“BASHIRA!!”.
Jatuh
terpelanting fail di tanganku mendengar suara garau Datuk Rafael yang menolak
kasar pintu bilikku.
“The rule is very simple, knock the door
before you enter. Datuk tak pernah belajar ke adab ni?”. Aku bengang. Badanku
direndahkan untuk mencapai fail di lantai.
“Sorry..
Bashira.. I nak minta tolong you! Era tak sihat..dia asyik panggil you. Please help me!!”. Rayuan Datuk Rafael
membuatkan aku terkedu.
Aku
terkejut. “Saya perlu pergi sekolah dia ke?”. Nada suaraku kembali kendur.
“No! I dah ambil dia di sekolah tadi. Come with me!! Dia di bilik I”.
“Mama..mama…”.
Rengekan Era kedengaran sebaik sahaja
aku menapak masuk. Era sedang terbaring lemah di sofa. Terperanjat aku
melihat keadaannya yang tidak bermaya.
“Era!!”.
Tubuh kecil Era kupeluk erat. “Kenapa ni, sayang? Era tak sihat ye?”
Era
mencelikkan mata. “Mama, Era rindu mama!!”. Tangisan Era kedengaran.
“Mama
kat sini sayang. Era jangan nangis lagi. Mama ada..mama tak pergi lagi”. Pujukku.
“Era
tak nak perempuan jahat tu. Era nak mama..perempuan jahat tu kacau Era kat
sekolah”. Era memelukku lagi. Era bagaikan ketakutan.
“Perempuan
jahat?”. Aku memandang Datuk Rafael.
“Nanti
I explain”.
“Era,
jangan sedih lagi tahu.. Perempuan jahat tu takkan buat apa-apa lagi pada Era. Tengok..
kan mama ada di sini”.
“Mama
takkan tinggalkan Era lagi?”. Soalnya penuh mengharap.
Aku
menggeleng. “Mama janji mama takkan tinggalkan Era lagi tapi Era pun kena janji
dengan mama juga”.
“Janji
apa?”.
“Janji
jangan menangis lagi di sekolah. Kesian papa”.
Pantas
Era mengangguk. Kusenang dengan tingkahnya yang mudah mendengar kata.
Era
meletakkan kepala di ribaanku. Rambut panjangnya kuusap. Entah berapa lama
begitu, aku tidak pasti. Aku rasakan kasihku sudah tertumpah pada anak polos
ini.
“She is sleeping, Bashira. Biar I angkat
dia, you tentu lenguhkan”. Datuk Rafael bersuara. Tubuh Era diangkat dan
diletakkan elok-elok di sofa. Aku berdiri, bersedia mahu keluar.
“Lea
datang sekolah Era. Cikgu Era kata, Lea marah-marah pada Era, sebab tu agaknya
Era menangis ni. Dia selalu dimanja, tak pernah sekalipun kena jentik”. Terang
Datuk Rafael.
“Baguslah
tu, Datuk”.
Datuk
Rafael nampak terperanjat. “Apa yang bagus?”.
“Tindakan
kurang cerdik Lea boleh dijadikan satu bukti yang kukuh masa perbicaraan nanti,
I mean kalau Lea tuntut hak penjagaan
Era”.
Datuk
Rafael tersenyum. “Betul juga kata you tu”.
Kami
membisu.
“Bashira..can we talk?”.
Soalnya lagi.
Aku
memandangnya.
“Tentang
apa yang I cakap tempoh hari. I really
mean it”.
Aku
terkedu. Padahal hati mengharapkan dia menarik balik lamaran itu.
“Saya
tak boleh terima, Datuk..Saya minta maaf”.
“Bashira please, jangan buat I macam ni”.
Hatiku terasa lain macam melihat resah di wajahnya.
“Saya
betul-betul tak boleh terima!!”.
“Kenapa..you
masih cintakan Nizam?”.
Aku
geleng. “Tak”.
“Habis
tu kenapa? You boleh jadi mama yang baik untuk Era”.
“Jadi,
Datuk lamar saya hanya untuk Era” . Tebakku.
“Datuk
carilah wanita lain. Saya tidak sesuai untuk jadi mama yang hebat untuk Era. Saya
bukan perempuan yang baik. Saya tidak mampu menjaga rumah tangga saya sendiri”.
“Tapi
kegagalan marriage you bukan
kesilapan you. Sebab Nizam, is it? Kenapa
nak salahkan diri sendiri pulak”.
“Saya
rasa saya tak dapat bagi komitmen sepenuhnya sebagai isteri”.
“I don’t believe it. Come
on..jangan bagi alasan tak masuk akal. You
kahwin umur 19. You be a wife, a mother
and a student at the same time. And now look who you are, Bashira..you
pikul tiga tanggungjawab dalam satu masa! Tak mungkin you tak boleh bagi apa
yang I nak”.
Kalaulah
dia tahu bahawa sesungguhnya aku adalah perempuan mandul. Tentu dia tidak akan
memujiku setinggi langit seperti itu. Tentu dia akan menarik balik apa yang
dikatakan sebentar tadi.
“You don’t understand…”.
“So, let me
understand”.
“Ada
banyak perkara yang sangat menyakitkan bila kita kongsi dengan orang lain.
Semua hanya menambah sakit di dada sahaja”.
“I
bagi you masa untuk fikir. Sebanyak mana pun you nak. Bashira, I betul-betul
harap you sudi jadi isteri I”.
Aku
menggeleng perlahan, menjawab kata-katanya sebentar tadi.
WAKTU
lunch sudah tiba. Aku perlu mengambil
Haikal di sekolah. Pengasuh Haikal tidak ada di rumah hari ini.Nampaknya aku
terpaksa menghantar Haikal ke rumah jiran.
“Bashira, where are you
heading to?”.
Langkah
kakiku mati. Aku melarikan pandangan dari Datuk Rafael. “Saya nak ambil Haikal
di sekolah sekejap. Pengasuh Haikal pergi bercuti”.
“I
nak ikut”.
Kening
kuangkat. Kenapa pulak dengan lelaki yang seorang ini? “Tak perlu. Saya lulus
lesen memandu sebelum umur 20 lagi”. Sinis kataku.
Datuk
Rafael tersengih.
“Datuk..anak
Datuk menangis”.
“Mama..”.
Era muncul dengan muka bersememeh bersama Elly, setiausaha Datuk Rafael.
“Mama…Era
nak mama!!”. Era merengek dan terus meluru ke arahku.
Terus
dirinya kupeluk erat. Elly kelihatan sedikit terperanjat dengan adegan itu.
“Ya
Allah..panasnya..”. Aku cemas. Telapak tangan kuletak di dahinya. Panas!
“Datuk..Era
demam!!”.
Datuk
Rafael bagaikan blur.
“Jom
bawa dia ke klinik. Budak-budak kalau demam tak elok dibiarkan lama-lama..nanti
merebak jadi benda lain pulak. Imun sistem diorang tak kuat lagi”. Jelasku
lagi.
Dengan
memeluk Era yang lemah terlentok di bahuku, kami menunggu giliran untuk masuk
ke bilik doktor.
“Nur
Shahera binti Rafael Hamdani”.
Aku
dan Datuk Rafael berdiri.
“Puan
boleh masuk berjumpa doktor sekarang”.
“Puan
Amalina…”. Doktor Shafrina tersenyum melihatku. Inilah doktor yang merawat
Haikal hampir setahun yang lalu.
Datuk
Rafael turut tersenyum ke arahnya.
“Your husband…?”.Soalnya lagi seraya
menyentuh lembut kepala Era. Era menurut sahaja. Kalau Haikal, jangan harap la
dia hendak duduk diam macam ni.
Aku
dan Datuk Rafael saling bertatapan. “Tak..bos saya”.
“Okay..beautiful girl. Akak nak cucuk
sekejap. Jangan nangis okay”.
Muka
Era berubah. “Papa!!”. Matanya membulat kearah Datuk Rafael. Sudah menghulurkan
tangan minta didukung.
“Dia
takut dengan jarum doktor!”.
Aku
berdiri di sebelah Datuk Rafael. Memujuk Era lembut namun tangisannya mula
kedengaran. Tidak mahu disuntik.
“Era…tak
sakit tahu…nanti malam ni mama temankan Era tidur nak tak?”. Pujukku lagi.
Tangisan
Era reda, matanya terkebil-kebil memandangku. “Mama nak teman Era tidur”.
“Ya
sayang. Tapi kena suntik dulu”.
Era
mengangguk. Aku menarik nafas lega.
“BIASANYA
I tak bawak Era pergi klinik. I just
beli ubat demam sahaja”. Ujar Datuk Raafel ketika dalam kereta. Aku mahu
mengambil Haikal menaiki teksi tetapi dia menegah. Katanya, aku sudah
menemannya ke klinik Era, apa salahnya dia mengambil Haikal di sekolah pula.
“Tu
agaknya dia terkejut nampak jarum”.
“Haikal
pun macam tu bila bawak ke klinik. Jenuh nak memujuknya. Macam-macam kena
janji. Beli itulah beli inilah. Kalau tak jangan harap nak bagi badan free-free. Hai, budak-budak zaman
sekarang ni bukan main jaga badan. Takut benar! ”. Era yang tertidur di
ribaanku kuusap lembut.
Datuk
Rafael tergelak mendengar bebelanku.
“Bila
Haikal demam tu?”.
“Tahun
lepas.. First time berpisah dengan
ayah dia. Sampai demam panas. Dia tahu agaknya dia akan jarang berjumpa dengan Nizam
selepas tu”.
Lirikan
mata Datuk Rafael tajam ke arahku. “You bawa dia ke hospital sorang-sorang?”.
Aku
angguk.
“I
tak tahu apa yang I rasa kalau I di tempat you. Bahkan I tak boleh bayangkan
apa yang I akan buat kalau I jadi you.You mesti sedihkan?”.
Aku
menjongket bahu. Masakan aku tidak menjeruk rasa bila seharusnya aku berteman menjaga dan membesarkan
Haikal.
“Bukan
senang untuk jadi papa dan mama at a one
time. Tapi saya kena belajar. Saya tahu saya boleh buat”.
“Bashira,
bagi I peluang. Insyallah I boleh ganti kekosongan dan kerinduan Haikal pada Nizam”.
Rayunya lagi.
Aku
tidak senang duduk. Aku tidak suka bicara ini diutarakan.
“Saya
rasa Datuk dah dengar jawapan saya tadikan”.
“Fikir
dulu, Bashira. You tak perlu bagi keputusan terburu-buru”. Tenang dia menjawab.
Jalan raya agak sibuk pada tengah hari ini.
“Sudahlah..Saya
penat dengan semua ni. Saya tak faham atas dasar apa Datuk lamar saya. Kalau
Datuk buat begini sebab mahu Era punya mama,tanpa sebarang ikatan pun saya
boleh menjadi mama untuk Era”.
“Tapi
tak sama,Bashira! Apa orang kata nanti?”.
Aku
merenungnya. “Jadi betullah, Datuk buat semua ni hanya untuk Era”. Desakku.
Sebenarnya dari awal lagi aku sudah merasakan ini adalah tujuan sebenar dia
melamarku. Dia hanya simpati pada Era lantaran dia tahu sebesar mana pun kasih
sayang yang dicurahkan untuk Era, semua itu belum cukup untuk mengubat
kerinduan Era pada seorang ibu..
Datuk
Rafael tersentak. “Itu adalah salah satu sebabnya tapi I ..”.
“Setahun
saya hidup menjanda. Macam-macam orang mengata saya. Tapi apakah saya peduli?
Tidak! Kerana kalau saya ambil kira dan terasa dengan semua apa yang orang
hendak kata, saya tidak mampu berdiri untuk ke tempat kerja pun. Kita tahu apa
yang kita buat Datuk, biarkan mata yang buta menilainya sendiri. Hanya orang yang
pandang dengan mata hati tahu
kebenarannya”.
“Dengar
dulu cakap I..”
“Stop it.. Asas perhubungan yang Datuk
ingin bina sangat rapuh. Saya tidak mahu ambil sebarang risiko pada sesuatu
yang belum pasti”.
“
Kita kena cuba dulu Bashira… “.
“No way!!”.
Datuk
Rafael membisu dengan ketegasanku. Kami diam sehingga sampai ke perkarangan
sekolah Haikal.
No comments:
Post a Comment