Sekembali
aku dari Pulau Pinang, aku nyata terkejut dengan berita yang singgah di telinga.
Datuk Razif bersara dan tempatnya sudah diganti oleh Datuk Rafael Hamdani. Aku jadi
terkilan kerana tidak sempat mengucapkan selamat tinggal dan terima kasih
kepada Datuk Razif. Secerewet mana pun dia, dia tetap bos pertamaku yang baik.
“Datuk
Rafael tu duda, puan. Dia baru balik dari oversea”. Ujar Liza kepadaku.
Aku
sekadar mengangguk. Aku rasa aku tidak perlu tahu itu semua. Langsung tidak
penting bagiku. Aku hanya mampu membayangkan dia lelaki yang sudah berusia
seperti Datuk Razif. Jangan dia cerewet seperti bos lamaku sudah.
“Semalam
dia kata dia nak jumpa puan”.
“Hah?”.
Aku terperanjat. “Kenapa nak jumpa saya?”.Aku bertanya ala-ala bodoh. Tentulah
dia hendak bertemu mata dengan pekerjanya.
Liza
kulihat menggaru kepala. Pelik agaknya dengan pertanyaanku. “Dia dah buat meeting kenal dengan semua pekerja
semalam. Tapi bila dia tengok seorang tak cukup. So, dia tanya dan kata nak jumpa puan hari ini”.
Aku
menelan liur tiba-tiba. Perasaan takut ini seperti hendak ditemu duga untuk
bekerja sahaja. Kelakar pula aku ni. “Dia dah ada di bilik ke?”.
“Ya.
Kalau puan nak pergi sekarang pun boleh”. Aku angguk lagi. Bila lagi aku hendak
bertemu bos baruku itu?
Pintu
bilik yang sudah bertukar nama DATUK RAFAEL HAMDANI itu aku ketuk. Sekelipan mata, pintu kubuka. Jelas
di mataku seorang lelaki sedang menunduk di bawah meja. Datuk buat apa tu?
Aku
menunggu dia mendongak dan aku terkedu melihatnya. Err..mana Datuk?
“Yes..anything?”. Lelaki
itu bertanya seperti seorang bos sahaja lagaknya. Sebal pula aku melihatnya.
“Saya
cari Datuk”. Kulihat dahinya berkerut seribu.
“Datuk?
Datuk mana? Datuk Razif? Datuk Alif? Datuk Hamka?”. Aku tercengang-cengang
mendengar jawapan darinya. Aku rasa lelaki segak berkot hitam di hadapanku ini
sudah hilang akal.
“Ini
bilik Datuk Rafael kan?”. Dengan muka serius, aku bertanya meminta kepastian. Manalah
tahu aku tersalah nampak.
Lelaki
itu tiba-tiba tergelak kecil. “Ya”.
“So..I’m
looking for Datuk Rafael Hamdani, the
CEO of the company, please”. Terus
lelaki di hadapanku mengangkat kening.
Lama
dia diam, jadi aku rasa mungkin dia ini anak Datuk Rafael. “Tak apalah..bila
ayah awak sampai..saya akan datang balik”.
“Ayah
saya?”.
“Ya..Liza
beritahu saya Datuk Rafael nak jumpa saya hari ni.. but then since dia tak datang lagi…”. Belum sempat aku menghabiskan
kata-kataku, ruang bilik itu pecah dengan ketawanya. Keningku sudah bercantum
dua. Sah! Lelaki kacak ini sewel.
“So here you are
Amalina Bashira. Welcome back to the
office. How’s Penang?”. Aku terkebil-kebil memandangnya yang mula serius
membuka fail di tangan. Perlahan-lahan aku menelan liur. Mataku membulat. Rasanya
kali ini aku sudah mahu melompat keluar melalui tingkap. Apakah ini.. bermakna..lelaki
di hadapanku ini adalah Datuk…errr? Alamak..mati la aku!
“Awak
Datuk..tak.. Datuk Rafael..err..”.
“Yes, I’m Rafael
Hamdani Musa. Do you have any other
question, Bashira?”. Aku rasa aku mahu
rebah di situ juga. Kulit mukaku terasa tebal berinci-inci. Perlahan-lahan aku
menggeleng. Dari ekor mata, aku lihat senyuman nakalnya yang makin menambahkan
rasa maluku.
Bagaimana
mungkin aku tidak malu…dalam bayanganku Datuk Rafael itu sudah berusia, kepala
sudah beruban dan perut pun boroi. Ini tidak…muda trang tang tang lagi. Tentu
dia gelakkan aku kerana kebodohanku itu. Maaflah, tetapi aku memang tidak
pernah nampak lelaki muda yang sudah punya gelaran Datuk sebelum ini. Jadi
jangan salahkan aku. Aku menyedapkan hati sendiri.
“HOW’S
Penang,Bashira?”. Suaranya yang lembut
itu kurasakan begitu memukau.
“Okay”. Jawabku
pendek.
“I
tak suka jawapan you, Bashira. When I ask
seriously, so answer seriously”. Terkedu aku mendengar tegurannya. Baru
tadi aku melihat ketawanya yang kuat, sekarang ini mukanya serius sehingga aku
merasa gugup.
“Saya
minta maaf ” . Pohonku. “Kalau awak…”.
“Datuk!!”.
Lelaki itu memberi amaran.
Dush!
Aku terasa seperti ditembak sahaja. Kenapalah aku boleh jadi sewel hari ni?
“Maaf, kalau Datuk nak tahu pasal Pulau Pinang, saya rasa pulau tu baik-baik
sahaja. Tak ada penceroboh masuk pun sekarang”.
