Monday, 30 November 2015

JODOH UNTUKKU - BAB 31

BAB 31

Ralit Ain melihat keletah anak buah dia, Rania yang makin aktif sekarang. Lama tak jumpa. Sekarang, anak Kak Cik tu dah pandai berjalan walaupun masih tak berapa stabil lagi langkah dia. Budak comel ni memang tak pernah penat. Jatuh banyak mana sekalipun, masih lagi nak bangun menyambung langkah dia. Hai lah. Tersenyum Ain bila membayangkan keletah anak dia nanti. Mesti lebih kurang macam tu je. Tak sabarnya rasa nak tengok muka anak sendiri.

Hah Ain, jauh mengelamun. Dari tadi kak cik tengok dok sengih je sorang-sorang.”

Tersentak Ain dengan sergahan Kak Cik. Dipandang sekilas pada Kak Cik yang tengah berjalan masuk ke ruang keluarga tempat Ain duduk sekarang dengan sebelah tangan dia memegang botol susu Rania.

Hmm..tak ada apalah Kak Cik. Seronok tengok si Rania ni.” Ain lihat Rania meronta-ronta kecil bila Kak Cik mendukung dia untuk dimasukkan ke dalam buaian. Budak Rania ni, mengantuk macam mana sekalipun, mana tahu nak berhenti tidur. Pernah sekali tu, sampai boleh tertidur masa tengah disuapkan makan. Adoi la!

Kak Cik. Mama mana? Dari pagi lagi hilang.” Hairan Ain. Selesai je mereka sarapan pagi tadi, terus mama lesap! Nak cakap pergi kedai, kereta ada je dekat luar tu.

Pergi mana lagi kalau bukan rumah Mak Ndak kat sebelah ni. Tengah sibuk menolong untuk majlis malam nanti la tu.” Perlahan je suara Kak Cik sebab tidak mahu mengejutkan Rania yang sudah mula terlelap.

Eh, Mak Ndak nak buat kenduri ke? Kenapa?”

La..takkan mama tak bagitahu Ain?” Kak Cik memandang Ain dengan muka hairan.

Bagitahu apa?” Seingat Ain, sejak dia sampai dari Jerteh petang semalam, tak ada pun mama menyebut tentang kenduri di rumah Mak Ndak.

Mama lupa lah tu. Hmmm…abang Man dapat tukar balik kerja sini. Tu yang Mak Ndak buat kenduri kesyukuran sikit. Sekali dengan tahlil untuk arwah Pak Ndak. Kak Cik balik ni sebab tu lah. Ingatkan nak balik minggu depan. Tapi, alang-alang dah Mak Ndak buat kenduri ni, baik balik minggu ni je.”

Patut lah Ain nampak ada ramai orang dekat rumah Mak Ndak. Tak tahu la pulak sebab Mak Ndak nak buat kenduri.

Owh…abang Man dah balik la ni? Lama tak dengar khabar. Last jumpa masa dia dalam ward hari tu.”

Hai Ain. Rindu Abang Man ke? Habis, abang Adi tak rindu?” Ain tersenyum kelat dengan usikan Kak Cik.

Kalau lah Kak Cik tahu kisah dia dengan Fuadi, rasanya Kak Cik pasti tak nak sebut nama Fuadi di depan dia sekarang. Tapi, apa boleh buat. Bukan salah Kak Cik sebab semua ahli keluarga belah Ain, termasuk mama dan abah tidak tahu tentang keadaan rumah tangga Ain. Nama ‘Sofea’ sendiri mungkin agak janggal di telinga mereka walaupun heboh juga lah isu Ain terlanggar Danish hari tu.

Yang mereka tahu, Ain terlanggar Danish, anak jiran depan rumah dia yang juga merupakan kawan baik Fuadi. Full Stop! Itu je yang mereka tahu. Kisah perkahwinan kedua Fuadi pastilah lagi janggal. Malah, mungkin tidak pernah terlintas di fikiran mereka. Ain kalau boleh, sedaya mungkin dia mahu rahsiakan perkara ini.

Eh, mengelamun pula dia..”…Teguran Kak Cik menyedarkan Ain yang terleka dengan lamunan dia.

Hmmm..Kak Cik, Ain naik bilik dulu ye. Rasa mengantuk pulak tiba-tiba.”

Pergi lah naik berehat. Jangan lupa lepas Asar nanti kita nak pergi rumah Mak Ndak. Kena tunjuk muka jugak. Nanti apa pulak kata Mak Ndak kalau kita tak pergi.”

