‘Kenapa abang Man tak bagitahu Ain
terus. Along ni memang pelupa. Kalau Ain tahu, mesti Ain tunggu abang Man.’
Fuadi
tersenyum lemah. Apa maksud Ain? Bunyi macam Ain menyesal dengan perkahwinan
mereka sekarang. Tadi, dia tak sengaja terdengar perbualan mereka di dapur.
Terus terhenti pergerakan kaki yang asalnya mahu ikut serta mereka yang lain
bersarapan.
“Letak
je Aqil kat atas katil tu. Biar Ain jaga. Pergi lah sarapan dulu.” Tersentak
Fuadi dengan suara Ain yang tiba-tiba menegur dari belakang. Jauh sangat dia
mengelamun sampaikan Ain masuk pun dia tak sedar.
“Ain
dah makan ke?” Kepala dipusingkan menghadap Ain. Tangan masih menepuk-nepuk
lembut paha Aqil yang masih di ribaan dia.
“Tak
sempat.” Pendek jawapan Ain.
“Ain
pergilah sambung makan dulu. Abang boleh jaga Aqil.”
“Bak
sini Aqil tu.” Ain terus mengambil Aqil dari tangan Fuadi. Terkedu Fuadi dengan
tingkah Ain yang sedikit kasar.
“Orang
suruh pergi makan tu, pergi ajelah. Tak payah nak tunjuk baik.” Mulut Ain
terkumat-kamit mengomel. Walaupun omelannya perlahan, tapi masih jelas
ditelinga Fuadi.
“Bukan
abang nak tunjuk baik. Tapi mesti diaorang semua dah nak selesai makan.
Seganlah abang. Nanti kita makan sekali ye.” Tipulah kalau dia tak terkesan
dengan tingkah Ain. Tapi, apalah sangat yang dia rasa sekarang kalau nak
dibandingkan dengan rasa sakit hati dan kecewa yang Ain rasa selama ni.
Bunyi
panggilan yang tiba-tiba masuk ke handphone Fuadi menghentikan tingkah mereka.
Melihatkan nama pemanggil yang naik di skrin handphone, Fuadi terus bangun dari
katil, menjarakkan sedikit diri dia dari Ain.
“Tak
tidur lagi? Dah lewat kan kat sana.” Prihatin suara Fuadi. Jam ditangan ditelek
sekilas lalu.
Tahulah
Ain gerangan si pemanggil. Siapa lagi kalau bukan Sofea. Dari tingkah Fuadi dia
sudah dapat mengagak. Dekat sini masih awal pagi. Apa kes nak tidur pagi-pagi
buta. Lainlah kalau dekat UK. Kalau dikira, dekat UK sekarang masih tengah
malam. Memang masa yang sesuai untuk tidur.
“Haih.
Takkanlah baru seminggu lebih tak jumpa dah rindu. Cengeng!” Sengaja Ain
kuatkan suara. Biar Fuadi dengar. Lagi bagus kalau Sofea pun boleh dengar
sekali. Dia yang kena tinggal berbulan-bulan ni okay je.
Fuadi
nampak serba salah. Jelingan tajam dia hadiahkan pada Ain tanda dia tak suka
dengan apa yang Ain tengah buat sekarang ni. Mungkin merasakan tak selesa untuk
terus bercakap dalam bilik ni, Fuadi terus berlalu keluar dari bilik.
Tersenyum
sinis Ain bila melihatkan gelagat Fuadi. Aqil yang tengah lena ditenung lama.
Inilah kekuatan dia sekarang. Tak sanggup Ain nak bayangkan kalau dia turut
kehilangan Aqil. Entah kenapa tiba-tiba dia rasakan yang dia telah terlupa
sesuatu yang penting. Semakin dia renung Aqil, semakin kuat ingatan dia pada
seseorang.
Danish!
Ya Allah..Macam mana dia boleh lupakan Danish. Anak yang satu-satunya menjadi
kenangan bagi Sofea untuk arwah suami dia. Tak dapat Ain bayangkan macam mana
perasaan Sofea bila dia kehilangan Danish.
‘Ya
Allah. Kejamnya aku pada Sofea. Aku penyebab dia kehilangan Danish.’
