DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Monday, 30 November 2015

JODOH UNTUKKU - BAB 34

BAB 34

Akhirnya! Lega Ain bila tidak kedengaran lagi rengekan kecil dari mulut comel Aqil. Mungkin tadi dia merengek sebab mahu didodoikan. Benda-benda macam ni memang Ain tak berpengalaman. Sama seperti malam semalam, bila Fuadi dodoikan, senang je lena Aqil menjengah. Nasib baik lah Fuadi ada untuk membantu. Tapi, sampai bila dia perlu mengharapkan Fuadi. Sampai masanya nanti, dia akan kembali ditinggalkan. Dan, waktu itu, Ain tahu dia harus kuat untuk membuat keputusan!

Fuadi dengan berhati-hati meletakkan Aqil yang sudah lena di tengah-tengah katil. Handphone di atas meja kecil dibelek sekilas sebelum langkah diatur ke bilik air. Pastinya untuk mengambil wudhuk. Ain pasti, sama seperti semalam, selesai je solat Isyak nanti, baru lah Fuadi akan pulang ke rumah ummi. Tak tahu lah pula Ain kenapa Fuadi perlu pulang ke rumah ummi sedangkan dia boleh je tidur dekat situ. Kalau memang Fuadi tak mahu tidur di situ, Ain tak ada sebarang halangan. Malah, rasanya dia lebih selesa tanpa kehadiran Fuadi.

Sementara Fuadi sedang solat, Ain mengatur langkah keluar dari bilik. Terasa kering pula tekak dia. Nasib baik mama memang menyediakan air kosong di ruang keluarga untuk Ain. Jadi tak perlu lah Ain berjalan jauh untuk ke dapur.

Segelas air kosong sudah selamat masuk ke tekak. Lega terasa tekak yang tadinya kering. Sempat lagi Ain memerhati keadaan sekeliling. Ruang keluarga sudah sunyi dan suram. Pasti semua yang lain sudah masuk berehat ke bilik masing-masing. Tentulah semua kepenatan setelah selesai kenduri tahlil untuk Auni tadi. Tiga malam berturut-turut mama menjemput ahli kariah masjid untuk majlis tahlil Auni.

Bergenang air mata Ain bila teringatkan Auni. Dia masih belum berkesempatan untuk melawat pusara Auni. Pernah terlintas di hati kecil Ain yang Auni sepatutnya dapat diselamatkan. Kalau lah dia tidak kemalangan malam itu, kalau lah dia datang lebih awal, kalau lah Fuadi ada untuk membawa dia ke hospital! Arrghhhhh… Macam-macam rasa yang terbuku di hati Ain sekarang.

Ya Allah, Ain. Istighfar…Siapa kita nak menghalang ketentuan Allah! Ain mengatur langkah kea rah sofa. Dia perlu menenangkan diri untuk seketika. Mulut tak henti-henti beristighfar. Dalam keadaan sekarang, dia perlu memastikan emosi dia stabil. Macam-macam boleh berlaku kalau emosi dia terganggu!

Tombol pintu dipulas perlahan. Dekat sepuluh minit juga Ain duduk menenangkan diri di luar. Pelik juga dia. Kenapa Fuadi tak keluar-keluar dari bilik. Dia tak mahu balik rumah ummi ke? Takkan la dia tak habis lagi solat.

Masuk sahaja ke dalam bilik, Ain lihat Fuadi tengah duduk dibirai katil. Tangan dia perlahan-lahan mengelus ubun-ubun Aqil.

Abang tidur sini ke?” Mata yang semakin mengantuk membuatkan mulut Ain laju je bersuara untuk mendapatkan kepastian.

Kenapa? Ain tak nak abang tidur sini ke?” Hmm..nampaknya soalan berbalas soalan.

Just wondering. Ain tak kisah abang nak tidur mana.” Ain mula mengambil tempat di atas katil. Terasa penat sangat badan dia sekarang. Mungkin disebabkan emosi yang sedikit terganggu tadi.

Abang tidur sini. Semalam abang tidur rumah ummi sebab nak ambik baju abang kat sana.” Fuadi bangun dari katil sebelum bergerak ke arah almari baju. Tak tahu lah apa yang dia ambil dari almari sebab Ain dengar bunyi alamari dibuka dan ditutup. Hmm..tak larat Ain nak fikir lagi. Mata mula dipejam untuk menggamit lena.

Mata yang tadinya terpejam terus terbuka bila terasa ada sentuhan di kaki dia. Jelas kelihatan susuk tubuh Fuadi dihujung kaki dia.

