Akhirnya! Lega Ain bila
tidak kedengaran lagi rengekan kecil dari mulut comel Aqil. Mungkin
tadi dia merengek sebab mahu didodoikan. Benda-benda macam ni memang
Ain tak berpengalaman. Sama seperti malam semalam, bila Fuadi
dodoikan, senang je lena Aqil menjengah. Nasib baik lah Fuadi ada
untuk membantu. Tapi, sampai bila dia perlu mengharapkan Fuadi.
Sampai masanya nanti, dia akan kembali ditinggalkan. Dan, waktu itu,
Ain tahu dia harus kuat untuk membuat keputusan!
Fuadi dengan berhati-hati
meletakkan Aqil yang sudah lena di tengah-tengah katil. Handphone di
atas meja kecil dibelek sekilas sebelum langkah diatur ke bilik air.
Pastinya untuk mengambil wudhuk. Ain pasti, sama seperti semalam,
selesai je solat Isyak nanti, baru lah Fuadi akan pulang ke rumah
ummi. Tak tahu lah pula Ain kenapa Fuadi perlu pulang ke rumah ummi
sedangkan dia boleh je tidur dekat situ. Kalau memang Fuadi tak mahu
tidur di situ, Ain tak ada sebarang halangan. Malah, rasanya dia
lebih selesa tanpa kehadiran Fuadi.
Sementara Fuadi sedang
solat, Ain mengatur langkah keluar dari bilik. Terasa kering pula
tekak dia. Nasib baik mama memang menyediakan air kosong di ruang
keluarga untuk Ain. Jadi tak perlu lah Ain berjalan jauh untuk ke
dapur.
Segelas air kosong sudah
selamat masuk ke tekak. Lega terasa tekak yang tadinya kering. Sempat
lagi Ain memerhati keadaan sekeliling. Ruang keluarga sudah sunyi dan
suram. Pasti semua yang lain sudah masuk berehat ke bilik
masing-masing. Tentulah semua kepenatan setelah selesai kenduri
tahlil untuk Auni tadi. Tiga malam berturut-turut mama menjemput ahli
kariah masjid untuk majlis tahlil Auni.
Bergenang air mata Ain
bila teringatkan Auni. Dia masih belum berkesempatan untuk melawat
pusara Auni. Pernah terlintas di hati kecil Ain yang Auni sepatutnya
dapat diselamatkan. Kalau lah dia tidak kemalangan malam itu, kalau
lah dia datang lebih awal, kalau lah Fuadi ada untuk membawa dia ke
hospital! Arrghhhhh… Macam-macam rasa yang terbuku di hati Ain
sekarang.
Ya Allah, Ain.
Istighfar…Siapa kita nak menghalang ketentuan Allah! Ain mengatur
langkah kea rah sofa. Dia perlu menenangkan diri untuk seketika.
Mulut tak henti-henti beristighfar. Dalam keadaan sekarang, dia perlu
memastikan emosi dia stabil. Macam-macam boleh berlaku kalau emosi
dia terganggu!
Tombol pintu dipulas
perlahan. Dekat sepuluh minit juga Ain duduk menenangkan diri di
luar. Pelik juga dia. Kenapa Fuadi tak keluar-keluar dari bilik. Dia
tak mahu balik rumah ummi ke? Takkan la dia tak habis lagi solat.
Masuk sahaja ke dalam
bilik, Ain lihat Fuadi tengah duduk dibirai katil. Tangan dia
perlahan-lahan mengelus ubun-ubun Aqil.
“Abang tidur sini ke?”
Mata yang semakin mengantuk membuatkan mulut Ain laju je bersuara
untuk mendapatkan kepastian.
“Kenapa? Ain tak nak
abang tidur sini ke?” Hmm..nampaknya soalan berbalas soalan.
“Just wondering. Ain tak
kisah abang nak tidur mana.” Ain mula mengambil tempat di atas
katil. Terasa penat sangat badan dia sekarang. Mungkin disebabkan
emosi yang sedikit terganggu tadi.
“Abang tidur sini.
Semalam abang tidur rumah ummi sebab nak ambik baju abang kat sana.”
Fuadi bangun dari katil sebelum bergerak ke arah almari baju. Tak
tahu lah apa yang dia ambil dari almari sebab Ain dengar bunyi
alamari dibuka dan ditutup. Hmm..tak larat Ain nak fikir lagi. Mata
mula dipejam untuk menggamit lena.
Mata yang tadinya terpejam
terus terbuka bila terasa ada sentuhan di kaki dia. Jelas kelihatan
susuk tubuh Fuadi dihujung kaki dia.
“Kaki ni kena pakai
stokin. Nanti masuk angin. Tak apa Ain boleh pakai je stokin ni.
Abang tak letak apa-apa charge pun.” Terpana Ain bila Fuadi mula
menyarungkan stokin di kaki dia. Charge? Owh…Teringat yang dulu
Fuadi pernah charge dia sebab guna stokin tanpa kebenaran. Ain
curi-curi mengesat pelupuk mata yang sudah sedikit basah. Hati dia
memang cepat terusik.
Abang!!!!Kenapa perlu
begini. Jangan seksa hati Ain lagi. Sekarang, Ain perlu kan Fuadi
yang dingin, yang hati dia penuh kebencian untuk Ain. Baru lah Ain
tak teragak-agak nak buat keputusan. Kalau Fuadi berterusan macam ni,
Ain takut hati ni berubah lagi! Nampaknya, dia perlu lebih tegas.
Hari ini genap tujuh hari
Aqil menjengah dunia. Ralit Ain memerhatikan mulut kecil Aqil yang
sekejap-sekejap tersenyum comel walaupun mata masih tertutup rapat.
Emm…Entah apa lah yang tengah dia mimpikan agaknya. Keriuhan
keadaan sekeliling langsung tidak mengganggu lena dia. Rumah mama
mula dipenuhi sanak saudara dan jiran tetangga yang datang untuk
memeriahkan majlis cukur jambul sekali dengan akikah untuk Aqil dan
juga untuk Auni.
“Ain, abang nak angkat
Aqil. Ustaz dah sampai tu.” Teguran Fuadi menyentakkan Ain yang
tengah ralit mengelamun.
Ain yang tadinya duduk
dibirai katil terus bangun untuk membolehkan Fuadi mengangkat Aqil
yang tengah lena di tengah katil. Langkah diatur ke arah sofa di
sebelah katil. Sengaja mama menempatkan katil bujang di ruang
keluarga untuk membolehkan Ain berehat di situ. Bila ada jiran atau
saudara yang datang untuk melihat Aqil, tak perlu lah mereka masuk ke
dalam bilik. Senang!
“Ain tak nak ikut ke
depan sekali ke?” Redup pandangan Fuadi pada Ain, mengharapkan
soalan dia berbalas. Tahu yang Fuadi sedang menantikan jawapan dari
dia, Ain hanya menggeleng perlahan sambil mata tetap tidak dialihkan
dari handphone di tangan.
Dalam seminggu ni, boleh
dibilang berapa patah perkataan je yang keluar dari mulut Ain untuk
Fuadi. Selebihnya, Ain lebih senang menyepikan diri. Jelas kedinginan
layanan Ain. Rasanya, tidak sukar untuk ahli keluarga Ain mengesan
pergolakan dalam rumah tangga mereka. Tapi, buat masa sekarang,
semuanya bersepakat hanya untuk menjadi pemerhati. Mungkin mereka tak
mahu mengganggu emosi Ain.
Ain memandang sepi Fuadi
yang mula melangkah keluar ke ruang tamu. Sempat lagi Fuadi curi-curi
mencium pipi comel Aqil sambil tangan dia nakal mencuit-cuit hidung
Aqil. Berkaca mata Ain bila melihatkan tingkah Fuadi. Memang
tergambar kasih sayang dia untuk Aqil. Tapi, kenapa baru sekarang
Fuadi hendak menunjukkan kasih sayang dia. Kenapa bukan sejak dia
mengandungkan Aqil lagi! Kalau dari dulu Fuadi bereaksi sebegini,tak
perlu lah Ain dalam dilema sekarang. Hmmm…Entah lah, rasanya semua
sudah terlambat sekarang!
Baiknya Aqil! Langsung tak
menangis sepanjang majlis cukur jambul. Dari seorang ke seorang dia
dikendong Fuadi sehinggalah habis mengelilingi bulatan ahli kariah
masjid dan sanak saudara. Kaum Hawa termasuk lah Ain setia menjadi
pemerhati dari tepi. Ain yang tadinya tidak mahu turut serta ke ruang
tamu akhirnya kalah juga bila terdengarkan alunan selawat yang mula
bergema di ruang tamu rumah mama sepanjang majlis cukur jambul Aqil.
Teringin sangat hati dia untuk melihat majlis cukur jambul Aqil.
Selesai sahaja alunan
selawat, Fuadi terus mengatur langkah keluar dari ruang tamu sambil
menggendong Aqil. Kemana lagi hendak dia tuju kalau bukan ke arah
Ain. Tampak tergesa-gesa langkah dia.
“Pandai Aqil timing ye.
Habis baju papa kena muntah.” Ain mengambil Aqil dari kendongan
Fuadi. Jelas kelihatan tompok-tompok putih di lengan baju melayu yang
dipakai Fuadi. Nampaknya banyak juga Aqil muntah susu.
