DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Friday, 29 May 2015

Isteri Tuan Ihsan -Bab 3

“Lepaslah!”

“Shut up, Seroja! Jangan lupa you dekat mana!”

“I don’t care! Let go of me!”

“Sedar Seroja! Ibu you dah tak ada. Jangan jadi orang
hilang pedoman macam ni!”

“No! Ibu! Seroja nak ikut ibu! Seroja nak ikut mati!
Seroja tak mahu hidup sendiri...”

Hilang simpati Tuan Ihsan. Ikutkan hati yang membara
ingin saja ditangankan Seroja ini supaya diam. Budak ini
memang degil!

Langkah semakin dicepatkan menuju ke kereta.
Dengan penuh kepayahan pemegang pintu dicapai kemudian
Seroja disumbat ke dalam perut kereta. Saat dan waktu
sebegini, Tuan Ihsan jadi menyesal kerana mengarahkan dua
orang pengawal peribadinya untuk hanya menunggunya di
kediamannya sahaja. Hemat yang menyangka segalanya akan
berjalan lancar, ternyata meleset sama sekali.

Saat tubuh terhempas ke atas kerusi kereta, Seroja
bungkam. Amarah tiba-tiba mencengkam jiwa. Tindakan
refleks Seroja menyebabkan kaki menujah ke atas mengenakan
satu tendangan padu ke celah kelangkang Tuan Ihsan.
Terjerit Tuan Ihsan dibuatnya.

“Arghhh... Shit!” Terbongkok-bongkok Tuan Ihsan
menahan sakit yang teramat. ‘Jahanam sistem reproduktif aku!
Budak ini memang mencabar kesabaran,’ gumam Tuan Ihsan
dalam hati.

Sabar semakin menipis. Hati semakin mendongkol
geram dengan perlakuan Seroja yang terpekik terlolong seperti
disampuk hantu.

Sepantas kilat kedua tangan Seroja dicengkam erat,
kemudian dikunci di kiri dan kanan kepalanya. Tubuhnya
yang ditahan dengan berat badan Tuan Ihsan, spontan
berhenti meronta. Tinggal sahaja bibir mungil itu yang masih
melantunkan vokal sepenuh hati.

“Shut up, Seroja! I’m warning you!”

“Lepaskan aku! Lepaskan aku la bodoh!”

“I said shut up!!!”

Tangan gadis yang dicengkam erat dipindah ke atas
kepala dengan satu tangan. Satu tangan lagi menekup mulut
Seroja. Kejap.

“Dengar sini baik-baik. Kalau you jerit lagi, I akan
guna cara terakhir untuk diamkan you. Oh! Believe me love,
I akan pastikan mulut you akan tertutup sampai you tak boleh
bernafas dengan sempurna.”

Suara garau dan dalam itu terus saja membunuh suara
yang lahir dari tekak Seroja. Terkebil-kebil mata membalas
renungan Tuan Ihsan. Tajam menikam. Buat pertama kali
Seroja rasa amat takut, walaupun Seroja tahu itu cuma satu
ugutan. Tapi, kenapa Seroja merasakan yang pak cik misteri ini
memaksudkan setiap butir katanya?

Semakin lama desahan nafas Tuan Ihsan terasa
semakin hampir. Bunyi degupan jantung berdetup-detap seperti
genderang perang.

‘Aduh! Kenapa cuak sangat ni?’

Tok! Tok! Tok!

Kepala dikalihkan ke luar tingkap kereta. Berlapis dahi
melihat bayangan tubuh seorang pemuda di sebalik cermin
yang berwarna gelap.

Tok! Tok! Tok!

Tingkap diketuk lagi. Serta-merta Tuan Ihsan
menganjakkan sedikit berat tubuhnya dari Seroja.

“I akan lepaskan you. Tapi, you kena janji jangan
menjerit lagi. Behave! Faham!”

Seroja mengangguk pantas. Mendengar nada suara
Tuan Ihsan sahaja, Seroja sudah cukup maklum. Ia adalah
perintah! Tidak mampu Seroja menanggung debaran yang bisa
saja memecahkan dada.
Nafasnya sudah sesak. Yang pasti bukan
kerana mulutnya ditekup. Tapi, lebih kepada akibat daripada
keadaan fizikal mereka tika ini.

Senakal-nakal Seroja, inilah kali pertama dia
berkeadaan sedemikian dengan seorang manusia berlainan
jantina. Segarang-garang Seroja, inilah kali pertama dia
menjadi kaku berhadapan dengan seorang insan yang bernama
lelaki.

Dadanya sendat dengan muatan perasaan yang gegak
gempita. Aneh sekali perasaan ini. Padahal, kalau ikut sikap
sebenar Seroja, memang punah harapan Tuan Ihsan untuk
mendapat zuriat, pasti organ penting itu menjadi sasaran
kepala lututnya.

Perlahan-lahan mulut Seroja dilepaskan. Tangan
yang tergantung di atas kepala juga sudah bebas. Serta-merta
Tuan Ihsan mengalihkan badannya. Pakaian ditarik kemas.
Rambut yang kusut dilurut dengan jari yang kasar. Nafas diatur
perlahan.

Seroja mengangkat tubuhnya. Baju yang berkedut
seribu dibiarkan sahaja. Mujur saja dia mengenakan baju kurung
daripada kain kapas. Kalaulah dia mengenakan pakaiannya yang
biasa sehari-hari, pasti kenyang Tuan Ihsan menjamu mata!
Seroja menghantar renungan tajam ke arah Tuan
Ihsan yang beriak tenang.

Isteri Tuan Ihsan- Bab 2

“Ibu?” Berlari Seroja mendapatkan wanita yang
dipanggil ibu itu.

Mata yang tertutup, dibuka perlahan-lahan. Secebis
senyuman pahit Imaninah berikan untuk gadis manis yang
sudah mula mengeluarkan air mata. Wajah manis itu dielus
lembut. Seroja Irdina... satu-satu hartanya dengan arwah
Sholeh.

“Apa ni ibu? Macam mana boleh jadi begini? Ibu kata
ibu dah okey, kan?”

“Jangan menangis sayang. Ibu okey ni. Ibu tiba-tiba
pengsan di rumah semalam. Nasib baik kebetulan Ihsan ada.
Dia yang bawa ibu ke hospital. Ihsan, come! Meet my daughter,
Seroja Irdina.”

Sedikit pun Seroja tidak mengangkat wajah yang
disembamkan ke rahim Imaninah. Air mata terus mengalir
lebat. Seroja rasa takut sangat dengan keadaan ini. Debaran ini
seolah-olah ingin mengisyaratkan sesuatu akan berlaku.

“Seroja, you better tinggalkan ibu dulu. Ibu perlu
berehat. Dia tak sihat. Go and take a rest in the lobby.”

Kata-kata Tuan Ihsan yang berbaur arahan itu dengan
mudah dihadam Seroja. Terangkat kening Imaninah melihat
anak gadisnya melangkah keluar bilik selepas melayangkan satu
ciuman di pipinya.

