Ain
membelek-belek jam di tangan. Sudah pukul 12 malam. Kelibat Fuadi masih tak
kelihatan. Ain baru sampai dari Sabah dan Fuadi sudah janji untuk jemput dia di
airport. Penat sangat Ain rasakan.
Sudah dekat sejam dia menunggu suaminya.
Sekali lagi
Ain mencuba nasib untuk call suaminya
sebab dari tadi asyik masuk voice mail
je bila Ain call. Berdebar Ain
menunggukan panggilannya diangkat.
“Hello, Ain. Sorry. Abang dah sampai ni. Tengah parking kereta.” Lega Ain. Ingatkan Fuadi dah terlupa.
“Okay, Ain
tunggu depan pintu masuk balai ketibaan ye.”
“Okay. Just wait there. Nanti abang
datang.”
Selepas
lebih 10 minit menunggu, barulah Ain nampak kelibat Fuadi yang sedang memimpin
seorang budak kecil. Hmm…Ain dah tahu siapa lagi kalau bukan Danish. Kenapa
pulak Fuadi bawak Danish tengah-tengah malam ni?
Sampai je
Fuadi dekat Ain, terus Ain menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Fuadi.
“Lambatnya.
Ain ingatkan dah lupa. Call tak
angkat. Dah ingat nak ambik teksi tadi balik rumah mama.”
“Sorry sangat. Danish ni dari tadi
merengek tak nak tidur. Tu yang abang bawak sekali.”
“Abang ambik
dia kat rumah ke tadi?”
“Haah.
Jomlah balik. Dah tengah malam.” Terus Fuadi heret luggage Ain. Sebelah tangan lagi memimpin Danish.
Nasib baik
sampai je dekat kereta, Danish tidak buat hal. Dia ikut je bila Fuadi baringkan
dia di seat belakang. Dah mengantuk
sangat Ain nampak. Lega Ain bila tak nampak bayang Sofea. Tadi, Ain ingatkan
Sofea tunggu mereka dalam kereta.
“Diam je. Are you angry with me?”Tegur Fuadi
bila Ain diam je sejak masuk kereta tadi. Ain penat sebenarnya. Dah tak ada mood nak marah. Memang tadi ada juga
rasa marah bila teringatkan yang Fuadi lambat sebab melayan kerenah Danish.
Tapi, bila terpandangkan muka Danish tadi, terus sejuk hati dia. Ya. Danish tak
bersalah.
“Angry. About what?”
“Hmm.. I’m not sure which one. Coz I’m late
or because of Danish maybe?”
“Both are wrong. Ain penat sebenarnya. Ni abang nak
hantar Ain rumah mama kan?”
“Rumah mama?
Why should I? Balik rumah abang la.”
Tersenyum nakal Fuadi menjawab soalan Ain.
“Eh,berani
ke? Tak takut abah marah?” Sengaja Ain nak provok suaminya.
“Kenapa abah
nak marah. You are my wife. Abang dah
bagitahu abah. Dia ok je.”
“Hmmm..suka
hati abang la. Ain fikir nak tidur je sekarang.” Memang penat sangat Ain
rasakan.
Fuadi
pandang muka Ain yang nampak sangat kepenatan. Rasa terlerai rindu yang dia
tanggung beberapa hari ini. Ain memang pandai mengkucar - kacirkan perasaan
dia. Tapi dia tak boleh salahkan Ain. Dia sendiri pun tak tahu siapa yang harus
dipersalahkan untuk semua masalah ini sebab dia sekarang pun tengah tersepit
sendiri. Dia kalau boleh memang tak mahu langsung lukakan hati Ain. Tapi apa
boleh buat, kadang-kadang dia tanpa sedar dah lukakan hati Ain.
Ain tersedar
bila enjin kereta sudah dimatikan. Terus dibuka mata yang tadi dipejamkan
kerana kepenatan.
“Eh,
abang. Rumah siapa ni? Rumah Sofea bukan
ke kat belakang tu?” Ain pandang rumah yang berhadapan dengan rumah yang Fuadi
tengah parkirkan kereta sekarang. Rasanya dia tak silap. Dia ingat lagi rumah
Sofea sebab baru je beberapa hari lepas dia dan Fuadi datang jemput Danish
dekat rumah tu.
“Of course
our house. And that house, yes, rumah Sofea. Sorry sebab tak bagitahu Ain
awal-awal.” Tergamam Ain. Jadi selama ni Fuadi dan Sofea tinggal berjiran.
Fuadi angkat
Danish yang tengah tidur di seat
belakang.
“Abang nak
hantar Danish kejap ye.” Ain pandang je Fuadi yang berjalan mendukung Danish
pergi ke rumah Sofea.
Tak sanggup memandang kemesraan Danish dan Sofea yang
sudahpun menunggu di depan pintu pagar rumah dia, Ain terus menyibukkan diri
mengangkat barang-barang dia keluar dari bonet kereta.
Kembali
segar Ain rasakan badannya yang tadi kepenatan setelah membersihkan diri.
Teringat Ain tentang kejutan yang baru dia terima tentang kedudukan rumah sewa
Sofea dan suaminya ini. Hmm…nampaknya dia perlu lebih kuat. Ain dah tak nak
bermasam muka dengan Fuadi lagi. Pintu bilik yang dibuka mengejutkan Ain yang
tadinya tengah mengelamun.