Kaki ni kena pakai stokin. Nanti masuk angin. Tak apa Ain boleh pakai je stokin ni. Abang tak letak apa-apa charge pun.” Terpana Ain bila Fuadi mula menyarungkan stokin di kaki dia. Charge? Owh…Teringat yang dulu Fuadi pernah charge dia sebab guna stokin tanpa kebenaran. Ain curi-curi mengesat pelupuk mata yang sudah sedikit basah. Hati dia memang cepat terusik.

Abang!!!!Kenapa perlu begini. Jangan seksa hati Ain lagi. Sekarang, Ain perlu kan Fuadi yang dingin, yang hati dia penuh kebencian untuk Ain. Baru lah Ain tak teragak-agak nak buat keputusan. Kalau Fuadi berterusan macam ni, Ain takut hati ni berubah lagi! Nampaknya, dia perlu lebih tegas.

Hari ini genap tujuh hari Aqil menjengah dunia. Ralit Ain memerhatikan mulut kecil Aqil yang sekejap-sekejap tersenyum comel walaupun mata masih tertutup rapat. Emm…Entah apa lah yang tengah dia mimpikan agaknya. Keriuhan keadaan sekeliling langsung tidak mengganggu lena dia. Rumah mama mula dipenuhi sanak saudara dan jiran tetangga yang datang untuk memeriahkan majlis cukur jambul sekali dengan akikah untuk Aqil dan juga untuk Auni.

Ain, abang nak angkat Aqil. Ustaz dah sampai tu.” Teguran Fuadi menyentakkan Ain yang tengah ralit mengelamun.

Ain yang tadinya duduk dibirai katil terus bangun untuk membolehkan Fuadi mengangkat Aqil yang tengah lena di tengah katil. Langkah diatur ke arah sofa di sebelah katil. Sengaja mama menempatkan katil bujang di ruang keluarga untuk membolehkan Ain berehat di situ. Bila ada jiran atau saudara yang datang untuk melihat Aqil, tak perlu lah mereka masuk ke dalam bilik. Senang!

Ain tak nak ikut ke depan sekali ke?” Redup pandangan Fuadi pada Ain, mengharapkan soalan dia berbalas. Tahu yang Fuadi sedang menantikan jawapan dari dia, Ain hanya menggeleng perlahan sambil mata tetap tidak dialihkan dari handphone di tangan.

Dalam seminggu ni, boleh dibilang berapa patah perkataan je yang keluar dari mulut Ain untuk Fuadi. Selebihnya, Ain lebih senang menyepikan diri. Jelas kedinginan layanan Ain. Rasanya, tidak sukar untuk ahli keluarga Ain mengesan pergolakan dalam rumah tangga mereka. Tapi, buat masa sekarang, semuanya bersepakat hanya untuk menjadi pemerhati. Mungkin mereka tak mahu mengganggu emosi Ain.

Ain memandang sepi Fuadi yang mula melangkah keluar ke ruang tamu. Sempat lagi Fuadi curi-curi mencium pipi comel Aqil sambil tangan dia nakal mencuit-cuit hidung Aqil. Berkaca mata Ain bila melihatkan tingkah Fuadi. Memang tergambar kasih sayang dia untuk Aqil. Tapi, kenapa baru sekarang Fuadi hendak menunjukkan kasih sayang dia. Kenapa bukan sejak dia mengandungkan Aqil lagi! Kalau dari dulu Fuadi bereaksi sebegini,tak perlu lah Ain dalam dilema sekarang. Hmmm…Entah lah, rasanya semua sudah terlambat sekarang!

Baiknya Aqil! Langsung tak menangis sepanjang majlis cukur jambul. Dari seorang ke seorang dia dikendong Fuadi sehinggalah habis mengelilingi bulatan ahli kariah masjid dan sanak saudara. Kaum Hawa termasuk lah Ain setia menjadi pemerhati dari tepi. Ain yang tadinya tidak mahu turut serta ke ruang tamu akhirnya kalah juga bila terdengarkan alunan selawat yang mula bergema di ruang tamu rumah mama sepanjang majlis cukur jambul Aqil. Teringin sangat hati dia untuk melihat majlis cukur jambul Aqil.

Selesai sahaja alunan selawat, Fuadi terus mengatur langkah keluar dari ruang tamu sambil menggendong Aqil. Kemana lagi hendak dia tuju kalau bukan ke arah Ain. Tampak tergesa-gesa langkah dia.

Pandai Aqil timing ye. Habis baju papa kena muntah.” Ain mengambil Aqil dari kendongan Fuadi. Jelas kelihatan tompok-tompok putih di lengan baju melayu yang dipakai Fuadi. Nampaknya banyak juga Aqil muntah susu.