“I’m impressed. Seroja jarang dengar arahan orang.
Lebih-lebih lagi orang luar. Hanya arwah Sholeh saja yang
boleh buat Seroja ikut kata,” ujar Imaninah sambil tertawa
kecil, namun terhenti setelah melihat wajah keruh Tuan Ihsan.

“Is it that bad?” soal Imaninah tenang.

“Yours is now at the final stage, Iman. You tak ikut
treatment, you tak makan ubat, what do you expect?”

“I tak kuat Ihsan. I dah tak larat nak follow the
treatment. Sakit.”

Tuan Ihsan menghela nafas sedalamnya.

“Jangan mengalah. Imaninah yang I kenal bukan
selemah ini.”

“Imaninah yang kuat itu sudah lama mati bersama
suaminya, Sholeh.”

“Oh God, Iman. Jangan fikir diri sendiri boleh tak?
Kalau ada apa-apa berlaku pada you, macam mana dengan anak
you Seroja Irdina?” bentak Tuan Ihsan.

Tangan meraup wajah kasar. Lelah dia dengan semua
ini. Sesungguhnya Imaninah memang degil! Beribu batu
jauhnya dia terbang balik Malaysia, untuk apa? Ini? Memujuk
wanita yang sudah mati hatinya.

“Kita dah bincang Ihsan. Sebab itu I tebalkan muka,
panggil you kembali. You’re my only hope.”

Tuan Ihsan melepaskan keluhan buat ke sekian kalinya.
Keadaan menjadi semakin sulit buat dirinya. Permintaan
Imaninah seolah-olah seutas tali yang menjerut leher!

“Kita buat treatment ke luar negara, I dengar ada
negara maju yang sudah buat advance research programme
pasal sakit you ni.”

Imaninah senyum segaris.

“No, Ihsan. No more treatments. I dah muak. I dah
penat. Please... Ihsan. I’m begging you. Tolong I. Tolong I
jaga Seroja. Dia tak ada sesiapa lagi, Ihsan. I takut, kalau dia
bersendirian, keluarga arwah Sholeh akan mengganggu dia.

Pasal duit, you jangan risau. Walaupun semuanya
sudah dirampas oleh keluarga mertua I, tapi Sholeh ada
tinggalkan duit yang cukup untuk Seroja. Apa yang Seroja
perlukan sekarang ialah perlindungan. I tak percayakan sesiapa
Ihsan. You tahu kita berdua membesar di rumah anak-anak
yatim. All we have is each other. Can you do the same with
Seroja?”

Esakan Imaninah menambah walang di hati Tuan
Ihsan. Serba-salah diri jadinya. Duit? Bukan itu persoalannya.
Setakat duit, tujuh keturunan Seroja Irdina dia masih boleh
biaya. Tapi...

“I... I mana pernah jaga anak gadis Iman. I tak ada
pengalaman menjaga orang. Heck! I don’t even have a pet! You
tahu I tak pernah hidup berkeluarga. Pasti janggal nanti.” Tuan
Ihsan menggelengkan kepala. Tubuhnya mundar-mandir di
hadapan Imaninah.

“Then start with Seroja. I tak pernah cakap you kena
jaga dia macam seorang anak. I cuma nak you lindungi dia. I
percayakan you, Ihsan. You pasti boleh jaga Seroja dengan
bagus. Kalau you ambil Seroja jadi isteri pun I tak kisah!”

“Imaninah!” suara Tuan Ihsan naik seoktaf. Lagi sakit
hatinya melihat senyuman Imaninah. ‘Dia ingat ini perkara
lucu?’

Isteri Tuan Ihsan - BAB 1


Geli hati melihat aksi berlaku di hadapannya. Violet
dan Fathin memang bodoh! Minum tak ingat dunia. Sekarang
semua perangai pun keluar. Yang si Afwan dan Ayman ni pun
bukan main ambil kesempatan. Nasib baik kawan, kalau tak...
dah selamat kena hempuk dengan aku.

Tiba-tiba terasa diri diperhatikan. Seroja kecilkan
mata. Tumpuan diberi kepada sebuah Bentley Mulsanne
6.75 L berwarna hitam yang elok terparkir di seberang jalan.
Terganggu tumpuannya terhadap kereta mewah itu, apabila
tubuh dihimpit dari belakang.

“Babe! I wanna puke,” Violet menghampiri Seroja.
Tangannya masih cuba mencapai lengan Seroja, sekalipun
ditepis pantas berkali-kali oleh tuan punya tubuh.

“Eww... don’t you dare! Muntah kat sanalah babe.”

Bergegas Violet berlari ke lorong kecil bersebelahan
dengan kelab. Terduduk Violet setelah memuntahkan segala
isi perut. Kaki dilunjurkan ke depan. Jari mengurut pelipis kiri
dan kanan.

‘Adoi! Menyesal minum banyak sangat malam ni. Besok
mesti sakit kepala. Nasib baik hujung minggu. Kalau tidak, sure
ponteng kelas!’ Mata Violet sudah terkatup rapat.

Seroja cekak pinggang. Violet dah terbongkang. Fathin
tidak sedar diri. Afwan dan Ayman pun ala-ala pening lalat.

‘Jadi, siapa nak hantar aku balik? Menyesal tak bawak
kereta sendiri. Huh! Menyusahkan betullah korang ni. Nasib
baik aku berlakon aje mabuk selama ni. Kalau aku betul-betul
mabuk macam korang, memang kita buat orkestra bunyi
dengkur aje kat tepi jalan ni!’

‘Hailah! Tak kurang bodoh jugak aku ni dengan
diaorang. Yang aku bangang sangat nak ikut diaorang ni
kenapa? Berlakon mabuk sekalipun, tetap jugak bangang kan?
Sekarang, siapa yang susah?

Seroja garu kepala.

Dia sebenarnya mana pernah minum pun. Malas asyik
didesak oleh Violet dan Fathin. Konon jangan berlagak alim!
Masuk ke tempat begini, kalau tak minum, tak nak telan pil
khayal, tak smoking, dan tak mahu gesel-gesel, buang masa!
Baik duduk rumah, baca buku!

Serius, Seroja jejak kaki ke sini cuma untuk mencari
hiburan. Biarlah orang kata dia berpura-pura, yang penting
Seroja ada pendirian. Heh! Sekalipun pendirian itu pun boleh
dipertikai... tapi... ‘Cigarettes, pills, alcohol and sex? So not me!’


Sudahnya, dia selalu pura-pura minum untuk sekadar
menutup mulut mereka. Alah! Budak berdua tu mana nak sedar
Seroja buang air tu pun, kalau dah masing-masing khayal dan
mabuk.

“Seroja Irdina?”

Seroja menoleh mencari suara yang memanggil
namanya. Berlapis dahi melihat lelaki bersuara garau di
hadapannya. ‘Pak cik mana pulak ni? Tapi... my dear God, he’s
so freakin’ gorgeous!’

