“Atiff. Kau balik rumah
tak esok?” Pandangan dilemparkan pada Atiff yang baru je melangkah
turun dari bilik di tingkat atas.
Sudah hampir sebulan Ain
dan Atiff menyewa di rumah ini dan dalam tempoh itu, baru sekali Ain
pulang ke rumah mama. Itu pun, 2 minggu lepas. Bukan tak rindukan
mama, tapi dengan keadaan dia sekarang, rasa macam tak berapa larat
kalau nak memandu pulang ke rumah mama tiap-tiap minggu.
“Tak tahu lagi. Sebab
minggu lepas kan aku dah balik. Kenapa?” Atiff yang sudah
melabuhkan duduk di tepi Ain terus merampas balang yang berisi
kerepek dari tangan Ain.
“Kau tak payah balik
lah. Jom kita pergi pantai esok. Pantai Bukit Keluang je.” Ain
membuat muka simpati.
“Kenapa tiba-tiba ni?”
Pelik Atiff dengan tingkah Ain.
“Tak ada apa lah.
Tiba-tiba rasa macam nak jalan-jalan tepi pantai. Sambil-sambil tu
boleh kita makan ikan celup tepung. Teringin pulak rasanya.”
“Owh…mengidam lah ni.
Okay lah mak buyung. Aku boleh je.” Atiff mengenyitkan mata pada
Ain sebelum mula memfokus kan pandangan pada TV di hadapan mereka.
Tersenyum kecil Ain pada
Atiff. Menyorokkan rasa hati dari diketahui Adah. Sebenarnya, dia tak
teringin pun nak makan benda tu semua. Alasan je. Yang dia fikirkan
sekarang, cuma untuk menenangkan rasa hati yang tengah kacau bilau.
Semuanya disebabkan panggilan telefon yang dia dapat dari Fuadi lewat
senja tadi.
Teringat kembali Ain
tentang kejadian tadi.
Ain baru selesai
menunaikan solat Asar petang tadi bila tiba-tiba handphone dia
berbunyi menandakan ada mesej yang masuk. Mesej dari Fuadi.
Berdebar-debar Ain. Sudah lama dia tidak berhubung dengan Fuadi. Last
mereka berhubung, sebulan yang lalu, malam sebelum dia bertolak ke
Jerteh untuk melapor diri. Sudah pastinya tidak ada apa-apa yang
manis untuk di kenang dari perjumpaan mereka malam itu.
‘13/4/15…10 pm.’
Ringkas mesej Fuadi. Berkerut kening Ain. Itu tarikh esok. Tapi,
persoalannya, kenapa dengan esok.
Yang pastinya, bukan
tarikh nikah Fuadi dengan Sofea sebab kalau diikutkan apa yang ummi
beritahu, Fuadi sudah selamat bernikah dengan Sofea minggu lepas. Tak
ada siapa yang tahu betapa remuknya hati Ain malam itu. Sepanjang
malam, hanya air mata yang menemani dia. Mengikut ummi, mereka hanya
nikah di pejabat agama sahaja. Tidak ada majlis untuk mereka atas
permintaan Fuadi sendiri. Tak ada ahli keluarga yang ikut untuk
menyaksikan pernikahan mereka.
Handphone Ain bergetar
tiba-tiba. Panggilan dari Fuadi! Teragak-agak Ain untuk menjawab.
Jantung dia kuat berdebar. Kenapa sampai nak call dia? Ada benda
pentingkah?
“Assalamualaikum Ain.”
Lembut suara Fuadi menyapa telinga Ain bila panggilan dia diterima.
“Waalaikummussalam.”
Perlahan Ain menjawab. Selepas itu, keadaan mereka sepi. Tak tahu
siapa yang harus memulakan perbualan.
“That’s my departure
date. To KLIA.” Akhirnya Fuadi yang mengalah.
Tersentap Ain. Ya Allah.
Macam mana dia boleh lupa yang Fuadi mahu pergi menyambung pengajian
dia. Tiba-tiba Ain terasa sayu. Tak rela ditinggalkan Fuadi. Walaupun
selama ini mereka lama tidak berhubung, tapi sekurangnya Ain tahu
yang Fuadi masih dekat dengan dia.
“Hmmm..Owh. Ain baru
tahu. So?” Ain cuba berlagak tenang. Separuh hati dia begitu
merindukan Fuadi. Tapi separuh lagi menginginkan Fuadi cepat-cepat
hilang dari hidup dia. Biar hilang semua kesedihan, dan rasa sakit
hati dia pada Fuadi selama ini.
“Ain datang kan?”
Berdebar Fuadi menunggu jawapan Ain. Entah kenapa, dia begitu
mengharapkan yang Ain datang untuk menghantar pemergian dia.
“Hmmm..tengok lah. Tak
janji. Ain kat Jerteh sekarang ni.”
“Sempat je Ain nak
balik. Ain balik esok pun sempat lagi. Bukannya jauh sangat Jerteh
tu. Sejam lebih je.” Sedikit ,mendesak suara Ain.
“Abang nak Ain datang
ke?” Terpacul soalan dari mulut Ain. Mengharapkan jawapan memujuk
dari Fuadi.
“You’re my wife.. Of
course you should come.” Tersenyum sinis Ain dengan jawapan Fuadi.
Bukan itu jawapan yang dia mahukan.
“Hmmm…But, I’m not
your only wife! Sorry tak wish abang awal-awal. Tapi rasanya belum
terlambat. Selamat Pengantin Baru.” Suara Ain sudah terketar-ketar.
Menahan sebak di dada.
“Ain….Ain okay? baby
okay?” Lambat-lambat Fuadi bertanya. Suara dia penuh dengan
keprihatinan.
Tersentak Ain dengan
soalan Fuadi. Air mata mula laju merembes keluar. Terasa seperti dia
sudah mendapat kembali suami dia yang dulu. Ain ingatkan Fuadi sudah
lupa.
“Anak Ain okay.”
Pendek jawapan Ain.
“Our baby Ain..Our baby.
Ya Allah. What I’ve done.” Kesal suara Fuadi.
“Ingatkan abang dah
lupa. Cause you never care. You never know what I‘ve gone through
all this time.” Teresak-esak suara Ain.
“Ain….I’m really
sorry. Ya Allah Ain. Tell me. Apa yang patut abang buat sekarang
untuk betulkan semua ni. Please Ain.Tell me.” Fuadi dihujung sana
sudah turut menghamburkan air mata. Entah kenapa dengan dia sekarang
ini. Mungkin terkesan dengan pemergian dia esok untuk tempoh yang
agak lama. Rindu pada Ain begitu membuak-buak.
“You’re going to leave
me…very soon. Apa lagi yang boleh abang buat.” Kecewa suara Ain.
Terus dimatikan panggilan. Sakit sangat hati dia sekarang. Air mata
yang mengalir di pipi dibiarkan. Langsung tidak diseka. Hati dia
sakit sangat sekarang. Tak tahu mahu diadu pada siapa. Masalah dia
dengan Fuadi, hanya ummi dan ayah yang tahu. Cuba disorokkan
sebaikknya dari orang lain. Hal pernikahan Fuadi dengan Sofea
langsung tidak dikhabarkan pada mama dan abah.
“Eh, Ain..kenapa ni? Kau
okay tak?” Tamparan lembut dibahu menyedarkan Ain yang tengah
beremosi melayan perasaan. Mula sedar yang sekarang ini dia masih
berada di ruang tamu. Jauh sangat dia melayan perasaan tadi.
“Hmm..tak tahu lah Atiff. Sorry lah. Emosi aku tak
betul sikit malam ni. Aku naik dulu lah.” Melihatkan muka tak puas
hati Atiff, terus Ain meminta diri untuk naik ke bilik sebelum
bermacam-macam soalan keluar dari mulut Adah nanti.
Terleka Ain memandang
ketenangan laut di kejauhan. Bunyi ombak yang menghempas pantai
begitu mengasyikkan. Terasa seperti mahu berada di situ buat
selamanya. Benar lah kata orang. Melihat laut boleh memberikan
ketenangan dan juga pahala jika dalam masa yang sama kita turut
memuji kebesaran ciptaan Allah.
Atiff yang dari tadi
menjadi peneman setia Ain hanya mampu memandang tingkah Ain yang
memang nampak sangat tengah runsingkan sesuatu. Tadi, bukan main
banyak dia order ikan dan udang celup tepung. Ingatkan, Ain teringin
sangat. Alih-alih, dia yang terpaksa habiskan sebab Ain nampak sangat
tidak berselera.
“Ain..Kau sorokkan
sesuatu dari aku kan. You better tell me.” Atiff sudah hilang
sabar. Sedikit mengugut suara dia.
Tersentak Ain. Hilang
terus lamunan dia tadi. Melihatkan air muka Atiff, dia tahu sudah tak
ada pilihan. Paling tidak pun, ada jawapan dia yang boleh membuatkan
Atiff diam.
“Kau tahu kan Dr. Fuadi
nak sambung belajar oversea.” Ain memulakan ayat dia. Bila
melihatkan anggukan dari Atiff, Ain mula menyambung.
“Esok, dia dah nak
berlepas.” Jelas riak terkejut di muka Atiff.
“Habis, apa kau buat kat
sini? Bukan kau sepatutnya dengan dia ke sekarang?”
Terkedu Ain. Dia blank.
Tak tahu nak jawab apa. Lama dia teragak-agak menyusun kata. Atiff
yang ketawa secara tiba-tiba, mengejutkan Ain.
“Hahaaa…kau ni. Tak
payah nak malu lah. Aku tahu kau mesti tengah sedih sekarang ni kan.
Tak sanggup nak berpisah lah tu. Takkan tu pun tak susah nak bagitahu
aku. Ish kau ni.” Tersenyum kecil Ain. Kelegaan. Biar lah Atiff
membuat prasangka sendiri. Dia tak mampu lagi nak berterus terang.
“Dah jom balik. Yang aku
tahu, sampai je rumah kita nanti, aku nak kau terus balik KB. Jumpa
husband kau. Aku tak mahu kau menyesal nanti. Kalau kau tak larat,
aku boleh drive kan kau balik KB.” Atiff terus mengheret tangan Ain
menuju ke kereta.
“Eh, tak apa. Aku larat je drive nak balik KB nanti.”
Tersentuh Ain dengan keprihatinan Atiff. Dia dah tak boleh nak
beralasan lagi. Kalau tak, mesti Atiff akan pelik. Bahu Atiff di
peluk erat.
Ain masih berbaring di
dalam bilik dia di rumah mama. Masih berkira-kira dengan keputusan
dia untuk pergi ke airport. Sekarang sudah pukul 6 petang. Tadi,
pukul 4 petang baru dia sampai di rumah mama. Terkejut mama
melihatkan kepulangan dia yang tiba-tiba. Sudah dikhabarkan kepada
mama tentang penerbangan Fuadi ke KLIA malam ini. Membebel juga lah
mama sebab tidak mengkhabarkan kepada dia lebih awal sebab malam ini
mama dan abah sudah berjanji untuk menghadiri majlis di rumah kawan
mereka.
Selepas solat Asar tadi,
mama dan abah terus bertolak sebab rumah kawan mereka boleh tahan
juga jauhnya. Lega Ain. Sekurangnya, mama dan abah tidak ada di rumah
untuk mempersoalkan tindakan dia sekarang. Kalau tidak, mesti mama
pelik bila melihatkan dia yang masih boleh bermalasan di atas katil.
Ain memandang telefonnya yang sengaja di silent kan. Ada beberapa
miscall dari Fuadi. Sengaja tidak diangkat.
Solat magrib baru sahaja
di tunaikan. Handphone yang berkelip-kelip di atas katil tanda ada
panggilan masuk di pandang sekilas. Hmm..mesti Fuadi. Lambat-lambat
Ain menuju ke telefon untuk memastikan gerangan si pemanggil.
Ummi! Terasa seperti
terhenti nafas Ain buat seketika bila melihatkan panggilan yang masuk
rupanya dari ummi. Ain menarik nafas untuk menenangkan diri buat
seketika sebelum menjawab panggilan ummi.
“Assalamualaikum, Ain.”
Seperti biasa, suara ummi penuh kelembutan pada Ain.
“Waalaikumussalam, ummi.
Maaf, Ain baru sudah solat tadi.”
“Owh..maaflah. Ummi
mengganggu Ain pulak. Err..Ain, tahu kan yang Fuadi punya flight
malam ni. Dia cakap dah bagitahu Ain.” Ain dah agak. Pasti sebab
ini ummi menelefon dia sekarang.
“Tahu ummi.” Perlahan
jawapan Ain.
“Ain kat mana ni? Ain
datang kan?” Berharap sangat ummi pada Ain.
“Kat rumah mama…”
Tak tahu apa lagi yang harus dijawab sebab dia masih tak pasti dengan
keputusan dia.
“Datang lah Ain. Ummi
tahu Fuadi nak sangat Ain. Datang lah. Ummi merayu pada Ain. Ya
Allah. Kenapa kejam sangat ummi ni. Ummi tahu macam mana layanan dia
pada Ain. Tapi kenapa ummi masih mahu Ain datang juga.” Ain tahu
ummi tengah menangis. Walau macam mana sekali pun, Fuadi tetap anak
dia. Pasti dia tak sanggup melihat Fuadi pergi dalam keadaan
berharap.
“Ummi.Jangan cakap macam
tu..InsyaAllah, Ain datang.” Tak sanggup Ain nak lukakan hati ummi.
Mungkin Allah menghantar pertolongan dalam bentuk panggilan dari ummi
untuk membolehkan dia membuat keputusan.
Jam sudah menunjukkan
pukul 9.10 malam bila Ain sampai di tempat parkir. Tak tahu lah Ain
sempat atau tidak dia berjumpa dengan Fuadi. Tapi, rasanya masih
sempat. Takkan lah awal sangat Fuadi masuk ke balai perlepasan.
Perlahan langkah Ain di
celah kesibukan orang ramai. Tak mampu melangkah lebih pantas dengan
keadaan dia sekarang. Liar mata dia memandang sekeliling. Mencari
kelibat yang dia kenal.
Dari jauh, Ain sudah dapat
melihat kelibat Fuadi. Nampaknya, semua adik-beradik Fuadi datang
untuk menghantar pemergian satu-satunya anak lelaki dalam keluarga
mereka. 4 tahun pemergian Fuadi bukannya satu tempoh yang sekejap.
Macam-macam boleh berlaku dalam tempoh itu. Turut kelihatan, kelibat
Sofea yang sedang berbual dengan ayah. Walaupun tidak nampak seperti
kemesraan seorang ayah dan menantu, perasaan Ain turut terkesan.
Berdiri di tepi Sofea, sudah pastinya Fuadi. Perasaan Ain sudah mula
berkecamuk.
Betul ke keputusan yang
dia ambil? Saat Ain menimbang-nimbang samada mahu meneruskan langkah,
ataupun berpusing beredar dari situ, matanya tiba-tiba menangkap
pandangan tajam ummi padanya. Hmmm..Ain terlupa pada naluri kuat
seorang ibu. Tidak pasti sudah berapa lama dia menjadi perhatian
ummi. Dengan terpaksa, langkah perlahan diatur ke arah ummi.
“Terima kasih Ain. Ummi
tahu Ain akan datang.” Belum sempat Ain menghulur salam, ummi sudah
menarik Ain ke dalam pelukan dia. Sekarang ini, nampaknya Ain menjadi
tumpuan seisi keluarga yang hadir di situ. Semua nampak terpegun
dengan kehadiran Ain. Selesai berdakapan dengan ummi, Ain bersalaman
dengan semua ahli keluarga yang lain.
Ain hanya mematungkan diri
di sebelah ummi. Tidak tahu macam mana nak menyapa Fuadi yang dari
tadi hanya memandang dia tajam. Tak seorang pun yang menggesa Ain
untuk menghampiri Fuadi termasuk lah ummi. Mungkin mereka semua faham
dengan keadaan Ain. Kehadiran Ain di situ sudah cukup bermakna.
Ain hanya menjawab
pertanyaan dari kakak-kakak Fuadi. Terutama tentang keadaan dia
sekarang memandangkan sudah lama mereka tidak berjumpa.
“Kak Ain, dah nampak la
baby bump ni.Comel nya.” Zara tiba-tiba menyentuh lembut perut Ain.
“Haah. Berseri-seri
mom-to-be kita ni.” Adik beradik yang lain mula mengusik Ain. Ain
turut terleka dengan mereka. Terlupa terus dengan pandangan tajam
yang dari tadi memandang dia.
Pengumuman untuk semua
penumpang pesawat penerbangan AK6449 untuk masuk ke balai perlepasan
mematikan perbualan mereka. Semua mata kini kembali terarah kepada
Fuadi dan Sofea. Fuadi tiba-tiba melangkah menghampiri Ain. Seperti
faham dengan keadaan mereka, semua ahli keluarga yang lain bergerak
ke tepi untuk memberi ruang kepada Fuadi dan Ain.
Buat beberapa ketika,
mereka hanya saling berpandangan. Tiada kata yang terluah. Ain
rasakan dada dia berdebar hebat. Rasa sebak turut menghimpit dada.
Tubir mata sudah mula panas. Tiba-tiba Fuadi meraih Ain ke dalam
dakapan dia.
“Thanks…I love you.”
Perlahan Fuadi berbisik di telingan Ain.
Dengar sahaja ungkapan
sayang dari mulut Fuadi, Ain terus menghamburkan air mata dia. Ikhlas
suara Fuadi. Ya Allah, kalau sayang, mengapa begini jadinya. Dia
menangis semahunya di dada Fuadi. Bagai melepaskan segala rasa di
dalam hati. Pertama kali Ain melihat Fuadi turut menghambukan air
mata untuk dia. Belakang Ain diusap beberapa kali.
Ain terasa usapan lembut
tangan Fuadi di perut dia.
“Anak papa. Jaga ibu ya.
I love you.” Terketar-ketar suara Fuadi.
Panggilan terakhir untuk
Fuadi melaporkan diri meresahkan Ain. Terasa tidak mahu berpisah
dengan Fuadi.
Fuadi meleraikan pelukan.
Sayu pandangan dia pada Ain sebelum memberikan kucupan sekilas di
dahi Ain.
“Ain, take care. Love
both of you.” Ain tak mampu untuk berkata apa-apa sehinggalah
dirasakan genggaman Fuadi di tangannya semakin longgar.
Ain hanya mampu memandang
sayu Fuadi yang tengah bersalaman dengan ahli keluarga dan akhir
sekali dengan ayah dan ummi sebelum bergegas masuk ke balai berlepas
dengan Sofea.
Ain sudah tak mampu nak
berdiri. Tempat duduk di sudut kiri dituju perlahan. Ain hanya
memandang Fuadi yang sedang melambai di kejauhan. Entah kenapa dada
Ain masih bergetar hebat. Terasa bagaikan dia bakal kehilangan Fuadi.

No comments:
Post a Comment