DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Sunday, 22 November 2015

JODOH UNTUKKU - BAB 15

BAB 15



Ain sudah selesai menduduki peperiksaan final. Lega Ain. Sekarang bolehlah dia fokus untuk persiapan majlis persandingan dia. Teringat Ain tentang barang hantaran yang belum dibeli. Sekarang ini, Ain tinggal di rumah mamanya sehinggalah majlis persandingan mereka nanti. Melihat jam di tangan yang sudah menunjukkan pukul 6.30 petang, Ain yakin yang Fuadi sudah pulang dari kerja.
 Ain mengambil keputusan untuk menghantar mesej je pada suaminya. Takut suami dia tengah penat sekarang. Kalau Fuadi tak reply mesej Ain, maknanya dia tengah penat la tu.
‘Salam. Abang dah sampai rumah ke?’
Ain menunggu balasan mesej dari suaminya. Tapi tak sangka pula yang Fuadi terus call dia.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                      
“Assalamualaikum abang.  Kat mana ni?”
Waalaikummussalam. Abang dekat hospital sekarang.” Hospital?  Fuadi tak balik lagi ke?
“Eh, abang tak habis kerja lagi ke? Sorry ganggu. Kalau macam tu tak ape lah. Ain call next time.” Terasa bersalah Ain sebab telah mengganggu Fuadi.
It’s okay. Bukan tengah kerja pun. Tengah tunggu Danish dekat ward. High fever. Kena bergilir jaga dia dengan Sofea. Kenapa Ain call?
Danish? Ya, baru dua minggu Sofea dan Danish pindah ke Kelantan. Sibuk Fuadi mencari rumah sewa untuk Sofea. Memang Fuadi dah tak payah berulang-alik ke Sabah, tapi yang Ain makan hati sebab sekarang Fuadi punya lebih banyak masa dengan Danish dan Sofea.
“Ain nak tanya pasal barang hantaran tu. Bila kita nak cari. Tinggal 3 minggu nak majlis. Takut tak sempat siap.”
“Owh. Really forgot about it. Malam ni abang kena jaga Danish dekat ward. Lusa boleh? Sebab esok abang kerja.”
Ain tak mahu jadi kejam. Dia perlu bertolak ansur dengan suaminya. Lagipun Ain nampak Fuadi memang cuba sangat untuk menjaga hati dia.Tidak ada sesiapa lagi yang tahu tentang kehadiran Sofea dan Danish. Ummi pun tak tahu. Lebih-lebih lagi Fuadi sekarang tinggal di rumah sewa dia sendiri.
Okay. Abang pun take care. You’re human being. Not robot. Boleh jatuh sakit jugak.”
Thanks Ain. Love you.” Tersenyum Ain. Fuadi sekarang sudah pandai mengungkap cinta pada Ain.

Pagi Sabtu itu, awal-awal pagi lagi Fuadi sudah sampai rumah mama. Bersarapan sekali dengan keluarga Ain.
“Hah, Adi jangan balik lewat sangat nanti. Kamu berdua ni tengah darah manis.” Sempat along mengusik mereka.
“Haish. Apa yang darah manisnya. Dah pengantin basi pun. Suka hati kamu la nak bawak Ain ke mana Adi. Mama tak kisah. Dah jadi isteri kamu pun.”
“Hmm..memang ingat nak bawak Ain balik rumah sewa saya malam ni.” Fuadi pun dah join menyakat Ain.
“Pengantin baru. Nak melepas rindu la tu.Tak apa. Ni last chance abah bagi kamu keluar. Nanti abah dah nak kurung Ain ni sampai la ke majlis kamu tu. Baru la ada feel pengantin sikit masa majlis tu.”
Tengok.  Semua dah nak buat pakatan mengusik Ain. Tersenyum je lah yang mampu Ain lakukan. Dah biasa dengan semua ni. Cepat dia dan Fuadi menghabiskan sarapan sebab banyak kerja yang mereka perlu buat hari ni.
Belum pun sempat Fuadi memasukkan gear kereta, telefon dia tiba-tiba berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Fuadi pandang Ain, macam teragak-agak nak menjawab panggilan. Lihat sahaja reaksi Fuadi sebegitu, Ain dah dapat agak siapa si pemanggilnya. Tidak mahu membiarkan Fuadi dalam serba salah, Ain mengangguk tanda membenarkan Fuadi menjawab panggilan. Fuadi terus keluar dari kereta untuk menjawab panggilan.
Selesai sahaja menjawab panggilan, Fuadi masuk ke dalam kereta. Nampak serba salah muka dia. Ain dapat agak mesti ada something yang tak kena.
“Kenapa?” Ain memulakan soalan.
“Err.. Ain, can we bring Danish together? Sofea ada hal. Tak ada orang untuk jaga Danish.”
“Tapi, kita nak keluar lama. Takut susah pulak kalau ada Danish. Takkan tak ada orang lain boleh tolong jagakan.” Berat hati Ain. Dia baru ingat nak berdua je dengan suaminya. Sudah lama mereka tidak keluar berdua sejak Fuadi sibuk uruskan perpindahan Sofea.
Ain, you know the situation right. Of course there’s no one else except me. Now, there are only two options. First, we take Danish with us, or second, we need to cancel our plan for today.” Tegas suara Fuadi.
 Tergamam Ain dengan pilihan yang Fuadi berikan.Ain memang takkan menang kalau dengan Danish. Tapi apa lagi pilihan yang dia ada. Memang tak lah dia nak turun balik dari kereta dan masuk dalam rumah. Nanti apa dia nak jawab kalau family dia tanya. Terpaksa lah Ain bersetuju untuk bawa Danish sekali.
Sampai je dekat rumah Sofea, masalah mula timbul. Danish tak mahu duduk dengan Ain dekat depan. Merengek je dia dengan Fuadi. Tak boleh nak salahkan Danish. Budak kecik memang la mudah meragam, tambah-tambah dia tak biasa dengan Ain.
Fuadi sudah serba salah pandang Ain. Faham dengan pandangan suaminya, Ain terus buka pintu belakang dan duduk dekat seat belakang. Sepatah perkataan pun dia tak cakap. Geram dengan Sofea sebenarnya. Tak habis-habis nak menyusahkan Fuadi. Takkan la nak ambil pengasuh duduk sekali dengan dia pun tak mampu.
Duduk di seat belakang, Ain perhatikan je tingkah Fuadi dengan Danish. Nampak manja benar dengan Fuadi. Bila Danish sesekali terpandang Ain di belakang, terus Ain lemparkan senyuman sambil menghulurkan tangan menggamit Danish datang dekat dia. Tapi, Danish pulak, bukan main sombong dengan dia. Buat tak layan je. Sabar je la Ain.
Dekat shopping complex pun lebih kurang sama keadaannya. Asyik nak Fuadi dukung dia je. Tapi memang nampak Danish lemah lagi, baru kebah dari demam.
“Abang, jom tengok kasut kejap.” Ain tarik tangan Fuadi masuk ke kedai kasut. Dia tertarik dengan sepasang kasut kulit hitam yang memang nampak sesuai sangat dengan Fuadi.
“Abang, try pakai kasut ni. Looks good for you.” Belum pun sempat Fuadi nak cuba kasut, Danish dah mula merengek. Bosan agaknya.
“Err..Ain, tak pe lah. Ain cari untuk Ain punya dulu lah. Danish dah merengek ni. Abang bawak dia pergi kedai mainan dekat depan tu kejap.” Terus Fuadi bawak Danish keluar, tinggalkan Ain sorang-sorang dekat situ.
Ain dah tak ada mood. Rasa sakit sangat hati. Tapi, tak tahu nak salahkan siapa. Kalau macam ni, baik dia datang sorang je. Tak pun ajak kawan dia. Tapi nanti kalau dia balik dengan tak beli apa-apa, mesti mama bising. Lagipun dia dah kesuntukan masa.
Ain buat keputusan untuk cari je barang dia. Barang Fuadi, nanti pandai-pandailah dia uruskan sendiri.
‘Abang, Ain cari barang Ain dulu. Abang jalan je lah dengan Danish. Nanti dah siap, Ain text abang.’
Ain tahu, nanti masa tengah cari barang lain pun, mesti Danish merengek jugak. Jadi biarlah dia surrender awal-awal. Jimat sikit masa.
‘Okay.’ Ringkas jawapan Fuadi. Tengah sibuk layan Danish la tu.
 Ain main ambik je barang yang rasa elok di mata dia. Dah tak ada mood nak round-round survey kedai lain dulu. Set barang penjagaan diri, perfumes, handbag, kasut, semua Ain main ambik je. Tu pun dah lama Ain ambil masa sebab susah nak mencari kedai. Nasib baik dia jalan sorang. Kalau ada Danish, Ain rasa satu barang pun tak terbeli lagi.
Selesai saja beli barang, Ain terus text Fuadi nak tanya dia kat mana. Perut pun dah mula terasa lapar. Dah masuk tengah hari.
‘Where are you? Ain dah siap beli barang. Jom pegi makan.’  Ain mesej je Fuadi. Takut dia susah nak angkat call sebab tengah melayan Danish.
‘We all dekat The Manhattan Fish Market. Ain datang la sini.’ Cepat pulak Fuadi reply mesej dia.
‘We all?’ Over la Fuadi ni. Gaya macam tengah ada geng je. Padahal dengan Danish je. Tersentap Ain. Fuadi dah tengah makan? Tak tunggu dia pun. Ain cuba berfikir positive. Mungkin Danish dah lapar. Terus Ain cari kedai makan yang Fuadi sebut tadi. Dia pun dah lapar sangat ni.
At last! Jumpa pun kedai tu. Sesat jugak Ain nak cari kedai tu. Ye lah. Dia memang tak pernah makan dekat situ. Tak suka. Nama restoran pun dah ada perkataan ‘fish’. Mesti menu dia banyak berasaskan ikan biarpun Ain tahu ada je menu lain dekat situ.
Melilau Ain mencari kelibat suaminya. Tengah hari. Memang tengah ramai orang. Nampak je kelibat Fuadi, terus Ain berjalan menuju ke situ. Eh, tapi kenapa ada perempuan dekat meja tu. Terhenti langkah Ain. Cuba perhatikan wajah perempuan yang tengah bergelak ketawa dengan suaminya. Hati Ain dah mula rasa tak enak.
Sofea! Terpacul perlahan nama dia dari bibir Ain. Tubir mata Ain dah terasa panas. Ya Allah. Sakitnya hati Ain tengok mereka tengah bergelak ketawa makan sambil melayan Danish. Macam sebuah keluarga bahagia.
Kalau dengan Danish, Ain memang boleh bertolak ansur. Tapi dengan Sofea, dia tak mampu. Hati perempuan dia tak kuat. Kalau Sofea dah datang untuk amik Danish, kenapa Fuadi tak cari dia. Kan ke tujuan dia keluar hari ni sebab nak cari barang dengan Ain. Ni dah terbalik. Nampak macam Fuadi keluar hari ni memang untuk habiskan masa dengan Sofea dan Danish.
Ain tak boleh terima. Fikiran dia tak mampu nak fikir positive lagi. Kalau memang mereka tak rancang nak makan sekali pun, kenapa Fuadi tak call atau at least mesej tanya dia dekat mana. Takkan Fuadi tak ada langsung rasa nak sambung shopping dengan Ain yang tergendala sebab Danish tadi.
Sebelum dia jadi perhatian orang sebab menangis dekat tengah-tengah jalan, Ain terus bergegas keluar dari situ. Terus pergi mencari tandas. Setelah puas menghamburkan air mata dekat situ, barulah Ain dapat menenangkan diri. Tapi dia tak rasa dia mampu nak berhadapan dengan Fuadi hari ini. Hati dia sakit sangat.
Terus dia mesej Atiff yang memang tinggal area dekat situ.
Salam Atiff. Jom keluar. Aku tunggu depan KB Mall.’ Ain ambil keputusan untuk menghabiskan hari dia dengan Atiff.
‘Okay. 15 minutes.’ Lega Ain bila Atiff sudah balas mesej dia.
Tak lupa juga Ain untuk hantar mesej kepada Fuadi sebelum dia mematikan telefon.
‘ Ain balik dengan kawan. Just enjoy your day.’
Ringkas mesej Ain. Harap dia faham lah nada sindiran Ain. Ain dah tak mahu ambil tahu apa yang Fuadi nak buat hari itu.








1 comment: