Sayu pandangan Ain
melihatkan wajah polos putera kesayangan dia. Raut wajah yang saling
tak tumpah seperti Fuadi.
‘Ahmad Aqil.’ Inilah
kekuatan dia sekarang. Pandangan dilemparkan pada dinding yang bercat
putih disekeliling dia. Sunyinya rasa hati sekarang. Sebelah tangan
perlahan diangkat untuk menyentuh dahi yang bertampal dressing.
Ya Allah..Menitik perlahan air mata Ain.
Masih segar diingatan dia
perlanggaran yang terjadi semalam. Rasa sakit yang makin kuat
mencucuk meresahkan Ain. Kelajuan kereta sedikit ditambah untuk
membolehkan dia cepat sampai di hospital. Tak tahu lah macam mana dia
tiba-tiba boleh terbabas melanggar penghadang jalan. Hentakan yang
kuat di perut membuatkan Ain menyeringai kesakitan sebelum keadaan
sekeliling tiba-tiba menjadi gelap. Ain pengsan tidak sedar kan diri.
Buka sahaja mata, Ain tahu
dia sudah di dalam wad. Tangan dia terus menyentuh perut yang sudah
sedikit kempis. Mata ditalakan pada mama dan ummi di sebelah.
“Macam mana anak-anak
Ain?” Ya, anak-anak Ain. Sengaja Ain menyorokkan berita tentang
kehamilan kembar dia.
Ain pandang muka ummi yang
tengah resah menyusun kata. Mama tiba-tiba menghampiri Ain. Kemas
genggaman dia pada tangan Ain.
“Ain…ingat Allah. Ain
kena kuat. Anak perempuan Ain, tak dapat diselamatkan.”
Ain terkedu. Rasa kosong
tiba-tiba. Hanya air mata yang laju mengalir di pipi.
“Ain nak tengok anak
Ain.” Bergetar suara Ain menahan sebak.
“Kejap lagi Ain boleh
tengok. Ayah dengan papa tengah uruskan.” Ain meraup tangan ke
muka. Ya Allah. Kuatkan aku!
Ain cium perlahan dahi
anak perempuan dia. Sejuk sangat dahi dia. Tenang wajah dia,sesuai
dengan namanya. Nur Auni. Cahaya ketenangan. ‘Mama redha.
Sekurangnya mama tahu, syurga tempat mu.’
Sekarang Ain keseorangan
di wad. Mama pergi ke surau untuk solat. Yang lain, ayah, papa, dan
ummi semuanya pulang ke rumah untuk menguruskan pengebumian anak
perempuan dia. Sedikit ralat Ain sebab dia tak dapat turut sama
menguruskan jenazah anak dia.
Panggilan telefon dari
ummi menyentakkan Ain yang tengah mengelamun.
“Err..Ain. Fuadi suruh
tunggu dia nak kebumikan Auni ni. Kalau ikutkan lagi 3 jam dia
sampai. Macam mana?”
Hmmm…balik juga Fuadi.
Tapi bagi Ain sekarang, Fuadi balik atau tak, sama je. Tak akan
merubah apa pun.
“Ummi. Kalau ikutkan
Ain, baik terus uruskan je. Ain tak mahu lambat-lambat. Kesian dekat
Auni.”
“Tak mahu tunggu Fuadi?”
Sedikit serba salah ummi. Ain tahu perasaan ummi sebab dia sekarang
pun sudah menjadi ibu.
“Ummi, tak elok. Dah
lama sangat ni. Lagipun salah dia. Siapa suruh tunda tarikh balik
sini.” Macam tak ada perasaan jawapan Ain.
“Hmmm..kalau Ain dah
cakap macam tu. Ummi ikut je.”
Ummi tak mahu mendesak
lagi. Jawapan Ain, memang tak dapat disangkal lagi.
