Monday, 30 November 2015

JODOH UNTUKKU - BAB 30

BAB 30

Atiff. Kau balik rumah tak esok?” Pandangan dilemparkan pada Atiff yang baru je melangkah turun dari bilik di tingkat atas.

Sudah hampir sebulan Ain dan Atiff menyewa di rumah ini dan dalam tempoh itu, baru sekali Ain pulang ke rumah mama. Itu pun, 2 minggu lepas. Bukan tak rindukan mama, tapi dengan keadaan dia sekarang, rasa macam tak berapa larat kalau nak memandu pulang ke rumah mama tiap-tiap minggu.

Tak tahu lagi. Sebab minggu lepas kan aku dah balik. Kenapa?” Atiff yang sudah melabuhkan duduk di tepi Ain terus merampas balang yang berisi kerepek dari tangan Ain.

Kau tak payah balik lah. Jom kita pergi pantai esok. Pantai Bukit Keluang je.” Ain membuat muka simpati.

Kenapa tiba-tiba ni?” Pelik Atiff dengan tingkah Ain.

Tak ada apa lah. Tiba-tiba rasa macam nak jalan-jalan tepi pantai. Sambil-sambil tu boleh kita makan ikan celup tepung. Teringin pulak rasanya.”

Owh…mengidam lah ni. Okay lah mak buyung. Aku boleh je.” Atiff mengenyitkan mata pada Ain sebelum mula memfokus kan pandangan pada TV di hadapan mereka.

Tersenyum kecil Ain pada Atiff. Menyorokkan rasa hati dari diketahui Adah. Sebenarnya, dia tak teringin pun nak makan benda tu semua. Alasan je. Yang dia fikirkan sekarang, cuma untuk menenangkan rasa hati yang tengah kacau bilau. Semuanya disebabkan panggilan telefon yang dia dapat dari Fuadi lewat senja tadi.

Teringat kembali Ain tentang kejadian tadi.

Ain baru selesai menunaikan solat Asar petang tadi bila tiba-tiba handphone dia berbunyi menandakan ada mesej yang masuk. Mesej dari Fuadi. Berdebar-debar Ain. Sudah lama dia tidak berhubung dengan Fuadi. Last mereka berhubung, sebulan yang lalu, malam sebelum dia bertolak ke Jerteh untuk melapor diri. Sudah pastinya tidak ada apa-apa yang manis untuk di kenang dari perjumpaan mereka malam itu.

13/4/15…10 pm.’ Ringkas mesej Fuadi. Berkerut kening Ain. Itu tarikh esok. Tapi, persoalannya, kenapa dengan esok.

Yang pastinya, bukan tarikh nikah Fuadi dengan Sofea sebab kalau diikutkan apa yang ummi beritahu, Fuadi sudah selamat bernikah dengan Sofea minggu lepas. Tak ada siapa yang tahu betapa remuknya hati Ain malam itu. Sepanjang malam, hanya air mata yang menemani dia. Mengikut ummi, mereka hanya nikah di pejabat agama sahaja. Tidak ada majlis untuk mereka atas permintaan Fuadi sendiri. Tak ada ahli keluarga yang ikut untuk menyaksikan pernikahan mereka.

Handphone Ain bergetar tiba-tiba. Panggilan dari Fuadi! Teragak-agak Ain untuk menjawab. Jantung dia kuat berdebar. Kenapa sampai nak call dia? Ada benda pentingkah?

Assalamualaikum Ain.” Lembut suara Fuadi menyapa telinga Ain bila panggilan dia diterima.

Waalaikummussalam.” Perlahan Ain menjawab. Selepas itu, keadaan mereka sepi. Tak tahu siapa yang harus memulakan perbualan.

That’s my departure date. To KLIA.” Akhirnya Fuadi yang mengalah.

Tersentap Ain. Ya Allah. Macam mana dia boleh lupa yang Fuadi mahu pergi menyambung pengajian dia. Tiba-tiba Ain terasa sayu. Tak rela ditinggalkan Fuadi. Walaupun selama ini mereka lama tidak berhubung, tapi sekurangnya Ain tahu yang Fuadi masih dekat dengan dia.

Hmmm..Owh. Ain baru tahu. So?” Ain cuba berlagak tenang. Separuh hati dia begitu merindukan Fuadi. Tapi separuh lagi menginginkan Fuadi cepat-cepat hilang dari hidup dia. Biar hilang semua kesedihan, dan rasa sakit hati dia pada Fuadi selama ini.

Ain datang kan?” Berdebar Fuadi menunggu jawapan Ain. Entah kenapa, dia begitu mengharapkan yang Ain datang untuk menghantar pemergian dia.

Hmmm..tengok lah. Tak janji. Ain kat Jerteh sekarang ni.”