Dia
angkat kening lagi. Dia gelak kecil “Nice
answer. Boleh ringkaskan segala maklumat yang you dapat sepanjang kursus?”.
Aku tiba-tiba sesak nafas. Aku memang tidak dapat bos cerewet seperti Datuk
Razif tetapi lebih teruk dari itu.
Aku
berdehem. Cuba mengingati apa yang aku peroleh ketika berkursus seminggu di
sana. “Berdasarkan apa yang diberitahu, harga pasaran sudah semakin menurun. So, buat masa ni kita tak boleh
melakukan banyak tindakan. Sebab dengan cara ini, reputasi syarikat mungkin
boleh jatuh”.
“Good!
Bashira, you kahwin umur berapa?”. Aku terkedu mendengarnya. Kenapa dengan
lelaki ini. Aku terdiam tidak mahu menjawab namun bila dia mengangkat kertas resumeku yang sedang ditatapnya, aku
mengerti dia adalah bosku yang lebih teruk dari Datuk Razif.
“19
tahun”.
“Berapa
orang anak?”.
“Seorang”.
“Suami
you kerja apa?”.
“Dah
bercerai”.
“Kenapa
bercerai”.
“Dia
ada perempuan lain”. Aku perasan Datuk Rafael seperti terkejut. Aku pun rasa
tidak senang. Kalau ye pun dia itu bosku, tidak perlulah bertanya soalan
peribadi seperti itu.
“Oh sorry..really
sorry”.
“Ada
apa-apa lagi Datuk?”. Suaraku berubah sendu. Pertanyaannya sebentar tadi
mengembalikan ingatanku pada kecurangan Nizam
“I
minta maaf kalau you terasa hati dengan pertanyaan I”.
“Tak
adalah? Ada apa-apa lagi Datuk nak tanya?”.
“I won’t ask question
but you can’t go right now”. Apa masalah dia ini
mahu menahan aku di biliknya?
Datuk
Rafael kulihat membetulkan duduknya, menyandar senang. “Datuk Razif beritahu I,
you are very serious women. No laugh, no
smile but then a very excellent one. Semua kerja you memenuhi citarasa client and you sangat teliti dalam
setiap apa yang you lakukan”.
Huh…aku
seperti tidak percaya sahaja dengan kata-katanya. Tapi mungkin juga betul
kerana Datuk Razifkan sebenarnya seorang yang baik.
“I wonder how serious
you are and now I know”. Ucap Datuk Rafael
tiba-tiba seraya merenungku lama. Aku terasa seram sejuk melihat renungan
matanya yang memukau itu.
“ANGAH!”.
Aku tersenyum manis melihat kelibat Abang Aidil yang keluar dari dalam kereta. Eh,
alang dan along pun ada”.
“Mana
Kak Zaleha?”. Soalku menyalami ketiga-tiganya.
“Kak
ipar Lina tu mana rajin nak berjalan-jalan macam kita orang ni. Asyik nak
terperap dalam bilik je. Nasib baik along ni suami penyayang”. Ujar Abang Rehan
sambil tertawa.
“Ye
la tu..Along, angah, alang duduk ye. Lina pergi dapur sekejap”. Balasku.
“Haikal
mana?”. Alang bertanya.
“Kat
rumah pengasuh dia. Ramai budak-budak kat situ, suka la Haikal pergi sana.
Lagipun Lina kasihan juga tengok dia terkurung dalam rumah ni”.
“Bagus
la tu. Sekurang-kurangnya ada juga kawan si Haikal tu. Ada ayah tak boleh
harap. Tak berguna sesen pun. Jangankan nak datang tengok anak, entah nama anak
dah tak ingat”. Bebel Abang Rehan tiba-tiba. Aku terdiam sahaja. Tahu benar
tingkah Abang Rehan yang masih sakit hati dengan tindakan Nizam menceraikanku. Aku,
Abang Aidil dan Abang Hasif berpandangan. Mata menghantar isyarat supaya
menghentikan kemarahan yang mula bertapak di hati Abang Rehan.
“Tak
apa la Along. Lina pun dah bahagia dengan hidup Lina sekarang. Lagipun dia
masukkan nafkah Haikal tiap-tiap bulan”. Ya.. itu sahajalah yang boleh aku
banggakan dengan Nizam. Dia masih ingat akan Haikal walau sudah setahun tidak
bertentang mata.
“Along
sakit hati tau Lina. Nizam tu dah kahwin dengan girlfriend dia. Anak kat sini tak ingat pun. Ayah apa macam tu? Tak
bertanggungjawab langsung”.
Tersentak
aku mendengarnya. Sekian lama khabar Nizam tidak pernah aku dengari. Tahu-tahu
sahaja Nizam sudah kahwin. Aku tersenyum sendiri. Baguslah. Lebih baik kahwin
dari buat kerja terkutuk itu. Namun, aku tahu masih ada rasa sedih yang
bertanda. Dia lebih tegar memilih wanita lain, setelah sekian lama aku setia
kepadanya.
“La…Lina
janganlah sedih. Tak apa..nanti angah cari suami untuk Lina. Nak yang macam
mana?”. Abang Aidil memeluk bahuku.
Aku
tersengih. “Cari yang paling kaya, boleh tak angah?!!”.
“Boleh!!!”.
Ketiga-tiga abangku bersuara serentak. Pecah tawa kami.
“Lina
tak nak ke pindah apartment Alang? Risau alang tengok Lina duduk sorang-sorang
ni”. Soal Abang Hasif.
Aku
pantas menggeleng. Aku hargai keprihatinan abang-abangku tetapi biarlah aku
hidup berdikari. Aku selesa begini.
“Nanti
kalau lapang..In Sh Allah Lina pergi apartment abang”.
No comments:
Post a Comment