Untuk ward
round kali ini, group
Ain dipecahkan kepada 3 kumpulan kecil kerana hari ini ada 3 orang
patient maxillofacial trauma
yang mereka perlu clerk.
Ain hari ini berpasangan dengan Atiff. Patient yang mereka perlu
clerk sekarang ini
ditempatkan di ward perubatan kerana patient itu menghidapi kencing
manis yang tidak terkawal. Jadi, pesakit itu berada di bawah
pemerhatian doktor perubatan dan juga maxillofacial surgeon.
Melangkah saja ke dalam
ward perubatan, Ain
terdengar suara yang sedang bising marah-marah. Ain cam suara itu. Ya
Allah! Tak akan Fuadi? Tapi ada kemungkinannya kerana sekarang ini
Ain berada di ward perubatan.
Hubungan Ain dan suaminya
kebelakangan ini semakin baik walaupun mereka masih tinggal
berasingan. Kadang-kadang Fuadi akan datang jemput dia dari hostel
untuk makan sekali. Hujung minggu, kalau berkesempatan, Ain akan
bermalam di rumah ummi ataupun balik ke rumah mama. Walaupun hubungan
mereka semakin baik, perangai sinis Fuadi memang masih sama. Mungkin
memang sudah tidak boleh diubah.
Semakin jauh Ain menapak
ke dalam ward, semakin jelas susuk Fuadi yang kelihatan seperti
sedang marahkan seseorang. Memang sangat menakutkan wajah Fuadi
ketika ini. Dengan tangan yang kedua-duanya bercekak di pinggan. Ain
memang tidak pernah berhadapan dengan Fuadi yang versi seperti
sekarang ini. Kalau dengan Ain, Fuadi selalunya hanya berperangai
sinis, tidak lah sampai marah-marah macam sekarang. Kasihan Ain lihat
perempuan yang dimarahi oleh suaminya itu. Maybe
perempuan itu salah seorang doktor pelatih dekat situ.
“What have you done?
Patient tu dah la tengah uncontrolled
diabetic. Dia punya healing
process very slow. You pulak membuta tuli
pergi induced trauma
dekat skin dia. Memang saja la kan nak kena maki.” Suara Fuadi
kedengaran agak tertahan. Mungkin dia tak mahu menjatuhkan maruah
intern tu di depan
pesakit. Sebab itulah dia mencari port
yang Ain rasa agak terselindung iaitu di tepi kaunter jururawat.
Kebetulan Ain perlu melalui kaunter itu untuk masuk kedalam ward.
Jadi dia dapat dengar dengan jelas setiap perkataan dari mulut Fuadi.
“ Ridiculous!”
Terperanjat Ain mendengar jerkahan kuat Fuadi. Terus terhenti langkah
dia, betul-betul di depan kaunter tempat Fuadi sedang melepaskan
amarah. Ain pandang diaorang berdua. Muka doktor perempuan itu
kelihatan merah, menahan malu atau mungkin tengah menahan tangis.
Perasan dia diperhatikan seseorang, Fuadi yang tadi membelakangkan
Ain memusingkan sedikit badannya ke arah Ain.
Berdebar Ain apabila tahu
Fuadi sudah perasan akan kehadiran dia di situ. Tajam pandangan Fuadi
pada Ain. Tidak mahu mencampuri urusan Fuadi, Ain dan kawannya terus
laju menapak ke dalam wad.
Setelah sampai di katil
pesakit, Ain lihat pesakit itu hanya berseorangan tanpa ditemani ahli
keluarga. Ain meminta kebenaran dari pesakit untuk melakukan sedikit
pemeriksaan bertujuan untuk pembelajaran.Sebelum mereka mula
memeriksa pesakit, tirai ditarik untuk menutup ruangan katil pesakit
daripada pandangan orang lain.
Ketika Ain dan Atiff
tengah memeriksa pesakit, tirai yang menutupi katil pesakit tiba-tiba
diselak. Terkejut Ain bila melihat Fuadi melangkah masuk ke ruangan
di tepi sebelah kiri katil pesakit. Berhadapan dengan Ain yang duduk
di sebelah kanan katil pesakit. Riak muka Fuadi masih serius. Sama
seperti yang Ain lihat semasa dia sedang memarahi doktor pelatih
tadi.
“Dental student?”
Tanya dia pada Ain dan Atiff.
“Yes. Final year.”
Jawab Atiff bagi pihak Ain.
“Ok. You
! Present this case to me.” Tegas arahan
Fuadi sambil tangan menunjuk ke arah Atiff. Memang biasa berlaku
semasa ward round,
bila MO ataupun specialist
sendiri yang tiba-tiba ‘baik hati’, on
the spot melakukan ‘clinical
teaching’ pada mereka. Selalunya, lecturer
Ain akan biarkan sahaja bila tahu ada medical
doctor yang tiba-tiba ambil alih mengajar
mereka. At least
mereka akan dapat knowledge
dan experience yang
baru bila diajar oleh medical doctor
ini.
Tergagap-gagap Atiff
memberi briefing
tentang keadaan pesakit tersebut. Ya lah. Siapa tidak cuak bila
tiba-tiba je kena present
pasal patient tanpa
sempat nak ready.
Lebih-lebih, lagi diaorang baru lepas tengok Fuadi mengamuk. Memang
lagi cuak la jadinya.
Tajam pandangan Fuadi pada
Atiff. Seperti tidak berpuas hati. Tiba-tiba dia kalih pandangan pada
Ain.
