DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Monday, 30 November 2015

JODOH UNTUKKU - BAB 35

BAB 35

Lepaskan Ain! Please…” Perlahan suara Ain. Entah angin apa yang tengah merasuk dia sekarang. Rasa kecil hati dengan Fuadi bertimpa-timpa datang menjengah.

Fuadi tergamam. Perlahan-lahan pelukan dia pada Ain dirungkaikan.

Pardon?” Tajam pandangan disorotkan pada Ain. Tak percaya dengan kata-kata yang baru sahaja terluah dari mulut Ain.

Lepaskan Ain!” Lebih jelas suara Ain kali ini. Kepala diangkat untuk membolehkan mata bertentangan dengan Fuadi.

Apa yang dah rasuk Ain ni? Jangan nak buat main-main ayat tu! Astaghfirullah. Tak pernah terlintas pun dalam fikiran abang pasal benda ni. Macam mana Ain tergamak nak sebut.” Fuadi menggeleng perlahan kepala dia. Kecewa sangat dengan ayat yang baru terluah dari mulut Ain. Tergamaknya Ain!

Air mata laju menuruni pipi Ain. Dia pun tak tahu kenapa saat ini begitu meruap-ruap rasa sakit hati kepada Fuadi. Kaki sudah mula terasa semakin lemah. Ain tak mampu lagi untuk terus berdiri. Perlahan ditepis tangan Fuadi yang masih memegang kejap bahu dia. Langkah kaki mula diatur ke arah katil sebelum dengan perlahan punggung dilabuhkan di birai katil. Fuadi langsung tidak berganjak dari tempat dia berdiri. Mata dia tajam memandang langkah Ain.

I don’t think you are on your right mind now. Let we just drop the subject. Abang keluar dulu.” Fikiran Fuadi berserabut. Langsung tidak terfikir Ain boleh berfikir sejauh itu. Baik dia keluar menenangkan diri.

Kenapa nak seksa diri? Abang dah ada Sofea.” Terus terhenti pergerakan Fuadi yang baru sahaja mahu memulas tombol pintu untuk keluar.

Lama Fuadi terdiam sebelum badan kembali dipusingkan menghadap Ain. Langkah kaki perlahan-lahan di atur ke arah Ain.

Berdebar Ain memandang langkah Fuadi yang semakin menghampiri dia. Muka Fuadi serius tanpa sebarang riak. Pandangan dia tetap pada Ain. Tajam!

Tangan Fuadi perlahan menyentuh muka Ain. Dari ubun-ubun turun ke pipi, dan seterusnya ke dagu. Perlahan tangan dia menolak dagu Ain ke atas. Memaksa Ain membalas pandangan dia.

How many times should I tell you that I really do love you, Ain…Hmmm..How many times?” Nampak kecewa muka Fuadi.

You never know what I’ve gone through all this time. How could you ask for a divorce? Please.. I’ll pretend that I’ve never heard that word coming from your mouth.” Dahi Ain dicium lembut sebelum Fuadi berlalu keluar dari bilik.

Ain termangu sekejap. Cuba mencerna setiap kata-kata Fuadi. Ya Allah. Kenapa dia selalu lemah bila berhadapan dengan Fuadi. Bukan ke selama ini dia yang banyak makan hati dengan perhubungan mereka. Kenapa pula dia yang perlu faham keadaan Fuadi.

Bunyi ketukan di pintu bilik berselang dengan suara mama yang memanggil nama dia mematikan lamunan Ain. ‘Ya Allah…Jauhnya aku mengelamun.’ Nampaknya Ain telah kalah dengan hasutan emosi tadi. Berhati-hati Ain bangun untuk membuka pintu bilik. Tombol pintu dipulas perlahan. Eh, tak berkunci pun pintu bilik. Mungkin sengaja mama tak mahu mengganggu privasi Ain.

Hah, Ain. Ni Aqil dah meragam. Lapar kot.” Belum sempat Ain bertanya, mama sudah menghulurkan Aqil. Berhati-hati Ain mengambil Aqil dari tangan mama. Ain meletakkan jari telunjuk dia ke mulut Aqil. Tersenyum Ain bila mulut kecil Aqil asyik terbuka setiap kali Ain meletakkan jari dia. ‘Hmmm..memang Aqil dah lapar nampaknya.’

Abang Adi pergi mana ma?” Mata Ain melilau ke sekeliling. Ingatkan tadi Fuadi keluar untuk menjenguk Aqil. Tapi tak ada pula kelibat dia sekarang.

Eh, dia tak bagitahu Ain ke? Tadi dia cakap nak pergi jemput ummi kamu tu datang sini. Tak ada orang boleh bawa dia ke sini. Ayah kamu tiba-tiba ada hal.”

Owh..tak ada pula dia bagitahu Ain. Lupa la tu. Tak pe la ma. Ain masuk bilik dulu.” Segan pula Ain nak menyusu dekat ruang luar sebab orang tengah ramai lagi.

