Sunday, 22 November 2015

JODOH UNTUKKU - BAB 18

BAB 18


Majlis kenduri menyambut menantu di rumah ummi hari ini tidak kurang meriahnya dibandingkan dengan majlis persandingan di rumah mama semalam. Sengaja diaturkan majlis di rumah Ain dan Fuadi hanya selang sehari untuk memudahkan saudara yang tinggal  jauh untuk menghadiri majlis di kedua-dua belah pihak. Tak perlu lah nak minta cuti banyak kali.
Gembira Ain majlis dia dan Fuadi berjalan lancar. Teringat Ain reaksi kawan-kawan dia semasa majlis di rumah mama semalam.
“Abang, kenalkan ni semua groupmates Ain. Abang ingat lagi tak diaorang.” Geram Ain dengan kawan-kawan dia ni. Tadi nak sangat berkenalan face to face dengan suami dia. Sekarang semua buat-buat segan. Konon dulu masa dekat hospital tak dapat nak kenal secara proper dengan Dr. Fuadi ni.
“Of course ingat. Thanks for coming and by the way, congrats to you all sebab Ain cakap you all pun dah dapat ambik exam kan.”
Thanks Doktor. Jaga baik-baik kawan kitaorang ni. Cengeng budak ni.” Sempat Ikram nak mengusik Ain.
“Hmm..Memang cengeng pun. Kuat merajuk pun ye. Habislah kena buli dengan senior masa  FYDO (First Year Dental Officer) nanti.” Fuadi pandang Ain sambil senyum sinis.
“Kalau macam tu, doktor kenalah train sikit dia ni. Bagi kuat sikit.” Adah yang memang dah biasa dengan Ain dan Fuadi pun turut menyakat.
That’s why lah saya garang dengan you guys kalau terserempak dekat hospital. Lebih-lebih lagi dengan my lovely wife ni. Nak bagi korang kuat sikit. Nanti dah lama-lama biasalah.”
Tergelak kecik semua groupmates Ain bila ingatkan kembali kejadian di hospital dulu.Bukan main cuak mereka dulu depan Dr. Fuadi sorang ni.
Tamparan lembut yang terasa di bahu mematikan lamunan Ain.
Asyiknya mengelamun. Abang panggil pun tak dengar.” Entah dari mana datangnya Fuadi pun Ain tak tahu. Tadi Ain tinggalkan Fuadi yang tengah asyik berborak dengan kawan dia di bawah khemah. Sengaja dia masuk ke dalam rumah sebab nak rasa kedinginan udara dari penghawa dingin yang dipasang di dalam rumah.
Sorry. Kenapa?”
“Dah masuk Asar ni. Ain pergi solat dulu sementara orang tak ramai ni. Nanti Ain dah siap baru abang pergi solat.” Memang Ain dan Fuadi sengaja bergilir untuk solat. Sebab nanti kesian tetamu yang nak jumpa pengantin kalau dua-dua pergi solat. At least dapat jumpa salah sorang pun dah ok.
Selesai sahaja solat, Ain terus turun untuk ke bawah. Tak nampak pula kelibat Fuadi di dalam rumah. Hmm.. mesti dia tengah melayan tetamu di luar. Sampai je depan pintu rumah, melilau mata Ain mencari kelibat Fuadi di bawah khemah.
Akhirnya, jumpa jugak Fuadi. Terpegun seketika Ain bila melihat tetamu yang dilayan Fuadi rupanya Danish dan Sofea. Dia ingatkan Fuadi tak akan jemput Sofea ke majlis mereka sebab takut rahsia dia terbongkar. Ye lah, Danish kan pantang nampak Fuadi. Asyik merengek je dengan papa dia tu. Sekarang pun dah nampak yang Fuadi asyik sangat melayan Danish.
Ain terus menyarungkan kasut di kaki dan menuju ke arah Fuadi.