Sempat je Ain nak balik. Ain balik esok pun sempat lagi. Bukannya jauh sangat Jerteh tu. Sejam lebih je.” Sedikit ,mendesak suara Ain.

Abang nak Ain datang ke?” Terpacul soalan dari mulut Ain. Mengharapkan jawapan memujuk dari Fuadi.

You’re my wife.. Of course you should come.” Tersenyum sinis Ain dengan jawapan Fuadi. Bukan itu jawapan yang dia mahukan.

Hmmm…But, I’m not your only wife! Sorry tak wish abang awal-awal. Tapi rasanya belum terlambat. Selamat Pengantin Baru.” Suara Ain sudah terketar-ketar. Menahan sebak di dada.

Ain….Ain okay? baby okay?” Lambat-lambat Fuadi bertanya. Suara dia penuh dengan keprihatinan.

Tersentak Ain dengan soalan Fuadi. Air mata mula laju merembes keluar. Terasa seperti dia sudah mendapat kembali suami dia yang dulu. Ain ingatkan Fuadi sudah lupa.

Anak Ain okay.” Pendek jawapan Ain.

Our baby Ain..Our baby. Ya Allah. What I’ve done.” Kesal suara Fuadi.

Ingatkan abang dah lupa. Cause you never care. You never know what I‘ve gone through all this time.” Teresak-esak suara Ain.

Ain….I’m really sorry. Ya Allah Ain. Tell me. Apa yang patut abang buat sekarang untuk betulkan semua ni. Please Ain.Tell me.” Fuadi dihujung sana sudah turut menghamburkan air mata. Entah kenapa dengan dia sekarang ini. Mungkin terkesan dengan pemergian dia esok untuk tempoh yang agak lama. Rindu pada Ain begitu membuak-buak.

You’re going to leave me…very soon. Apa lagi yang boleh abang buat.” Kecewa suara Ain. Terus dimatikan panggilan. Sakit sangat hati dia sekarang. Air mata yang mengalir di pipi dibiarkan. Langsung tidak diseka. Hati dia sakit sangat sekarang. Tak tahu mahu diadu pada siapa. Masalah dia dengan Fuadi, hanya ummi dan ayah yang tahu. Cuba disorokkan sebaikknya dari orang lain. Hal pernikahan Fuadi dengan Sofea langsung tidak dikhabarkan pada mama dan abah.

Eh, Ain..kenapa ni? Kau okay tak?” Tamparan lembut dibahu menyedarkan Ain yang tengah beremosi melayan perasaan. Mula sedar yang sekarang ini dia masih berada di ruang tamu. Jauh sangat dia melayan perasaan tadi.

Hmm..tak tahu lah Atiff. Sorry lah. Emosi aku tak betul sikit malam ni. Aku naik dulu lah.” Melihatkan muka tak puas hati Atiff, terus Ain meminta diri untuk naik ke bilik sebelum bermacam-macam soalan keluar dari mulut Adah nanti.

Terleka Ain memandang ketenangan laut di kejauhan. Bunyi ombak yang menghempas pantai begitu mengasyikkan. Terasa seperti mahu berada di situ buat selamanya. Benar lah kata orang. Melihat laut boleh memberikan ketenangan dan juga pahala jika dalam masa yang sama kita turut memuji kebesaran ciptaan Allah.

Atiff yang dari tadi menjadi peneman setia Ain hanya mampu memandang tingkah Ain yang memang nampak sangat tengah runsingkan sesuatu. Tadi, bukan main banyak dia order ikan dan udang celup tepung. Ingatkan, Ain teringin sangat. Alih-alih, dia yang terpaksa habiskan sebab Ain nampak sangat tidak berselera.

Ain..Kau sorokkan sesuatu dari aku kan. You better tell me.” Atiff sudah hilang sabar. Sedikit mengugut suara dia.

Tersentak Ain. Hilang terus lamunan dia tadi. Melihatkan air muka Atiff, dia tahu sudah tak ada pilihan. Paling tidak pun, ada jawapan dia yang boleh membuatkan Atiff diam.

Kau tahu kan Dr. Fuadi nak sambung belajar oversea.” Ain memulakan ayat dia. Bila melihatkan anggukan dari Atiff, Ain mula menyambung.

Esok, dia dah nak berlepas.” Jelas riak terkejut di muka Atiff.

Habis, apa kau buat kat sini? Bukan kau sepatutnya dengan dia ke sekarang?”

Terkedu Ain. Dia blank. Tak tahu nak jawab apa. Lama dia teragak-agak menyusun kata. Atiff yang ketawa secara tiba-tiba, mengejutkan Ain.

