DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Monday, 30 November 2015

JODOH UNTUKKU - BAB 36

BAB 36

Azan subuh baru sahaja kedengaran dari surau berhampiran. Walaupun masih dalam confinement, ‘biological clock’ dia memang tak pernah lalai untuk mengejutkan dia tepat pada waktunya. Sudah menjadi kebiasaan Ain sejak dari universiti lagi. Dia akan terjaga dari tidur ngam-ngam dengan laungan azan subuh dari masjid ataupun sedikit awal dari itu.

Bagus juga ‘biological clock’ dia masih berfungsi. Selalunya pada waktu ini, Aqil akan terjaga. Pandangan dialihkan pada Aqil yang tidur ditengah-tengah antara dia dengan Fuadi. ‘Hah..kan betul..’ Melebar senyum Ain melihatkan mata Aqil yang sudah terkebil-kebil memandang sekeliling.

Muhammad Aqil dah bangun! Lapar ye..” Ternganga kecil mulut comel Aqil bila Ain memainkan jari dia di situ. Aqil memang tak pernah meragam waktu pagi. Selepas menyusu nanti, Aqil akan kembali lena.

Ain bangun dari pembaringan untuk ke tandas. Tempat pembaringan Fuadi yang sudah kosong dipandang lama. Dia memang selalu kalah dengan Fuadi. Ingatkan dia paling awal bangun, rupanya Fuadi lebih awal dari dia.Mata dihalakan ke arah bilik air. Kosong! ‘Hmmm..mesti Fuadi sudah ke masjid.’ Rutin Fuadi yang satu ini memang sudah lama Ain perhatikan. Selagi mampu, suami dia ini akan pergi solat berjemaah di masjid. Rumah mama pun memang dekat dengan surau.

Susah Ain nak cakap. Bagi mama dan abah, Fuadi tak ada cacat celanya. Inilah yang membuatkan Ain ralat untuk memecahkan rahsia perkahwinan kedua Fuadi kepada family dia. Entahlah. Ain tak mahu Fuadi dipandang serong. Tapi, sampai bila dia terpaksa memendam rasa?

Aqil yang kembali lena setelah selesai menyusu diletakkan perlahan di atas katil. Tidak susah untuk menjaga Aqil. Bayi, apalah sangat ragam diaorang. Kalau merengek, mestilah sebab lapar, mengantuk, ataupun bila pampers sudah perlu diganti.

Bunyi pintu bilik yang terkuak dari luar menghentikan lamunan Ain. Siapa lagi yang selalu buka pintu bilik waktu-waktu macam ni kalau bukan Fuadi. Pastilah dia baru balik dari surau. Bau wangian yang selalu dipakai Fuadi menguatkan andaian Ain. Tak perlu nak menoleh untuk memastikan gerangan yang membuka pintu.

Aqil dah bangun menyusu ke?” Jelas kedengaran suara Fuadi memecahkan kesunyian pagi.

Songkok yang dipakai diletakkan di atas meja sebelum kaki melangkah perlahan ke arah katil. Berhati-hati dia melabuhkan duduk di birai katil. Tak mahu pergerakan dia mengejutkan lena Aqil.

Ain tak ada hati nak jawab soalan Fuadi. Dia rasa terperangkap di dalam bilik sendiri. Nak keluar dari bilik, nampak canggung sangat. Ye lah. Awal sangat lagi. Tapi, bila duduk dalam bilik ni, dia terpaksa menghadap Fuadi pula.

Aqil tengok la mama ni. Pagi-pagi pun dah nak boikot papa. Cakap kat mama, pagi-pagi ni kena banyak senyum. Baru la rezeki masuk.” Tangan Fuadi mengelus perlahan ubun-ubun Aqil. Taktik nak ajak Ain berborak. Tahu sangat yang Ain tengah buat ‘silent treatment’ dekat dia.

Fuadi hanya mampu tersenyum lemah bila melihat Ain yang tengah buat-buat sibuk membelek handphone.

