Sekarang ini, mereka
sedang di dalam penerbangan menuju ke Pulau langkawi . Hujung minggu
ini, Ain menemani Fuadi menghadiri reunion
batchmates dia semasa belajar di Ireland
dulu. Dia tidak sangka yang Fuadi rupanya lulusan luar negara. Ain
tersenyum sendiri bila teringat macam mana gaya Fuadi ketika hendak
memberitahu dia pasal reunion ini.
Ain baru sahaja sampai di
bilik hari Selasa lepas bila dia dapat call
dari suaminya.
“ Salam.
I have booked two flight tickets to Langkawi this weekend for our
honeymoon. So,
Ain free tak weekend
ni?”
“Abang! Selalu macam
ni,suka bagitahu last minutes.
Are you serious? Macam
mana kalau Ain cakap Ain tak free weekend
ni?”
“Owh. Kalau Ain tak free
abang ajak ummi la.”
“Eh. Tadi cakap untuk
honeymoon kita?”
“ Kalau dengan Ain, it
will be our honeymoon. Tapi kalau dengan
ummi, it will just be a holiday for me
and ummi. By the way, you seem so excited with
the word ‘honeymoon’. Ni yang abang
kurang faham pasal perempuan. Apa yang bestnya
honeymoon tu? Lagipun
every weeks kita dah
make loves kan. Lain
la untuk sape yang memang guna honeymoon
diaorang untuk their first night.”
Panas Ain rasakan muka dia
sekarang. Nasib baik fuadi tidak ada depan mata sekarang.
“Guys. Always like
that. Diaorang fikir honeymoon
untuk benda tu je. But, for woman,
honeymoon is the time where the newlyweeds can
spend times together while enjoying their holidays dekat
tempat-tempat yang menarik and of course
romantic.”
“Yelah tu. And
of course it’s the time where poket suami
akan mula kopak. So, what’s your answer? Our
honeymoon, or my holiday?”
“Abang macam tak ikhlas
je nak ajak Ain. Ayat abang macam ‘kalau nak ikut boleh, tak nak
ikut pun tak apa’.” Perlahan suara Ain bila sudah terasa kecil
hati.
“Dah. Tak payah nak
merajuk. I knew already
yang Ain memang free
minggu ni. Kalau tak, takkan lain Ain dah siap call ummi semalam
order suruh masak your favourite
pengat pisang this weekend.
Siap suruh ummi pujuk abang bawak pergi berkelah lagi.”
Terus melebar senyum Ain.
Fuadi tahu rupanya. Cepat je ummi sampaikan pada Fuadi. Good
job ummi.
“Huhuhuu.. Yelah. Abang
mana pernah bawak Ain pergi berjalan sepanjang kita kahwin ni. So,
nanti abang datang amik Ain ye.”
“Ayat… Tak boleh nak dramatik lagi. Padahal baru nak
masuk dua bulan kita kahwin. Tapi ayat tu macam dah bertahun kahwin.
Memang queen of drama
la Ain ni. Abang amik Ain this Thursday,
lepas office hour.”
Announcement dari
anak kapal bahawa mereka telah sampai di Pulau Langkawi mematikan
lamunan Ain.
Keluar sahaja dari balai
ketibaan, Dr. Faliq dan isterinya, Anis sudah menanti mereka. Rupanya
Dr. Faliq merupakan kawan baik suaminya sejak dari zaman pengajian
lagi. Mereka akan menaiki teksi yang sama untuk ke hotel penginapan
tempat majlis reunion
di adakan. Gembira Ain apabila sudah ada rakan untuk berbual. Jadi,
tidaklah Ain terasa janggal bila Fuadi terlalu leka dengan
kawan-kawannya nanti. Anis rupanya sebaya dengan Ain, membuatkan
mereka lebih senang untuk serasi bersama.
Sampai sahaja di hotel,
mereka terus check-in.
