Setelah Haikal menyalamiku dan Datuk Rafael, dia asyik bertanya tentang Era sebaik sahaja masuk ke dalam kereta.
Era
tersedar mendengar mulut bising Haikal. Mulalah anak kecil itu meragam. Aku
pantas menyuruh Datuk Rafael ke rumahku. Susah hendak memujuk Era dalam kereta
ini.
Di
sofa, aku menenangkannya. Datuk Rafael sekadar menjadi pemerhati sahaja. Dia
bagaikan bingung dengan sikap Era ini. Pelik pula aku melihatnya. Masakan dia
tidak tahu perangai Era.
“Era..
jangan nangis lagi sayang. Kasihan mama”.
“Era
tak malu nangis, kan mama”.
“Haikal…jangan
kacau Era lagi. Nanti mama cubit baru
tahu”. Aku buat-buat mahu mencubit lengannya. Haikal mengelak dan pantas meluru
kearah Datuk Rafael. Dia sudah memeluk leher lelaki itu. Kujeling tajam ke arah
Haikal, memberi amaran supaya tidak menganggu Era
“Uncle…mama nak cubit Ekal”.
Datuk
Rafael tergelak. “Muka you kelakar sangat, Bashira!!”. Gelakknya lagi.
“Datuk
jangan nak puji-puji sangat. Tak pasal-pasal sekali dengan Datuk saya cubit”.
“Nak
cubit I.. ? Nak cubit kat mana? Silakan..”.
Mukaku
berona merah. Malu dengan keterlanjuran kata-kataku.
“Saya
tidurkan Era dalam bilik dulu. Lepas ni saya keluar. Kita balik pejabat”. Laju
kakiku ke bilik utama.
Era
mengusap pipiku sewaktu aku membaringkan tubuhnya. “Mama tidur dengan Era”.
Aku
senyum. Tudung di kepala kubuka. “Cantiklah rambut mama”.
“Terima
kasih sayang. Okay, kita tidur dulu ye”.
Kubaringkan
tubuh mengiring ke arah Era. Aku mengusap-ngusap Era yang sudah memejamkan mata.
Dan tanpa sedar, mataku layu sendiri.
AKU
terpisat-pisat bangun. Aku beristighfar. Era masih lena di sebelah. Jam sudah
menunjukkan pukul 5. Aku terkedu. Biar betul. Lamanya aku tidur. Nasib baik aku uzur minggu ini. Fikiranku
terus terbang kepada Haikal dan Datuk Rafael. Sebelum keluar setelah menyarung
tudung, dahi Era kusentuh lagi. Sudah kebah sedikit demamnya.
Aku
tersandar di dinding. Mataku bergenang melihat dua gerangan yang lena di sofa. Sudah
lama aku tidak nampak pemandangan indah ini. Dulu, Haikal selalu tertidur dalam
dakapan Nizam dan setelah sekian lama, aku diberi peluang untuk menatap lagi. Cuma
kali ini, lelaki itu bukan Nizam tetapi Datuk Rafael. Aku sebak. Haikal begitu
lena di sofa dalam pelukan Datuk Rafael. Apakah Haikal begitu rindu pada Nizam?
Kutinggalkan
mereka berdua. Lebih baik aku memasak. Tentu lapar ‘keluargaku’ ini.
Aku
memasak lauk ala kadar sahaja. Setelah siap terhidang di atas meja. Aku
tersenyum puas.
“Berkeroncang
perut I bau masakan you”. Aku terperanjat melihat Datuk Rafael yang berdiri di
belakangku.
Aku
menjarakkan diri. “Dah bangun?”.
“Ehmm….You
masak apa ni, Bashira?”.
“Lemak
sayur masak cili padi”.
“Nampak
sedap je..I dah lapar ni..”.
“Datuk
pergi solat dulu…nanti saya kejutkan Haikal dengan Era”.
“Bashira,
boleh I buat satu permintaan dari you?”. Suara garaunya buat aku menatap anak
matanya.
“Panggil
I Rafael…no more Datuk please”.
“Tak
apa..Saya dah biasa. Janggal pula nanti”. Aku menolak.
“Bashira..I
tak suka panggilan tu membataskan hubungan kita berdua”.
Aku
menghentikan gerakan tangan yang lincah menyusun makanan. “Antara kita berdua
tak ada apa-apa hubungan melainkan sebagai majikan dan pekerja.That’s all”.
“Bashira,
you tahukan I nak you jadi isteri I. Tell
me apa yang you tak suka tentang I. I akan cuba berubah perlahan-lahan. I
akan jadi suami yang baik untuk you”. Bersungguh benar Datuk Rafael ingin
menjadikan aku suri hidupnya.
“Bashira.. I need you..
I want you. I love you..”.
Aku
tergamam dengan ucapan cinta itu. Terasa kebas kedua-dua belah pipiku menahan
malu. Aku membuang pandang. Tidak rela dipanah mata helangnya.