Hahaaa…kau ni. Tak payah nak malu lah. Aku tahu kau mesti tengah sedih sekarang ni kan. Tak sanggup nak berpisah lah tu. Takkan tu pun tak susah nak bagitahu aku. Ish kau ni.” Tersenyum kecil Ain. Kelegaan. Biar lah Atiff membuat prasangka sendiri. Dia tak mampu lagi nak berterus terang.

Dah jom balik. Yang aku tahu, sampai je rumah kita nanti, aku nak kau terus balik KB. Jumpa husband kau. Aku tak mahu kau menyesal nanti. Kalau kau tak larat, aku boleh drive kan kau balik KB.” Atiff terus mengheret tangan Ain menuju ke kereta.

Eh, tak apa. Aku larat je drive nak balik KB nanti.” Tersentuh Ain dengan keprihatinan Atiff. Dia dah tak boleh nak beralasan lagi. Kalau tak, mesti Atiff akan pelik. Bahu Atiff di peluk erat.

Ain masih berbaring di dalam bilik dia di rumah mama. Masih berkira-kira dengan keputusan dia untuk pergi ke airport. Sekarang sudah pukul 6 petang. Tadi, pukul 4 petang baru dia sampai di rumah mama. Terkejut mama melihatkan kepulangan dia yang tiba-tiba. Sudah dikhabarkan kepada mama tentang penerbangan Fuadi ke KLIA malam ini. Membebel juga lah mama sebab tidak mengkhabarkan kepada dia lebih awal sebab malam ini mama dan abah sudah berjanji untuk menghadiri majlis di rumah kawan mereka.

Selepas solat Asar tadi, mama dan abah terus bertolak sebab rumah kawan mereka boleh tahan juga jauhnya. Lega Ain. Sekurangnya, mama dan abah tidak ada di rumah untuk mempersoalkan tindakan dia sekarang. Kalau tidak, mesti mama pelik bila melihatkan dia yang masih boleh bermalasan di atas katil. Ain memandang telefonnya yang sengaja di silent kan. Ada beberapa miscall dari Fuadi. Sengaja tidak diangkat.

Solat magrib baru sahaja di tunaikan. Handphone yang berkelip-kelip di atas katil tanda ada panggilan masuk di pandang sekilas. Hmm..mesti Fuadi. Lambat-lambat Ain menuju ke telefon untuk memastikan gerangan si pemanggil.

Ummi! Terasa seperti terhenti nafas Ain buat seketika bila melihatkan panggilan yang masuk rupanya dari ummi. Ain menarik nafas untuk menenangkan diri buat seketika sebelum menjawab panggilan ummi.

Assalamualaikum, Ain.” Seperti biasa, suara ummi penuh kelembutan pada Ain.

Waalaikumussalam, ummi. Maaf, Ain baru sudah solat tadi.”

Owh..maaflah. Ummi mengganggu Ain pulak. Err..Ain, tahu kan yang Fuadi punya flight malam ni. Dia cakap dah bagitahu Ain.” Ain dah agak. Pasti sebab ini ummi menelefon dia sekarang.

Tahu ummi.” Perlahan jawapan Ain.

Ain kat mana ni? Ain datang kan?” Berharap sangat ummi pada Ain.

Kat rumah mama…” Tak tahu apa lagi yang harus dijawab sebab dia masih tak pasti dengan keputusan dia.

Datang lah Ain. Ummi tahu Fuadi nak sangat Ain. Datang lah. Ummi merayu pada Ain. Ya Allah. Kenapa kejam sangat ummi ni. Ummi tahu macam mana layanan dia pada Ain. Tapi kenapa ummi masih mahu Ain datang juga.” Ain tahu ummi tengah menangis. Walau macam mana sekali pun, Fuadi tetap anak dia. Pasti dia tak sanggup melihat Fuadi pergi dalam keadaan berharap.

Ummi.Jangan cakap macam tu..InsyaAllah, Ain datang.” Tak sanggup Ain nak lukakan hati ummi. Mungkin Allah menghantar pertolongan dalam bentuk panggilan dari ummi untuk membolehkan dia membuat keputusan.

Jam sudah menunjukkan pukul 9.10 malam bila Ain sampai di tempat parkir. Tak tahu lah Ain sempat atau tidak dia berjumpa dengan Fuadi. Tapi, rasanya masih sempat. Takkan lah awal sangat Fuadi masuk ke balai perlepasan.

Perlahan langkah Ain di celah kesibukan orang ramai. Tak mampu melangkah lebih pantas dengan keadaan dia sekarang. Liar mata dia memandang sekeliling. Mencari kelibat yang dia kenal.