Malam itu, Ain keseorangan
di wad. Sengaja Ain suruh mama balik berehat di rumah. Mesti mama pun
penat menguruskan tahlil di rumah tadi.
Ain tak dapat tidur. Masih
terkenang muka arwah anaknya. Walaupun redha, ibu mana yang tak sedih
bila kehilangan anak yang dikandung selama ini. Tak puas rasanya
menatap wajah comel itu tadi. Muka Nur Aini, lebih banyak mengikut
riak wajah dia. Hmmm..tak dapat Ain bayangkan kalau dia kehilangan
kedua-dua anak dia sekaligus.
Pintu bilik yang dikuak
dari luar mengejutkan Ain. Takkan nurse sebab baru sekejap tadi sudah
ada nurse datang memeriksa keadaan dia.
Lambat-lambat Ain
memusingkan badan ke arah pintu. Fuadi! Walaupun dalam keadaan samar,
tidak susah untuk Ain mengecam susuk tubuh Fuadi. Dah sampai
nampaknya dia.
Sedikit berkerut Ain
memandang langkah Fuadi yang semakin mendekati katil dia.
“Tak tidur lagi?”
Perlahan suara Fuadi. Kerusi ditarik mendekati katil sebelum dengan
perlahan dia melabuhkan duduk di kerusi. Mata dia tidak lepas dari
memandang Ain. Tangan dia yang naik ingin menyentuh ubun-ubun Ain
segera ditepis. Jelas di mata Ain riak Fuadi yang sedikit terkejut
dengan reaksi Ain.
“Buat apa dekat sini?”
Keras suara Ain.
“Kenapa dengan Ain ni?
Dah la tak bagi abang tengok muka anak kita. Terkilan sangat abang
bila sampai je, tengok-tengok anak kita dah selesai dikebumi.”
Memang terkilan sangat suara Fuadi. Tapi, buat apa Ain nak kisah kan.
“You shouldn’t come
here. Ain nak rehat.” Terus Ain kembali memusingkan badan dia ke
arah dinding.
“Hmm..tidur je lah. Ain
penat kan? Abang temankan Ain.” Perlahan suara Fuadi sambil
membetulkan selimut Ain.
Ain sudah tak mahu
membalas bila tubir mata dia mula terasa panas. Diseka perlahan air
mata yang mula mengalir. Tak mahu Fuadi perasan. Kalau la Fuadi tahu
betapa Ain inginkan kehadiran dia semasa dia sedang cemas memandu
sorang-sorang ke hospital. Kalau la Fuadi tahu betapa Ain inginkan
kehadiran dia saat menerima berita kehilangan anak mereka. Tapi,
sekarang, Ain rasa kehadiran Fuadi sudah tak ada makna.
Tengah hari itu, Ain sudah
dibenarkan keluar dari wad. Terpaksa juga Ain balik sekali dengan
Fuadi bila hanya Fuadi yang datang menjemput dia tengah hari itu.
Sepanjang perjalanan, Ain
hanya menyepi. Dia duduk di kerusi belakang sambil mengendong anak
dia. Lebih selesa duduk di belakang untuk memudahkan dia beralih
posisi bila terasa lenguh.
“Ain ada nak makan
apa-apa ke? Kalau nak abang boleh berhenti beli kejap.” Soalan
pertama yang terpacul dari mulut Fuadi. Memecahkan kesunyian di dalam
kereta.
Ain biarkan soalan Fuadi
tak berjawab. Takkan dia tak tahu. Ain kan sedang berpantang. Mana
boleh main makan ikut sedap mulut je. Lagipun, Ain memang tak ada
selera nak makan sekarang ni. Masih terkesan dengan kehilangan anak
perempuan dia.
Bila lama soalan dia
dibiarkan tak berjawab. Fuadi tahu, Ain memang sengaja. Dari semalam,
dia sudah dapat mengesan aura dingin Ain pada dia.
“I know you’re mad
with me. But, now is not the correct time to discuss about it.”