Abang masuk bilik kejap. Nak tukar baju.” Seperti biasa, langkah Fuadi yang bergegas masuk ke bilik dipandang sepi oleh Ain. Tisu basah di atas meja diambil sebelum Ain mula mengelap kesan-kesan muntah di sekitar mulut Aqil. Hmm..baju Aqil pun kena tukar jugak nampaknya. Dah semerbak bau muntah dia. Langkah diatur ke arah katil di ruang keluarga.

Assalamualaikum…”Salam yang tiba-tiba dihulur menghentikan seketika pergerakan tangan Ain yang tadinya tangkas menukar baju Aqil.

Waalaikummussalam….” Sedikit tergagap Ain menjawab salam yang dihulur. Tak terjangka dengan kehadiran figura di depan dia sekarang. Abang Man! Rasanya, tak ada pun kelibat Abang Man dekat depan tadi. Selamba je Abang Man melangkah masuk ke ruang keluarga. Langkah dia diatur ke arah Ain.

Ya Allah. Comelnya anak uncle ni.” Abang Man yang menunduk untuk mencuit pipi Aqil membuatkan Ain sedikit tak selesa. Terasa rapat sangat kedudukan dia dengan abang Man sekarang. Cepat-cepat Ain membutangkan baju Aqil sebelum dia bangun dan bergerak ke sofa untuk memberi ruang kepada abang Man melihat Aqil dengan lebih dekat.

Abang Man dari mana ni? Tadi tak ada pun kat depan.” Pelik jugak Ain.

Soalan Ain dibiarkan tak berjawab buat seketika sebelum tiba-tiba Abang Man menyorotkan pandangan dia pada Ain. Bila melihatkan senyuman yang tersungging di bibir Abang Man, Ain rasa dia sudah tersalah soalan. ‘Ish, kenapa lah yang kau pergi tanya macam tu Ain.’

Since when you’re spying on me ni? Patut lah Abang Man rasa seram sejuk dua tiga hari ni. Ada orang lawa tengah mengintai rupanya.” Hah! Kan dah kena. Muka Ain sudah berona merah. Dah la suara abang Man kuat bukan main. Pandangan diliarkan ke sekeliling. Nampaknya, mereka sudah menjadi tumpuan.

Man,,,jangan lebih-lebih. Ain tu dah jadi mak orang tau.” Hah tu dia. Dah dengar dah suara kepoh Kak Cik.

Abang Man ni…Saja nak kenakan Ain kan.” Perlahan suara Ain menahan malu.

Eh takkan tak biasa. Dulu-dulu selalu je abang Man usik. Kalau tak dengar suara Abang Man, tak lena tidur.” Tangan dia masih nakal mencuit-cuit pipi Aqil. Bila Aqil menggeliat kegelian, terus diam tangan dia. Tapi bila Aqil kembali lena, mula la tangan dia berjalan kembali.

Mana Ain ingat semua tu.” Ye lah. Zaman budak-budak. Mana la dia ingat.

Hmmm..Kalau Ain ingat, tak ada la kita macam ni sekarang.” Perlahan suara Abang Man. Terus terdiam Ain. Mendalam maksud Abang Man. Tapi tak mampu dicerna Ain sebab dia memang ingat-ingat lupa kisah zaman kanak-kanak dulu.

Okay la. Abang pergi depan dulu. Lupa pulak nak bawa hadiah untuk this little boy. Nanti abang bagi.” Ciuman dihadiahkan di pipi Aqil sebelum Abang Man melangkah keluar ke runag tamu untuk ikut serta kaum Adam yang lain menjamu selera.

Baru sahaja Ain memusingkan badan untuk ke dapur, dia dikejutkan dengan kehadiran Fuadi yang secara tiba-tiba sudah tercegat di belakang dia.

Hmm..Untung Razman kan. At least boleh jugak dia dengar suara Ain.” Lirih kedengaran suara Fuadi. Entah sejak bila agaknya dia menjadi pemerhati drama sebabak antara Ain dengan Abang Man.

Nah, minum milo ni. Ain tak makan apa-apa lagi kan sejak pagi. Lauk untuk Ain tak siap lagi.” Tak perasan pulak Ain bila Fuadi keluar ke dapur. Segelas air milo dengan sepiring biskut kering diletakkan di atas meja kecil di tepi sofa. Nampaknya semua yang lain sudah meninggalkan ruang keluarga untuk turut serta menjamu selera di depan. Hanya tinggal Ain dengan Fuadi di ruang itu.