Terketar-ketar tangan Ain mengusap ubun-ubun Aqil. Dia tak rasa yang dia mampu
menjadi sekuat Sofea. Tambah-tambah lagi tanpa ahli keluarga untuk menyokong.
Sofea tak pernah salahkan dia. Tapi Ain tahu betapa kecewanya Sofea. Kalau tak,
masakan untuk berbalas pandang dengan diapun Sofea tak mampu.
“Aqil,
maafkan mama!” Ya. Ain rasa dia perlu buat sesuatu. Dia bukan kejam sampai
sanggup merampas Fuadi dari Sofea. Tapi, nak buat macam mana, dia pun bukannya
baik sangat untuk terus melihat layanan baik Fuadi pada Sofea. Jadi, biarlah dia
yang mengundur diri. Sekurangnya, dia ada Aqil dengan dia. Lagipun, sementara
Fuadi dan Sofea sambung belajar di UK, dia ada cukup masa untuk menyesuaikan
diri hidup berdua dengan Aqil. Nanti, bila Fuadi dah ada anak dengan Sofea,
pasti lah dia tak akan rebut Aqil dari Ain.
‘Hmmmm…akhirnya..dia
juga yang terpaksa mengalah.’ Tapi satu yang Ain tak faham. Kenapa Fuadi tak
nak lepaskan dia?
“Ain,
Aqil dah tidurkan? Jom pergi makan. Mama suruh letak Aqil kat depan. Biar dia
yang jagakan.” Entah bila Fuadi masuk pun Ain tak pasti. Eh, kejapnya dia
berborak dengan Sofea. Entah-entah Ain sendiri yang jauh sangat mengelamun.
Sampai masa berlalu pun dia tak sedar.
Ain
membiarkan sahaja Fuadi mengangkat Aqil yang sudah kembali lena. Perlahan dia
mengikut langkah Fuadi keluar dari bilik.
Ruang
dapur yang tadinya riuh sudah kembali lengang. Hanya tinggal Ain berdua dengan
Fuadi sahaja di dapur. Yang lain sudah keluar ke depan. Perlahan Ain menyuap
makanan ke mulut. Langsung tak hiraukan Fuadi yang duduk bertentangan dengan
dia. Pandai-pandailah suami dia tu layan diri. Lagipun semua makanan sudah siap
terhidang di atas meja.
Sunyi
je meja makan mereka. Baik Ain, mahupun Fuadi, dua-dua tak mahu mahu buka
mulut. Bagus juga macam ni. Sekurangnya, dapatlah Ain makan dengan tenang.
Usai
makan, Ain terus membawa pinggan dia ke singki. Alang-alang tu, baik dia basuh
terus. Memang mama larang dia buat kerja. Tapi, melampaulah kalau pinggan
sebiji pun tak boleh nak basuh.
‘Haish..lambat
pulak Fuadi ni nak siap makan. Macam sengaja je. Ain perhatikan Fuadi yang
masih menyuap mee ke mulut. Dalam pinggan dia, mee goreng masih separuh yang
tinggal. Macam tengah mengelamun pun ada suami dia ni. Hai, takkan baru dapat
call dari bini kedua dah angau sampai macam tu sekali!
Okey!
Ain sudah hilang sabar.
“Makan
cepat sikit tak boleh ke? Bila nak siap makan kalau asyik mengelamun je.” Keras
suara Ain. Sedar yang dia sedang berkasar dengan suami sendiri. Tapi dia
terpaksa. Kalau Fuadi tak mahu lepaskan dia, biar dia yang buat sampai Fuadi
dah tak tahan dengan dia.
“Hmmm..kalau
Ain nak keluar dulu, pergilah. It’s okay.” Fuadi melemparkan pandangan lembut
pada Ain. Jauh sangat dia mengelamun sampaikan Ain dah habis makan pun dia tak
sedar. Entahlah, panggilan dari Sofea meresahkan dia. Pening dia nak buat
keputusan. Bukan senang nak jaga hati semua orang.
“Memang
nak keluar pun. Tapi, nanti apa pulak kata mama dan abah.” Selamba jawapan Ain.