Rupanya mereka antara yang terawal sampai. Kelebihan di berikan
kepada sesiapa yang awal untuk pilih sendiri bilik mereka dan juga
nombor meja untuk majlis makan malam pada hari terakhir nanti.
Kiranya first comes, first serves
la. Jadi, Fuadi dan Faliq telah memilih bilik bersebelahan. Untuk
dinner nanti pun
mereka letakkan nama dalam satu meja.
“Okey. Let’s go. We
can have a rest first sementara nak tunggu
majlis start malam
ni.” Fuadi tiba-tiba menarik tangan Ain untuk jalan seiring dengan
dia. Terkejut Ain kerana suaminya memang tidak pernah menunjukkan
kemesraan di hadapan umum sebelum ini.
“This is our
honeymoon right. So we need to make it likes a real honeymoon.”
Perasan dengan riak terkejut Ain, Fuadi mengenyitkan matanya pada
Ain.
Masuk sahaja dalam bilik,
Fuadi terus melemparkan badan ke katil. Memang cantik bilik mereka
ditambah dengan pemandangan yang cantik dari balkoni mereka yang
menghadap laut. Setelah membuka tudung, Ain turut melabuhkan punggung
di atas katil.
“Berapa orang kawan
abang yang datang untuk reunion
ni?”
“I’m not sure
whether all of them can join this reunion or not.
Tapi batchmates abang
yang asal dari Malaysia dulu dalam 25 orang rasanya. Most
of them dah kahwin. So kalau campur dengan
pasangan masing-masing, the number of people
in this reunion should be doubled lah. Belum
campur dengan anak diorang lagi.”
“Hmm.. cantik kan anak
Anis tu. Dah berapa lama diaorang kahwin ye since
Anis pun sama umur je dengan Ain.” Teringat Ain wajah comel anak
Aisya. Anak Anis yang sorang tu baru je tengah belajar merangkak.
“Adalah dalam setahun
setengah. Diaorang tu kawan dari kecil. Anis tu cikgu. Why?
Dah teringin nak anak sendiri ke?” Fuadi mula mengiring memandang
Ain sambil tersenyum nakal.
“Siapa yang tak nak
anak. Tapi tulah. Ain kan still study.
Ain takut kalau nanti anak kita terabai.” Sayu muka Ain.
“Ain..Berapa ramai ibu
muda sekarang ni yang ada anak waktu tengah study
lagi. Takde masalah pun. Lagipun umur kita ni memang sesuai sangat
nak ada anak. Ain pun tinggal dalam lima bulan kan lagi nak habis
study. So, it shouldn’t be a problem.”
“Kiranya abang tak kisah
la kalau kita dapat anak awal ni.”
“Of course not.
Kalau Ain nak mengandung sekarang pun boleh. Tapi kita kena buat
kerja sikitlah.” Fuadi tersenyum nakal sambil tangannya mula
menjalar nakal ke bahu Ain.
Ain berdehem kecil menutup
debaran di hati.
“Err..kita tak solat
lagi kan. Jom lah solat dulu.”
“Tak payah nak mengelat.
Awal lagi. Lagipun kita boleh solat jamak.”
Ain hanya tersenyum pasrah. Tak ada alasan lagi.
Malam itu, selepas solat
magrib, mereka terus bersiap-siap untuk turun. Acara barbeque
akan diadakan di tepi pantai. Mereka berjanji untuk bertemu dengan
Dr.Faliq sekeluarga di hadapan kaunter.
Dari jauh sudah ternampak
kelibat Anis yang tengah melayan Aisya. Tidak pula ternampak kelibat
Dr. Faliq.
“Mana Faliq?” Tanya
Fuadi.
“Dia cakap nak pergi
cari tikar tadi.”
Patutlah. Kalau dapat
berkelah malam-malam di tepi pantai memang best.
Dalam lima minit selepas itu Dr. Faliq datang dengan membawa tikar di
tangannya.
“Mana kau dapat tikar
ni?” Hairan Fuadi sebab tidak sangka pula dia ada tikar dijual
dekat area situ.
“Banyak je dekat shop
tu. Jomlah. Dah tak sabar nak berkelah ni.” Dr.Faliq hulurkan tikar
pada Fuadi sebelum mengambil Aisya dari dukungan Anis. Bahagia je Ain
nampak mereka. Tidak sabar pula dia nak merasa situasi seperti itu.
Sampai sahaja di tepi
pantai, kelihatan telah ramai orang tengah beratur untuk mengambil
makanan yang dibakar. Mereka mencari tempat yang lapang untuk
menghampar tikar mereka. Kebanyakan rakan-rakan yang lain turut
membawa tikar masing-masing. Rancak Fuadi dan Dr.Faliq menyapa
kenalan mereka.
“ Ain tunggu dekat sini
la dengan Anis. Biar kitaorang je pergi ambil makanan.”
“Oh.. Kalau macam tu
biar Ain ambilkan air.” Ain menawarkan diri untuk ambil air.
“Ok. Nanti dah ambil
air, just wait here
ye.” Fuadi terus berlalu untuk beratur mengambil makanan. Tidak
sanggup pula dia hendak biarkan Anis beratur kerana kebanyakan yang
mengambil makanan adalah lelaki. Lagipun Ain masih tidak kenal dengan
kawan dia. Nanti jadi canggung pula.
Banyak makanan yang
diambil oleh Fuadi dan Dr.Faliq. Ada ayam bakar, ikan bakar, udang
bakar dan juga nasi goreng. Memang berselera mereka makan.
Kadang-kadang ada batchmates Fuadi yang datang menegur.
“Ain makan tak ikan ni?”
Tanya Fuadi sambil menunjuk kearah ikan bakar di dalam pinggan.
Bila melihat anggukan Ain,
terus dia meletakkan ikan tersebut dalam pinggan Ain.
“Since
Ain jarang makan ikan, make sure
malam ni makan ikan ni banyak-banyak.” Gembira Ain bila Fuadi ingat
tentang makanan kegemaran dan juga makanan yang Ain tak suka.
“Ehem..Romantik nya
pengantin baru ni. Ain, I’m wonder what have
you done to this guy? Sekarang ni macam dah
hilang sikit taring dia.” Dr. Faliq sudah memulakan usikan.
“Ye ke? Haah lah..Baru
perasan sekarang ni dia dah kurang nak sindir-sindir Ain.” Ain
turut sama mengusik Fuadi. Bila melihat jelingan suaminya, Ain hanya
tersenyum simpul. Bengang la tu.
“Kau ni Faliq. Macam tak
tahu. Dulu sebelum kahwin kan aku tengah lapar. Tu yang asyik
mengaum. Tapi lepas kahwin ni Ain dah bagi aku cukup makan. Tiap-tiap
minggu dia bagi. Tu yang aku dah kurang mengaum sekarang ni.”
Selamba je ayat Fuadi. Tergelak Dr.Faliq
Nasib baik tak tersedak
Ain yang tengah minum air. Sumpah. Lepas ni dia dah tak nak sindir
sindir Fuadi. Terus dijeling geram Fuadi yang tengah memandangnya
dengan senyuman sinis.
Setelah selesai makan,
Fuadi dan Dr.Faliq pergi berbual dengan kawan-kawan diaorang. Nasib
baik ada Anis dan Aisya. Jadi Ain hanya bersama mereka je. Seronok
jugak dia berbual dengan Anis pasal keletah Aisya.
Aisya yang mula meragam
membuatkan Dr.Faliq dan Anis terus meminta diri untuk naik ke bilik.
Ain pula rasa tidak puas lagi berada di situ. Bunyi ombak menggamit
dia untuk datang lebih dekat menikmati angin malam di pantai.
“Abang. Jom pegi jalan
tepi pantai.” Ajak Ain bila Fuadi sudah selesai berborak di tepi
pantai.
“Alah. Apa yang bestnya.