“You! I’m sure both
of you did the clerking together. Is
there anything you would like to add from the history of this
patient?” Begitu tajam pandangan Fuadi pada
Ain.
“Err.. This patient is
a heavy smoker. All other important informations, I think had been
covered by my friend just now.”
“That’s all? Are
you sure?” Tanya Fuadi tiba-tiba.
“Both of you have
been clerking this patient about what? 30 minutes?
Itu je korang dapat? And both of you think
that it’s enough?” Jerkah Fuadi .
Depan-depan patient dia jerkah Ain dan Atiff. Muka mereka memang
sudah kemerahan menahan malu dan gentar di hati.
“What about his past
medical history? This patient, has been admitted here instead of
dekat wad maxillofacial
because of his uncontrolled diabetic. And both
of you did not concern about
that. Why does he has uncontrolled diabetic? Is it always
uncontrolled or before this it’s controlled, but after the accident
it become uncontrolled. Is that important?”
Ain dan Atiff baru sedar
yang mereka memang telah melakukan kesilapan. Hanya anggukan lemah
yang mampu diaorang berikan untuk menjawab fuadi.
“Yes. Of course it’s
important. Sekarang baru sedar? Macam ni ke
gaya final year dental
student? Memang kena
maki la you all hari-hari
bila kerja nanti. Jangan ingat mentang-mentang bila keluar nanti you
all akan deal
dengan gigi je, you all
senang-senang nak tolak tepi info pasal medical
ni semua. It’s really important.
Kalau tak kenapa you all need to have
your basic medical sains
punya subject.”
Sudah bergenang air mata
Ain. Sedaya upaya ditahan supaya tidak menitik di depan Fuadi. Ya.
Dia sedar. Memang dia dan Atiff ter ’miss’
part yang penting itu.
Tapi perlu ke mereka di marahi dengan begitu teruk. Fuadi seperti
melepaskan geram pada mereka. Tambah memalukan, mereka dimarahi
betul-betul di hadapan patient.
Fuadi sudah memalingkan
badan untuk meninggalkan tempat itu. Sebelum pergi sempat lagi dia
berpaling pada Ain dan melemparkan kata-kata yang tambah menyakitkan
hati Ain.
“Title doktor bukannya
untuk berlagak je. Tak ada guna jadi doktor kalau otak kosong.”
Habis berkata-kata, terus dia berlalu meninggalkan Ain dan Atiff yang
semestinya tengah menahan perasaan. Malu, marah, sedih, semuanya
bercampur baur dalam hati mereka sekarang.
Kejadian di ward itu
memberi kesan kepada mood Ain untuk sepanjang hari. Ain tidak rasa
yang dia over sensitive
sebab Atiff pun terkesan sama. Kalau Atiff yang tiada hubungan
apa-apa dengan Fuadi boleh jadi bad mood
untuk sepanjang hari, inikan pula Ain. Lagipun Ain rasa marah Fuadi
tadi memang keterlaluan untuk satu kesalahan yang bagi Ain
tersangatlah kecil.
Malam itu, seusai sahaja
solat magrib, Ain terima panggilan dari suaminya. Tapi dia tiada hati
untuk menjawab. Jadi dibiarkan sahaja panggilan itu tidak berjawab.
Lagipun Ain tidak rasa panggilan itu kerana Fuadi ingin memujuknya.
Sebabnya memujuk rayu perempuan memang tak ada dalam kamus hidup
Fuadi.
Setelah beberapa kali dia
biarkan panggilan Fuadi tidak berjawab, perasaan bersalah tiba-tiba
hadir dalam diri Ain. Ain tidak pernah menunjuk rajuk kepada Fuadi.
Walau apa pun yang terjadi, Fuadi itu tetap suaminya dan Ain akui dia
sudah mula sayangkan suaminya itu.
Tapi untuk terus mengalah,
rasa sakit di hati masih terasa. Jadi Ain mengambil keputusan untuk
mesej sahaja kepada Fuadi.
“Kenapa? Ain sibuk.”
Ringkas mesej Ain kepada Fuadi.
“Abang dah dekat
bawah ni. Jom pegi makan.” Betul agakan
Ain. Memang tak akan pernah adanya pujuk rayu dari Fuadi. Yang selalu
keluar dari mulut dia, kalau bukan arahan, mesti ayat-ayat sinis yang
memang tajam.
“Ain tak lapar. Malas
nak keluar.”
Deringan telefon yang
tiba-tiba mengejutkan Ain. Dari suaminya. Nak tak nak Ain terpaksa
menjawab panggilan tersebut.
“Please la Ain. Jangan
nak buat perangai. I’m really tired right now. Haven’t get any
proper rest after postcall tadi. So, memang tak larat sangat nak
layan kalau Ain nak buat perangai sekarang ni.” Belum sempat Ain
cakap apa-apa, terus kedengaran suara Fuadi. Memang kedengaran letih
nada suara suaminya. Bimbang pula Ain nak biarkan suaminya drive
sorang-sorang dalam keadaan penat macam ini. Lagipun esok weekend.
Kalau Fuadi nak terus balik rumah ummi pun taka pa.
“5 minutes”
Ringkas Ain menghantar mesej. Sakit hati macam mana pun, Ain tak nak
mahu terjadi apa-apa kepada suaminya. Jadi, Ain ambil keputusan untuk
ikut sahaja rentak suaminya. Tapi, untuk berlagak macam tidak ada
apa-apa yang terjadi pada mereka tengah hari tadi , Ain rasakan agak
mustahil. Dia perlukan sedikit masa untuk mnyejukkan hati dia
kembali.
No comments:
Post a Comment