“Kalau
macam tu, Ain duduk lah dulu. Teman abang makan. Boleh kita borak-borak kejap.”
Penuh mengharap muka Fuadi.
Kerusi
yang bertentangan dengan Fuadi ditarik kasar. Hai la Ain. Kalau nampak dekat
abah perangai dia sekarang ni, memang kena pelangkung la jawabnya. Buat penat
abah hantar pergi sekolah agama. Alih-alih, termakan jugak dengan hasutan syaitan.
“Macam
tak ikhlas je. Tak apalah. Ain keluar la. Abang pun dah siap makan ni.” Fuadi
meletak perlahan garfu di atas pinggan sebelum bangun mencapai botol air kosong
di dalam peti.
Pinggan
dihadapan Fuadi dijeling sekilas. Apa yang dah siapnya. Mee goreng banyak lagi
dalam pinggan tu. Air dalam cawan pun masih tak berusik. Tiba-tiba Ain rasa
bersalah. Mesti Fuadi terasa dengan dia.
“Kenapa
tak habiskan makanan tu. Membazir je. Air pun tak minum lagi.” Perlahan Ain
menegur.
“Dah
kenyang. Pasal air tu, Ain lupa ye. Abang kan tak minum Nescafe.”
Nescafe?
Tak perasan pulak Ain. Lagipun, bukannya dia yang bancuh air tu. Memang sudah
sedia terhidang atas meja bila mereka masuk ke dapur tadi.
“Since
when tak minum Nescafe ni? Tak pernah tahu pun. Hmmm…My bad! I’m sure Sofea
knows more about you.” Sengaja Ain nak sakitkan hati Fuadi. Haih Ain, tadi
nampak macam dah insaf kejap. Entahlah, mood tengah tak stabil. Sekejap sejuk,
sekejap berangin. Sebab tu lah masa tengah dalam nifas ni kena banyakkan
berzikir. Dekatkan diri dengan Allah. Masa kita tengah lemah ni lah Syaitan
senang nak masuk ‘line’.
“Please
Ain, jangan nak mulakan.” Fuadi pandang Ain mohon pengertian. Kepala digeleng
perlahan beberapa kali.
“Betul
la apa yang Ain cakap. Boleh dikira dengan jari je berapa hari we stayed
together. Lepas ni pun you’re going to leave me again. Very soon. So, do we
really have a time to know more about each other?”
“Of
course we have Ain. Kita ada sepanjang hidup. Benda ni pun bukannya ada silibus
yang nak kena ikut. Hari ni nak belajar apa, esok nak belajar apa. Anytime kita
boleh belajar Ain. In fact, just now you
have learnt something new about me. I’m not the favour of Nescafe. That’s it.
Simple!” Fuadi kembali mengambil tempat
di kerusi berhadapan dengan Ain.
“Yakinnya.
Yeah that’s true if and only if kita masih suami isteri. We don’t know the
future. Who knows, maybe in 3 years or 2 years time we are not a husband and
wife anymore.” Ain lemparkan pandangan tajam pada Fuadi. Dalam maksud ayat dia
tadi. Harapnya, Fuadi fahamlah.
Lama
mereka saling berbalas pandang. Fuadi cuba mencari sesuatu dari air muka Ain.
Tapi, makin dia pandang muka Ain, makin pedih rasa hati. Riak muka Ain kosong.
Again! Sekarang dia tak pasti. Samada Ain yang terlalu pandai menyembunyikan
perasaan atau sebab Ain memang dah tak ada perasaan dekat dia. Satu yang pasti,
apapun alasannya, memang dah jelas yang Ain serius mahu melepaskan diri dari
ikatan perkahwinan mereka.
“Yup.
We can’t predict the future. But, I’m sure selagi abang masih waras, kita akan
kekal suami isteri sampai bila-bila. Maybe Ain dah lupa yang talak ada pada
tangan abang. Okaylah, jom kita keluar. This topic was not interesting at all.”
Bagi
Fuadi, biarlah dia yang mengalah dulu buat masa sekarang. Biar Ain lepaskan
semua rasa kecewa dan sakit hati pada dia dulu. Selagi dia masih mampu
bersabar, sabarlah. Baru sekarang dia rasa peritnya kalau dipinggirkan orang
yang kita sayang.
