AWAL pagi wanita itu sudah tiba di pejabat. Memilih untuk bersarapan di kafe terdekat dengan pejabat. Dia sangat sukakan bau kopi pada pagi hari. Bersendirian di meja, tiba-tiba ada lelaki berdiri di sisi mejanya.
Deborah mula mengangkat pandangannya.
“Tak ada sesiapa temankan you ke? Nama I Izhar...” Lelaki itu mula tayang senyum memikat. Sekali pandang, Deborah mengagak baru berusia lewat 20-an.
“Tak berminat,” ucap Deborah perlahan.
“Come on, belum cuba belum tahu, sayang...” ucap lelaki itu lunak.
“Berapa umur you, handsome? Kejap, I teka... 28 atau 29?” ucap Deborah lantas tersenyum kepada lelaki yang sedang merenungnya itu.
“27.”
“Oh, muda lagi. I dah 37 tahun, handsome...” ucap
Deborah lantas bersandar memandang gelagat si pengurat itu. “You don't mind having sex with an older woman?” ucap Deborah selamba.
Riak wajah lelaki itu berubah sedikit.
“I tak sangka you... err...”
“Jangan tipu. I nampak muda. Tapi I tetap kelihatan seperti wanita lebih berusia berbanding you, kan? What do you do for a living?” tanya Deborah lagi. Dia tahu, itu hanya trick lelaki itu mahu memikatnya.
“Assistant Manager at PapaRich,” jawab lelaki itu.
“Good for you. And how much do they pay you every month?” tanya Deborah masih dengan lagak selamba.
“Kenapa?”
“I kerja di Meridian Group sebagai CFO kompeni. Gaji sebulan I sekitar 70 hingga 80 ribu. Sure you boleh handle wanita yang lebih berusia dan gaji lebih banyak?”
“You boleh handle lelaki lebih muda dengan gaji lebih sikit?” jawab lelaki itu dengan muka dah berubah.
“Jujurnya... tak,” ucap Deborah.
“Kenapa?”
“I have many times met men who do not care about their dignity as long as they can live happily with the luxury the woman can provide to him. Nowadays, the term gold digger is not exclusive to women only. Right? I already smelled your intentions when you came to my table earlier. I don’t want you to waste your time for me,” ucap Deborah.
“I tak macam tu. You buruk sangka dekat I. Mungkin you tak perlukan duit lelaki, tapi I masih boleh jadi teman yang baik di tempat lain. Di bilik tidur mungkin?”
Deborah terpaku seketika mendengarkan itu.
“I don’t need your dick, young man. What I don’t need the most right now is a man bothering me while I'm having my coffee. Apa kata apabila you nampak mana-mana wanita, you biarkan sahaja dia. Tak ada salahnya wanita duduk seorang diri. Dia duduk seorang diri kerana dia mahu sendirian,” ucap Deborah sedikit lembut.
“You akan rasa lebih seronok kalau ada teman berbual,” ucap lelaki itu.
“I tak perlukan teman berbual sekarang kerana sekarang waktu pagi. I hanya isi masa sebelum masuk ke pejabat, dan I tak suka orang yang tak hormati privasi orang lain,” jawab Deborah.
Lelaki itu terus berpaling dan menonong pergi. Deborah menghela nafas perlahan sambil menggeleng kesal. Lelaki itu tiada bertanya pun adakah dia isteri orang ataupun tidak! Dia main ambush sahaja macam romeo. Bukan baru kali ini dia mengalami keadaan ini. Ketika masih isteri orang juga dia kerap didatangi lelaki miang yang tidak punya otak.
Sementara menunggu pesanannya sampai, Deborah terlihat ada mesej daripada Iqmal, sekadar menyapa.
Selamat pagi.
Laju jemarinya membalas mesej itu.
Selamat pagi.
Nyenyak tidur?
Kening wanita itu berkerut. Lelaki itu mengajaknya bersembang pada waktu begini?
You could say that. Are you working
today, Mal?
Sama macam semalam. Kenapa?
I ingat you mungkin tengah drive
sekarang. Jadi, agak pelik juga you
mesej I pada waktu macam ni.