“Hmmm..dah
mandi. Ain dah solat ke?” Fuadi menuju ke meja solek untuk meletakkan jam
tangan yang baru ditanggalkan.
“Ain dah
jamak dengan magrib tadi.”
“Okaylah.
Ain rehat la dulu. Abang nak solat kejap.” Owh. Dia belum solat rupanya.Mungkin
dia nak ajak Ain berjemaah tadi. Sifat Fuadi yang memang pentingkan agama lah
membuatkan Ain mempunyai rasa hormat yang tinggi pada suaminya. Ain terus
menuju ke katil untuk merehatkan badan.
Selesai
solat, Fuadi turut merebahkan badan dia di atas katil. Sebelah Ain. Berdebar
Ain bila Fuadi mula memeluk pinggang dia. Fuadi memang punya aura tersendiri.
Kehadiran dia tak pernah tak mendebarkan Ain.
“Hmmm..I really miss this moment. Dapat peluk Ain macam ni.” Fuadi
bersuara perlahan sambil mencium-cium rambut Ain.
“Ain tak nak
tanya abang apa-apa ke? Kenapa abang rasa macam ada aura panas je dari kepala
Ain ni. Dah nak berasap ni” Fuadi mengusap perlahan kepala Ain. Dah mula dah
perangai dia.
“Pandainya
Dr. Fuadi ni. Pegang kepala orang pun dah tahu orang tu tengah ada masalah ke
tak.”
“Well. That’s me. Cepatlah. Abang nak
ubatkan ni.”
“Hmm..kenapa
rumah Sofea dekat dengan rumah abang. Abang memang saja ke or memang dah
terdesak sebab abang tak jumpa rumah lain untuk dia?” Tak ada rasa marah. Ain
cuma ingin tahu.
“Both are wrong. Rumah tu memang rumah
dia. Dulu, abang dan arwah suami Sofea memang rancang nak duduk berjiran bila
balik KB and kitaorang sempat beli rumah ni sebelum dia meninggal.”
“Owh. Okay. Now, Ain nak tidur. Good night.” Lega Ain. Sekurangnya dia
tahu, Fuadi bukannya sengaja nak rumah dia dan Sofea berdekatan.
“Wow. Nak
tidur!
Not that’s easy my dear. Senangnya dia. Dah lama jauhkan diri dari
abang, ingat abang nak bagi tidur macam tu je.” Fuadi sudah pandang Ain dengan
senyuman nakal. Pelukan di pinggang Ain di eratkan.
Ain dah
cuak. “ Err..Habis tu nak buat apa?”
“Hmm..nak
buat apa ya? Ain rasa apa yang boleh husband
and wife buat malam-malam macam ni. Newlyweeds
lagi.” Fuadi mengangkat kening dia sambil tersenyum sinis.
Peluh sudah
mula keluar di dahi Ain. Muka dia dah mula berona merah. Tiba-tiba Fuadi
tergelak kecil.
“Ain.Ain.
Malu lagi dengan abang ya. Bila nak biasakan diri dengan abang ni.” Tiba-tiba
Fuadi hulurkan tangan dia.
“Ain ingat
abang nak buat apa ni? Jauh sangat fikiran tu pergi. Salamlah dengan abang.
Minta maaf sebelum tidur.” Tersenyum Fuadi pada Ain.
“Ya Allah
abang ni. Suka sangat buli Ain ye.” Hilang debar di dada Ain. Geramnya dia
dengan Fuadi.
“Siapa lagi
abang nak sakat kalau bukan Ain. Lagipun Ain tu cepat sangat gelabahnya. Lagi
abang suka usik.”
“Ish
geramnya. I’m not a student anymore
tau.” Teringat Ain yang Fuadi suka sangat menyakat dia di hospital.
“But, you’re still my lovely wife. So, be
preparelah untuk kena buli dengan abang ya. Dah lah. Cepat salam. Nak tidur
kan?” Ain terus mencium tangan Fuadi sambil memohon maaf.
“Abang,
maafkan Ain ya.”
“Nak maafkan
apa? Senarai kesalahan kenalah list
dulu.” Eh, biar betul Fuadi ni. Ingat hari raya ke nak bermaafan segala bagai.
“Err..apa
ya..” Apa kesalahan dia ya. Ain cuba mengimbau kembali kesalahan dia pada
Fuadi.
“Ish lambat
sangat la Ain ni. Tu la banyak sangat salah dekat abang. Sampai tak terkira
dah.” Tersentap Ain dengan ayat Fuadi. Takut kalau memang Fuadi tak maafkan
dia.
“Abang gurau
je lah. Abang maafkan semua salah Ain. Lagipun abang tahu, semua tu berpunca
dari abang jugak kan.” Fuadi tak mahu memanjangkan gurauannya bila melihat muka
Ain yang sudah beraut suram.
“Abang pun
nak minta maaf dengan Ain. Jom tidur. Abang tahu Ain penat. Pagi esok lepas
Subuh abang terus hantar Ain rumah mama. Nanti marah pulak mama abang culik
pengantin ni lama-lama. Lepas tu abang terus pergi hospital.”
Fuadi terus
mematikan lampu di sisi katil. Membiarkan lampu balkoni sahaja yang terpasang.
Tenang Ain rasakan tidur dalam dakapan suaminya.
KECELARUAN FIKIRAN KE HAPE FUADI NI HAHHHH
ReplyDelete