Majlis
kenduri menyambut menantu di rumah ummi hari ini tidak kurang meriahnya
dibandingkan dengan majlis persandingan di rumah mama semalam. Sengaja diaturkan
majlis di rumah Ain dan Fuadi hanya selang sehari untuk memudahkan saudara yang
tinggal jauh untuk menghadiri majlis di
kedua-dua belah pihak. Tak perlu lah nak minta cuti banyak kali.
Gembira Ain
majlis dia dan Fuadi berjalan lancar. Teringat Ain reaksi kawan-kawan dia
semasa majlis di rumah mama semalam.
“Abang,
kenalkan ni semua groupmates Ain.
Abang ingat lagi tak diaorang.” Geram Ain dengan kawan-kawan dia ni. Tadi nak
sangat berkenalan face to face dengan
suami dia. Sekarang semua buat-buat segan. Konon dulu masa dekat hospital tak
dapat nak kenal secara proper dengan
Dr. Fuadi ni.
“Of course
ingat. Thanks for coming and by the way, congrats to you all sebab Ain cakap you all pun dah dapat ambik exam kan.”
“Thanks Doktor. Jaga baik-baik kawan
kitaorang ni. Cengeng budak ni.” Sempat Ikram nak mengusik Ain.
“Hmm..Memang
cengeng pun. Kuat merajuk pun ye. Habislah kena buli dengan senior masa FYDO
(First Year Dental Officer) nanti.” Fuadi pandang Ain sambil senyum sinis.
“Kalau macam
tu, doktor kenalah train sikit dia ni. Bagi kuat sikit.” Adah yang memang dah
biasa dengan Ain dan Fuadi pun turut menyakat.
“That’s why lah saya garang dengan you guys kalau terserempak dekat
hospital. Lebih-lebih lagi dengan my
lovely wife ni. Nak bagi korang kuat sikit. Nanti dah lama-lama biasalah.”
Tergelak
kecik semua groupmates Ain bila ingatkan
kembali kejadian di hospital dulu.Bukan main cuak mereka dulu depan Dr. Fuadi
sorang ni.
Tamparan
lembut yang terasa di bahu mematikan lamunan Ain.
“Asyiknya
mengelamun. Abang panggil pun tak dengar.” Entah dari mana datangnya Fuadi pun
Ain tak tahu. Tadi Ain tinggalkan Fuadi yang tengah asyik berborak dengan kawan
dia di bawah khemah. Sengaja dia masuk ke dalam rumah sebab nak rasa kedinginan
udara dari penghawa dingin yang dipasang di dalam rumah.
“Sorry. Kenapa?”
“Dah masuk
Asar ni. Ain pergi solat dulu sementara orang tak ramai ni. Nanti Ain dah siap
baru abang pergi solat.” Memang Ain dan Fuadi sengaja bergilir untuk solat.
Sebab nanti kesian tetamu yang nak jumpa pengantin kalau dua-dua pergi solat. At least dapat jumpa salah sorang pun
dah ok.
Selesai
sahaja solat, Ain terus turun untuk ke bawah. Tak nampak pula kelibat Fuadi di
dalam rumah. Hmm.. mesti dia tengah melayan tetamu di luar. Sampai je depan
pintu rumah, melilau mata Ain mencari kelibat Fuadi di bawah khemah.
Akhirnya,
jumpa jugak Fuadi. Terpegun seketika Ain bila melihat tetamu yang dilayan Fuadi
rupanya Danish dan Sofea. Dia ingatkan Fuadi tak akan jemput Sofea ke majlis
mereka sebab takut rahsia dia terbongkar. Ye lah, Danish kan pantang nampak
Fuadi. Asyik merengek je dengan papa dia tu. Sekarang pun dah nampak yang Fuadi
asyik sangat melayan Danish.
Ain terus
menyarungkan kasut di kaki dan menuju ke arah Fuadi.
“Assalamualaikum…”
Asyik sangat Fuadi dengan Danish sampaikan tak perasan langsung kehadiran Ain.
“Waalaikummussalam..
Ain. Sorry tak perasan awak dah
sampai.” Balas Sofea dengan senyuman yang Ain nampak macam terpaksa je.
“Hmm..tak
apa. Abang, pergilah solat.” Tegur Ain pada Fuadi yang sedang menyuapkan nasi
pada Danish. Ain pandang sekeliling. Nasib baik tetamu dah tak ramai. Takut
jugak Ain dengan pandangan orang sekeliling pada drama sebabak yang dimainkan
oleh Fuadi ni. Mesti orang pelik bila tengok pengantin lelaki tengah menyuap
budak kecil makan.
Terkedu Ain
bila terperasankan pandangan tajam ummi dan ayah pada mereka.
“Abang, ummi
dan ayah tengah pandang sini tu.” Bisik Ain pada Fuadi. Dengar sahaja bisikan
Ain, terus Fuadi angkat muka dia pandang ke hadapan. Mencari kelibat ummi dan
ayah. Terpegun seketika Fuadi apabila sudah jumpa arah yang dicari, tapi tak
lama. Dia kembali bereaksi biasa dan menyambung suapan ke mulut Danish.
“Abang nak
habiskan suap Danish makan. Kejap lagi abang pergi solat.” Ain tak faham kenapa
Fuadi beria sangat nak menyuap Danish makan. Padahal Sofea pun boleh buat sebab
dia tengah makan jugak.
“Okaylah.
Ain nak masuk dalam rumah. Sofea, enjoy
your food.” Tersenyum Ain pada Sofea. Tetamu, mestilah dihargai. Tak mahu
menyerabutkan kepala, Ain mengambil keputusan untuk masuk ke dalam rumah.
Lagipun hari dah petang. Ramai saudara tengah berkumpul melepaskan lelah di
dalam rumah. Yang di luar ni kebanyakannya kaum lelaki yang sedang lepak.
Baru je Ain
pusingkan badan untuk masuk ke dalam rumah, terdengar nama dia dipanggil Fuadi.
“Ain, don’t say a word about this to ummi and
ayah. Biar abang je explain dekat
diaorang.” Fuadi pandang Ain, mohon pengertian.
Sememangnya, Ain pun tak tahu apa yang nak di jawab kalau ummi atau ayah
tanya dia. Jadi, Ain hanya mengangguk tanda setuju. Lagipun, semuanya memang
berpunca dari Fuadi, jadi biar lah dia yang bertanggungjawab.
Ramai
saudara mara Fuadi yang tengah berkumpul di ruang keluarga. Seronok Ain dapat
lihat suasana macam ni. Bukan senang nak dapat berkumpul satu kelurga macam ni,
kecuali lah masa hari raya dan kalau ada majlis macam ni.
“Hah, Ain.
Mari duduk sini. Tak payah segan. Ni semua dah jadi keluarga Ain.” Panggil ummi
menggamit Ain untuk duduk sebelah dia.Ain memang segan pun. Walaupun dia dah
biasa datang rumah ummi, tapi dia belum sempat kenal lagi dengan semua saudara
mara Fuadi, tambah-tambah yang tinggal jauh.
Ummi
memperkenalkan seorang demi seorang ahli keluarga besar dia pada Ain. Lega Ain
sebab semuanya dapat menerima Ain dengan baik. Sambil Ain tengah melayan borak
dengan sepupu Fuadi, Ain perasan yang Fuadi tergesa-gesa naik ke bilik. Tengah
kejar Asar la tu. Mungkin tadi dia tunggu sampai Sofea balik kot. Nasib baik
ummi tak ada bertanyakan Ain pasal Sofea. Mungkin sebab tengah ramai orang
dekat sini.
“Ain dah
makan ke? Dah petang benar ni. Pergi lah makan dulu.” Tegur Mak Long. Kakak sulung ummi yang
tinggal di Selangor. Ramah orangnya. Hari ini baru Ain berkesempatan untuk
jumpa dia. Masa akad nikah dulu, dia tak dapat datang.
“Errr.. Tak
pe lah mak long. Kejap lagi Ain makan dengan abang.” Sepanjang hari ini, Ain
hanya makan semasa sesi makan beradap tadi. Tu pun sikit je. Tak tahu kenapa
Ain tak lalu nak makan. Mungkin sebab kepenatan kot.
“Owh. Tunggu
nak makan sama dengan cik abang rupanya.” Terdengar usikan dari salah seorang
saudara Fuadi. Ain hanya tersenyum menerima usikan. Dah biasa sangat dengan
usikan-usikan ni.
Dengar
sahaja azan magrib, Ain meminta diri untuk solat. Lagipun, dia ingat nak terus
bersihkan badan. Penat sangat dia rasakan. Masuk ke bilik, Ain lihat Fuadi
sudah pun mengangkat takbir untuk solat. Nampaknya suaminya dah siap mandi.
Baju pun dah bertukar kepada baju melayu bewarna biru terang dipadankan dengan kain pelekat. Memang Ain dah
mengaturkan mereka untuk memakai baju sedondon bewarna biru malam ini.
Tidak ada
apa-apa majlis special malam ini.
Hanya untuk menampakkan aura pengantin baru, sebab tu mereka merancang untuk
memakai baju sedondon. Lagipun memang sudah kebiasaan di Kelantan, majlisnya
walaupun sudah tertulis di dalam kad jemputan yang hanya sampai pukul 6 petang,
masih ada tetamu yang bertandang waktu malam. Ain tak rasakan benda ini satu
beban. Tapi lebih kepada dihargai. Ye lah, mereka sanggup juga memenuhi
undangan walaupun dah lewat sebab tak mahu mengecilkan hati tuan rumah.
Benda-benda sebeginilah yang tambah mengeratkan hubungan persaudaraan. Makanan
pun tak ada limit nya sebab disediakan sendiri secara gotong-royong.
Tak mahu
melengahkan masa, Ain bergegas masuk ke bilik air untuk membersihkan diri.
Keluar sahaja dari bilik air, Ain lihat Fuadi sudah selesai mengerjakan solat. Terus
Ain bersiap-siap untuk mengerjakan solat.
“Kenapa muka
pucat ni? Penat sangat ke?” Tegur Fuadi sambil memandang Ain yang tengah
memakai telekung solat. Risau nampaknya dia dengan Ain.
“Hah, pucat?
Ye lah kot. Memang rasa penat sikit.”
“Hmm..kalau
macam tu, nanti lepas solat terus turun makan. Abang tunggu kat bawah. Lepas tu
Ain terus naik rehat la ye.” Pesan Fuadi pada Ain sebelum dia memulas tombol
pintu untuk keluar dari bilik.
Selesai saja
solat, Ain rasakan perut dia kejang tiba-tiba. Ain terus membuka telekung solat
dan duduk di atas katil sambil memegang perut yang semakin terasa sakit.
‘Kenapa ni?
Takkan senggugut. Macam mana boleh senggugut kalau tengah pregnant’ Teringat Ain dengan urine
test yang dia buat sendiri semalam. Gembira dia bila result test menunjukkan yang dia positive sedang mengandung. Sengaja dia rahsiakan dari suaminya
sebab nak buat kejutan malam ini.
Bila
merasakan seperti ada cairan keluar membasahi panties dia, Ain bergegas berlari ke tandas. Berdebar Ain bila
melihat ada tompokan bewarna coklat mencemari panties dia. Ya Allah, macam-macam perkara buruk sudah mula
berlegar dalam kepala Ain. Bila kesakitan di perutnya semakin kuat mencucuk,
Ain tahu dia perlu buat sesuatu.
Tudung
segera disarungkan di kepala sambil Ain perlahan-lahan melangkah keluar dari
bilik kerana tengah menahan kesakitan.