“Saya
seorang janda yang tak mampu untuk..”.
“Kenapa
hendak jadikan status sebagai satu masalah. That
is not important to start a relationship. We both know it”.
“Datuk..”.
“I tell you, call me Rafael”.
Keras suaranya membuatkan aku terkedu.
Kujongket
bahu. “Saya tak cintakan awak, Rafael”. Ujarku berterus terang sedangkan aku sendiri
tidak tahu apa yang sebenarnya perasaan aku untuk lelaki ini. Sesungguhnya aku
tidak dapat menelah debaran yang seringkali memuncak di dada setiap kali kami
saling bertentang mata.
Rafael!
Aku ingin memanggil dia begitu mulai hari ini… Aku mahu membiasakan diriku
dengan nama yang tidak berpangkat itu. Seperti yang dimintanya.
Dia
memandangku tajam, barangkali terkejut dengan apa yang aku luahkan.
“Saya
tak mahu memperjudikan nasib saya. Cukuplah sekali saya merasai peritnya sebuah
kehidupan. Kita belum tentu bahagia. Awak tentu faham. Rafael, kita pernah
membina masjid dengan cinta, pun kecundang akhirnya. Masakan kita boleh berjaya
membina dan menegakkannya sekali lagi, tanpa cinta”.
Rafael
menyandarkan tubuhnya ke dinding. “Bahagia atau sebaliknya.. kitalah yang
menentukan semua tu. Kalau belum cuba, bagaimana kita mahu lihat hasilnya.
Tolong I Bashira.. Kita kahwin!”.
“Carilah
wanita yang lebih sesuai dengan awak. I’m
not the right one for you”.
“I want you. Only you”.
Ujarnya tegas.
“I’m so sorry!! I can’t.
Saya belum bersedia. Saya hargai perasaan yang awak ada untuk saya, tapi maaf..
saya tak mampu membalasnya. Dan mungkin juga awak cuma keliru dengan semua tu. Baik
kita jauhkan diri buat seketika”.
“Larikan
diri, mengelak setiap kali terserempak? Macam yang you selalu buat tu ke
Bashira? I bukan pengecut macam you”. Rafael
mengherdik tiba-tiba. Mukanya sedikit bengang.
Aku
menarik nafas. Aku perlu bertenang sebelum kami sama-sama bercakaran di sini.
“Kita
akan kahwin Bashira, sama ada you mahu atau tak!!”. Jeritnya lagi.
Aku
terpempan. Kurasakan darah panas sudah mengalir ke otak. “Hei..awak ni dah
kenapa? Kalau saya kata tak mahu
tu,maknanya tak. Apa nak main paksa-paksa ni? Kita hidup dalam dunia alaf 21
sekarang ni, okey..bukan zaman dahulu kala sampai awak nak layan saya macam ni.
Awak tak berhak pun. Ibu bapa dan abang-abang saya pun tak pernah berkelakuan
seperti ni”.
“I
percaya ada sebab lain you tak nak terima I kan.. Bukan sebab you belum
bersedia or whatever. All of them are
nonsense, right?”.
“Yes..memang
ada!!”.
“Apa!!”.
“Saya
mandul”. Jerkahku kuat. Air mata mengalir laju. “Saya adalah perempuan mandul
yang diceraikan suami. Saya ni cacat, saya tak mampu nak melahirkan zuriat
lagi. Nizam cari perempuan lain sebab saya mandul. Awak faham tak”. Dadanya
kutumbuk kasar berkali-kali.
“Kalau
kita kahwin, satu masa nanti awak akan bosan dengan saya, awak akan ceraikan
saya macam apa yang Nizam dah buat. Awak akan tinggalkan saya, siat-siat hati
saya sebagaimana yang Nizam lakukan”.
“I
bukan Nizam, Bashira”. Katanya lemah. Langsung tidak menolak dijadikan sasaran
tanganku.
Aku
tergelak sinis. “Memang bukan. Tapi suatu masa nanti awak juga akan berperangai
seperti Nizam. Semua lelaki sama! Tak pernah setia”.
“I
sudah tahu Bashira”.
“Apa?”.
“You
tak boleh mengandung. I dah lama tahu!!”. Ucapannya bagaikan halilintar yang
singgah bertapa di gegendang telinga. Aku terkebil-kebil memandangnya. Benarkah
apa yang aku dengar? Dia sudah tahu.
Tanganku
digengam erat. “Bukan hari ni atau semalam.. Tapi empat tahun dulu.. I dah lama
tahu..Bashira”.
“Selepas
Hasif balik dari Malaysia, lawat you yang accident”.
Aku
terduduk di kerusi. Rafael melutut padaku. “Segala-galanya tentang you.. I dah
lama tahu”. Katanya lagi, kali ini, hatiku bergetar hebat.
“Jadi
isteri I, Bashira!!”.