Habis sahaja
dinner malam itu, Ain terus menuju ke
tepi pantai. Tempat yang sepatutnya dia dan Fuadi pergi malam itu. Balik awal
ke bilik pun, belum tentu Fuadi sudah ada dekat bilik. Teringat dia malam
semalam bila Fuadi balik lambat selepas keluar dengan Sofea. Kalau Fuadi ingat
janji dia, tentu dia akan menyusul ke sini nanti.
Langsung
tidak ada rasa takut dalam diri Ain biarpun berjalan seorang diri menyelusuri
pesisir pantai yang sedikit gelap. Tidak sangka, dalam usia perkahwinan yang
baru menjangkau dua bulan, mereka sudah diuji dengan ujian yangAin rasa
bukannya kecil.
Lama Ain
duduk di situ. Mencari sedikit ketenangan dalam kegelapan malam. Suasana yang
makin sunyi di situ membuatkan Ain mengambil keputusan untuk balik ke bilik.
Menggagau Ain mencari handphone di
dalam tas tangan untuk melihat waktu sekarang.
Terkejut Ain
bila jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi. Tak sedar dia masa yang begitu pantas
berlalu. Tambah terkejut bila ada 5 miscall dan mesej daripada suaminya.
‘Ain, where are you?’
Pasti
suaminya sudah balik ke bilik. Nampaknya Fuadi sudah lupa janji mereka. Kalau
dia ingat, sudah tentu dia akan datang mencari Ain di tempat yang mereka
janjikan.
___________________________________________________________________________
Perlahan Ain
pulas tombol pintu yang tidak berkunci. Buka sahaja pintu, terus dia nampak
muka risau Fuadi yang sedang duduk di atas sofa.
“Where have you been Ain? Masa ni baru balik. Please la Ain.
Jangan nak buat perangai budak-budak. Merajuk tak tentu pasal.” Bertalu amarah
Fuadi pada Ain. Dia yang tadi duduk di sofa sudah bangun mengikut langkah Ain
yang menuju ke katil.
“Please la
abang. Dah lewat sangat ni. Ain penat, nak rehat.” Ain tak mampu lagi nak
berbalas kata dengan Fuadi. Takut nanti lagi sekali dia akan menghamburkan air
mata. Lagipun Ain mana pernah meninggi suara dengan suaminya.
“Sedar pun
dah lewat. Yang sekarang baru ingat nak balik tu kenapa. Dah berani sangat la
nak keluar sorang-sorang. Tak pikir ke yang Ain tu perempuan. Pergi mana entah
sorang-sorang. Call tak angkat!” Tak
sangka pula Ain yang kata-kata dia lagi menaikkan kemarahan suaminya.
“Sorry. Ain tak perasan abang call. Ain silentkan phone. By the way,
kalau abang ingat janji abang dengan Ain untuk malam ini, I’m sure you know where to find me tadi.” Sedikit sinis suara Ain
meluahkan ketidakpuasan di hati.
“Ain expect abang boleh ingat ke perkara
remeh macam tu bila dah jadi macam tadi. Mana nak pikirkan pasal Danish lagi.
Nak pikir perangai Ain lagi. Stop giving
me a headache!”
Semakin
sakit hati Ain bila Fuadi masih tidak mahu mengaku kesalahan dia. Oh! Lupa pula
Ain. Fuadi memang tak suka minta maaf kalau dia rasa dia betul. Tersenyum sinis
sikit Ain bila memikirkan nasib diri.
“What’s so funny?” Tak sangka Fuadi perasan senyuman
dia.
“Tak ada,
Ain terpikir. Teruk sangat ke luka Danish sampaikan Dr. Sofea pun tak tahu nak
buat apa. But, being Ahmad Fuadi, I don’t think you will be here now kalau
keadaan Danish tu teruk. Dia kan anak kesayangan abang.” Perkataan ‘Dr. Sofea’
ditekankan.
“Tak payah
nak sindir-sindir abang Ain. Abang ingat Ain dah boleh terima apa yang abang
bagitahu sebelum ni!”
“Abang ingat
senang ke Ain nak terima semua ni. Now, I
wonder, antara Ain dengan Danish, siapa yang lebih penting.” Sedikit
mencabar suara Ain.
“Stop Ain! You’re too much. He’s only two
years old. Dia tak ada salah apa-apa. Tak sepatutnya dia terima kemarahan
Ain.” Sedikit tegas Fuadi mempertahankan Danish.
Ya Allah.
Ain tersedar. Dia terlalu mengikut nafsu marah. Danish tak bersalah. Sebetulnya,
Ain cemburukan Sofea. Dia tak kisah Danish rapat dengan Fuadi.
“I’m sorry. Ain terikut sangat rasa sakit hati.
Sampai tak boleh nak pikir apa yang betul. I really don’t expect our honeymoon turn up to be like this. Ain
penat, nak rehat. Esok nak bangun awal nak kemas barang.” Perlahan suara Ain
meluahkan rasa kecewa di hati. Terus dia bangun menuju ke bilik air. Tak mampu
nak menahan tangis lagi.
Masuk je ke
bilik air,terus dibasuh muka. Air mata yang mula mengalir cepat-cepat diseka.
Tak mahu lagi dia menangis untuk malam ini. Setelah dirasakan yang dia mula
tenang, terus ditukar baju yang dipakai kepada baju tidur. Sempat Ain menyambar
baju tidur dia sebelum masuk ke bilik air tadi. Kepala sudah mula terasa sakit
kerana banyak menangis ditambah dengan tidak cukup rehat.
Fuadi yang
sedar akan kealpaan diri hanya mampu meraup muka tanda kesal. Bila melihat muka
Ain yang jelas kelihatan sugul bila keluar dari bilik air, dia tahu yang tidak
ada apa-apa lagi perlu diperkatakan malam ini. Dia hanya perlu biarkan Ain
merehatkan diri dengan tenang.
Bila Ain
sudah menarik selimut di atas katil, Fuadi terus mematikan lampu, sebelum turut
naik ke atas katil. Hanya lampu balkoni dibiarkan terpasang. Baring sahaja
disebelah Ain, Fuadi terus melingkarkan tangannya di pinggang Ain.
“Good night. Sleep well.”
Ain rasakan ada ciuman lembut di dahi dia. Entah kenapa Ain rasakan tenang
sangat dalam dakapan Fuadi. Kuasa pelukan memang mampu menenangkan hati yang
tengah gundah.
Sudah 3
minggu sejak dari insiden di Pulau Langkawi. Sejak itu, Ain tidak pernah
berjumpa dengan Fuadi. Hanya mesej menjadi
perantaraan mereka. Itupun jika ada urusan penting sahaja. Tiba saja dari Pulau
Langkawi, Ain terus meminta Fuadi menghantarnya ke hostel. Banyak kerja yang tertunggak dijadikan sebagai alasan bila
ummi bertanyakan tentang dia. Apa yang terjadi terlalu mendadak dan sangat
sukar untuk Ain terima. Dia perlukan masa untuk menerima kenyataan tersebut.
Sementalah dia juga perlu fokus pada pengajian dia.
Ain tak mahu
apa yang terjadi ini menjejaskan fokus dia kerana dia sekarang memang tengah
bergelut untuk menyiapkan semua requirement
dia sebelum dia boleh menduduki peperiksaan. Menjauhkan diri buat sementara
dari Fuadi dirasakan satu keputusan yang tepat. Fuadi juga tidak pernah
menunjukkan tanda-tanda untuk memujuk. Mungkin dia juga terlalu sibuk.
Usai sahaja
solat magrib malam itu, Ain dikejutkan dengan panggilan dari ummi. Terasa
bersalah pula dia. Sepetutnya sebagai anak, dialah yang harus menelefon ummi.
Nampaknya, hubungan dingin dia dengan Fuadi turut memberi kesan pada hubungan
Ain dengan ummi.
“Assalamualaikum
Ain.”
“Ummi,
waalaikumussalam. Apa khabar ummi? Sihat?”
“Hmm..sihat
pun, sihat orang tua je lah Ain. Batuk-batuk sikit tu biasalah. Ain apa khabar?
Lama tak datang rumah ummi. Adi tu pun kalau ummi tanya pasal kamu, asyik cakap
kamu sibuk je.” Biasa saja suara ummi. Lega Ain. Maksudnya, ummi tak dapat lagi
menghidu kedinginan hubungan Ain dan Fuadi.
“Maaflah
ummi. Tu lah . Bila dah tahun akhir macam ni la gayanya ummi.”
“Ummi faham
Ain. Kan ummi pun pernah jadi patient kamu dulu. Dah selalu dengar kamu
bercerita dengan ummi pasal requirement kamu.” Tergelak sedikit ummi bila
mengingatkan saat dia menjadi patient Ain dulu.
“Haah. Macam
manalah Ain boleh lupa. Ummi ni kan patient Ain yang paling sporting.” Ain pun sedikit tergelak
mengingatkan kisah dulu.
“Ni Ain.
Ummi call ni nak tanya Ain. Boleh tak
balik rumah ummi hujung minggu ni. Nak pergi cari baju kamu untuk bersanding nanti. Kita dah tak
banyak masa ni. 5 bulan je lagi. Nanti lagi susah bila kamu dah sibuk nak exam.”
“Owh..Boleh
kot ummi. Tapi Ain pergi pagi Sabtu boleh tak? Ain nak pergi lab kejap pagi tu. Habis je kerja dekat lab Ain terus pergi rumah ummi. Err..
Abang Fuadi macam mana, dia ada masa tak nak pergi fitting baju?” Teragak-agak Ain bertanya pasal suaminya. Janganlah
ummi fikir bukan-bukan. Yalah, takkan isteri sendiri tak tahu pasal suami.
“Eh, Ain
lupa ke? Kan ke suami kamu tu pergi Sabah seminggu. Dia cakap ada hal kat sana.
Isnin depan baru balik. Takkan dia tak bagitahu kamu?” Tersentak Ain. Fuadi
pergi Sabah? Hmm…hal apa lagi kalau bukan pasal Sofea dan Danish. Nampaknya
Fuadi sudah mula berahsia dengan dia. Terguris lagi hati Ain.
“Oh..Ada kot
dia bagitahu Ain dulu. Ain dah lupa lah tu. Patutlah dia tak contact Ain sehari dua ni. Susah dapat line kat sana kot.” Terpaksa Ain
berbohong untuk mengelakkan curiga ummi.
“Habis tu
macam mana nak pilih baju. Nanti kalau kita pilih dia tak berkenan macam mana?”
Ain baru menyimpan angan untuk sama-sama memilih persalinan untuk majlis mereka
nanti. Lagipun, itu salah satu tujuan mereka buat akad nikah je dulu. Biar
senang mereka membuat persiapan bersama. Nampaknya, suaminya langsung tidak
mengambil kisah pasal majlis mereka.
“Pasal tu
dia dah pesan kat ummi. Dia cakap dia ikut je pilihan Ain. Dia tak kisah.”
“Kalau dah
dia cakap macam tu, takpelah. Nanti kita pergi berdua je lah ye ummi.” Ain cuba
mengawal nada supaya ummi tidak perasan yang dia tengah kecewa sekarang.
“Haah. Kita
jumpa Sabtu nanti la ye Ain. Drive elok-elok.”
“Ok. ummi. Bye.”
Selesai
sahaja berbicara dengan ummi, Ain berkira-kira untuk menghubungi suaminya. Baru
sahaja kedengaran deringan pertama, Ain terus mematikan panggilan. Dia takut
dia tak mampu menahan perasaan bila mendengar suara suaminya nanti. Jadi dia
mengambil keputusan untuk menghantar mesej sahaja.
‘Salam. Abang kat mana
sekarang?’
Ringkas sahaja mesej Ain. Ain agak tentu Fuadi
akan mengambil masa untuk membalas mesej dia. Jadi dia ambil keputusan untuk
mengerjakan solat Isyak dahulu.
Baru sahaja
Ain bangun membetulkan telekung solat dia, terus kedengaran bunyi dari phone dia menandakan ada mesej masuk. Cepat pula Fuadi reply mesej dia. Berdebar Ain. Apa
agaknya jawapan Fuadi?
‘Wassalam. Great! Your
first mesej after 3 weeks! Yes. Abang
kat Sabah. I’m sure Ain text abang sebab dah tahu yang abang datang sini kan.
We’re celebrating Danish birthday’s party here. ‘
Panjang
lebar mesej Fuadi, tapi tak ada satu pun ayat dia yang menunjukkan dia rasa
bersalah dengan apa yang dilakukan. Nak mohon maaf jauh sekali. Yang Ain nampak
hanyalah ayat menyindir yang hanya manambahkan sakit hati Ain.
‘Hmm..tak bagitahu Ain
pun. Ummi call pasal nak cari baju untuk majlis kita. Abang nak color apa?’
Ain
mengalah. Dia tak mahu berbahas tentang pemergian Fuadi ke Sabah. Nanti dia
juga yang sakit hati. Saja Ain mencuba nasib untuk berbincang tentang majlis
itu.Mana tahu, paling kurang Fuadi sudi memberikan pendapat dia.
Lama Ain
menunggu Fuadi untuk reply mesej dia.
Tiba-tiba ada panggilan masuk . Rupanya Fuadi ambil keputusan untuk call dia. Berdebar Ain nak menjawab
panggilan Fuadi.
“Didn’t ummi tell you yang abang serahkan
semua urusan pasal majlis tu dekat dia dengan Ain.” Tanpa salam, terus terpacul
soalan dari suaminya. Nampak tergesa-gesa suara dia.
“Err..ada
ummi bagitahu. Tapi, saja Ain cuba nasib. Mana tahu, at least abang nak bagi pendapat abang pasal majlis tu.”
“Suka nak
cuba nasib dengan abang kan. Lepas tu kecewa sendiri. Hmm..just go with ummi. Perempuan kan expert bab-bab macam ni. Lagipun I don’t have time la pasal benda-benda macam tu.” Betul kata
suaminya. Ain kecewa sendiri.
“ Pergi
Sabah ada pulak masa.” Terpacul kata-kata itu dari mulut Ain. Ain menepuk dahi.
Tahu dia sudah lancang bersuara.
“Are you sure you want to talk about
this? Abang
nasihatkan jangan. Nanti ada yang makan hati lagi.” Selamba je kata-kata Fuadi.
Langsung tak sensitive dengan
perasaan Ain. Sememangnya Ain tidak mahu bercakap langsung pasal aktiviti Fuadi
di Sabah. Tahu dia yang akan sakit hati nanti.
“Hmmm… Did you ever care about my
feeling? How do I feel with all this nonsense relationship of you with Sofea and
Danish?
“Ain. Sofea
dan Danish hadir dulu dalam hidup abang sebelum Ain. So, Ain tak boleh nak pertikaikan hubungan kami ni macam tu je.
Kalau ikutkan, Sofea turut terbeban dengan semua ni. Yalah semua ni pun satu
kejutan untuk dia. Sebelum ni abang ada je masa untuk Danish. Sekarang abang
dah ada tanggungjawab lain. Jadi, kalau
Sofea boleh bertolak ansur, why not you?”
Keras suara Fuadi. Seolah-olah menyalahkan Ain untuk semua permasalahan ini.
Terduduk Ain
di atas katil. Sudah terasa panas matanya menahan tangis. Bersunguh Fuadi
mempertahankan Sofea macam Ain langsung tidak ada hak ke atas dia.
“Abang pun
rasa terbeban ke dengan kehadiran Ain?” Perlahan suara Ain. Mengharapkan akan
ada sedikit kata pujuk dari Fuadi.
“Hmm, before this not, but now, dengan
perangai Ain yang macam ni, I need to
admit yang abang dah mula terbeban dengan semua ni. Can you just pretend like you didn’t know about all of these things.
Sebelum ni kita ok je. Tapi sekarang,
tengoklah perangai Ain, nak jauhkan diri dari abang, asyik nak merajuk, so childish. Please Ain. Be matured. I need to go now. Take care.”
Terus Fuadi matikan panggilan.
Ain rasakan bagai ada batu besar yang
menghempap kepala dia. Jadi sekarang semua ni salah dia. Dia lah yang perlu
betulkan keadaan. Ain menekup mulut, menahan esakannya dari didengari Fuadi.
Mana ada perempuan yang boleh berlagak tenang je bila tahu ada perempuan lain
dalam hidup suami dia.
tak gunalah... eeee
ReplyDelete