Naik bilik lagi best.”
“Please.
Kejap je.” Ain mencuba nasib sebab dia memang teringin nak pergi
tepi pantai.
“Okay. 30 minutes
je. Tak sangka la Ain ni jenis jiwang jugak.”
“Jiwang? Kenapa pula?”
Terkejut Ain bila dilabel sebagai jiwang. Mereka berjalan beriringan
menuju ke tepi pantai.
“Yelah..orang yang
jiwang je yang suka pegi jalan-jalan kat pantai malam-malam ni.”
Entah information dari
mana yang suaminya dapat pasal ni. Merasakan langkah suaminya yang
terlalu perlahan, Ain terus melepaskan tangan suaminya dan laju
berjalan menuju ke pantai seorang diri. Memang tak sabar sangat Ain
rasakan untuk pergi ke tepi pantai.
Mereka duduk di atas pasir
menghadap ke arah laut yang gelap di hadapan. Tenang Ain rasakan
perasaan dia ketika itu.
“Abang, can
I ask you something?”
“Hmm..” Hanya itu
jawapan Fuadi. Dia pun turut leka merenung ke arah laut.
“Apa perasaan abang pada
Ain sekarang?” Ain teringin tahu perasaan Fuadi padanya sementelah
perkahwinan mereka bukan atas dasar cinta seperti kebanyakan pasangan
lain.
Tergelak kecil Fuadi
mendengar soalan Ain.
“Jiwang! Macam mana
sepatutnya perasaan suami pada isteri, macam tu lah perasaan abang
pada Ain. Dah. No more
sesi luahan perasaan.”
“Ish. Apalah nasib Ain
dapat suami hati kering macam abang ni. Ain dah agak dah jawapan
abang mesti putar belit punya.Tak pernah nak bagi jawapan direct
kalau pasal perasaan.”
“Dah tahu kenapa tanya
jugak.” Senyuman menyindir Fuadi hadiahkan pada Ain.
“Nak cuba nasib je tadi.
Manalah tahu kalau-kalau mood romatic
macam sekarang ni boleh lembutkan hati abang tu.” Perlahan je suara
Ain.
Lama suasana sepi antara
mereka. Masing-masing tengah layan perasaan sendiri. Ain menoleh ke
arah suaminya setelah perasan suaminya sedang menggerakkan sesuatu.
MY LOVELY WIFE_NUR AIN~
Tersenyum Ain bila melihat
tulisan tersebut di sebelah suaminya.
“Wah! Tak ke sikit punya
romantik abang ni. Ingatkan betul-betul tak ada perasaan.” Terus
Ain mengusik suaminya.
“Apa yang romantiknya.
Budak tadika pun boleh tulis macam tu. Dah. Jom balik!” Perasan
muka suaminya yang berona merah, Ain tersenyum sendiri. Nak cover
la tu.
Mereka berpegangan tangan
meninggalkan kegelapan pesisiran pantai. Kembali ke arah keriuhan
tempat mereka berkelah tadi. Kelihatan masih ada beberapa orang kawan
Fuadi yang tengah asyik berborak.
“Papa!” Serentak
mereka berpaling apabila ada suara kecil yang memanggil betul-betul
di belakang mereka.
“Eh, Danish.” Jelas
riak terkejut di wajah suaminya. Nampaknya Fuadi kenal dengan anak
itu.
“ Come here!” Fuadi
terus melepaskan genggaman Ain di tangannya dan menunduk menghulurkan
tangan ke arah anak kecil tadi.
Nampak erat benar mereka
berdakapan. Ain termangu. Mula tertanya-tanya hubungan Fuadi dengan
anak kecil itu. Tak tahu kenapa Ain mula berasa tidak sedap hati.
Kegembiraan yang dia rasakan dengan suaminya tadi terus hilang. Mula
sedar yang mereka tidak pernah bercakap pasal kisah silam
masing-masing sebelum ini.
No comments:
Post a Comment