Okay.” Ain pun sebenarnya memang dah merancang nak pergi rumah Mak Ndak petang nanti. Walaupun tak ada apa sangat untuk menolong, sekurangnya dia pergi menjengah jugak.



Tetamu yang datang sudah mula memenuhi perkarangan rumah Mak Ndak. Terutama kaum Adam yang baru sahaja selesai mengerjakan solat Isyak di surau. Sekejap lagi, majlis tahlil akan dimulakan. Riuh keadaan di luar. Biasa lah, bila berkumpul ramai-ramai macam ni, memang banyak topik nak dikeluarkan. Tambah-tambah lagi bila hidup di kampung ni, ikatan kejiranan yang terjalin memang sangat erat.

Sementara kaum Adam tengah bersiap-siap untuk memulakan tahlil, kaum Hawa di dapur pula sedang sibuk menyiapkan hidangan makanan. Sama seperti suasana di luar, keadaan di dapur juga tak kurang gamatnya. Tangan dengan mulut sama naik! Huhu..Tapi, Ain suka keadaan macam ni. Bukan senang nak jumpa. Kalau bukan sebab ada kenduri macam ni, alamatnya, kena tunggu hari raya la baru boleh jumpa balik suasana riuh macam ni.

Ain duduk di meja makan. Tangan dia ligat memotong agar-agar untuk dihidangkan ke dalam pinggan. Keadaan kandungan dia yang sudah masuk bulan ke 7 menyukarkan dia untuk turut sama duduk bersila di bawah seperti kebanyakan tetamu yang lain.

Ain bila jangka nya? Nampak dah besar sangat perut kamu tu.” Tegur Mak Cik Yah yang sedang duduk bersila di bawah. Tangan dia cekap menyendukkan kuah dalca ke dalam pinggan.

Kalau ikut kan yang doktor cakap, lagi dua bulan lebih. Ni baru masuk 7 bulan.”

La ye ke? Mak cik ingatkan dah nak dekat. Besar sangat dah perut kamu tu.” Tergelak Ain bila melihatkan riak terkejut Mak Cik Yah.

Ni bukan kali pertama dia ditegur sebab kandungan dia yang nampak besar. Dah banyak kali. Tak ada apa yang nak dihairankan kalau melihatkan selera Ain yang menjadi-jadi sangat sekarang ni.

Macam mana tak besar. Haish, gerun tengok selera dia sekarang ni.” Tengok tu! Mama pun perasan dengan selera Ain sekarang ni.

Biar lah Mah. Bagi dia makan puas-puas. Nanti dah kena berpantang.” Mak Ndak yang kebetulan menjengah ke dapur Ain ikut menyampuk perbualan mereka.

Betul tu Mak Ndak. Masa ni la Ain boleh makan puas-puas.” Senyuman Ain lemparkan pada Mak Ndak.

Hah. Kalau Ain nak makan nasi kerabu, ambik la bawah saji tu.”

Oh..Patutlah dari tadi Ain terbau nasi kerabu. Memang ada rupanya. Siapa yang bagi?”

Abang Man kamu la tu. Angin apa entah mengidam nak makan nasi kerabu. Padahal makanan dah banyak kat rumah ni. Boleh pula dia pergi beli nasi tu tadi.” Bebel Mak Ndak sambil mengeluarkan pinggan nasi dari dalam almari. Mungkin ramai sangat tetamu yang datang. Tu yang Mak Ndak terpaksa membawa keluar pinggan tambahan.

Biasalah tu Ndak. Orang dah lama duduk oversea. Balik sini, mesti teringin nak makan macam-macam.” Cepat je mama nak sebelahkan abang Man.

Lawak pulak Ain rasa keadaan sekarang. Tadi bila mama complain pasal selera Ain, Mak Ndak yang back up Ain. Sekarang, bila Mak Ndak complain pasal kerenah abang Man, mama pulak yang back up abang Man.

Cepat je Ain buka tudung saji. Rezeki dia nampaknya. Tak tahu la hari ni kenapa dia tak berselera sangat nak makan. Tapi, sekarang, keinginan dia membuak-buak nak makan bila aroma nasi kerabu kuat mencucuk hidung dia.

Abang Man dah makan ke Mak Ndak? Ada sebungkus je ni.” Mana la tahu kalau-kalau abang Man memang beli sebungkus je. Mengamuk pulak dia nanti kalau tiba-tiba Ain habiskan nasi tu.

Hmm..Dah makan. Sebelum magrib lagi dia beli. Takkan tak makan lagi. Ambik je Ain. Nanti membazir pulak kalau dibiarkan kat situ.”

Tersenyum lebar Ain. Tak sabar rasa nak makan. Tapi macam tak elok pulak kalau dia nak makan sekarang. Orang tengah sibuk tahlil, dia senang-lenang je makan! Tak pe lah. Tunggu orang selesai tahlil je la.

Selesai je tahlil, beberapa orang lelaki masuk ke dapur untuk mengangkat hidangan makanan keluar. Terpegun seketika Ain bila terpandangkan abang Man yang turut sama masuk ke dapur untuk mengangkat hidangan. Lain sangat abang Man malam ni. Dengan berbaju melayu merah yang tangannya dilipat ke paras siku. Berbeza sekali dengan abang Man yang Ain jumpa dalam wad dulu.

Abang Man yang sedang membongkok untuk mengambil hidangan tiba-tiba mendongakkan kepala. Tepat pandangan abang Man pada Ain yang dari tadi ralit sangat menjadi pemerhati dia. Terpandangkan Ain, senyuman manis terus terlakar di muka abang Man.

Ya Allah! Cepat-cepat Ain menundukkan pandangan. Apa yang kau buat ni Ain! Sedar dengan kealpaan sendiri, perlahan Ain mengucap istighfar. Mata Ain melilau ke sekeliling. Takut ada-ada mata-mata yang perasan dengan tingkah dia tadi.

Suasana kembali sedikit tenang bila masing-masing sudah mula menjamah hidangan. Kaum perempuan yang tadinya sibuk menyiapkan hidangan sudah ikut sama duduk mengelilingi hidangan di atas lantai. Perlahan-lahan Ain bangun dari kerusi sebelum turut duduk bersimpuh di bawah. Segan pulak dia rasa bila sorang-sorang duduk atas kerusi.

Ain, jom la makan sama.” Tegur kak Cik yang sudah mula menyudu lauk ke dalam pinggan dia.

Eh, tak pe. Makan je. Kejap lagi Ain makan.”

Hmm..cakap je la nak makan nasi kerabu tu. Dari tadi dok jeling-jeling, macam mama tak nampak.” Selamba mama menegur Ain. Ketawa kecil terletus dari mulut Kak Cik.

Mama ni. Saja nak malukan Ain.” Segan Ain bila melihatkan beberapa orang jiran yang tersenyum megusik bila mendengar suara mama. Kalau Kak Cik sorang yang dengar, tak ada lah Ain malu sangat.

Alah, Ain. Apa yang nak segannya. Macam tak biasa. Bukak je la nasi kerabu tu. Nanti kempunan pula.” Senyuman kecil Mak Ndak lemparkan pada Ain.

Haish. Bila Mak Ndak dah pelawa, terus hilang segan Ain. Bungkusan nasi kerabu, dibuka dengan cermat. Wah! Memang menyelerakan. Dengan hirisan daging bakar, solok lada, telur masin, sambal kelapa, hirisan ulaman…Hmmm..cukup lengkap. Kecur liur Ain. Usai membaca doa makan, suapan pertama terus masuk ke mulut Ain. Ya Allah. Nikmatnya!!

Mak, ada nampak tak nasi kerabu yang Man letak bawah saji tadi?”

Sedikit tersedak Ain. Suara abang Man, walaupun tak lah kuat sangat, tapi memang jelas di telinga Ain. Dipandang nasi kerabu yang sudah hampir separuh dia makan. Erk…jangan cakap abang Man nak makan nasi kerabu ni.

Kenapa? Mak dah bagi dekat Ain. Hah, tu Ain tengah makan. Man tak makan lagi ke?” Kuat jantung Ain berdegup bila mendengarkan jawapan Mak Ndak. Muka dia dah mula berona merah menahan malu. Macam mana kalau abang Man belum sempat makan nasi kerabu yang dia beli. Ya Allah. Malunya!!!!

Abang Man terus melemparkan pandangan dia pada Ain. Tergelak kecil dia bila melihatkan muka Ain yang nampak sangat tengah cuak.

Owhhh.. Ain dah makan. Tak apa lah. Saje je tanya. Takut membazir. Hmmm..patut lah tangan ni gatal je nak beli lebih tadi. Sebab mom-to-be kita ni nak makan rupanya….” Senyuman dia lemparkan pada Ain.

Makan je la Ain. Dah rezeki Ain tu. Kalau tak cukup, bagitahu je. Nanti abang Man beli lagi.” Tersenyum kelat Ain mendengar usikan abang Man. Haih la. Saja nak malukan Ain. Sedikit hilang keterujaan Ain untuk makan. Mungkin sebab menahan cuak tadi, ataupun mungkin juga sebab dah kenyang! Huhuhuu..




No comments:

Post a Comment