Nanti bila mama dah kerja, Aqil nak ikut mama pergi Jerteh jugak ke? Kalau Aqil ikut mama, sape nak ikut papa? Kalau papa rindu dekat Aqil dan mama macam mana? Nak telefon, mama bukan nak dengar suara papa pun.” Sayu suara Fuadi. Sesekali pandangan ditalakan ke arah Ain. Cuba menduga isi hati Ain. Tapi sayang, riak wajah Ain kosong!

Kejap lagi papa nak pergi melawat Kak Auni. Aqil tahu, sedih sangat papa rasa sebab tak dapat tengok muka Kak Auni. Agak-agak muka Kak Auni macam mana ye?” Suara Fuadi sudah kedengaran sebak. Hati dia rasa sakit sangat. Kalaulah masa dapat diputar kembali.

AstargfirAllah. Siapa aku nak menolak takdir.’ Perlahan Fuadi meraup muka dia.

Memang terkilan sangat bila langsung tak berpeluang tak menatap wajah arwah anak perempuan dia. Tapi, nak salahkan siapa lagi? Semua yang berlaku diluar kawalan dia. Dia faham sangat kalau Ain marahkan dia sekarang. Tapi, bila Ain minta untuk berpisah, memang dia tak mampu.

Suasana antara mereka sepi. Masing-masing melayan perasaan sendiri. Fuadi merenung kosong Ain di sebelah. Hanya Allah yang tahu betapa sayangnya dia pada Ain. Dia tahu Ain terluka. Memang dia sedar khilaf dia. Tapi, dia tak ada pilihan. Dia sendiri tersepit di tengah-tengah.

Lama dia melemparkan pandangan pada Ain. Buat seketika dahi Fuadi berkerut-kerut memikirkan sesuatu sebelum tangan tangkas mencapai handphone di tepi bantal. Tangan dia cekap menulis sesuatu di handphone.

Ain memandang sekilas lalu kelibat Fuadi yang berlalu keluar dari bilik. Dari tadi sedaya upaya dia cuba menahan air mata yang bila-bila masa sahaja akan mencemari pipi dia. Dia bukannya hati batu. Semua kata-kata Fuadi tadi terkesan dekat hati dia. Selalu macam ni. Dia cuba nak sakitkan hati Fuadi, tapi akhirnya hati dia turut terluka juga.

Bunyi mesej yang masuk di handphone mengejutkan Ain. Dari Fuadi!

We are so close, but why feels so far….”

Akhirnya! Menitis juga air mata Ain. Ya…memang mereka dekat.Tapi kenapa terasa mereka jauh sangat. Terasa seperti orang asing yang tak pernah berkongsi apa-apa sebelum ni.



Suasana di dapur sudah mula riuh dengan suara ‘hero-hero’ along. Yup, kesian along. Tak tercapai lagi hajat nak menimang anak perempuan. Setakat ni, ketiga-tiga anak dia semua lelaki. Memang pening kepala nak melayan.

Mak Lang! Mana baby?” Haish..Terkejut Ain. Baru je melangkah masuk ke dapur, sudah kena sergah dengan Hariz. Anak sulung along ni, walaupun baru je 5 tahun, mulut dia tu dah mengalahkan orang tua.

Baby tengah tidur kat luar. Hariz pergi la tengok. Nanti kalau baby nangis, panggil mak lang ye.”

Berkejar Hariz ke ruang keluarga. Dia memang suka dengan baby. Tak habis-habis minta nak baby baru dengan mama dia. Along pun sama. Dia la yang jadi kepala mengajar anak dia tu. Hai la. Kesian jugak dekat kak wina. Macam mana nak tambah lagi. Hero 3 orang ni pun dah tak terlayan.

Ain hanya menjadi pemerhati di dapur. Nak menolong, jangan haraplah diaorang nak bagi. Lagipun, tak ada apa sangat dah yang nak dibuat. Semua makanan sudah hampir siap terhidang di meja. Banyak jugak makanan pagi ni. Maklumlah ramai pembantu.