“Abang masuk bilik
kejap. Nak tukar baju.” Seperti biasa, langkah Fuadi yang bergegas
masuk ke bilik dipandang sepi oleh Ain. Tisu basah di atas meja
diambil sebelum Ain mula mengelap kesan-kesan muntah di sekitar mulut
Aqil. Hmm..baju Aqil pun kena tukar jugak nampaknya. Dah semerbak bau
muntah dia. Langkah diatur ke arah katil di ruang keluarga.
“Assalamualaikum…”Salam
yang tiba-tiba dihulur menghentikan seketika pergerakan tangan Ain
yang tadinya tangkas menukar baju Aqil.
“Waalaikummussalam….”
Sedikit tergagap Ain menjawab salam yang dihulur. Tak terjangka
dengan kehadiran figura di depan dia sekarang. Abang Man! Rasanya,
tak ada pun kelibat Abang Man dekat depan tadi. Selamba je Abang Man
melangkah masuk ke ruang keluarga. Langkah dia diatur ke arah Ain.
“ Ya Allah. Comelnya
anak uncle ni.” Abang Man yang menunduk untuk mencuit pipi Aqil
membuatkan Ain sedikit tak selesa. Terasa rapat sangat kedudukan dia
dengan abang Man sekarang. Cepat-cepat Ain membutangkan baju Aqil
sebelum dia bangun dan bergerak ke sofa untuk memberi ruang kepada
abang Man melihat Aqil dengan lebih dekat.
“Abang Man dari mana ni?
Tadi tak ada pun kat depan.” Pelik jugak Ain.
Soalan Ain dibiarkan tak
berjawab buat seketika sebelum tiba-tiba Abang Man menyorotkan
pandangan dia pada Ain. Bila melihatkan senyuman yang tersungging di
bibir Abang Man, Ain rasa dia sudah tersalah soalan. ‘Ish, kenapa
lah yang kau pergi tanya macam tu Ain.’
“Since when you’re
spying on me ni? Patut lah Abang Man rasa
seram sejuk dua tiga hari ni. Ada orang lawa tengah mengintai
rupanya.” Hah! Kan dah kena. Muka Ain sudah berona merah. Dah la
suara abang Man kuat bukan main. Pandangan diliarkan ke sekeliling.
Nampaknya, mereka sudah menjadi tumpuan.
“Man,,,jangan
lebih-lebih. Ain tu dah jadi mak orang tau.” Hah tu dia. Dah dengar
dah suara kepoh Kak Cik.
“Abang Man ni…Saja nak
kenakan Ain kan.” Perlahan suara Ain menahan malu.
“Eh takkan tak biasa.
Dulu-dulu selalu je abang Man usik. Kalau tak dengar suara Abang Man,
tak lena tidur.” Tangan dia masih nakal mencuit-cuit pipi Aqil.
Bila Aqil menggeliat kegelian, terus diam tangan dia. Tapi bila Aqil
kembali lena, mula la tangan dia berjalan kembali.
“Mana Ain ingat semua
tu.” Ye lah. Zaman budak-budak. Mana la dia ingat.
“Hmmm..Kalau Ain ingat,
tak ada la kita macam ni sekarang.” Perlahan suara Abang Man. Terus
terdiam Ain. Mendalam maksud Abang Man. Tapi tak mampu dicerna Ain
sebab dia memang ingat-ingat lupa kisah zaman kanak-kanak dulu.
“Okay la. Abang pergi
depan dulu. Lupa pulak nak bawa hadiah untuk this little boy. Nanti
abang bagi.” Ciuman dihadiahkan di pipi Aqil sebelum Abang Man
melangkah keluar ke runag tamu untuk ikut serta kaum Adam yang lain
menjamu selera.
Baru sahaja Ain
memusingkan badan untuk ke dapur, dia dikejutkan dengan kehadiran
Fuadi yang secara tiba-tiba sudah tercegat di belakang dia.
“Hmm..Untung Razman kan.
At least boleh jugak dia dengar suara Ain.” Lirih kedengaran suara
Fuadi. Entah sejak bila agaknya dia menjadi pemerhati drama sebabak
antara Ain dengan Abang Man.
“Nah, minum milo ni. Ain
tak makan apa-apa lagi kan sejak pagi. Lauk untuk Ain tak siap lagi.”
Tak perasan pulak Ain bila Fuadi keluar ke dapur. Segelas air milo
dengan sepiring biskut kering diletakkan di atas meja kecil di tepi
sofa. Nampaknya semua yang lain sudah meninggalkan ruang keluarga
untuk turut serta menjamu selera di depan. Hanya tinggal Ain dengan
Fuadi di ruang itu.
