggung masalah yang berat.
“His father had
already dead. 2 years ago, in a car accident. And, he’s my
bestfriend. Masa tu Danish baru 5 bulan. Dia
amanahkan Danish pada abang and guess what, I
really do love Danish. Like my real son.”
Sayu suara suaminya.
Rasa simpati tumpah pada
nasib Sofea dengan Danisgh. Tak dapat dia bayangkan macam mana susah
bergelar ibu tunggal dalam usia muda. Tapi Ain pelik, kenapa dia
amanahkan pada suaminya. Takkan la mereka tak ada ahli keluarga yang
lain.
“Mana ahli keluarga
diaorang yang lain?”
“Both
Hakim and Sofea, diaorang dah anak yatim. Yang ada pun saudara jauh
je.”
“Habis selama ni macam
mana abang tengokkan Danish? Kenapa Ain tak pernah tahu pun sebelum
ni?”
“Masa abang kat Sabah,
abang dengan Sofea tinggal tinggal berjiran. Danish memang membesar
depan mata abang and I become his father.
Lepas abang dah pindah Kelantan, abang akan jenguk diaorang dekat
Sabah like every 2 months.”
“Kenapa sebelum ni abang
tak kahwin je dengan Sofea? Kan lebih senang nak jaga Danish.” Ain
tidak tahu kenapa soalan itu tiba-tiba laju je keluar dari mulut Ain.
“Hmm..because she
really do love her late husband.” Ringkas
jawapan Fuadi.Tapi tidak tahu kenapa Ain rasakan ada sesuatu yang
tersirat dalam jawapan suaminya.
“Eh, dah pukul 7.30.
Ain, pagi ni abang dah janji nak bawa Danish keluar jalan-jalan.
Abang makan pagi dengan diaorang. Ain bolehkan breakfast
sorang-sorang. Nanti Ain ikutlah Anis pergi jalan. Abang dah text
Faliq tadi bagitahu yang Ain akan join diaorang.”
Terkedu Ain. Keluar dengan
Danish maksudnya keluar dengan Sofea sekali.
“Habis, macam mana
dengan our honeymoon?”
Perlahan suara Ain menahan rasa di hati.
“Please Ain!
Sepanjang kita kahwin, abang dah abaikan Danish. So, abang nak tebus
balik salah abang tu. Please be considerate.
Malam ni kan kita akan dinner
sekali untuk majlis reunion
tu. So, let me spend my time with Danish
sepanjang hari ni.” Sedikit tertekan nada suara Fuadi.
“Abang kan boleh je
bawak Ain ikut sekali.” Ain tak faham kenapa Fuadi macam nak
pinggirkan dia.
“Bagi Danish, abang ni
papa dia, dan Sofea tu mama dia. Mesti dia tak boleh terima kalau ada
perempuan lain dekat dengan papa dia. Lagipun today is the last day
diaorang dekat sini. Bila diorang balik Sabah nanti dah susah nak
jumpa.” Habis berkata-kata, Fuadi terus ke bilik air untuk
bersiap-siap.
But, I’m your wife,
and hari ni pun hari last kita kat sini abang.
Kata-kata itu hanya mampu
terluah di hati Ain. Harapan dia untuk menikmati percutian yang
tenang di Pulau Langkawi sudah terkubur. Apa guna dia di sini, kalau
akhirnya dia terpaksa berseorangan jugak. Tiba-tiba Ain rasakan dia
sudah membuat keputusan yang salah bila bersetuju untuk mengikut
Fuadi datang ke sini. Kalau dia tak ikut, paling tidak hati dia tidak
akan sakit menahan cemburu bila melihat tingkah Fuadi sekarang ini.
ni la yg tak berkenan nie...
ReplyDelete