DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Monday, 30 November 2015

JODOH UNTUKKU - BAB 26

BAB 26


Dengan tangan yang terketar-ketar, Ain membuka pintu kereta sebelum perlahan-lahan melangkah turun. Tegak Ain berdiri di tepi kereta. Hanya kaku memandang kekalutan di depan mata dia. Beberapa orang jiran juga sudah mula mengerumuni Danish.
Fuadi dilihat memeriksa nadi di pergelangan tangan Danish sebelum bergegas mengangkat Danish ke kereta Ain. Kuat bahu Fuadi menolak Ain yang menghalang laluan dia. Sofea membukakan pintu kereta di tempat duduk belakang  untuk meletakkan Danish.
“Move! If anything happens to Danish, aku takkan maafkan kau.” Bergetar suara Fuadi menahan marah. Tajam pandangan mata dia pada Ain sebelum sekali lagi tangan dia menolak Ain ke tepi untuk membolehkan dia membuka pintu kereta di tempat pemandu.
Ain yang tidak bersedia hampir jatuh terduduk di atas jalan. Nasib baik ada seorang jiran perempuan yang sempat menahan badan Ain. Begitu ketara muka Ain yang masih terkejut dengan apa yang berlaku. Jantung dia begitu kuat berdebar.
‘Ya Allah, Apa yang dah jadi ni.’
“Ain! Ain! Okay tak ni?” Kak Naili, jiran sebelah rumah mula menegur Ain. Mungkin kerana perasan dengan keadaan Ain yang masih terkejut, tangan Ain ditarik perlahan ke rumah dia.
Ain didudukkan di atas sofa di dalam rumah Kak Naili sebelum dia masuk ke dapur mengambil air kosong untuk Ain.
“Ain, nah. Minum air ni dulu.” Ain melemparkan pandangan kosong pada gelas yang dihulurkan oleh Kak Naili. Setelah beberapa ketika gelas di tangan masih tidak bersambut, Kak Naili kembali meletakkan gelas itu di atas meja.
Perlahan dia menghampiri Ain sebelum memeluk kemas bahu Ain. Pelukan Kak Naili seolah kembali menyedarkan Ain. Terimbau kembali di kepala Ain kejadian yang baru beberapa minit terjadi. Ain mula teresak-esak.
“Ya Allah! Apa yang dah jadi ni. Ain tak sengaja.” Kuat Ain menangis di bahu Kak Naili. Kak Naili mengemaskan pelukan dia. Belakang Ain digosok perlahan. Faham dengan kejutan yang tengah Ain alami.
“Kak Naili tahu Ain tak salah. Kita doakan je Danish tak apa-apa.” Perlahan Kak Naili memujuk.
Setelah merasakan keadaan dia sudah sedikit pulih dari kejutan tadi, Ain terus mencapai telefon dia. Nombor telefon ummi di cari.
“Hello, ummi..Ain…..” Terketar-ketar Ain memberitahu ummi tentang apa yang baru terjadi. Kak Naili di sebelah menggenggam erat tangan Ain untuk menyalurkan sedikit kekuatan buat Ain.
_______________________________________________________________________
Sekarang Ain dalam perjalanan ke HUSM dengan ummi dan ayah. Tak sampai setengah jam ummi sudah datang untuk mengambil Ain sebelum pergi ke hospital tempat Danish dirawat.Tadi ummi baru selesai menelefon Fuadi. Katanya Danish di bawa ke HUSM. Sepanjang perjalanan, suasana sunyi dalam kereta. Ummi dan ayah keduanya tak bersuara. Mungkin mereka pun masih terkejut dengan apa yang baru terjadi.
Sampai sahaja di HUSM, mereka terus menuju ke bahagian kecemasan. Dari jauh Ain dapat lihat Sofea dan Fuadi yang sedang dihampiri oleh seorang doktor. Buat beberapa ketika, mereka berdua menunjukkan muka serius mendengar berita yang diberikan oleh doktor itu sebelum Sofea kemudiannya tiba-tiba melurut jatuh. Doktor perempuan tadi sempat menahan sebelum Sofea dilihat menangis teresak-esak dalam pelukan doktor perempuan itu.
Fuadi pula perlahan-lahan menuju ke kerusi menunggu. Dia dilihat meraup mukanya beberapa kali. Ain sudah tak sedap hati. Melihatkan keadaan itu, ummi dan ayah mempercepatkan langkah ke arah Sofea dan Fuadi.
Mungkin perasan dengan kehadiran ummi dan ayah, Fuadi terlebih dahulu mengangkat muka dia memandang ummi sebelum sempat ummi menegur.
“Macam mana Danish?” Jelas riak risau di muka ummi. Walaupun ummi tidak begitu menyenangi kehadiran Sofea, tapi perasan kasih ummi kepada Danish tetap ada. Sesiapapun akan terkesan dengan kehadiran Danish. Tambah-tambah dengan keletah comel dia.
Fuadi terus tidak memberikan jawapan. Sebaliknya mata dia melilau ke belakang. Bila terpandangkan Ain, terus dia berdiri. Bengis muka dia memandang Ain.
“Kenapa ummi bawa jugak perempuan tu kat sini? Dia dah bunuh Danish!” Keras suara Fuadi sambil tangan dia menuding pada Ain.
Tergamam Ain dengan kata-kata Fuadi. ‘Ya Allah. Danish dah meninggal?’ Ain rasakan tubuh dia lemah tiba-tiba. Terus tangan dia berpaut pada dinding sebelum perlahan-lahan melabuhkan punggung di kerusi.
Ayah yang tadinya turut tergamam mula memeluk Fuadi yang memang nampak teruk sangat menahan sedih. “ Adi. Tak elok macam ni. Ingat Allah. Ni semua perancangan dia. Kita kena terima.” Pujuk ayah pada Fuadi.
“Kenapa mesti Danish? Why not me?” Begitu dalam sekali kasih Fuadi pada Danish. Kalau benda macam ni berlaku dekat Ain atau anak dia, Ain tak rasa yang Fuadi akan sedih seteruk ini.
Ummi pula bergerak ke arah Sofea. Menggantikan tempat doktor perempuan yang tadinya mententeramkan Sofea. Tak henti-henti mulut ummi memberi kata semangat pada Sofea. Pastinya ummi faham bagaimana sedihnya seorang ibu yang kehilangan anak mereka.
Ain bersandar lemah pada kerusi. Bukan ini yang dia pinta. Terasa bagai pesalah yang baru dijatuhi hukuman mati. Langsung tidak pernah terfikir kisah mereka akan jadi begini. Memang dia tak sukakan perhatian Fuadi yang berlebihan pada Danish. Tapi, dia bukan kejam sampai nak mendoakan kematian Danish. Sampai hati Fuadi menuduh dia begitu.
________________________________________________________________________
Suasana sedih menyelubungi rumah ummi. Memandangkan Sofea tak ada keluarga, ummi meminta agar jenazah Danish disempurnakan di rumah dia. Ain hanya memandang dari jauh jenazah Danish yang dikerumuni oleh ahli keluarga Fuadi. Terasa tak layak untuk berada di khalayak mereka kerana dia merasakan yang dia lah penyebab kematian Danish.
Memandangkan hari sudah larut malam, jenazah Danish akan disempurnakan pagi esok. Jam sudah pun pukul 2 pagi bila jenazah Danish dibawa pulang ke rumah tadi.
Fuadi dari tadi langsung tidak menegur Ain. Kalau sesekali mereka bertembung pandang, hanya pandangan tajam yang dia lemparkan pada Ain. Ummi pula langsung tidak berenggang dari Sofea,sentiasa menghulurkan sedikit kekuatan kepada Sofea.
Ain perlahan-lahan bergerak masuk ke bilik. Terasa sangat yang diri dia bagai orang asing. Langsung tidak diperlukan. Terketar-ketar Ain membuka surah Yaasin. Perlahan kedengaran suara Ain membaca surah Yaasin untuk disedekahkan kepada Danish.
‘Danish, maafkan auntie. Auntie Ain tak sengaja.’ Diseka air mata yang asyik turun membasahi pipi.
Azan Subuh yang berkumandang menyedarkan Ain dari lena. Surah Yaasin ditangan dipandang lama. Sayu rasa hati membayangkan realiti yang terpaksa ditempuhi. Tempat pembaringan di tepi dia yang langsung tidak berusik menunjukkan yang Fuadi langsung tidak naik berehat di bilik.
Selesai solat Subuh, Ain melangkah perlahan menuruni anak tangga. Sayup kedengaran bacaan Yaasin dari ruang tamu, tempat jenazah Danish diletakkan. Sampai sahaja di ruang tamu, Ain lihat ayah yang hanya berseorangan sedang membacakan Yaasin disisi jenazah Danish.
Teringin sangat Ain nak lihat wajah Danish buat kali terakhir. Langkah diatur ke arah Danish sebelum dia duduk bersimpuh di sisi Danish. Terketar-ketar tangan Ain menyelak kain yang menutupi muka Danish.
Senyuman kecil terukir di bibir Ain bila melihatkan wajah Danish yang putih bersih. Sempat Ain menunduk mencium dahi Danish buat kali pertama dan dan juga terakhir.
‘Tenang lah Danish. Syurga sudah menanti.’ Beruntung sungguh bila anak kecil yang masih belum mengenal dosa sudah dipanggil balik menemui pencipta.
Ain perasan ada orang lain yang mula masuk ke ruang itu. Muka Danish kembali ditutup sebelum dia cepat-cepat bangun untuk meninggalkan ruang itu. Bila Ain berpusing untuk keluar, dia hampir-hampir berlanggar dengan seseorang. Dada Ain berdebar. Fuadi! Kepala didongakkan menatap muka Fuadi. Berkaca mata Ain melihat pandangan penuh kebencian yang Fuadi berikan pada dia.
“Ain, dah solat Subuh ke?” Kehadiran ummi di ruang itu menyelamatkan Ain dari suasana tegang yang dicipta oleh Fuadi tadi.