Dari jauh, Ain sudah dapat melihat kelibat Fuadi. Nampaknya, semua adik-beradik Fuadi datang untuk menghantar pemergian satu-satunya anak lelaki dalam keluarga mereka. 4 tahun pemergian Fuadi bukannya satu tempoh yang sekejap. Macam-macam boleh berlaku dalam tempoh itu. Turut kelihatan, kelibat Sofea yang sedang berbual dengan ayah. Walaupun tidak nampak seperti kemesraan seorang ayah dan menantu, perasaan Ain turut terkesan. Berdiri di tepi Sofea, sudah pastinya Fuadi. Perasaan Ain sudah mula berkecamuk.

Betul ke keputusan yang dia ambil? Saat Ain menimbang-nimbang samada mahu meneruskan langkah, ataupun berpusing beredar dari situ, matanya tiba-tiba menangkap pandangan tajam ummi padanya. Hmmm..Ain terlupa pada naluri kuat seorang ibu. Tidak pasti sudah berapa lama dia menjadi perhatian ummi. Dengan terpaksa, langkah perlahan diatur ke arah ummi.

Terima kasih Ain. Ummi tahu Ain akan datang.” Belum sempat Ain menghulur salam, ummi sudah menarik Ain ke dalam pelukan dia. Sekarang ini, nampaknya Ain menjadi tumpuan seisi keluarga yang hadir di situ. Semua nampak terpegun dengan kehadiran Ain. Selesai berdakapan dengan ummi, Ain bersalaman dengan semua ahli keluarga yang lain.

Ain hanya mematungkan diri di sebelah ummi. Tidak tahu macam mana nak menyapa Fuadi yang dari tadi hanya memandang dia tajam. Tak seorang pun yang menggesa Ain untuk menghampiri Fuadi termasuk lah ummi. Mungkin mereka semua faham dengan keadaan Ain. Kehadiran Ain di situ sudah cukup bermakna.

Ain hanya menjawab pertanyaan dari kakak-kakak Fuadi. Terutama tentang keadaan dia sekarang memandangkan sudah lama mereka tidak berjumpa.

Kak Ain, dah nampak la baby bump ni.Comel nya.” Zara tiba-tiba menyentuh lembut perut Ain.

Haah. Berseri-seri mom-to-be kita ni.” Adik beradik yang lain mula mengusik Ain. Ain turut terleka dengan mereka. Terlupa terus dengan pandangan tajam yang dari tadi memandang dia.

Pengumuman untuk semua penumpang pesawat penerbangan AK6449 untuk masuk ke balai perlepasan mematikan perbualan mereka. Semua mata kini kembali terarah kepada Fuadi dan Sofea. Fuadi tiba-tiba melangkah menghampiri Ain. Seperti faham dengan keadaan mereka, semua ahli keluarga yang lain bergerak ke tepi untuk memberi ruang kepada Fuadi dan Ain.

Buat beberapa ketika, mereka hanya saling berpandangan. Tiada kata yang terluah. Ain rasakan dada dia berdebar hebat. Rasa sebak turut menghimpit dada. Tubir mata sudah mula panas. Tiba-tiba Fuadi meraih Ain ke dalam dakapan dia.

Thanks…I love you.” Perlahan Fuadi berbisik di telingan Ain.

Dengar sahaja ungkapan sayang dari mulut Fuadi, Ain terus menghamburkan air mata dia. Ikhlas suara Fuadi. Ya Allah, kalau sayang, mengapa begini jadinya. Dia menangis semahunya di dada Fuadi. Bagai melepaskan segala rasa di dalam hati. Pertama kali Ain melihat Fuadi turut menghambukan air mata untuk dia. Belakang Ain diusap beberapa kali.

Ain terasa usapan lembut tangan Fuadi di perut dia.

Anak papa. Jaga ibu ya. I love you.” Terketar-ketar suara Fuadi.

Panggilan terakhir untuk Fuadi melaporkan diri meresahkan Ain. Terasa tidak mahu berpisah dengan Fuadi.

Fuadi meleraikan pelukan. Sayu pandangan dia pada Ain sebelum memberikan kucupan sekilas di dahi Ain.

Ain, take care. Love both of you.” Ain tak mampu untuk berkata apa-apa sehinggalah dirasakan genggaman Fuadi di tangannya semakin longgar.

Ain hanya mampu memandang sayu Fuadi yang tengah bersalaman dengan ahli keluarga dan akhir sekali dengan ayah dan ummi sebelum bergegas masuk ke balai berlepas dengan Sofea.

Ain sudah tak mampu nak berdiri. Tempat duduk di sudut kiri dituju perlahan. Ain hanya memandang Fuadi yang sedang melambai di kejauhan. Entah kenapa dada Ain masih bergetar hebat. Terasa bagaikan dia bakal kehilangan Fuadi.

No comments:

Post a Comment