“Assalamualaikum…” Asyik sangat Fuadi dengan Danish sampaikan tak perasan langsung kehadiran Ain.
Waalaikummussalam.. Ain. Sorry tak perasan awak dah sampai.” Balas Sofea dengan senyuman yang Ain nampak macam terpaksa je.
“Hmm..tak apa. Abang, pergilah solat.” Tegur Ain pada Fuadi yang sedang menyuapkan nasi pada Danish. Ain pandang sekeliling. Nasib baik tetamu dah tak ramai. Takut jugak Ain dengan pandangan orang sekeliling pada drama sebabak yang dimainkan oleh Fuadi ni. Mesti orang pelik bila tengok pengantin lelaki tengah menyuap budak kecil makan.
Terkedu Ain bila terperasankan pandangan tajam ummi dan ayah pada mereka.
“Abang, ummi dan ayah tengah pandang sini tu.” Bisik Ain pada Fuadi. Dengar sahaja bisikan Ain, terus Fuadi angkat muka dia pandang ke hadapan. Mencari kelibat ummi dan ayah. Terpegun seketika Fuadi apabila sudah jumpa arah yang dicari, tapi tak lama. Dia kembali bereaksi biasa dan menyambung suapan ke mulut Danish.
“Abang nak habiskan suap Danish makan. Kejap lagi abang pergi solat.” Ain tak faham kenapa Fuadi beria sangat nak menyuap Danish makan. Padahal Sofea pun boleh buat sebab dia tengah makan jugak.
Okaylah. Ain nak masuk dalam rumah. Sofea, enjoy your food.” Tersenyum Ain pada Sofea. Tetamu, mestilah dihargai. Tak mahu menyerabutkan kepala, Ain mengambil keputusan untuk masuk ke dalam rumah. Lagipun hari dah petang. Ramai saudara tengah berkumpul melepaskan lelah di dalam rumah. Yang di luar ni kebanyakannya kaum lelaki yang sedang lepak.
Baru je Ain pusingkan badan untuk masuk ke dalam rumah, terdengar nama dia dipanggil Fuadi.
Ain, don’t say a word about this to ummi and ayah. Biar abang je explain dekat diaorang.” Fuadi pandang Ain, mohon pengertian.  Sememangnya, Ain pun tak tahu apa yang nak di jawab kalau ummi atau ayah tanya dia. Jadi, Ain hanya mengangguk tanda setuju. Lagipun, semuanya memang berpunca dari Fuadi, jadi biar lah dia yang bertanggungjawab.
Ramai saudara mara Fuadi yang tengah berkumpul di ruang keluarga. Seronok Ain dapat lihat suasana macam ni. Bukan senang nak dapat berkumpul satu kelurga macam ni, kecuali lah masa hari raya dan kalau ada majlis macam ni.
“Hah, Ain. Mari duduk sini. Tak payah segan. Ni semua dah jadi keluarga Ain.” Panggil ummi menggamit Ain untuk duduk sebelah dia.Ain memang segan pun. Walaupun dia dah biasa datang rumah ummi, tapi dia belum sempat kenal lagi dengan semua saudara mara Fuadi, tambah-tambah yang tinggal jauh.
Ummi memperkenalkan seorang demi seorang ahli keluarga besar dia pada Ain. Lega Ain sebab semuanya dapat menerima Ain dengan baik. Sambil Ain tengah melayan borak dengan sepupu Fuadi, Ain perasan yang Fuadi tergesa-gesa naik ke bilik. Tengah kejar Asar la tu. Mungkin tadi dia tunggu sampai Sofea balik kot. Nasib baik ummi tak ada bertanyakan Ain pasal Sofea. Mungkin sebab tengah ramai orang dekat sini.
“Ain dah makan ke? Dah petang benar ni. Pergi lah makan dulu.”  Tegur Mak Long. Kakak sulung ummi yang tinggal di Selangor. Ramah orangnya. Hari ini baru Ain berkesempatan untuk jumpa dia. Masa akad nikah dulu, dia tak dapat datang.