Mata Seroja mula mengimbas wajah itu dengan kuasa
mata laser! Rambutnya agak ikal. Uban-uban putih melata
berselang dengan rambut hitam. ‘Oo la la... his sexy stubble is
killing me!’
Dagu pak cik itu dihias dengan lekuk yang agak dalam.
Seroja menggigit hujung bibir. ‘Yummeh! Tubuh badan pak
cik ini memang masih tampak tegap dan mantap. Tinggi? Pasti
menjangkau 6 kaki. Pak cik ni model veteran ke apa?’

“Found what you’re looking for my dear?”

“Excuse me?”

“You’re staring at me... takkan tak tahu it’s not nice to
stare at other people? So, do you like what you see?”

Seroja terlopong. Eh! Pak cik ni, perasan tak ingat!

“Maaflah pak cik...” sengaja Seroja tekan sikit kata pak
cik itu.

“Pak cik?”

“Yup! Pak cik, ‘cause obviously you’re wayyy older
than me. Anyway, mana tau nama I? You nak apa sebenarnya
ni?” Seroja peluk tubuh. Okey... walaupun pak cik ni memang
gorgeous, tapi perangai out! Perasan. Berlagak.

“I nak you ikut I sekarang.”

Seroja angkat kening.

“Excuse me?”

“I nak you ikut I sekarang. I tak fikir you ni pekak. So,
cut all this nonsense and come with me now!”

Seroja lepaskan gelak halus. Kepala digeleng perlahan.
Bukan saja perasan, berlagak, Seroja nak tambah satu lagi...
menjengkelkan! Hailah! Pak cik ni memang dah tak boleh diubat perangainya.

Ceritera Cinta Darwiesha - Bab 5

Arief Rachman Haqeem! Entah bagaimanalah aku boleh terserempak pula dengan dia sewaktu meronda-ronda di kompleks membeli-belah ternama ni. Niatku mahu menonton wayang bersama Haslina sebentar lagi. Apabila Arief Rachman dapat menangkap kelibatku, aku tak dapat lagi melarikan diri.
Wiesha!” Laungnya kuat.
Haslina di sebelahku tersentak dan terus berpaling kepadaku.
“Kau kenal ke mamat tu, Wiesha?”
 “A… haah. Baru je kenal. Pegawai Bank CIMB.”
 “Kau tak pernah cerita pun.” Senyuman senget aku lemparkan kepada Haslina. Lupa sebenarnya mahu bercerita kisahku hampir dilanggar kereta di depan CIMB tempoh hari. Berderau darahku apabila Arief Rachman mendekati kami.
“Hai…”
“Hai Arief, sorang saja?”
Takberdua. Bersama wanita kesayangan saya.”  Aku menelan liur. Arief Rachman bersama wanita lain? Habis, untuk apa dia mahu berkawan rapat denganku kalau dia sudah berpunya? “Eh... hmm, kenalkan. Ini housemate saya, Haslina. Has... ini Arief Rachman.” Mereka berdua berjabat tangan dan mataku melingas ke sekeliling mahu mengintai kalau-kalau wanita kesayangan Arief Rachman ada berdekatan. Sedikit perasaan yang timbul di hati buat aku gelisah. Cemburukah aku?
“Arief!” Seorang wanita berkebaya Indonesia dan bertudung lilit yang berada di depan butik pakaian wanita melambai kepadanya.
 “Mari Wiesha. Saya kenalkan Wiesha pada ibu saya.”
Hah? Wanita yang kusangkakan kekasihnya, berusia dalam lingkungan awal tiga puluhan itu, ibu Arief? Mudanya!!!
 “Ibu?”
“Ya, ibu saya…” Sedar aku masih kaku di tempatku, Arief Rachman memberi isyarat agar aku menunggunya di sini. Dia melangkah meninggalkan kami dan mendapatkan ibunya. Aku dan Haslina saling berpandangan. Seolah-olah sama sahaja pemikiran kami. Wanita yang nampak begitu muda itu, ibu Arief? Jamu apa yang dia makan agaknya?
“Wiesha, tu mak tiri dia ke?” Sempat pula Haslina berbisik di telingaku. Aku tergelak kerana aku sendiri tidak pernah tahu dan tidak pernah berjumpa dengan ibu Arief Rachman. Terpaku mataku menyoroti bunyi kasut tumit tinggi ibu Arief Rachman yang sedang mara ke arah kami. Berdebar juga hati ini, bimbang dengan penerimaan ibunya. Wajahnya jelita tapi punya aura yang begitu lembut.
 “Ibu, kenalkan… Ini Wiesha… Dan di sebelah,  kawannya Haslina. Ini ibu saya… Arina Dewi.” Sungguh cantik nama ibu Arief Rachman. Sepadan dengan raut wajahnya yang jelita. Sekali pandang ada iras-iras Rossa penyanyi kegemaranku. Isy… tak habis-habis menilai mereka dengan artis seberang. Ari Wibowolah... Rossalah! Kalau Arief ada adik perempuan atau adik lelaki siapa pula aku nak samakan? Nikita Willy, Randy Pangalila atau Nicholas Saputra? Khayalanku tercantas dan aku cepat-cepat hulur tangan kepada wanita anggun di depanku. Itu pun Haslina yang terlebih cepat daripadaku bersalaman dengan ibu Arief Rachman. Aduh, malunya aku!
 “Apa khabar, puan…” Aku tunduk hormat dan hulurkan tanganku. Dia menyambutnya bersama senyuman mekar. Bertambah cantik dengan lesung pipit kecil di hujung bibirnya.
“Aunty sihat. Oh… inilah Wiesha yang sering Arief ceritakan pada aunty?” Aku tersipu-sipu. Apalah agaknya Arief Rachman melobi namaku kepada ibunya.
“Aunty cantik… sangat-sangat cantik! Kalau Arief tak kenalkan aunty sebagai ibu, tentu saja saya fikir yang aunty ni teman wanitanya.” Ibu Arief Rachman ketawa kecil dengan omongan kosongku.
“Aunty biasa-biasa aje, sayang! Wiesha juga apa kurangnya. Mata yang cantik, pipinya montok dan gebu. Aunty tak salahkan Arief kalau anak bujang aunty terus jatuh cinta pada pandangan pertama.” Puan Arina Dewi memuji dalam bahasa Melayu yang begitu fasih walaupun lenggoknya ada sedikit keIndonesiaan.
Wiesha... Kita dah lambat ni.” Haslina menegurku sambil menunjukkan isyarat jam di pergelangan tangan. Hampir  terlupa sudah yang kami akan menonton wayang sebentar lagi.
 “Maaf aunty, Arief. Saya mintak diri dulu. Kami mahu menonton wayang. Nice to meet you and your lovely mom, Arief. Jumpa lagi.”
“Nice to meet you too, Wiesha. Kalau ada masa, datanglah ke teratak aunty. Arief boleh bawa Wiesha ke pondok ibu, kan?”
“Tentu saja boleh, ibu. Dengan berbesar hati. Itu pun kalau Wiesha sudi bertandang.”
“Insya-Allah, aunty. Terima kasih atas jemputan.” Aku tunduk menyalami Puan Arina Dewi sekali lagi. Tak kuduga, dia menarik tubuhku ke dalam dakapannya. Aku terkesima. Aura seorang ibu meresap terus ke dalam hatiku. Tiba-tiba aku teringatkan mak.

 “Terima kasih kerana membahagiakan anak ibu.” Bisik ibu Arief di tepi telingaku. Aku terpempan. Aku? Telah membahagiakan Arief Rachman? Apa yang sudah aku buat? Dan… dia membahasakan dirinya ibu kepadaku? Eh! Apakah? Apakah??? Sebelum aku menyaingi langkah Haslina, sempat aku menoleh ke belakang dan menentang mata Arief Rachman. Satu renungan tajam aku sampaikan kepadanya. Bermaksud, aku inginkan kepastian atas perilaku ibunya terhadapku. Arief Rachman tersenyum manis dan memberi isyarat ibu jari dan jari kelengkengnya terbuka di tepi telinga. Bermakna dia akan menghubungiku malam nanti seperti kebiasaannya.

BURU-BURU aku menyambut panggilan telefon. Malam ini aku lebih teruja menunggu telefon bimbitku berdering. Walaupun penat menonton bersama Haslina siang tadi, tidak  aku hiraukan. Aku kerling Haslina yang masih leka memandang skrin televisyen, sedang menghayati rancangan kegemarannya. Perlahan-lahan aku selak langsir tebal menutupi balkoni dan keluar mengambil angin malam.

 “You owed me some explanation, Mister Arief Rachman Haqeem!”

 “Assalamualaikum Wiesha. Wah! Nampaknya Wiesha marah benar pada saya hingga nama penuh saya disebut.” Suara garau Arief Rachman menerpa apabila aku terus mengasaknya tanpa salam, tanpa ungkapan ‘helo’ seperti selalunya.

Maaf... waalaikumussalam. Memang saya tengah geram. Apa yang awak merapu pada ibu awak, sampai dia berbisik sesuatu pada saya?”

“Saya nampak, tapi… apa yang telah ibu saya bisikkan pada Wiesha?”

 “Ibu awak ucap terima kasih pada saya sebab membahagiakan awak, Arief. Apa yang saya dah buat? Hubungan kita baru saja bermula.”

“Permulaan yang begitu indah buat saya, Wiesha. Dan saya sungguh bahagia dengan Wiesha. Seterusnya saya rasa telah dilamun cinta. Tak salah rasanya kalau saya ceritakan pada ibu tentang seorang gadis yang telah buat hidup saya jadi tak tentu arah. Yang bisa buat jantung saya berdetak begitu hebat.”

 “Arief… Awak jangan melampau. Sayasaya tak…”

 “Wiesha… saya mohon pada Wiesha. Cubalah mengerti hati saya dan juga perasaan saya pada Wiesha. Saya ikhlas mencintai Wiesha. Dan saya ingin Wiesha jadi teman hidup saya. Itu juga saya ajukan pada ibu. Wieshalah bakal suri dalam hidup saya.”

Ya Allah! Aku kehilangan kata-kata. Terduduk aku di lantai balkoni. Sungguh luhur kata-katanya. Sungguh tinggi pengharapannya. Hatiku mula terusik, tapi aku tetap bimbang  jika aku membuat pilihan yang salah.

Helo Wiesha…”

Ya... ya… saya.” Suaraku yang serak dan esakan kecilku tidak dapat aku selindungkan.

“Saya buat Wiesha menangis? Maafkan saya. Saya tak berniat mahu…”

“Jangan mintak maaf pada saya. Saya yang patut minta maaf dengan awak. Saya rasa semua ni terlalu cepat. Jangan terlalu mengharap pada saya, Arief. Saya bimbang jika suatu hari nanti awak akan kecewa.”

 “Hati saya tetap utuh hanya pada Wiesha. Hanya Wiesha yang saya mahu.”

 “Arief... ramai lagi perempuan lebih cantik, lebih baik daripada saya. Saya rasa, saya tak layak untuk awak.”

Kenapa Wiesha? Wiesha bukan isteri orang, bukan?”

 “Bukan...”

“Bukan juga tunangan sesiapa?”

“Juga bukan.” Aku menarik nafas.

“Atau Wiesha malu mahu memberitahu yang Wiesha punya sejarah hitam? Maaf… kalau saya salah meneka.”

“Tak ada… bukan begitu. Saya tak ada apa-apa rahsia yang saya sembunyikan. Cuma saya rasa, semua ni terlalu cepat. Kita baru saja berkenalan. Saya pelik kenapa awak mudah sangat jatuh cinta pada saya padahal awak belum kenal siapa saya yang sebenarnya.”

“Kalau Wiesha rasa begitu, apa kata Wiesha bawa saya balik ke kampung jumpa orang tua Wiesha.” Hah? Arief nak jumpa abah dan mak?

“Arief… jangan terburu-buru. Awak ingat tak, kita pernah berjanji yang kita akan berkawan dulu, saling mengenali. Hati dan perasaan, bukan boleh dipaksa-paksa. Jangan sampai saya menghindar diri daripada awak, Arief.” Lama Arief Rachman terdiam selepas itu.

Baiklah. Saya tak akan paksa Wiesha lagi. Tapi saya mohon… tolong mengerti akan perasaan saya pada Wiesha.”

“Saya akan cuba, Arief. Biarlah masa yang menentukan. Bagi saya, terlalu banyak yang harus saya kejar sebelum saya fikir untuk terikat dengan mana-mana lelaki. Saya belum bersedia dan belum sempurna untuk menjadi pasangan hidup sesiapa. Insya-Allah, kalau ada jodoh, tak akan ke mana.”

Ya... saya faham, Wiesha. Terima kasih kerana menyedarkan saya.”

Aku buka semula pintu gelangsar selepas mengucapkan salam kepada Arief Rachman. Terkejut, Haslina sedang berdiri di tepi dinding. Rupanya dalam diam-diam dia pasang telinga mendengar perbualanku.

“Kau buat apa kat sini?” Aku sergah Haslina yang sedang menggelabah. Serba tak kena dia. Mahu ke kanan salah, ke kiri pun salah. Aku menahan tawa daripada meletus.

 “Aku... aku... er… nak tutup lampu balkoni. Ingatkan tak ada orang.” Pelepap! Aku tampar bahunya kuat. Serentak dia mengaduh dan memegang bahunya.

Sakitlah!” Marah Haslina.

“Kau… kalau tak reti nak berlakon, jangan nak menipu! Kau skodeng aku, eh?” Haslina tergelak. Sedar diri yang lakonannya tak menjadi.

“Arief Rachman nak apa daripada kau?”

Dia nak jadikan aku special girlfriend dia. Ibu dia dah berkenan pada aku. Aduh… Payahlah macam ni!”

“Hah! Biar betul? Mamat hensem tu nak bercinta dengan kau. Buta kayu ke dia? Orang macam kau ni yang dia nak?”

 “Amboi. Kutuk melampau nampak? Kau nak aku suruh kau cari rumah sewa lain?” Aku mengugutnya.

“Eh... Eh... tak adalah... Aku gurau je. Kau tak kejam sampai nak halau aku, kan? Aku tarik balik kata-kata aku. Kau cantik! Tadi tu, aku main-main aje. Kalau tak cantik, macam mana ibu Arief Rachman yang jelita macam Rossa tu puji kau melambung-lambung. Jadi... kau bakal jadi menantu orang seberanglah ya?”

Erk! Kau ni… awal lagilah. Kami baru je kenal. Aku tak terfikir pun nak pergi sampai begitu jauh.”

“Encik Zafrul kau, macam mana?”

 “Encik Zafrul?”Aku bertanya Haslina kembali.

Ya… Encik Zafrul. Dia pun aku tengok macam nak kontrol kau aje.”

“Hah! Yang tu lagi sorang buat aku pening. Entah apa-apa!”

“Antara Encik Zafrul dan Arief Rachman… yang mana satu kau rasa kena dengan jiwa kau?” Aku terdiam dengan pertanyaan Haslina. Encik Zafrul dan Arief Rachman? Aku lebih sukakan siapa? Er

Entah! Dua-dua pun masih belum dapat buat jiwa aku bergetar. Aku rasa belum masanya aku nak bercinta.”

 “Huh… dah lama kau cakap macam tu. Dari mula grad hari tu. Masa kau tengah belajar... ada lelaki nak berkawan, kau tolak. Konon tak nak campur adukkan study dengan cinta. Ni... dah kerja apa halnya pulak? Takkan kau nak jadi awek kertu?

Isyy... mulut! Jangan nak cabul, boleh? Aku taulah kau dah ada tunang!”

“Tau tak apa. Aku takut, kalau kau terlalu memilih. Lama-lama nanti tersalah pilih. Kut esok-esoknya, kau yang merana. Aku jugak yang jadi mangsa tempat kau mengadu.”

Yalah... nanti aku fikirkan siapa aku harus terima. Aku nak doa banyak-banyak pada Tuhan. Moga-moga aku tak tersalah dalam membuat pilihan.”

“Macam tulah kawan aku. Aku tahu hati keras lagi liat kau tu, lama-lama cair jugak. Encik Zafrul dan Arief Rachman. Dua-dua hensem ooooo... Rugi kalau kau tolak.” Habis saja bertikam lidah dengan Haslina, ada bunyi 'beep' di telefonku. SMS daripada siapa lagi kalau bukan daripada Encik Zafrul. Adalah tu, arahan daripadanya untuk esok pagi.

Wiesha... Esok pagi saya jemput depan pondok Pak Guard. Ikut saya ke Kuantan. Bawak baju spare. Mungkin balik KL malam.

 Hah? Aku garu kepala. Ni... apa kes pulak sampai nak kena ikut dia outstation? Aku ni P.A. dia ke? Arggggghhh!!! EMPAT bulan berlalu tanpa sebarang masalah di tempat kerjaku. Alhamdulillah! Gaji pun sudah bertambah setelah tempoh percubaan tamat. Terima kasih Tuhan pada rezeki yang kau limpahkan. Syukur Alhamdulillah... Rutin setiap pagi tetap seperti biasa walaupun kini aku sudah bergelar pekerja tetap. Encik Zafrul masih lagi mahu aku menyediakan minumannya walaupun tea lady kami, Kak Lela ada. Aku sendiri pun minum Milo yang disediakan aje oleh Kak Lela. Nasib, nasib! Kedengaran juga gosip tentang hubunganku dengan  Encik Zafrul. Tapi dari awal aku sudah mendakwa yang Encik Zafrul kawan baik along. Apa salahnya kalau dia beri lebih perhatian pada aku, kan? Ada juga suara-suara sumbang mengatakan aku rapat dengan Encik Zafrul dan cuba menggoda Encik Zafrul kerana harta. Ikutkan hati, mahu saja aku sembur mereka. Setakat harta dan kekayaan, aku sedikit pun tak pandang semua tu. Walaupun kedua orang tuaku tinggal di kampung, sebenarnya abah merupakan pemilik sebuah syarikat terkemuka di Kuala Lumpur. Malah sudah tersenarai dalam Bursa Saham Malaysia. Kini, syarikat abah diuruskan along dan juga beberapa pengarah urusan lain. Harta dan tanah arwah datuk yang berekar-ekar di kampung abah, tak habis kami makan sekeluarga. Bukan mahu berbangga, tapi kalau aku tak bekerja pun, aku masih boleh hidup bergantung pada harta dan duit yang nenek sudah agihkan kepada kami adik-beradik. Cuma prinsip hidupku, aku suka menjalani hidup yang lebih sederhana.

Aku dan Arief Rachman? Kami masih lagi berkawan. Masih dalam proses mengenali hati budi di antara satu sama lain. Setiap minggu, ada sahaja perancangannya mahu mengajakku keluar. Benar kata Haslina. Jika seseorang lelaki itu begitu mengambil berat dan pandai menjaga hati, lama-kelamaan gadis polos sepertiku akan mula jatuh kasih. Yang susahnya… hati ini masih berat mahu mengakui yang aku mula sukakan Arief Rachman. Malah, sudah terbit bunga-bunga sayang dan putik-putik cinta juga baru saja bertunas. Aku harap dan berdoa, semoga perasaan yang mula tumbuh ini akan terus mekar mewangi.

“Hari ni, kau ada dating lagi dengan Arief Rachman ke?” Haslina duduk di birai katilku yang sedang menyapu bedak nipis ke wajah.

Haahada birthday party anak saudara dia. Kau nak  ikut tak?” Aku berpaling sebentar ke arahnya sebelum mencapai sebatang lipstik berwarna merah jambu. Sepadan dengan blaus kosong berwarna merah muda di tubuhku.

 “Aku dah janji dengan Aizam. Aku nak balik kampung nak uruskan pasal permohonan nikah kami. Kau tu… dah lama tak balik. Nanti mak dan abah kau asyik tanya aku aje.” Haslina mula membebel. Aku tersenyum kelat. Ya! Aku semakin terleka dengan Arief Rachman hingga aku terlupa kepada keluarga di kampung. Baru semalam along mengajakku balik ke Tanjung Malim minggu ini, tapi aku menolak.

 “Minggu depanlah aku balik. Hari ni dah janji dengan Arief.”

 “Yalah... orang dah ada buah hati. Jangan kau lupa diri sudahlah!”

“Hei… aku dengan dia kawan ajelah!”

“Kalau dah sampai tahap kenal famili dia tu, bukan lagi berkawan, Wiesha. Tu dah lebih daripada kawan! Dah masuk second step.” Aku mencemik. Solekan di wajah, aku rapikan. Sebentar lagi Arief Rachman akan menjemputku.

“Kirim salam pada keluarga kau.”

“Insya-Allah!”

 SELEPAS Haslina berlalu dari bilikku, aku termenung di depan cermin. Ketara sangatkah perubahanku sekarang? Dalam hati mula tertanya-tanya. Adakah Arief Rachman pilihan yang tepat untukku? Mendengar deruman enjin kereta, aku tahu Haslina Adzra Sue 63 sudah pun keluar untuk menjemput tunangnya. Nasib badan, tunangnya hanya suka bermotosikal. Yang Haslina pula tidak suka membonceng motor kepunyaan Aizam. Lagilah dengan perangai Aizam suka merempit di jalan raya. Itu yang selalu Haslina bebelkan kepadaku mengenai tunangnya. Tak sampai lima belas minit selepas itu, telefon bimbitku berbunyi. Arief Rachman sudah sampai dan menungguku di pondok pengawal. Bergegas aku kunci pintu dan grilnya sekali. Dari luar cermin keretanya, aku nampak Arief Rachman menunggu dengan santai. Matanya mengawasi langkahku hingga ke tepi keretanya. Pintu kereta terbuka dari dalam dan dia mempersilakan aku masuk. “Hai… Assalamualaikum Wiesha!” “Waalaikumussalam. Hai Arief. Maaf, kalau saya buat awak tunggu lama.” “Tak perlu minta maaf. Tiada apa yang mahu dikejar. Kita hanya mahu ke rumah kakak saya. Tapi sebelum itu, kita ke mall dulu, cari hadiah untuk Andy.” “Andy?” “Ya... namanya Andy. Andy Hariyanto Zulkarnain. Gabungan nama Melayu dan juga Indonesia.” “Sama seperti nama awak?” “Ya. Nanti kalau saya sudah punya anak, saya pun mahu namakannya begitu. Unik bukan?” Aku mengangguk. Wah! Belum apa-apa sudah berangan. Belum lagi bernikah, sudah fikirkan nama anak. “Er… Arief, next week kita tak payah jumpa, boleh?” “Kenapa?” “Saya nak balik kampung. Dah lama rasanya saya tak balik jumpa mak dan abah.” Ceritera Cinta Darwiesha 64 “Boleh saya ikut Wiesha?” “Awak nak ikut saya?” “Jika Wiesha tak keberatan. Saya fikir, sudah sampai masanya saya ambil langkah seterusnya dalam hubungan kita.” “Tapi Arief, saya…” Aku tak sempat menghabiskan ayatku dan tiba-tiba tanganku diraih ke dalam genggamannya. Sebelah tangannya masih lagi cekap memegang stereng. Aku terkesima sebentar. Inilah kali pertama, dia menyentuh tanganku selain dari hari pertama kami berkenalan. Tapi itu secara tidak sengaja kerana dia mahu menyelamatkanku daripada dirempuh kereta. Di persimpangan lampu merah, Arief Rachman melepaskan tanganku kembali. Masing-masing membisu. Sentuhannya menghantar getaran rasa kepadaku. Eh! Kenapa aku ni? Apakah ini dinamakan cinta? Adakah sudah tumbuh bait-bait asmara di jiwaku kepada lelaki yang begitu lembut melayaniku ini? “Wiesha… jom turun.” Aku tersentak daripada lamunan. Rupa-rupanya Mazda3nya sudah berlabuh di hadapan pasar raya Tesco. Sambil menyusuri setiap lot-lot kedai menjual pelbagai barangan, aku mula berfikir tentang permintaan Arief Rachman. Beranikah aku mahu membawa Arief Rachman pulang bersama ke kampung dan seterusnya memperkenalkannya kepada mak dan abah? “Wiesha... awak diam saja, kenapa? Wiesha masih fikirkan permintaan saya? Kalau Wiesha belum bersedia lagi, lupakan saja.” “Erm… Is not that. Lain kali saja awak ikut, ya. Er... kita nak beli apa untuk Andy?” Aku pura-pura berselindung dengan membuat pertanyaan lain. “Wiesha fikir, apa yang sesuai?” Adzra Sue 65 “Berapa umur Andy?” “Enam tahun.” Enam tahun? Erm... bagi budak lelaki seumur itu, apa lagi yang paling sesuai kalau bukan mainan? Elok pula, kami baru saja melintasi sebuah kedai menjual alat-alat permainan elektronik. Terus sahaja langkahku terhenti. Arief Rachman juga turut berhenti dan menoleh kepadaku dengan hairan. “Er... kalau saya cadangkan kita ke kedai tadi?” Aku menarik tangan Arief Rachman tanpa sedar. Yang Arief pula seakan merelakan aku berbuat begitu. Menonong saja mengikut langkahku masuk ke kedai permainan itu. “Wiesha!” Aku tercengang apabila Arief Rachman memanggil. Matanya melurut jatuh pada tangannya yang aku genggam erat. Erk! Aku tersipu-sipu seraya melepaskan tanganku serta-merta. “Maaf… saya excited pula nak bawa awak ke sini.” Arief Rachman tersenyum lebar melihat aku yang serba salah. “Tangan kita macam ada magnet. Tadi... saya pegang tangan Wiesha… sekarang, Wiesha pula yang tarik tangan saya. Tapi... saya suka.” Wajahku bertambah membahang. Ya Allah! Malunya aku. “Er… Apa kata kita belikan Andy PSP, mahu?” Aku meninjau rak kaca di hadapan kami. PSP yang pelbagai warna aku teliti satu per satu. “Kanak-kanak sekarang sudah ada tabnya sendiri Wiesha.” “Oh… maaf. Tak apalah... kita cari kat kedai lain.” Sedikit kecewa. Tapi, ada betulnya kata-kata Arief Rachman. Permainan 2D di PSP sekarang sudah kurang mendapat sambutan. Rata-rata ibu bapa sudah mampu membelikan anak Ceritera Cinta Darwiesha 66 mereka iPad ataupun Samsung Tablet. “Ha! Saya rasa yang ini sesuai. Andy pernah minta daripada abang saya yang dia mahukan Xbox.” Hah? X-Box berserta Kinect sekali? Mahal tu!!! Terkulat-kulat aku memandang Arief tekun mendengar penerangan tentang permainan mahal yang menjadi kegilaan kanak-kanak sekarang. Harganya, mak aih! Pakej lengkap bersama DVD kinect, tambah lagi extra controller mencecah dua ribu ringgit. Betapa beruntungnya kanak-kanak sekarang! Terpaksa pula kami menunggu setengah jam lagi sementara menunggu mereka set up Xbox berkenaan. Sementara menunggu ia siap, Arief mengambil keputusan untuk berjalan-jalan di sekitar mall. Mujurlah majlisnya bermula lambat lagi. Agaknya inilah sebabnya Arief Rachman menjemputku awal di rumah tadi. GIRANG sekali Andy menyambut kedatangan kami. Wajah kanak-kanak comel itu saling tak tumpah seperti wajah Arief Rachman. Eh! dia ni anak kakak Arief atau anak Arief? Keliru aku sebentar. Arief Rachman terus mendukung Andy dan leher Arief Rachman dipeluk kejap. Nampak benar Andy rindukan bapa saudaranya. “Andy… turun! Kasihan Uncle Arief. Oh! Arief datang bersama temannya? Ini Wiesha?” Terjongket keningku. Hai... belum apa-apa lagi, kakak Arief Rachman sudah tahu namaku. Nampak gayanya namaku sudah dijual sepenuhnya pada seluruh ahli keluarga Arief Rachman. Aku mengeluh di dalam hati. “Hye Sis… Wiesha, ini kakak saya. Arissa Dewi Adzra Sue 67 Kartika.” Mak aih nama... “Aduh, cantik sekali pacarnya.” Selepas bersalaman, berlaga pipi kiri dan kanan, Arissa Dewi memujiku dalam lenggok bahasa ibunda mereka dan ketawa galak. Aku tersenyum. Jika dibandingkan, aku rasa Arissa Dewi jauh lebih cantik. Wajahnya seiras ibu mereka, Arina Dewi. Beg plastik besar yang mengandungi hadiah yang kami beli tadi, Arief hulurkan kepada Andy. “Here my boy. This is for you!” Andy menjerit girang dan terlonjak-lonjak. Kesian pula melihat dia mahu mengangkat kotak berat Xbox di tangannya. Andy melaung memanggil papanya, mahu dibawa masuk hadiahnya terus ke dalam rumah. “Arief, kenapa dimanjakan sangat Andy tu?” tegur Arissa Dewi. “Hanya Andy yang aku punyai, Riss. Siapa lagi yang aku mahu manjakan?” “Cepat menikah, nanti kamu lagi senang punya anak sendiri.” “Jika bisa, aku mahu nikah sekarang sama Wiesha… tapi Wiesha masih main tarik tali sama aku.” Ya Allah! Selamba sahaja Arief Rachman mengenakan aku di depan kakaknya. “Udah… yok kita makan dulu.” Mujurlah Arissa Dewi menyedari wajahku yang sudah bertukar rona. Sementara menunggu tetamu kanak-kanak lain sampai, kami menjamu selera dulu dengan hidangan nasi beriani. Untuk tetamu kanak-kanak dari sekolah tadika Rinai, akan ada menu istimewa untuk mereka. Katering dari McDonalds bersama maskot Ronald McDonald akan tiba sekejap lagi. Aku tinggalkan Arief Rachman bersama abang iparnya di ruang tamu. Aku menjenguk ke dapur. Niat di hati mahu Ceritera Cinta Darwiesha 68 membantu Arissa Dewi apa yang patut. Kesian melihatnya tidak duduk diam berjalan ke sana ke mari melayan tetamu yang baru tiba. “Wiesha... sudah sampai kamu?” Aku terkejut apabila Puan Arina Dewi menegur. Dia sedang menuruni anak tangga ketika itu. “Baru saja sampai, aunty sihat?” “Sihat. Bertambah sihat dengan kemunculan kamu. Ibu pasti, Arief juga berbahagia saat ini.” Aku terkesima seketika. Seterusnya kami rancak bersembang di dapur. Orang gaji Arissa Dewi yang berketurunan Indonesia juga sesekali menyampuk. Sangat mesra dengan ibu Arief Rachman. Apa yang nak dihairankan, mereka dari rumpun yang sama. “Oh ya! Ibu ada sesuatu untuk Wiesha. Wiesha tunggu di sini, ya.” Ibu Arief Rachman bangun dari kerusi. Lama juga dia menghilang tinggalkan aku keseorangan di ceruk dapur ini. “Wiesha sedang buat apa di sini?” Arief Rachman datang menyertaiku bersama gelas kaca tinggi di tangan. “Berbual dengan ibu awak. Sekejap tadi dia suruh saya tunggu di sini. Saya tunggu sajalah.” Senyuman lebar terukir di bibir Arief Rachman. “Alhamdulillah. Wiesha serasi dengan ibu saya. Tak mungkin saya akan lepaskan Wiesha. Harap Wiesha sudi menjadi suri hidup saya.” Aku pandang ke hadapan apabila menyedari ibu Arief Rachman datang ke arah kami. “Di sini kamu rupanya, Arief. Puas ibu cari di depan. Ini… ibu mahu sampaikan pada Arief. Arief sudah tahu apa yang perlu Arief buat, bukan?” “Arief faham ibu, terima kasih.” Adzra Sue 69 Aku terpinga-pinga dengan perbualan dua beranak di depanku ini. Kotak kayu berukiran kerawang dari Indonesia menarik perhatianku. Dadaku mula berdebar-debar. “Wiesha... ini hadiah daripada saya.” Aku mengerdipkan mata. Seutas rantai tangan emas berukiran cantik menyerlah setelah kotak kayu dibuka oleh Arief Rachman. “Arief, untuk apa awak hadiahkan saya gelang mahal ni? Saya…” Gugup aku disuakan hadiah mahal. “Wiesha... dengar cakap ibu. Rantai tangan ini diwarisi turun-temurun dari keluarga arwah papanya, Arief. Ia khas untuk bakal menantu perempuan keluarga kami. Sementelah hanya Arief anak lelaki ibu… maka gelang ini akan jadi milik Wiesha dan jika ditakdirkan Wiesha berjodoh dengan Arief, suatu hari nanti Wiesha akan laksanakan tugas yang sama. Gelang ini akan dihadiahkan pada bakal menantu perempuan kalian yang pertama.” Panjang lebar penerangan ibu Arief Rachman. Dadaku dilanda getar. Bersediakah aku untuk menjadi sebahagian daripada keluarga ini? “Arief… saya berbesar hati dengan hadiah ini. Tapi buat masa sekarang…” “Ibu berharap benar yang Wiesha tidak akan menolak. Wiesha dan Arief sangat secocok. Dan ibu sudah menemui orang-orang yang arif tentang tarikh kelahiran kamu berdua. Andai kamu bernikah, jodoh kamu panjang dan dilimpahi kurnia serta kebahagiaan. Insya-Allah!” Aku kehilangan kata-kata. Sampai begitu sekali ibu Arief Rachman lakukan untuk memastikan pilihan anak lelakinya itu sesuai ataupun tidak. Akhirnya aku hanya membiarkan pergelangan tanganku diraih Arief Rachman dan dia memakaikan aku rantai tangan pusaka keluarga mereka. Aku memejamkan mata seketika, cuba mencari kekuatan. “Saya takut nak berjanji apa-apa pada Arief dan juga Ceritera Cinta Darwiesha 70 aunty. Insya-Allah, saya terima Arief jika dia benar-benar sayangkan saya, mahu menjaga maruah saya dan mahu melindungi saya hingga akhir hayat saya.” Aku sebak dengan kata-kata sendiri. Dan tak semena-mena Puan Arina Dewi memelukku erat. Mataku bertembung dengan mata Arief Rachman. Dia tersenyum dan mengangguk bersama riak wajah yang sungguh lega. Gembira dengan persetujuanku. “Saya ada keluarga. Masih punya mak dan abah. Saya mahu Arief minta izin dan melamar saya dengan cara baik.” Pintaku di hujung bicara. “Sudah tentu saya akan minta izin daripada kedua orang tua awak, Wiesha. Jangan bimbang.” KEDENGARAN riuh di halaman. Rupanya para kanak-kanak menjerit kegirangan apabila lori kecil McDonalds sudah masuk ke halaman banglo ini. Arief Rachman hulur tangannya mengajak aku keluar bergembira bersama anak-anak kecil itu. Kami beramai-ramai menyanyikan