Selesai menyusu, Ain menggosok-gosok perlahan belakang badan Aqil. Menunggu Aqil untuk sendawa. Petua yang Ain belajar dari mama untuk mengelakkan bayi tersedak susu. Sayu Ain memandang Aqil. Kejamkah dia hendak memisahkan Aqil dari papanya?

Aqil yang sedang lena diletakkan di atas katil. Sengaja Ain tidurkan Aqil di ruang keluarga untuk membolehkan saudara yang datang melihat Aqil.

Cucu ummi tengah tidur rupanya.” Ummi yang tiba-tiba menjengah ke ruang keluarga terus menuju ke arah Ain. Ummi menghulur tangan untuk bersalaman dengan Ain sebelum tubuh Ain dipeluk mesra.

Baru sampai ummi? Kenapa ayah tak ikut?”

Dia ada hal dengan kawan. Nanti petang sikit dia datang.” Ummi mengelus lembut ubun-ubun Aqil.

Tengok muka Aqil ni, teringat ummi dekat Adi masa dia kecil dulu. Sebijik dengan muka papa dia.”

Ain hanya tersenyum lemah. Memang dah ramai yang cakap macam tu.

Perancangan Allah. Dia tahu nanti papa Aqil ni nak pergi jauh. Sengaja dia nak bagi hilang rindu dekat papa Aqil bila tengok muka Aqil nanti.” Mendalam ayat ummi. Pasti lah dia tahu pergolakan rumah tangga anak menantu dia. Tak dapat Ain bayangkan betapa kecewanya ummi nanti kalau dia tahu tentang permintaan Ain yang mahukan perpisahan dari Fuadi.

Ummi pergi lah makan. Sementara Aqil tengah tidur ni. Nanti bila Aqil bangun kita suruh nenek dia pulak yang jaga.” Sengaja Ain mengusik ummi.

Pandai mama Aqil ni nak usik nenek ye. Nenek okay je. Nak suruh nenek bawak balik pun boleh. Takut nanti mama Aqil ni pulak yang menangis malam-malam rindukan Aqil.” Tersenyum senang ummi dengan usikan Ain.

Bila melihatkan senyuman ummi, terasa satu perasaan halus meresap dalam hati dia. Rasa gembira, tenang, semuanya datang meresap dalam hati. Baru Ain sedar yang dia sudah lama mengabaikan perasaan ummi. Selama ini, pasti lah dia telah meresahkan hati ummi dengan kedinginan hubungan dia dengan Fuadi. Ain lupa yang ada banyak hati perlu dijaga. Tapi, apa boleh buat, bila hati dah terluka, akal sudah tak mampu memainkan peranan.

Ummi, jom makan. Mama dah tunggu nak makan sekali dengan ummi kat depan tu.” Kehadiran Fuadi yang tiba-tiba menjengah di ambang pintu masuk ke ruang keluarga mematikan perbualan mereka. Fuadi hanya memandang sekilas pada Ain sebelum dia menuju ke arah ummi. Tangan dihulurkan kepada ummi untuk membantu ummi bangun.

Ummi keluar dulu ye Ain.”Ain hanya memandang langkah Ummi yang beriringan dengan Faudi keluar ke dari ruang keluarga. Ain sedikit terkesan dengan tingkah Fuadi tadi. Semenjak Fuadi balik, tak pernah dia tak menghiraukan Ain. Ada je modal dia nak suruh Ain buka mulut. Nampaknya, Fuadi betul-betul terkesan dengan kata perpisahan Ain tadi.

Baru je Ain mahu mengangkat punggung untuk pergi ke dapur bila susuk tubuh Fuadi kembali masuk ke ruang keluarga. Ain kembali melabuhkan duduk di birai katil. Hanya menjadi pemerhati tingkah Fuadi yang menyambung langkah terus ke dapur. Tidak berapa lama kemudian, Fuadi keluar sambil menatang dulang hidangan. Dengan cermat, dulang diletakkan di atas meja kecil.

Your lunch.” Itu je ayat Fuadi sebelum dia kembali melangkah keluar dari ruang itu. Ingat lagi nampaknya Fuadi dengan rutin dia.

Hmmm…makanan orang berpantang.’ Ayam masak halia, sup sayur campur, dan nasi putih cantik terhidang di depan dia. Jangan tanya kenapa tak ada ikan, sebab Ain dan ikan memang tak ngam! Berbuih mulut mama suruh Ain makan ikan, tambah-tambah ikan haruan. Tapi, Ain memang tak boleh nak telan. Fuadi pun dah menggeleng kepala dengan kedegilan Ain.

Selesai makan, Ain mengangkat sendiri pinggan dia masuk ke dapur. Selalunya, Fuadi lah yang menjadi ‘pelayan.’ Jangan harap lah Fuadi hendak biarkan Ain masuk ke dapur. Tapi, Ain sedar. Sampai bila dia perlu harapkan Fuadi. Sampai masanya nanti, dia perlu buat semua benda tu sendiri. Takkan la untuk benda senang macam itu pun dia nak susahkan mama.

Hai, orang berpantang masuk sendiri ke dapur? Kenapa tak tinggalkan je kat depan tu.” Kak Cik yang sedang membasuh pinggan terus menegur Ain.

Bawak pinggan kosong je Kak Cik. Tak payah lah nak manjakan Ain sangat.” Pinggan kosong ditinggalkan sahaja di dalam singki. Berani lah nak basuh sendiri pinggan tu kalau nak dengar suara Kak Cik membebel nanti.

Bukan apa, kan bahaya nak turun tangga tu. Tau dekat Fuadi nanti, habis lah Ain. Dah, keluar cepat.” Hah, kan dah kena halau. Ain senyum je bila Kak Cik sebut nama Fuadi. Alah, apa nak hairan. Ain tak rasa tingkah ‘adorable’ Fuadi sepanjang Ain lepas bersalin ni semuanya sebab dia sayangkan Ain. Lebih kepada menunjukkan rasa bersalah dia pada Ain sebenarnya.

Keluar dari dapur, Ain lihat Fuadi sudah duduk di sebelah Aqil. Terperasankan sahaja kehadiran Ain, terus pandangan tajam dia beralih pada Ain.

Kenapa tak tunggu abang?”

Soalan Fuadi dibiarkan berlalu buat seketika. Handphone di atas meja diambil sebelum Ain melabuhkan punggung di sofa bersebelahan katil.

Saja nak belajar berdikari. Nanti kena buat sendiri jugak.” Selamba jawapan Ain.

Since I’m still here, can’t you give me a chance to do everything that I can for you.” Ain sedar Fuadi sedang pandang dia. Sengaja Ain menyibukkan diri dengan handphone di tangan.

You’re not here when I really need you. And, now, I can still survive without you.” Perlahan suara Ain. Handphone di tangan diletakkan kembali di atas meja sebelum dia mengangkat kepala memandang Fuadi.

So, what makes you think that I really need you now?” Tajam pandangan mata dia pada Fuadi. Sengaja mahu mencabar Fuadi. Biar Fuadi turut merasa betapa sakitnya hati dia selama ni.

Mungkin terkesan dengan kata-kata Ain, Fuadi terus bangun dari katil Aqil. Sempat dicium sekilas ubun-ubun Aqil.

I don’t know how much you need me. But, please be patient with me. I’m trying my best now to save our marriage. Please do support me.Semua ni tak ada guna kalau Ain mengalah sekarang. ” Perlahan kata-kata Fuadi sebelum dia berlalu keluar dari ruang keluarga.

Ain terkedu. Jelas di mata dia keikhlasan kata-kata Fuadi tadi. Tapi Ain tak faham. Kenapa muka Fuadi nampak sedih. Kenapa Fuadi selalu membuatkan dia dalam keadaan serba salah.

Malam itu, seperti selalu Aqil perlu didodoikan papa dia. Barulah dia boleh tidur. Kalau Ain yang dodoikan, memang dia akan merengek je. Pelik jugak Ain. Kalau waktu siang, tak kisah la siapa yang dodoikan, senang je Aqil tidur. Tapi, bila malam, selagi tak dengar suara papa dia, selagi tu lah Aqil akan merengek je.

Ain sudah duduk menyandar di katil. Mata dia pun dah layu sangat sebenarnya. Nak tunggu Aqil tidur je ni. Selalunya waktu macam ni, Aqil dah tidur. Tapi malam ni disebabkan Fuadi sibuk mengemas di luar, jadi lambat sikit dia masuk ke bilik. Penat Ain cuba dodoikan Aqil, tapi tak menjadi jugak.

Perlahan suara Fuadi mengalunkan zikir untuk mendodoikan Aqil. Ralit Ain menjadi pemerhati. Sejak dari tadi, Ain perasan riak muka Fuadi yang suram. Di depan ahli keluarga, memang Fuadi masih mampu tersenyum. Tapi Ain tak buta untuk melihat kesedihan di sebalik raut wajah Fuadi. Dia kah yang bersalah?

Pergerakan yang tiba-tiba terasa di sebelah dia mematikan lamunan Ain. Jauhnya dia mengelamun. Sedar-sedar, Aqil sudah selamat diletakkan di tengah-tengah katil.

Aqil, Aqil. Macam mana la kalau papa tak ada nanti. Nampaknya, Aqil kena ikut papa balik UK la ni.” Fuadi sudah berbaring di sebelah Aqil dengan badan mengiring ke arah Ain.

Suara Fuadi, walaupun perlahan masih jelas di telinga Ain. Rasanya, memang suami dia tu sengaja nak bagi dia dengar.

Aqil ikut papa balik UK je lah ye. Aqil je yang perlukan papa sekarang. Mama dah tak perlukan papa!” Sayu suara Fuadi.

Ain tersentap. Mata dia terasa panas. Kalau lah Fuadi tahu perasaan dia sekarang. Ain terus mengiringkan badan kea rah dinding.Tak mahu Fuadi tahu perasaan dia sekarang ni. Air mata yang mengalir perlahan di pipi diseka perlahan.

Of course I still need you. Always.’ Tapi sayang. Kata-kata itu tak mampu terluah di bibir. Dan, Ain tahu, bukan senang hati dia nak melupakan semua perbuatan Fuadi selama ini.

No comments:

Post a Comment