Air dan biskut di atas meja hanya dipandang sekilas oleh Ain. Tidak mahu mengalah nampaknya Fuadi ni. Setiap kali waktu makan, dia tak pernah lupa membawakan makanan untuk Ain. Selalu juga Ain biarkan makanan tu tak berusik. Alih-alih Fuadi sendiri yang terpaksa habiskan.

Setelah beberapa ketika air milo di atas meja dibiarkan tidak berusik, kesabaran Fuadi mula menipis.

Ain, what’s wrong?” Lirih kedengaran suara Fuadi.

Ain pandang Fuadi. Tak jelas dengan soalan yang baru terluah dari mulut Fuadi.

What?” Hah, ini memang kepakaran mereka. Soalan berbalas soalan. Kening dia diangkat sedikit tanda mahukan lebih penjelasan.

Did I do anything wrong? Apa yang tak kena? Perlu ke Ain layan abang macam ni? I’m trying to be good to you. Tak boleh ke Ain at least appreciate apa yang abang buat ni.”

Hmmm..terus panjang berjela soalan dia. Mungkin nak meluahkan ketidak puasan hati dia dengan ‘silent treatment’ yang Ain bagi sepanjang seminggu ni.

Seriously? Takkan tak tahu? Or saja pura-pura tak tahu sebab dah banyak sangat buat salah?” Sedikit tergelak Ain.

Senyuman sinis dilemparkan pada Fuadi. Takkan dia tak tahu. Apa dia ingat dia boleh tinggalkan Ain macam tu je, and then bila dia datang balik dia harapkan Ain boleh nak react as if there’s nothing happen. Impossible!!!

Okay. Abang ada banyak salah dengan Ain. I admit it. So, just tell me Ain tengah tak puas hati dengan apa sekarang ni. I need to know so that we can discuss.” Bersungguh Fuadi mahukan penjelasan dari Ain.

When you’re going back to UK?” Terkedu Fuadi dengan soalan Ain. Lain yang dia jangka, lain yang keluar dari mulut Ain.

Ermm..Next week kot. I’m not sure yet.” Teragak-agak Fuadi menjawab. Mungkin sebab tak terjangka dengan soalan Ain.

See…you’re going to leave me soon. Again! So, there’s nothing that I can say sebab kesudahannya sama. Tak ada apa yang nak kita discuss sebab tak kan ada apa yang berubah.” Tegas suara Ain. Langkah kaki dia mula di atur masuk ke bilik. Aqil yang tengah tidur ditinggalkan sahaja di ruang tamu. Tak mahu orang lain mengesan keadaan mereka yang tengah bertelingkah sekarang. Fuadi turut sama mengikut langkah dia.

Ain,,please..abang tak mahu kita macam ni. Tak tenang abang nak tinggalkan Ain dengan Aqil kalau hubungan kita masih macam ni.” Separuh merayu Fuadi. Tak pernah Ain berhadapan dengan Fuadi versi sebegini.

What? Apa lagi? Abang dengan Sofea tengah berseronok dekat sana. Tinggalkan Ain sorang-sorang dekat sini. Lepas tu bila dah sampai sana terus menyepi. Biarkan Ain terkontang-kanting dekat sini. Dengan tengah mengandung lagi. Cakap nak balik awal la. Bukan main janji nak teman Ain masa bersalin. Lepas tu, boleh pulak mungkir janji. Cakap nak balik tapi tak balik-balik. Bila dah bersalin, pandai pulak nak balik. Then, what do you expect me to do?” Sedikit menjerit suara Ain.

Terluah terus semua yang terbuku dekat hati. Air mata yang dari tadi mengalir dibiarkan sahaja. Terketar-ketar badan Ain menahan geram.

Fuadi yang tampak tergamam hanya membiarkan Ain melepaskan semua yang terbuku dekat hati. Usai je Ain menghamburkan kata, kaki dia perlahan melangkah ke arah Ain. Tubuh Ain ditarik kedalam dakapan dia. Meminjamkan bahu dia untuk Ain melepaskan perasaan. Kemas dakapan dia pada Ain.

Air mata lelaki dia turut bergenang. Terasa yang dia sudah gagal sebagai seorang. Gagal melindungi isteri yang dia sayangi.

I’m sorry. For all the bad things that I’ve done, I’m really sorry.” Lama Ain melepaskan perasaan dia. Terasa ringan sedikit kepala dia selepas terluah semua yang terbuku di hati.

Lepaskan Ain. Please!” Perlahan suara Ain.

Fuadi terkedu!




















No comments:

Post a Comment