lagu 'Selamat Hari Jadi' untuk Andy. Kek besar tajaan McDonalds menjadi rebutan setelah dipotong kecil-kecil dan diagihkan satu per satu. Tak kering gusi melihat telatah kawan-kawan Andy dengan acara permainan yang diselenggarakan oleh petugas McDonald. Belon bertaburan di sana sini. Ada yang meletup terkena hujung rumput yang tajam, menambahkan keriuhan halaman rumah Puan Arissa Dewi. Tiba ke acara permainan merebut kerusi, ibu dan bapa kanak-kanak juga dipanggil sekali untuk menyertainya. Apa lagi, Arief Rachman tarik tanganku bersama. Lagu dimulakan. Kami mula berjalan mengelilingi bulatan kerusi yang disusun rapat-rapat. Tiba-tiba muzik Adzra Sue 71 berhenti. Berebut pula untuk duduk. Nasib baik aku dapat menyelit dan dapat kerusi di sebelah Arief Rachman. Meletus tawa kami. Pusingan kedua. Banyak juga kerusi dikeluarkan. Hampir separuh daripada bilangan sebentar tadi. Berdebar-debar juga hatiku bimbang jika tersingkir awal. Lagu dimainkan semula. Pusing, pusing, pusing dan pusing! Sudah empat kali pusing. Eh, lamanya lagu nak berhenti? Penat pula berjaga-jaga takut-takut kalau keciciran. Oopss!!! Muzik terhenti. Bertempik semua yang ada mahu merebut kerusi yang tinggal. Berebut pula dengan Arief Rachman. Entah macam mana aku tersilap langkah, terduduk di atas ribanya hingga sedikit lagi aku mahu terjatuh. Cepat-cepat Arief Rachman tarik pinggangku. Tetamu bersorak riuh menonton aksi kami. Akuapa lagi! Seluruh wajahku membahang. Aku rungkaikan lengan sasa yang memeluk kejap pinggangku. Cepat-cepat berdiri dan bergegas menjauhkan jarak dari kerusi. Arief Rachman ketawa tak sudah-sudah. Sukalah tu dapat meribaku dan memelukku dengan tak sengaja! Yang hairannya Arief Rachman susah pula mahu kalah. Satu demi satu pusingan lagi, dia masih dapat merebut kerusi yang tinggal. Dan akhirnya, dia yang menang! Hadiahnya… seekor anak patung beruang yang sangat besar dihulurkan kepada Arief Rachman. Aku tergelak melihat seorang lelaki kacak lagi gagah sedang memeluk seekor patung beruang yang comel. Tak sesuai langsung, hokey!!! Tapi… eh... eh! Kenapa dia datang ke mari? Aku serba salah. Aish… apa yang hendak dibuat si Arief Rachman ni? “Untuk Wiesha...” Aku tergamam dengan patung besar di depan mataku. Semenjak meninggalkan sekolah rendah, tak pernah sekali pun Ceritera Cinta Darwiesha 72 aku mempunyai seekor patung beruang sebesar ini. “Terima kasih...” “Kasih Wiesha dah lama saya terima dan saya sematkan dalam hati.” Waduh! Ayat Arief Rachman. Boleh buat aku jatuh tergolek ke rumput karpet tebal ini bersama teddy bear! Dengan teddy bear sebesar pemeluk, Arief Rachman memimpin tanganku ke sebuah pondok rehat di hujung halaman. Agak jauh daripada tetamu yang masih lagi berbual sesama mereka dan melayan anak masing-masing. Gazebo ini mempunyai lantai kayu yang rendah dengan langsir jarang terbuai-buai di tiup angin petang. Sungguh nyaman, apatah lagi banglo ini terletak di lereng bukit. Aku sandarkan patung beruang berbulu tebal ke tepi dinding. “Terima kasih Arief sebab bawak saya ke mari. Saya seronok sangat hari ni. Dengan budak-budak tu… “ “Wiesha suka kanak-kanak?” “Suka... saya pun tak ada adik. Anak buah, entah bilalah nak dapat. Abang saya sampai sekarang masih honeymoon dengan isterinya.” “Oh… Saya pun berasa sangat gembira hari ni. Sebabnya Wiesha ada bersama saya. Saya mahu nyanyikan satu lagu untuk Wiesha. Make yourself comfortable...” Aku angkat kening. Arief Rachman nak menyanyi? Jangan angin bertiup nyaman ini bertukar menjadi guruh sudahlah! Gitar tong yang sememangnya ada di lantai gazebo ini diraih dan dia mula membetulkan kedudukan talinya. Aku bersandar di kusyen segi tiga dari Vietnam dan tarik kedua-dua kakiku ke atas dan memeluk lutut sendiri. Bersedia untuk mendengar dia menyanyi. Lagu apakah agaknya? “Dengar ya?” Adzra Sue 73 Aku menyedari telah jatuh cinta Tapi aku tak bisa mengungkapkan Terasa bahagia kumencintaimu Walaupun kau belum mencintaiku Aku di sini kan selalu menunggu Yang selalu ada di setiap waktumu Selalu menanti jawapanmu Untuk cinta yang terakhir Semakin ku bisa untuk menyayangi Semakin ku bisa untuk mengerti Dari semua hidupmu yang ku mimpikan Kan ku hapus semua menjadi indah Tak akan pernah hilang rasaku Cinta yang membawa dalam hatiku Bagai mata yang tak terpejam Aku tetap menantimu Aku di sini kan selalu menunggu Yang selalu ada di setiap waktumu Selalu menanti jawapanmu Untuk cintamu Tak akan pernah hilang rasaku Cinta yang membawa dalam hatiku Bagai mata yang tak terpejam Aku tetap menantimu Aku kan tetap menantimu… Aku kan tetap menantimu… Tetap Menantimu - Nomad Ceritera Cinta Darwiesha 74 Aku terpegun. Sebuah lagu daripada artis baru tempatan didendangkannya dengan asyik sekali. Aku khayal dalam bait-bait liriknya yang begitu puitis. “Wiesha…” Arief Rachman melambai tangannya di hadapan mataku. “Hah… ya saya...” “Awak mengelamun udah sampai ke mana? Bulan atau ke bintang? Hari masih siang, belum ada tanda-tanda bulan atau bintang akan muncul.” Tersipu-sipu aku. Malu! “Terima kasih Arief. Saya suka lagu tu dan saya tak tahu awak pandai menyanyi.” “Banyak lagi yang Wiesha belum tahu mengenai saya. Jadilah sebahagian hati saya, Wiesha. Kelak, Wiesha akan tahu banyak tentang saya.” Lagi sekali aku terpukau dengan kata-katanya. Semakin hari semakin kuat hatiku mahu mendekatkan diri kepada Arief Rachman. Sabarlah wahai lelaki, penantianmu akan berakhir tak lama lagi, Arief Rachman. Aku yakin dengan hatiku kini. Dan terlakar sejarah buatku. Dua hadiah kuterima hari ini. Satu, seutas rantai tangan emas daripada ibunya dan satu lagi daripada Arief Rachman sendiri. Seekor patung beruang, berikat reben besar di leher dan di dada beruang itu tertulis... LOVE ME, HUG ME! Erkk!!!