Fuadi pandang je Ain yang tengah melayan perasaan sendiri. Pandangan
dia dilemparkan ke luar tingkap.
Sampai je di rumah mama,
ramai yang sudah menunggu. Walaupun terpancar kegembiraan di wajah
masing-masing, Ain masih dapat mengesan riak serba-salah di wajah
mereka. Mungkin mereka mahu berhati-hati supaya tidak mengguris hati
Ain secara tak sengaja.
Mama sudah menyiapkan
tempat untuk Ain di ruang keluarga. Ada satu katil bujang diletakkan
di satu sudut untuk membolehkan Ain berehat. Buat sementara, Ain akan
menggunakan bilik tetamu di tingkat bawah untuk tidur.
Aqil nampaknya menjadi
perhatian ramai. Dari satu tangan ke satu tangan dia beralih. Nasib
baik dia tak meragam. Mungkin sebab sudah kenyang menyusu tadi.
“Ain, pergilah masuk
berehat dalam bilik dulu. Nampak penat muka tu. Aqil tinggalkan je
dekat sini. Biar diaorang jaga.” Ain mengangguk setuju dengan mama.
Memang dia mengantuk sangat sekarang ni. Mungkin disebabkan tidur
yang tak lena semalam.
Fuadi tak tahu pergi ke
mana. Tadi, Ain ada nampak dia berborak dengan papa kejap. Hmm..
malas Ain nak fikir pasal dia.
Bunyi baby menangis
mengejutkan Ain dari lena. Dipandang sekilas jam di dinding. Pukul 4
petang. Lama juga dia tidur.
“Haaa…mama dah bangun
pun. Anak papa lapar ye?” Ain lihat Fuadi tengah menepuk-nepuk
memujuk Aqil yang tengah merengek-rengek. Memang patut pun Aqil lapar
sekarang ni. Terus Ain ambil Aqil dari kendongan Fuadi.
“Hmm..abang keluar la.
Ain tak selesa abang kat sini.” Direct ayat Ain. Tak ada nak
berselindung. Dia memang tak selesa nak menyusu kalau Fuadi ada si di
sini.
Fuadi pandang tajam pada
Ain. Lama. Sebelum pandangan dia kembali lembut tiba-tiba.
“Okay. Nanti siap
menyusu, jangan lupa keluar makan.” Fuadi terus melangkah keluar
dari bilik.
Malam itu, ketika Ain
sedang menidurkan Aqil, Fuadi tiba-tiba melangkah masuk ke dalam
bilik. Eh, kenapa dia ada dekat sini? Ain ingatkan Fuadi sudah balik
rumah ummi tadi. Ain pandang je Fuadi yang mula melabuhkan punggung
di birai katil. Memerhatikan Ain yang sedang menepuk lembut punggung
Aqil.
Kehadiran Fuadi langsung
tak dihiraukan. Yang Ain resahkan sekarang, Aqil masih
merengek-rengek. Ain tak tahu apa lagi nak buat. Kalau nak cakap
lapar, baru je dia selesai menyusu. Ain rasa Aqil mengantuk. Tapi,
dari tadi, masih tak mahu tidur lagi. Ain dah la tak berapa
berpengalaman menguruskan baby.
“Mari sini, biar abang
tidurkan Aqil ni.” Terus Fuadi mengangkat Aqil dari katil. Dia
mengendong Aqil sambil berjalan ke bawah kipas. Tangan dia cekap
mendodoikan Aqil sambil mulut perlahan melagukan zikir. Senyap suara
Aqil. Rengekan dia sudah tak kedengaran.
Ain lupa. Fuadi pastilah
sudah ada pengalaman semasa menguruskan Danish dulu. Ain ralit
melihat Fuadi. Sedikit terpana dia dengan gaya Fuadi. Nampak
terserlah sifat kebapaan dia.
No comments:
Post a Comment