Air dan biskut di atas
meja hanya dipandang sekilas oleh Ain. Tidak mahu mengalah nampaknya
Fuadi ni. Setiap kali waktu makan, dia tak pernah lupa membawakan
makanan untuk Ain. Selalu juga Ain biarkan makanan tu tak berusik.
Alih-alih Fuadi sendiri yang terpaksa habiskan.
Setelah beberapa ketika
air milo di atas meja dibiarkan tidak berusik, kesabaran Fuadi mula
menipis.
“Ain, what’s wrong?”
Lirih kedengaran suara Fuadi.
Ain pandang Fuadi. Tak
jelas dengan soalan yang baru terluah dari mulut Fuadi.
“What?” Hah, ini
memang kepakaran mereka. Soalan berbalas soalan. Kening dia diangkat
sedikit tanda mahukan lebih penjelasan.
“Did I do anything
wrong? Apa yang tak kena? Perlu ke Ain layan abang macam ni? I’m
trying to be good to you. Tak boleh ke Ain at least appreciate apa
yang abang buat ni.”
Hmmm..terus panjang
berjela soalan dia. Mungkin nak meluahkan ketidak puasan hati dia
dengan ‘silent treatment’ yang Ain bagi sepanjang seminggu ni.
“Seriously? Takkan tak
tahu? Or saja pura-pura tak tahu sebab dah banyak sangat buat salah?”
Sedikit tergelak Ain.
Senyuman sinis dilemparkan
pada Fuadi. Takkan dia tak tahu. Apa dia ingat dia boleh tinggalkan
Ain macam tu je, and then bila dia datang balik dia harapkan Ain
boleh nak react as if there’s nothing happen. Impossible!!!
“ Okay. Abang ada banyak
salah dengan Ain. I admit it. So, just tell me Ain tengah tak puas
hati dengan apa sekarang ni. I need to know so that we can discuss.”
Bersungguh Fuadi mahukan penjelasan dari Ain.
“When you’re going
back to UK?” Terkedu Fuadi dengan soalan Ain. Lain yang dia jangka,
lain yang keluar dari mulut Ain.
“ Ermm..Next week kot.
I’m not sure yet.” Teragak-agak Fuadi menjawab. Mungkin sebab tak
terjangka dengan soalan Ain.
“See…you’re going to
leave me soon. Again! So, there’s nothing that I can say sebab
kesudahannya sama. Tak ada apa yang nak kita discuss sebab tak kan
ada apa yang berubah.” Tegas suara Ain. Langkah kaki dia mula di
atur masuk ke bilik. Aqil yang tengah tidur ditinggalkan sahaja di
ruang tamu. Tak mahu orang lain mengesan keadaan mereka yang tengah
bertelingkah sekarang. Fuadi turut sama mengikut langkah dia.
“Ain,,please..abang tak
mahu kita macam ni. Tak tenang abang nak tinggalkan Ain dengan Aqil
kalau hubungan kita masih macam ni.” Separuh merayu Fuadi. Tak
pernah Ain berhadapan dengan Fuadi versi sebegini.
“What? Apa lagi? Abang
dengan Sofea tengah berseronok dekat sana. Tinggalkan Ain
sorang-sorang dekat sini. Lepas tu bila dah sampai sana terus
menyepi. Biarkan Ain terkontang-kanting dekat sini. Dengan tengah
mengandung lagi. Cakap nak balik awal la. Bukan main janji nak teman
Ain masa bersalin. Lepas tu, boleh pulak mungkir janji. Cakap nak
balik tapi tak balik-balik. Bila dah bersalin, pandai pulak nak
balik. Then, what do you expect me to do?” Sedikit menjerit suara
Ain.
Terluah terus semua yang
terbuku dekat hati. Air mata yang dari tadi mengalir dibiarkan
sahaja. Terketar-ketar badan Ain menahan geram.
Fuadi yang tampak tergamam
hanya membiarkan Ain melepaskan semua yang terbuku dekat hati. Usai
je Ain menghamburkan kata, kaki dia perlahan melangkah ke arah Ain.
Tubuh Ain ditarik kedalam dakapan dia. Meminjamkan bahu dia untuk Ain
melepaskan perasaan. Kemas dakapan dia pada Ain.
Air mata lelaki dia turut
bergenang. Terasa yang dia sudah gagal sebagai seorang. Gagal
melindungi isteri yang dia sayangi.
“I’m sorry. For all
the bad things that I’ve done, I’m really sorry.” Lama Ain
melepaskan perasaan dia. Terasa ringan sedikit kepala dia selepas
terluah semua yang terbuku di hati.
“Lepaskan Ain. Please!”
Perlahan suara Ain.
Fuadi terkedu!
No comments:
Post a Comment