Teringatkan
panggilan dari Sofea tadi, Fuadi mengehela nafas perlahan. Sekali lagi dia
tersepit. Diantara kehendak Sofea, dan perasaan Ain, mana yang patut dia
utamakan. Dia kasihankan Sofea yang
memang berharap sangat. Perasaan Sofea sekarang, memang dia faham sangat.
Tapi,
Fuadi pasti, sekali lagi dia lukakan hati Ain, memang peluang dia untuk menjernihkan
hubungan mereka terus tertutup. Kalau dia berterus terang, adakah Ain akan
faham? Perempuan. Fikiran mereka susah nak dijangka. Ada benda yang mereka
boleh kompromi, ada benda yang memang diaorang tak boleh nak kompromi langsung.
‘Ya
Allah. Apa yang aku patut buat.’
Bunyi
kerusi yang ditarik kasar menyedarkan Fuadi. Sekali lagi dia tenggelam dalam
dunia dia sendiri. Langkah Ain yang berlalu keluar dari ruang dapur hanya mampu
dipandang sayu.
bila ada sambungan episod 38..best lah jln cerita.geraammmmm sgt klu dpt laki mcm ini huhuh
ReplyDeleteBagus ain... fuadi tamak... sofea pun dia nk, ain pun dia nak... dgn sofea layan baik dan cakap pun guna ayat yg lembut didengar... tp bila dgn ain ditengking... lepas kan la ain tu fuadi... ain berhak nak bahagia jugak.... awak tu jaga la sofea tu baik2.. tantang la dia.. kan sofea isteri kesayangan awak kan fuadi... geram nya dgn fuadi ni... stres tau dgn awak fuadi oooiiii.....
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteArggghhhh....geram ngan fuadi...Dari awal perkahwinan ain asyik makan hati dan memendam rasa....please bagi keluarga ain tahu yang fuadi dah lama kahwin satu lagi...pleaseeee....
ReplyDeleteSelama ini Ain dah banyak mengalah... Faudi tamak sangat Ain nak Sofia pun nak... kalau x boleh berlaku adil baik Faudi lepaskan Ain... kasihan Ain biarlah AIn dapat bahagia dgn orang yang lebih menghargai dia... dari AIn makan hati lagi... kalau kak sue memang minta lepas sbb x mahu tanggung dosa banyak sgt...
ReplyDeleteTerima kasih cik adik penulis...
ReplyDeleteTerima kasih cik adik penulis...
ReplyDeleteNext bab pless..hehee :)
ReplyDeleteApa lg alasan fuadi utk sofea
ReplyDeleteX adil tau x...
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteX sabar nak tunggu
ReplyDeleteWoohooo........ Fuadi.... apa yg tersepit tu..... Sofea mintak Aqil ganti Danish ker?........ Ain... Jgn bagi..... Fight.....Fight.....Fiight...
ReplyDeleteSendiri cari penyakit fuadi ooiii..x ko yg gatal melayan pompuan lain selain dari bini ko, xde la bini muda ko tu mengada2 sgt..menyampah pulak dgn spesis jantan gini..
ReplyDeleteX sabar nak baca episode seterusnya..mudah2an ada kebahagian utk ain..dan harap ain pun jgn la ganas n bersikap kurang ajar dgn fuandi..buat mcm biasa je perangai ain, biar mamat tu rasa bersalah..tu lagi bagua bagi perasaan dia terdera sbb dia dah lama mendera emosi ain..semuga ain berbahagia disamping anak tersayang..kejar cinta manusia x kemana, kalau didera terasa kecewa..carik la cinta dari yang maha esa..insyaallah bahagia selamanya..
ReplyDeleteAdik penulis. Wujudkanlah watak hero ke dua biar Fuadi rasa terancam n cerita tambah best
ReplyDeleteAsyik jaga hati sofia je...memang menyakitkan betul fuadi ni..sayang apa cam tu
ReplyDeleteakak writer sambunglaaahh pleeaasssee
ReplyDeletetanggunglah akibatnya... rasa sakit hati yg perlu dibayar...
ReplyDelete