Melangkah
sahaja ke tangga terakhir, Ain dihidangkan dengan suasana tegang di ruang
keluarga. Ayah, ummi, mak long, mak teh, Fuadi, Danish, Sofea dan beberapa
orang lagi ahli keluarga Fuadi tengah berkumpul di ruang keluarga. Ain tahu,
Fuadi pasti sudah menceritakan perkara sebenar kepada mereka semua.
Perut yang
semakin sakit membuatkan Ain tak mahu menunggu lama lagi. Terus dipanggil
Fuadi.
“Abang..”
Perlahan suara Ain yang dia yakin sudah dapat didengari Fuadi sebab Fuadi dan
beberapa orang lagi ahli keluarga terus berpaling ke arah Ain.
Belum sempat
Ain menyambung kata, jeritan dari Sofea terlebih dahulu mencuri tumpuan mereka
di situ.
“Danish! Ya
Allah Danish.” Cemas suara Sofea. Ain
pandang Danish yang kelihatan tersekat-sekat menarik nafas sambil terbatuk
kecil.
Fuadi
berlari ke arah Danish dan kelihatan terus
memeriksa saluran pernafasan anak kecil itu.
“He’s having anaphylactic shock. Sofea, where’s your car? We need to bring him to
hospital. ASAP!” Cemas suara Fuadi.
“My car kena block tadi. Tak boleh keluar.” Sofea sudah kelihatan seperti hendak
menangis.
Terus Fuadi
pandang Ain . “ Ain. Ambikkan kunci kereta abang dalam bilik. Cepat!” Jerit
Fuadi pada Ain.
Ain terpaku.
Dia tak dapat nak fikir apa-apa. Dengan kesakitan yang dirasakan makin
mencucuk, ditambah pulak terkejut dengan keadaan Danish yang tiba-tiba, Ain
tidak mampu bergerak.
“Ain! My key!” Jerit Fuadi pada Ain yang masih
tak berganjak. Geram dengan Ain yang nampak langsung tak berganjak, Fuadi terus
bangun dan bergegas berlari ke arah Ain.
“Move! You’re useless.” Jerit Fuadi.
Tangan dia menolak bahu Ain yang menghalang laluan menuju ke bilik mereka.
Ain yang
tidak bersedia dengan tolakan dari Fuadi tidak mampu menyeimbangkan diri dan
terus jatuh terduduk di tangga. Nasib baik dia sempat berpaut pada pemegang
tangga, jadi hentakan yang dia rasakan tidaklah terlalu kuat. Ya Allah. Ain
rasakan dia tidak mampu nak bangun.
Fuadi yang
sudah dapat kunci kereta terus bergegas turun tangga dan mengangkat Danish ke
kereta. Langsung tak hiraukan Ain yang masih terduduk di tangga.
Selepas
sahaja Fuadi dan Sofea meninggalkan rumah untuk ke hospital, ummi yang tadi
turut terkejut dengan keadaan Danish terus pergi ke arah Ain.
“Ain. Okay
tak? Fuadi tak sengaja tu. Dia tengah panik. Ain jangan ambil hati.” Perlahan
pujukan ummi. Sangka dia, Ain tengah menangis sebab terasa hati dengan Fuadi.
Ain terus
mengangkat muka sambil tangannya tetap memegang perut yang sakit.
“Ummi..” Perlahan
suara Ain. Terkejut ummi bila melihat muka Ain yang pucat dengan dahi yang
berkerut seperti menahan kesakitan.
“Ain, kenapa
ni?” Ummi dah mula cemas.
“Ain
bleeding. Perut ni rasa cramp sangat.” Tersekat-sekat suara Ain. Dia pun sama berdebarnya. Takut terjadi apa-apa
pada kandungan dia.
“Ya Allah!
Ain mengandung ke?” Bila melihat anggukan dari Ain, terus terdengar jeritan
ummi memanggil ayah.
“Abang!
Cepat, kita kena bawak Ain pergi hospital.” Kelam kabut suasana malam itu. Ain
hanya mampu berharap yang kandungan dia terselamat.
FUAD @#$%^$
ReplyDelete