Aku
meminta cuti selama tiga hari. Aku mahu mencari secangkir ketenangan di rumah
ibu bapaku. Haikal juga kuangkut sama. Tanpa meminta izin daripada Nizam, aku
memandu ke rumahku di Muar, Johor. Namun, perasaan bersalah tidak mampu aku
hilangkan dari hatiku. Lalu aku hantar mesej melalui telefon menyatakan
pemergianku. Betapa aku sangat menjaga hubungan kami supaya adanya keikhlasan
dan kepercayaan tetapi Nizam senang-senang merobek semua itu. Sakit hatiku
sudah tidak tertanggung.
Sepanjang
perjalanan, aku memikirkan kesudahan cinta kami. Apakah dia tidak lagi mencintaiku
setelah berjumpa dengan temannya itu? Mungkinkah Nizam akan menceraikanku?
Cerai!! Ngeri aku memikirkannya. Bagaimana aku mahu menggalas gelaran janda
dengan usia semuda ini? Apa tanggapan orang di sekelilingku nanti?
“Nizam
tak ikut sama ke?”. Soal emak setelah tangannya kukucup. Haikal sudah hilang
bersama abah. Haikal tu memang cucu kesayangan abah. Maklumlah selama setahun
Haikal di bawah jagaan abah dan emak
ketika aku sibuk belajar.
“Nizam
tak dapat cuti. Lina rindu emak dengan abah”. Balasku namun mata tua emak masih
memandangku. Lama sehingga aku berasa lain macam. Mungkinkah hati seorang ibu
mampu merasai kepiluan hatiku?
“Abang…Lina
balik”. Suara kak Zaleha, kakak iparku kedengaran memanggil abang sulungku, Rehan.
Tidak
sampai seminit, Abang Rehan sudah keluar rumah. “Eh, memandu sorang ke?”. Soalnya
agak terkejut.
Aku
hanya mengangguk lemah. Aku tahu keluargaku pelik kerana inilah julung-julung
kalinya aku pulang tanpa Nizam di sisi. Tidak pernah aku pulang keseorangan
walaupun aku sudah hafal jalan ke kampungku ini.
Naik
sahaja ke rumah, aku disambut oleh anak-anak abang Rehan seramai empat orang
itu. Berlumba-lumba mereka menyalamiku. Suka benar aku melihat gelagat mereka
adik-beradik. Pandai menghormati orang tua.
“Mak
su…mana paksu?”. Tanya salah seorang dari mereka. Aku terkedu. Masuk yang ini, sudah
tiga orang bertanya tentang ‘kehilangan’
Nizam. Begitu terasakah? Andai aku menceritakan apa yang Nizam sudah lakukan
padaku, masih lagikah mereka bertanya tentang Nizam? Mengenangkan pertengkaran
semalam, soalan itu aku biarkan disapa angin lalu. Aku malas menjawab.
Malam
itu, aku menolong emak memasak di dapur. Kak Zaleha dan aku berbual tentang
anak murid di sekolahnya. Ada sahaja modalnya bercerita. Aku tumpang gembira
melihat senyuman manis di bibirnya. Tidak semena-mena, hatiku disapa sayu
melihat kehidupannya bersama Abang Rehan. Jauh berbeza dengan aku.
“Kenapa
akak tengok mata Lina ni sembab je? Lina ada masalah ke?”. Soal Kak Zaleha. Aku
terkelip-kelip mendengar soalannya. Bila masa dia habis bercerita tentang anak
muridnya di sekolah?
“Tak
adalah kak. Lina berjaga malam ni. Bereskan kerja pejabat”. Bohongku. Biarlah
kepedihan ini aku simpan seorang.
DUA
hari di rumah emak, aku bagaikan sudah boleh mengawal diri. Masalahku dengan Nizam
bagaikan hilang dipukul ombak. Biarpun begitu, hatiku tetap sakit bila Nizam
seakan-akan tidak kisah tentang pemergianku. Tidak langsung dia membalas
mesejku, jauh sekali menelefon bertanya khabar. Tergamaknya Nizam! Sudah luput
semuakah cintanya kepadaku? Aku sudah buat keputusan mahu pulang hari ini
biarpun cuti masih berbaki. Sekurang-kurangnya bolehlah aku mengemas rumah atau
menguruskan keperluan Haikal terlebih dahulu.
“Ekal
tak nak balik lagi. Ekal nak main dengan atuk. Main dengan anak Mak Long. Mama…”.
Haikal merengek lagi. Sudah lelah aku memujuknya. Sabar sahajalah aku dengan
tingkahnya yang kadangkala mengugat kesabaranku.
“Ekal
boleh main dengan mama..dengan ayah”.
“Ekal
tak nak main dengan ayah. Ayah tak sayang Ekal lagi..”. Rajuknya membuatkan aku
kematian kata. Haikal yang baru mengenal dunia itu pun mengerti tentang
perubahan Nizam. Masakan aku tidak.
Aku
kemudiannya bertolak lebih kurang pukul 10 pagi. Aku akan pulang lagi, menghadapi lelaki yang satu itu.
Sampai
sahaja di rumah, aku terkejut melihat Perdana milik Nizam tersadai elok di
garaj. Bukankah dia sepatutnya bekerja hari ini? Hatiku tiba-tiba disapa cemas.
Mungkin sesuatu yang buruk telah menimpa Nizam.
Haikal
yang tertidur di dalam kereta aku biarkan dahulu. Tidak mahu aku menggangu
lenanya.
Aku
masuk ke dalam rumah. Namun tersentak mendengar suara manja sesorang di kamar
tidur.
“Sayang..ehmm....”.
Aku
menahan nafas. Menggigil kepala lututku. Apa yang sedang berlaku di dalam? Ada
orang sakitkah tapi mengapa naluri hatiku tidak merasakan begitu.
Berbekalkan
sedikit kekuatan, pintu bilik kutolak
“Astagfirullahal-azim!!!”.
Aku menjerit kuat. Aku tersandar lemah di dinding. Runtuh hatiku saat itu juga.
Luruh segala cinta yang aku tanam bertahun lamanya. Luluh perasaanku. Nizam…Nizam
sedang berasmara dengan wanita lain di kamar tidurku. Kamar tidur kami.. di
katil kami menyulam cinta.
“Li..
Lina”. Nizam kelam kabut bangun menutup setiap inci tubuhnya yang terdedah. Wanita
yang sedang ditindih Nizam itu juga terbelalak. Mungkin tidak menyangka akan
ditangkap hidup-hidup.
“Abang
binatang….!!! Kau perempuan sial”. Laungku kuat. Aku berlari memukul-mukul Nizam
dengan kedua belah tanganku. Aku pukul dia sekuat hati dengan tangisan yang nyaring
kedengaran. Dia tidak membalas. Sedikit pun tidak.
Kemudian
mataku tajam menatap wanita yang tidak bermaruah di hadapanku. Dia seperti
takut sahaja. Mataku jatuh pada selimut milikku yang kini menutupi tubuh
bogelnya.
“Pangg!!”.
Pipinya aku tampar bertalu-talu.
“Lina…sudah!!!”.
Tanpa kuduga, tubuhku ditolak ke katil. Terperanjat diriku. Kupandang Nizam
yang sedang memeluk perempuan jahat itu dengan penuh hiba.
“Sampai
begini sekali abang bencikan Lina”.
“Abang
cintakan Erni, Lina”.
“Kenapa
di rumah ini?”. Soalku namun tidak mendapat balasan. Beraninya dia membawa
teman tidurnya ke rumah ini. Mungkinkah sudah lama dia melakukan perbuatan
terlarang itu tatkala aku sibuk di pejabat dan Haikal pula ke sekolah?
“Sebab
Lina tak boleh mengandungkan, abang buat kerja terkutuk ni?”.
“Kami
akan berkahwin. Lagipun perempuan mandul macam you tak layak untuk lelaki
sehebat dia di katil”. Tanpa segan silu, Erni mencelah. Aku tergelak sinis. Nizam
menghebohkan kekuranganku kepada wanita
kesayangannya ini. Kalau boleh, mahu sahaja aku pukul dia sampai mati.
“Ceraikan
Lina..bang”.
“Ehmm…memang
abang nak cerai pun. Kalau Lina tak minta, abang memang nak ceraikan Lina”.
Jawapan
itu kutelan dengan air mata yang semakin lebat menuruni pipi. Pergilah Nizam.. pergi
jauh dariku! Aku tidak mungkin mati kerana perbuatan yang kau lakukan ini. Akan
tiba suatu saat nanti, engkau menyesal. Langit tidak selamanya cerah. Hatiku
bagai berkata-kata sendiri.
SEDIKITPUN
aku tidak pandang dirinya yang sedang mengusap kepala Haikal ketika itu. Tidak
ada secebis pun perasaan kasih untuknya lagi. Aku benci dia sedalam-dalam
hatiku. Kami sah bercerai pagi tadi di Mahkamah Syariah. Ahli keluarga kami terkejut
mendengar perkhabaran sedih ini.
Ibu
mertuaku mengamuk apabila Nizam memberitahu bahawa dia sudah punya wanita lain
dalam hidupnya. Abang-abangku juga sama. Alongku yang memang selalu
melindungiku menghadiahkan penumbuk sulungnya pada Nizam setelah mengetahui
punca penceraian kami. Waktu itu, mahu sahaja aku menceritakan apa yang berlaku
di depan mata kepalaku. Tapi cukuplah. Aku tidak kejam sepertinya. Aku masih
punya malu untuk menceritakan keaibannya di depan keluarga sendiri.
“Ayah
nak pergi mana?”. Suara Haikal kedengaran. Pelik agaknya melihat rumah kosong
yang bakal ditinggal pergi. Aku tidak mungkin hidup di situ lagi. Kenangan
jahanam itu tidak mungkin aku lupakan seumur hidupku. Abang keduaku, Aidil yang
sedang berada di tempat pemandu, mengusap lenganku. Mungkin berniat mahu
memberi kekuatan.
“Ayah
ada kerja. Nanti kalau ayah ada masa, ayah call
Ekal ye”.
“Ayah
janji?”.
“Ye..janji”.
Mungkin ketika ini tangan kecil Haikal sedang berkait dengan jari kelingking Nizam,
kerana itulah kebiasaan yang dilakukan dua beranak itu.
“Bye bye ayah..”.
Haikal melambai Nizam.
“Lina..abang
harap..abang boleh jumpa Haikal. Dan abang minta maaf banyak-banyak pada Lina”.
Aku
hanya tersenyum hambar, tawar dan kosong. Sesenang itukah mengucap kata maaf
setelah hatiku dipecah-pecahkannya seperti aku ini tidah pernah berharga di
matanya?
“Kita
gerak sekarang ye Angah”.
Ketika
kereta abangku sudah bergerak meninggalkan Nizam sendirian, kupandang dirinya
di dalam cermin sisi. Dia masih berdiri di situ, terpacak lama. Melihat kereta
ini meluncur laju, mungkin bersama senyuman bahagia. Kerana aku tidak lagi menjadi penghalang cintanya bersama Erni.
Air mataku jatuh berderai. Sudah hilanglah cinta. Tenggelamlah segala kasih
sayang. Runtuhlah masjid yang kami bina selama enam tahun lamanya. Hatiku
menangis sendiri.
No comments:
Post a Comment