Taklah, I dah sampai klinik. Saja
tegur you. You kat mana?
“Hei, Deb...” Suara Benjamin kedengaran saat wanita itu menatap telefonnya. Lelaki itu terus menarik kerusi dan duduk di hadapan kakaknya.
Deborah memandang Benjamin sekilas.
“Hai, morning...” sapa Deborah biasa sebelum kembali menaip di telefonnya.
Sorry, adik I ada depan I. Boleh kita
sambung nanti?
Okay. Have a nice day.
You too.
Deborah kembali memandang Benjamin. Adiknya itu sedang mengangkat tangan untuk menyedarkan pelayan yang dia mahu memesan.
“You tak breakfast di rumah tadi?” tanya Deborah.
“Dah. I just need a cup of coffee,” ucap Benjamin
lembut. Lelaki itu kembali memandang kakaknya setelah membuat pesanan.
“Where is Dee?” tanya Benjamin.
“Entah,” balas Deborah lembut. Untung jugalah Benjamin ada di depannya. Bolehlah dia hidup aman tanpa direnung lelaki-lelaki dari meja lain.
“Kids are okay?”
“So far so good. I heard about your wife,” ucap Deborah.
“Apa dia?” tanya Benjamin semula.
“Dia pregnant lagi,” komen Deborah tentang berita yang dia dengar baru-baru ini. Erina dan Benjamin sengaja merahsiakannya. Dia rasa sebab Erina tidak mahu orang lain mempersoalkannya.
Lelaki muda itu mula tersengih.
“Bukan I minta pun. Dah takdir Tuhan,” ucap Benjamin membuatkan Deborah ketawa. Jawapan selamat!
Mereka berdua berdiam saat pelayan menghidangkan sarapan buat Deborah.
“Macam mana you berdua manage hal itu sampai jadi rahsia? Dia tak nampak macam pregnant pun.”
“Umi dengan baba dia tahu aje. Mommy pun tahu,” jawab Benjamin selamba. Isterinya memakai pakaian besar-besar sebab nak sorok perutnya. Selagi boleh, dia tidak mahu kakak-kakaknya tahu, kerana kakak-kakaknya kuat membahan.
“So, yang tak tahu I dengan Dee aje ke?”
“Ya.” Benjamin tergelak besar dengan tekaan kakaknya.
“Kejam! You tahu tak, 10 tahun pertama perkahwinan adalah masa yang sesuai untuk punya ramai anak,” ujar Deborah lantas menarik pinggan ke arahnya. Dia memandang adiknya seketika sambil mengacau kopi hitam di dalam cawan.
“Maksudnya?” tanya Benjamin.
“Apabila you semakin berusia, anak-anak dah semakin membesar. Mereka dah tak bergantung sangat dengan kita. Jadi, you akan ada banyak masa untuk diri sendiri dan dengan your wife. Itu pendapat I,” ucap Deborah lantas mengangkat bahu.
“I suka idea you tu. Nanti I beritahu Erin. Jadi, dia tak perlulah lagi rasa malu tentang tu,” jawab Benjamin lantas menerbitkan tawa mereka serentak.
“Dia tak buat salah apa pun. Kenapa dia mesti malu?” tanya Deborah lantas mengangkat bahu.
Benjamin sekadar tersenyum lembut.
“Dia pernah cakap yang dia inginkan empat orang anak,” ulas Benjamin tentang isterinya itu.
“Baguslah kalau macam tu,” ucap Deborah.
“Erm... ada apa-apa cerita menarik ke?” tanya Benjamin sebelum dia menghirup kopinya.
“Tentang I?”
“Sudah tentulah tentang you,” balas lelaki itu.
“Tak... tak ada apa yang menarik pun,” jawab Deborah dengan senyum lembut.
“Ya ke? Macam mana dengan Zalman? Is he still chasing you?”
“Oh, I just realised... I haven’t heard anything from him these few days. I almost forgot about him,” balas Deborah seakan-akan baru sedar kenyataan itu. Patutlah hidupnya aman damai sahaja.
“Busy with other women maybe?”
“I hope that’s true, so I can move on,” jawab Deborah selamba.
Benjamin tersenyum mendengarkan itu. Matanya ralit memandang kakaknya menikmati sarapan pagi.
Deborah kembali memandang adiknya saat lelaki itu berdiam.
“I tak pernah menyesal,” ucap Benjamin perlahan.
“Tentang apa?”
“Tentang you dengan Zalman,” balas Benjamin. Dia memandang air di dalam cawannya seketika. Berfikir untuk meluahkan sesuatu.
“I always think about how much you loved him. I don't know if my actions were right. I feel sorry for myself. But I don’t want to regret it,” ujar Benjamin lagi.
Deborah terpaku memandang adiknya. Dia tahu, Benjamin merasakan dirinyalah punca dia bercerai.
“You dah selamatkan I, Ben. I bersyukur sangat dan I patut berterima kasih kepada you,” ucap Deborah bersungguh-sungguh.
“It's not that easy. You will never feel safe from him,” balas Benjamin.
Deborah terdiam. Kata-kata adiknya itu bagaikan tertempel di mukanya. Lama dia memandang Benjamin sehingga lelaki itu membalas pandangannya.
“With him... I went through a life I never imagined. One day he came back drunk. Then in his sleep, he mentioned another woman. I should have felt hurt. Instead, I didn't care anymore. I didn't feel jealous at all. I think I lost him, you know.”
Benjamin mengangguk mendengarkan itu.
“Hati I ni menjerit sendirian. I cuma nak hidup I semula. Tanpa pertolongan you, I tak dapat lepaskan diri I daripada dia. You tahu tak... dia pernah cakap kat depan muka I ni yang dia hanya akan ceraikan I jika I bayar dia 10 juta.”
“Serius???” tekan Benjamin.
Deborah menggeleng sendirian.
“Selama ni, bukan you yang buat hati I terluka dan kecewa, tetapi dia. Jangan rasa bersalah, Ben. Itu semua bukan salah you pun,” pujuk Deborah.
“Apa yang dah berlaku takkan mungkin boleh diundur kembali. I harap you akan bertemu dengan lelaki yang lebih baik, Deb. I akan sentiasa doakan you dan anak-anak you,” ucap Benjamin tulus.
Deborah tersenyum serta-merta.
“I tak rasa menyesal pun, Ben. You adik I. I tahu you sayangkan I,” ucap Deborah lembut.
Mereka berdua berbalas senyuman.
JAM 11 pagi, Deborah sudah pergi menghadap ayahnya bersama satu dokumen yang berada di atas mejanya. Baru sahaja dia mahu memegang pintu bilik pejabat sang ayah, pintu itu ditarik dari dalam. Haris tiba-tiba keluar dari kamar Tan Sri Nusret.
“Hei,” sapa Haris lembut.
“Hei,” jawab Deborah biasa. Dia sekadar tersenyum sedikit sebagai balasan kepada senyuman lelaki itu. Namun saat dia memegang pintu di bahagian dalam, dia ternampak Haris memandangnya. Lelaki itu buat-buat memandang ke arah lain apabila disapa pandangannya.
“Apa dia buat dalam ni, daddy?” tanya Deborah setelah mendekati meja Tan Sri Nusret.
“He tried to impress me with his project,” ucap Tan Sri Nusret tanpa memandang anaknya itu.
Deborah meletakkan satu dokumen di atas meja sang ayah.
“Well, I'm not impressed with this. What is this about?” tanya Deborah lantas meletakkan jari telunjuknya di atas dokumen itu.
Lelaki tua itu memandang dokumen itu seketika.
“Oh... Tan Sri Ghani minta elaun hiburan untuk BOD dikembalikan,” ucap Tan Sri Nusret.
“Kenapa? Siapa yang suruh staf I siapkan bajet 1 juta ni tanpa arahan daripada I? Tahu-tahu pagi tadi dah ada atas meja I,” ucap Deborah tidak puas hati apabila jabatannya ada campur tangan daripada pengarah lain.
“Kamu tak setuju dengan itu?” balas sang ayah lembut.
“Who’s the BOD? Tan Sri Cameron? Ghani? Dah tentulah I tak setuju! Elaun main golf untuk mereka? Kenapa syarikat ni perlu sediakan peruntukan untuk itu? Mereka tak ada pula minta terus daripada I elaun mereka menginap di Bali dengan girlfriend mereka? Kenapa mereka tak minta elaun itu juga?” ucap Deborah.
Tan Sri Nusret terlopong memandang anaknya itu.
“How did you know?”
“I don’t want to waste my time calculating a budget for them to waste time at night with women, daddy. That's not my job. And I don’t want to bother my staff for that either. So, my answer is get lost!” ucap Deborah. Dokumen itu diambil dan disumbatkan ke dalam bakul sampah di tep meja ayahnya.
“I’ll talk to them,” jawab sang ayah lembut.
“Good. Otherwise I will talk to them. They might not like the way I deal with lelaki tua yang gatal,” jawab Deborah dengan riak wajah yang ketat.
Tan Sri Nusret memandang lama gelagat anak sulungnya itu sebelum dia tersenyum sendiri. Anak sulungnya itu dipercayai dalam soal kewangan kerana ketegasannya.
“Kamu ada apa-apa nak beritahu daddy ke? Duduk sini dulu,” ucap sang ayah lembut.
Deborah membuang pandangan sebelum dia berpeluk tubuh. Teringat sesuatu yang membuatkan dia rasa mual dengan gelagat orang tua di sekelilingnya.
“Deb...”
“I okey, daddy. I boleh jaga diri I sendiri,” ucap Deborah.
“Apa maksud kamu? Marilah, duduk sini...” suruh Tan Sri Nusret lembut. Deborah akhirnya akur juga.
“Kenapa ni?” tanya lelaki tua itu.
“Keadaan banyak berubah semenjak I bercerai. Zalman dah tak ada di sini.”
“Maksudnya?”
“I rasa dah tak dihormati sebab I ni janda,” ucap Deborah.
Tan Sri Nusret terdiam mendengarkan itu.
“Beberapa minit yang lalu, Haris pandang I. Itu menjijikkan. Dia suami Dee. Don't you know your friends have done the same thing to me also?”
“Oh my God... I had no idea at all,” keluh sang ayah perlahan. Dia meraup wajahnya.
“Siapa lagi?” tanya Tan Sri Nusret.
“Tan Sri Ghani... Dato’ Rahman,” jawab Deborah perlahan.
Lelaki tua itu mengetap rahang menahan marah mendengarkan itu. Tidak dinafikan, ada sebahagian pengarah yang memang kaki perempuan. Namun dia tidak sangka, anak perempuannya juga menjadi mangsa kegatalan lelaki-lelaki yang boleh dikatakan... rumah dah kata pergi, kubur melambai-lambai. Dato’ Rahman itu sudah punya dua isteri!
“I’ll talk to them,” ucap Tan Sri Nusret lembut.
Deborah mendengus sebelum dia bangun untuk kembali ke biliknya.
“Their behavior is none of my business. But I don't like them treating me like a slut. What can I do with an old dick anyway?” ucap Deborah sambil berlalu ke pintu.
Sang ayah hampir nak tergelak mendengar bicara sang anak. Kepala digelengkan setelah anak itu keluar dari kamarnya. Anak perempuannya itu duduk di kedudukan yang tinggi dalam syarikat dan statusnya janda. Dia pasti ramai lelaki di sekeliling sang anak merasa resah kerana kedudukan dan kejelitaan yang ada pada Deborah.
Mula-mula Deborah. Kini anak perempuan keduanya juga maju selangkah untuk menuntut cerai setelah suaminya ditangkap bermain wanita di hotel. Tetapi dia lebih rela melihat anak-anaknya hidup sendirian berbanding membela suami yang tidak tahu diuntung!
**BERMINAT? Boleh hubungi/WhatsApp no ini : 011-40049752 (Admin Nina) /
: 019-3729676 (Admin Shida)