“Errrr..dah ummi. Ain naik dulu.” Bergegas Ain melangkah naik ke bilik. Sekejap lagi, ruang itu pasti kembali dipenuhi orang. Sofea juga bila-bila masa boleh muncul balik di situ. Ain tak kuat lagi nak berhadapan dengan Sofea. Bila melihatkan riak sedih dan kecewa Sofea, Ain rasakan dia telah melakukan sesuatu yang kejam. Dia telah merampas kebahagian seorang ibu.
Pukul 10 pagi,jenazah Danish sudah selamat dikebumikan. Memandangkan Sofea hanya sebatang kara, tak ramai tetamu yang hadir ke pengebumian Danish. Kebanyakan yang datang hanyalah ahli keluarga terdekat Fuadi. Turut hadir ialah ahli keluarga Ain. Bimbang Ain dengan penerimaan Fuadi pada keluarga dia. Nasib baik lah Fuadi masih tetap menyambut kedatangan mereka walaupun memang jelas reaksinya yang sedikit dingin.
Rumah ummi masih dipenuhi ahli keluarga Fuadi kerana malam ini akan diadakan tahlil arwah. Mereka akan bergotong royong memasak hidangan untuk malam ini. Tak ramai jemputan yang dipanggil. Hanya beberapa orang ahli qariah masjid dan jiran terdekat.
Ain turut sama membantu menyediakan makanan. Lega Ain bila ahli keluarga Fuadi yang lain langsung tidak meletakkan kesalahan atas kematian Danish kepada Ain. Mereka tahu Ain masih trauma dan terkejut. Sebab itu Ain perasan yang mereka akan sentiasa cuba untuk mengajak Ain berborak.
“Ain pergi la naik berehat kat atas. Tinggalkan je kerja ni. Kitaorang boleh buat. Nampak pucat sangat muka Ain.” Kak Ana, kakak sulung Fuadi terus mengambil pisau dari tangan Ain yang tadinya digunakan untuk menghiris bawang.
Ain yang pada mulanya ingin membantah terpaksa bersetuju bila ummi turut campur tangan. Lagipun memang dia rasa begitu tak bermaya sekarang. Betul la kot tekaan Kak Ana yang dia sememangnya masih terkejut dengan apa yang berlaku.
Masuk sahaja ke dalam bilik, Ain lihat Fuadi tengah berbaring di atas katil. Sebelah tangannya di letakkan di atas dahi. Walaupun mata Fuadi tengah terpejam rapat, Ain tak berapa pasti samada Fuadi betul-betul tengah tidur atau hanya sekadar memejamkan mata.
Perlahan-lahan Ain melangkah ke katil sebelum duduk di birai katil. Dada Ain kuat berdebar. Sungguh Ain takutkan penerimaan Fuadi sekarang. Tambah berdebar Ain bila merasakan ada pergerakan di belakang dia. Terus Ain berpusing ke belakang. Fuadi yang tadinya dilihat berbaring sudah duduk bersandar di kepala katil. Hmm..Fuadi tidak tidur rupanya.
Ain mengangkat kaki dia naik ke katil sebelum perlahan-lahan mendekatkan diri dia ke arah Fuadi.
“Abang…” Tegur Ain perlahan. Fuadi dilihat hanya menundukkan wajah dia.
You must be happy now..Ain..Ain..Aku tak sangka macam ni perangai kau.” Fuadi sudah mengangkat muka dia memandang Ain. Tajam sekali pandangan dia pada Ain. Terkedu Ain dengan bahasa kasar yang Fuadi guna. Aku? Kau?
“You know it was an accident. Sampai hati abang tuduh Ain.” Perlahan suara Ain. Pedih sungguh rasa hati. Fuadi memang salahkan dia atas kematian Danish.
“Huh!” Fuadi tiba-tiba melemparkan senyuman sinis pada Ain.
Who knows? Kau sorang je yang tahu apa niat kau. You don’t need to prove anything because I don’t think I can believe you.” Keras suara Fuadi. Muka dia dirapatkan pada Ain.
So, you tell me what should I do now? What will happen to our married? Our baby?” Pedih sangat hati Ain bila suami sendiri sanggup tuduh dia bukan-bukan.
See! How can I believe you! Waktu-waktu macam ni pun kau boleh pentingkan pasal kau, pasal perkahwinan ni, pasal anak kau. Apa kau ingat bila Danish dah tak ada, aku boleh fokus dekat kau la. Huh. I don’t think so. Sebab sekarang ni, aku tak boleh nak tengok muka kau. For me, kau penyebab Danish mati.” Kuat Fuadi menengking. Tersentap Ain. Mulut dia kaku. Tak tahu nak cakap apa. Air mata yang semakin laju menuruni pipi hanya dibiarkan. Ain hanya mampu memandang Fuadi yang sudah bergerak turun dari katil.
Sebelum keluar dari bilik, sempat lagi Fuadi berpaling memandang Ain.
I don’t know what will happen to our marriage. Biar masa yang menentukan.”



No comments:

Post a Comment