Ain, ni along dah bakarkan ikan kering untuk Ain. Boleh la makan sekali. Sup sayur pun dah siap tu.” Mama menyorong piring ikan bakar kearah Ain.

Eh..rajin pulak along pagi ni?” Pelik pulak Ain rasa. Ye lah. Kalau hujung minggu macam ni, jangan harap nak nampak muka along bangun buat kerja pagi-pagi macam ni.

Orang dah tolong bukannya nak cakap terima kasih.” Suara along tiba-tiba kedengaran dari belakang. Serentak terasa tarikan pada tudung yang dipakai. Tu lah Ain. Cakap siang pandang-pandang. Entah bila lah along masuk ke dapur ni. Tadi takde pun. Jelingan tajam dihadiahkan pada along. Habis serabai tudung dia.

Hah, Man duduk lah. Takkan la dengan Ain pun nak segan.”Along menarik perlahan kerusi di sebelah dia.

Kejap! Abang Man? Kenapa dia ada kat sini.’ Kepala ditoleh ke belakang. Senyuman terpaksa Ain hadiahkan pada abang Man. Haish , sekarang ni rasanya Ain yang terlebih segan. Bukannya abang Man.

Datang pun kamu Man. Saja Pak Teh ajak kamu sarapan kat sini. Mak dengan ayah kamu kan takde kat rumah sekarang ni.” Abah yang baru sahaja masuk ke ruang makan mula menegur abang Man.

Abah mula mengambil tempat di meja makan sebelum diikuti yang lain. Selalunya, kalau ramai-ramai berkumpul macam ni, mereka akan makan sarapan ikut ‘turn’. Maklumlah, bilangan kerusi di meja makan terhad. Jadi, untuk ‘turn’ yang pertama,kaum Adam akan makan dulu. Mama pun terus ikut sekali selalunya. Kaum perempuan akan makan lewat sikit nanti, sekali dengan anak-anak kecil. Tapi, bila waktu makan tengah hari atau makan malam, mereka akan bentang tikar di bawah untuk makan beramai-ramai. Lagi meriah.

Ain, mana Adi? Kenapa tak ajak dia makan sekali?”

Terhenti pergerakan Ain yang baru mahu menyenduk sup kedalam pinggan. Sengaja mama suruh Ain terus makan sementara Aqil tengah tidur ni.

Tadi dia cakap nak pergi kubur kejap. Alah. Tahulah dia nak makan nanti kalau dah lapar. Bukannya budak kecik lagi.”

Ain! Apa cakap macam tu.” Tersentak Ain bila mama menampar lembut paha dia. Bila terpandangkan pandangan tajam abah, tahulah Ain yang dia sudah terlepas kata. Sedar yang kata-kata dia memang kedengaran sedikit kurang ajar. Mama dan abah memang pantang kalau anak-anak dia berkurang ajar tambah-tambah lagi dengan suami sendiri.

Hmm..Man kau bila lagi nak kahwin? Tengok aku ni, dah tiga orang anak.” Pandai along nak mengeluarkan mereka dari bahang-bahang dingin yang dicipta Ain.

Tak tahu lah nak cakap. Belum sampai seru.”

Dulu bukan main kau bagitahu aku nak cop Ain ni. Alih-alih kau yang menghilang.” Selamba je along cakap benda-benda macam ni. Haish, orang lelaki ni memang tak ada perasaan ke apa? Abang Man pun relax je muka.

Eh, betul ke Man?” Serius muka mama. Takut kalau betul la yang Abang Man ni memang pernah simpan perasaan dekat Ain.

Tu lah. Baru ingat nak sunting bunga sebelah rumah ni. Alih-alih dah jadi orang punya. Dah nasib badan. Nak buat macam mana.” Berseloroh pula abang Man.

Kamu ni ada-ada je Man.” Sedikit lega mama bila melihatkan abang Man yang masih mampu berseloroh. Maksudnya tak ada apa yang tersimpan dihati.

Kenapa abang Man tak bagitahu Ain terus. Along ni memang pelupa. Kalau Ain tahu, mesti Ain tunggu abang Man.” Selamba Ain membalas. Tanpa sebarang niat terselindung.

Ain pasti yang perbualan mereka sekarang ni hanyalah gurauan semata. Tak ada apa yang nak diambil serius. Abang Man sendiri nampak tak kisah. Jadi tak salah Ain rasa kalau dia mahu turut serta dalam perbualan mereka. Tapi, bila melihatkan pandangan abang Man yang penuh tersirat pada dia, Ain kaget!

Ain, hati-hati bila cakap tu. Dengar dekat Adi, apa pulak dia kata nanti.” Hmm..bila abah sudah mula menegur, maksudnya topik perbualan perlu ditukar. Tengok. Abah memang sayang sangat menantu dia sorang tu. Entah apa reaksi abah kalau dia tahu pasal punca pergolakan rumah tangga anak menantu dia ni.

Mak Lang, Aqil nangis.” Terkedek-kedek anak kedua along yang baru berumur 3 tahun masuk ke dapur.

Tak dengar pun Aqil nangis. Hafiz kacau Aqil ye…” Sengaja Ain mahu menyakat anak buah dia yang sorang ni. Pelik juga. Memang langsung tak dengar suara Aqil menangis. Mungkin sebab ruang dapur ni bising sangat.

Mana ada. Hafiz tengok je baby.Tak kacau pun.” Hai la Hafiz. Muncung dah panjang sedepa sebab ingatkan Ain salahkan dia.

Pergi lah tengok kejap Ain. Runsing jugak biar Aqil sorang-sorang kat luar tu. Budak-budak ni bukan diaorang tahu apa pun.”

Alahai mama. Kalau mama tak suruh pun, memang Ain nak pergi tengok Aqil. Dia pun bukan selesa sangat duduk kat dapur ni. Dari tadi asyik jadi bahan usikan je.

Keluar sahaja ke ruang depan, katil Aqil sudah kosong. Anak sulung along pula tengah ralit tengok kartun dekat TV.

Hariz, mana Aqil?”

Pak Lang amik.” Hish Aqil ni. Mata tu tak berkalih langsung dari TV. Hmmm…Fuadi dah balik nampaknya. Tapi, ke mana pulak dia bawak Aqil ni. Melilau sekejap mata Ain mencari kelibat Fuadi.

Pintu bilik yang sedikit terbuka dipandang lama. Seingat Ain tadi dia tutup rapat pintu bilik tu. Langkah mula diatur ke arah bilik. Yakin yang Fuadi dengan Aqil ada dalam bilik.












4 comments:

  1. Biar Fuadi dengar... tahu ingat Ain x ada orang nak... kalau x iklas bermadu baik x payah... takut banyak dosa lagi yang bertambah... Faudi kalau x sayang lagi lepaskan lah dari Ain menderita... x baik x berlaku adil bila ada 2 isteri ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul la tu..belum kahwin dgn sofea pun mmg dah nampak condong kat pompuan tu..ni la pulak bila dah kahwin..

      Delete
  2. Fuandi x yah la nak buat2 sedih konon x dpt nak tgk aruah anak perempuan dia tu..ko mmg x layak pun nak jd seorang bapak sbb ko x pernah nak layan baik ain walaupun ain mengadungkan anak kembar dari benih ko..yg ko dok timang2 pompuan gatal x sedar diri yg nak ngendeng tu laki org n aruah anaknya..tu pun dah cukup baik ain layan baik aruah anak ko tu..ko lak sibuk menggatal berdating n biarkan anak ko tu sampai kena langgar..pastu sibuk nak nyalahkan ain..tu la bila otak kat lutut n selalu rasa diri betul..

    ReplyDelete
  3. jgn ingat org tak de yg nak...

    ReplyDelete