Errr.. Tak pe lah mak long. Kejap lagi Ain makan dengan abang.” Sepanjang hari ini, Ain hanya makan semasa sesi makan beradap tadi. Tu pun sikit je. Tak tahu kenapa Ain tak lalu nak makan. Mungkin sebab kepenatan kot.
Owh. Tunggu nak makan sama dengan cik abang rupanya.” Terdengar usikan dari salah seorang saudara Fuadi. Ain hanya tersenyum menerima usikan. Dah biasa sangat dengan usikan-usikan ni.
Dengar sahaja azan magrib, Ain meminta diri untuk solat. Lagipun, dia ingat nak terus bersihkan badan. Penat sangat dia rasakan. Masuk ke bilik, Ain lihat Fuadi sudah pun mengangkat takbir untuk solat. Nampaknya suaminya dah siap mandi. Baju pun dah bertukar kepada baju melayu bewarna biru terang dipadankan  dengan kain pelekat. Memang Ain dah mengaturkan mereka untuk memakai baju sedondon bewarna biru malam ini.
Tidak ada apa-apa majlis special malam ini. Hanya untuk menampakkan aura pengantin baru, sebab tu mereka merancang untuk memakai baju sedondon. Lagipun memang sudah kebiasaan di Kelantan, majlisnya walaupun sudah tertulis di dalam kad jemputan yang hanya sampai pukul 6 petang, masih ada tetamu yang bertandang waktu malam. Ain tak rasakan benda ini satu beban. Tapi lebih kepada dihargai. Ye lah, mereka sanggup juga memenuhi undangan walaupun dah lewat sebab tak mahu mengecilkan hati tuan rumah. Benda-benda sebeginilah yang tambah mengeratkan hubungan persaudaraan. Makanan pun tak ada limit nya sebab disediakan sendiri secara gotong-royong.
Tak mahu melengahkan masa, Ain bergegas masuk ke bilik air untuk membersihkan diri. Keluar sahaja dari bilik air, Ain lihat Fuadi sudah selesai mengerjakan solat. Terus Ain bersiap-siap untuk mengerjakan solat.
“Kenapa muka pucat ni? Penat sangat ke?” Tegur Fuadi sambil memandang Ain yang tengah memakai telekung solat. Risau nampaknya dia dengan Ain.
“Hah, pucat? Ye lah kot. Memang rasa penat sikit.”
“Hmm..kalau macam tu, nanti lepas solat terus turun makan. Abang tunggu kat bawah. Lepas tu Ain terus naik rehat la ye.” Pesan Fuadi pada Ain sebelum dia memulas tombol pintu untuk keluar dari bilik.
Selesai saja solat, Ain rasakan perut dia kejang tiba-tiba. Ain terus membuka telekung solat dan duduk di atas katil sambil memegang perut yang semakin terasa sakit.
Kenapa ni? Takkan senggugut. Macam mana boleh senggugut kalau tengah pregnant’ Teringat Ain dengan urine test yang dia buat sendiri semalam. Gembira dia bila result test menunjukkan yang dia positive sedang mengandung. Sengaja dia rahsiakan dari suaminya sebab nak buat kejutan malam ini.
Bila merasakan seperti ada cairan keluar membasahi panties dia, Ain bergegas berlari ke tandas. Berdebar Ain bila melihat ada tompokan bewarna coklat mencemari panties dia. Ya Allah, macam-macam perkara buruk sudah mula berlegar dalam kepala Ain. Bila kesakitan di perutnya semakin kuat mencucuk, Ain tahu dia perlu buat sesuatu.
Tudung segera disarungkan di kepala sambil Ain perlahan-lahan melangkah keluar dari bilik kerana tengah menahan kesakitan.
Melangkah sahaja ke tangga terakhir, Ain dihidangkan dengan suasana tegang di ruang keluarga. Ayah, ummi, mak long, mak teh, Fuadi, Danish, Sofea dan beberapa orang lagi ahli keluarga Fuadi tengah berkumpul di ruang keluarga. Ain tahu, Fuadi pasti sudah menceritakan perkara sebenar kepada mereka semua.
Perut yang semakin sakit membuatkan Ain tak mahu menunggu lama lagi. Terus dipanggil Fuadi.
“Abang..” Perlahan suara Ain yang dia yakin sudah dapat didengari Fuadi sebab Fuadi dan beberapa orang lagi ahli keluarga terus berpaling ke arah Ain.
Belum sempat Ain menyambung kata, jeritan dari Sofea terlebih dahulu mencuri tumpuan mereka di situ.
“Danish! Ya Allah Danish.”  Cemas suara Sofea. Ain pandang Danish yang kelihatan tersekat-sekat menarik nafas sambil terbatuk kecil.
Fuadi berlari ke arah Danish dan kelihatan  terus memeriksa saluran pernafasan anak kecil itu.
He’s having anaphylactic shock. Sofea, where’s your car? We need to bring him to hospital. ASAP!” Cemas suara Fuadi.
My car kena block tadi. Tak boleh keluar.” Sofea sudah kelihatan seperti hendak menangis.
Terus Fuadi pandang Ain . “ Ain. Ambikkan kunci kereta abang dalam bilik. Cepat!” Jerit Fuadi pada Ain.
Ain terpaku. Dia tak dapat nak fikir apa-apa. Dengan kesakitan yang dirasakan makin mencucuk, ditambah pulak terkejut dengan keadaan Danish yang tiba-tiba, Ain tidak mampu bergerak.
Ain! My key!” Jerit Fuadi pada Ain yang masih tak berganjak. Geram dengan Ain yang nampak langsung tak berganjak, Fuadi terus bangun dan bergegas berlari ke arah Ain.
Move! You’re useless.” Jerit Fuadi. Tangan dia menolak bahu Ain yang menghalang laluan menuju ke bilik mereka.
Ain yang tidak bersedia dengan tolakan dari Fuadi tidak mampu menyeimbangkan diri dan terus jatuh terduduk di tangga. Nasib baik dia sempat berpaut pada pemegang tangga, jadi hentakan yang dia rasakan tidaklah terlalu kuat. Ya Allah. Ain rasakan dia tidak mampu nak bangun.
Fuadi yang sudah dapat kunci kereta terus bergegas turun tangga dan mengangkat Danish ke kereta. Langsung tak hiraukan Ain yang masih terduduk di tangga.
Selepas sahaja Fuadi dan Sofea meninggalkan rumah untuk ke hospital, ummi yang tadi turut terkejut dengan keadaan Danish terus pergi ke arah Ain.
Ain. Okay tak? Fuadi tak sengaja tu. Dia tengah panik. Ain jangan ambil hati.” Perlahan pujukan ummi. Sangka dia, Ain tengah menangis sebab terasa hati dengan Fuadi.
Ain terus mengangkat muka sambil tangannya tetap memegang perut yang sakit.
“Ummi..” Perlahan suara Ain. Terkejut ummi bila melihat muka Ain yang pucat dengan dahi yang berkerut seperti menahan kesakitan.
“Ain, kenapa ni?” Ummi dah mula cemas.
Ain bleeding. Perut ni rasa cramp sangat.” Tersekat-sekat suara Ain. Dia  pun sama berdebarnya. Takut terjadi apa-apa pada kandungan dia.
“Ya Allah! Ain mengandung ke?” Bila melihat anggukan dari Ain, terus terdengar jeritan ummi memanggil ayah.
Abang! Cepat, kita kena bawak Ain pergi hospital.” Kelam kabut suasana malam itu. Ain hanya mampu berharap yang kandungan dia terselamat.




1 comment: