Tak
sangka Ain, banyak sungguh lauk yang ummi masak untuk hidangan mereka malam
ini. Kata ummi, dia masak special untuk Ain. Tak sempat Ain nak tolong ummi
hidangkan makanan. Bila dia turun, semuanya sudah sedia terhidang atas meja. Tinggal
nak makan je.
Di
meja makan, Ain duduk di sebelah Fuadi. Malam ini, hanya mereka berlima sahaja
yang ada di rumah ni. Ummi, ayah, Fuadi, Ain, dan Zara. Nampaknya, Fuadi masih
mampu bereaksi seperti biasa di depan keluarga dia walaupun selepas semua
rahsia kemelut rumah tangga mereka diketahui oleh ummi dan ayah.
“Ain,
makan banyak sikit. Banyak lauk ummi kamu masak ni. Macam 10 orang nak makan.”
Sempat ayah memerli ummi. Tergelak kecil Ain. Ain pun terkejut tengok semua
lauk ni tadi.
“Sekali
sekala. Ummi masak untuk cucu ummi dalam perut Ain tu. Nah, rasa ikan bawal ni.
Masak ikut resepi ummi sendiri.” Tak sempat Ain menahan, ummi sudah meletakkan
cebisan isi ikan bawal dalam pinggan Ain. Tersenyum kelat Ain. Tak tahu nak
buat apa. Ummi tak tahu yang dia tak berapa suka makan ikan. Nanti kalau dia
buang, takut ummi terasa hati.
Tiba-tiba
dengan selamba Fuadi menghulurkan tangan dia, mengambil isi ikan bawal dari
pinggan Ain dan diletakkan di dalam pinggan dia.
“Menantu
ummi ni tak makan ikan.” Tenang je Fuadi menjawab bila terperasankan renungan
ummi dan ayah pada dia.
“La,
ye ke? Kenapa tak bagitahu. Ummi tak kisah lah. Ni banyak lagi lauk lain. Ambik
je.” Ummi menolak pinggan yang berisi ayam masak merah ke arah Ain. Tersenyum
Ain. Nasib baik Fuadi membantu dia.
“At
least ada jugak pasal Ain yang abang ingat.” Bisik Ain perlahan di telinga
Fuadi. Dan, balasannya, Fuadi menghadiahkan jelingan tajam pada Ain.
“There’s
one more thing that I’ll always remember about you.” Fuadi tiba-tiba kembali
mendekatkan muka dia pada telinga Ain.
“You’re
a killer!” Bisik Fuadi perlahan di telinga Ain. Tersenyum sinis dia pada Ain.
‘Dush!
Tu la Ain. Sapa suruh kau cari pasal.’ Jelingan tajam Ain hadiahkan pada Fuadi
yang sudah kembali membetulkan kedudukan dia. Ain tersenyum kecil untuk tidak
mencurigakan ummi dan ayah. Dia tidak terkesan langsung dengan tuduhan Fuadi.
Sudah lali. Ain kembali menyuap nasi ke mulut.
Makan malam mereka selepas itu berlangsung
dalam keadaan tenang. Tak ada seorang pun yang menyentuh perihal ‘rahsia’
Fuadi. Nampaknya, mereka semua bersetuju yang masa makan bukan lah masa yang
sesuai untuk menyentuh isu sensitive itu.
Usai
solat Isyak, mereka terus berkumpul di ruang keluarga. Kali ini, tanpa
kehadiran Zara sebab ummi awal-awal lagi sudah mengingatkan Zara supaya tidak
masuk campur dalam hal yang mereka akan bincangkan.
Ain
dan Fuadi duduk sebelah menyebelah, berkongsi sofa yang sama. Di hadapan
mereka, ummi dan ayah sudah sedia menanti untuk memulakan ‘perbincangan.’
Serius muka yang dipamerkan ummi dan ayah. Fuadi di sebelah tetap bereaksi
tenang. Ain rasakan, dia pula yang terlebih gelabah padahal bukan dia yang
tengah buat hal.
“Ain
tahu tak yang Fuadi ni dah buat keputusan nak kahwin dengan Sofea?” Nah! Ummi sudah memuntahkan peluru dia
sebagai pembuka untuk perbincangan mereka. Terkejut Ain. Betul-betul direct
soalan ummi. Langsung tak ada nak berselindung atau berkias. Ain nampak ayah
menepuk perlahan paha ummi.
“Awak
ni, tak sabar sangat.” Bisik ayah pada ummi. Tapi Ain rasa mampu didengari oleh
semua yang ada di ruang itu. Melihatkan muka ummi yang nampak serba salah, Ain
hanya menghadiahkan senyuman kecil untuk ummi. Ain tahu ummi tengah geram
dengan perkara ini.
“Ain
dah tahu ummi.” Tenang Ain menjawab.
Ayah menunjukkan riak tidak percaya bila melihat Ain yang masih boleh
bereaksi setenang itu.
“Ain
macam mana? Tak ada nak cakap apa-apa pasal perkara ni? Ain setuju ke?” Ayah
mula menyoal. Menunjukkan keprihatinan dia pada Ain. Fuadi tiba-tiba
mengalihkan pandangan dia kepada Ain. Turut sama menantikan jawapan Ain.
Teringin sangat dia nak tahu penerimaan Ain tentang perkara ni.
“Hmmm..apa
lagi Ain boleh cakap. Abang dah buat keputusan pun.” Perlahan jawapan Ain.
Fuadi sudah mula menghadiahkan pandangan tajam pada Ain. Ain faham maksud
disebalik renungan suami dia itu.
‘Jangan
nak buat hal depan ummi dan ayah! Ain pasti. Kalau boleh, ayat itulah yang
Fuadi ingin luahkan pada dia.
“Ain.
Kalau kamu tak setuju, cakap je. Sebab ummi pun tak boleh terima pasal ni. Baru
je kahwin, dengan Ain yang tengah mengandung lagi, boleh pulak dia nak buat
hal.” Ummi memandang geram pada Fuadi. Suara dia sudah naik senoktah.
Melihatkan
kemarahan ummi, Ain tahu dia perlu buat sesuatu untuk meredakan keadaan.
“Ummi,
tipu lah kalau Ain cakap langsung tak sakit hati, tak sedih, dengan benda ni.
Tapi,..” Ain memandang sekilas pada Fuadi sebelum kembali menyambung kata.
“….Ain
rasa abang dah buat keputusan yang betul. Sofea dah tak ada sesiapa lagi. Kalau
abang kahwin dengan Sofea, sekurang-kurangnya, nasib Sofea terbela.” Ummi sudah
mula mengalirkan air mata. Pasrah suara Ain. Macam orang yang tak berperasaan.
“Adi,
kamu pulak macam mana? Tak ada nak cakap apa-apa dekat kami semua ke? Kenapa
kamu nak kahwin sangat dengan Sofea tu?” Ayah sudah mula melontarkan soalan
kepada Fuadi yang dari tadi masih belum bersuara.
“Saya
terpaksa. Sebab ada orang tu, dah langgar Danish! Sebabkan kematian Danish! Sekarang,
Sofea dah tak ada sesiapa lagi. She has no one else except me!” Fuadi
menengking Ain sebelum dia tiba-tiba bangun berdiri. Pandangan tajam dia masih
melekat pada Ain.
Tersentak
Ain. Malu bila ditengking sebegitu rupa. Ketenangan yang dia rasakan tadi sudah
mula goyah. Mata sudah mula terasa hangat. Fuadi sudah berani menunjukkan
kemarahan dia pada Ain di hadapan ummi dan ayah.
“Ya
Allah. Fuadi. Kenapa kamu ni! Tak habis-habis nak salahkan Ain. Ayah ingatkan
dah ok keadaan kamu.” Ayah yang tadinya turut terkejut dengan perubahan sikap
Fuadi sudah mula melepaskan amarah dia pada Fuadi.
Ummi
bangun menghampiri Ain. Memeluk bahu Ain yang sudah mula teresak-esak menahan
tangis.
“Adi
naik dulu…” Fuadi sudah mula meningalkan ruang tamu. Membiarkan perbincangan
mereka tergantung.
“Ain,
ummi minta maaf. Ummi tak tahu keadaan nak jadi macam ni.” Ummi meluahkan rasa
bersalah.
“Ummi,
insyaAllah Ain okay. Ain tak pernah menyesal dengan semua ni. Lagipun kalau
difikirkan, nasib Ain jauh lagi baik dari Sofea. Masih ada keluarga untuk
menyokong. Ummi terima lah keputusan abang.” Tangan ummi digenggam erat.
“Kalau diikutkan ayah pun tak setuju dengan
keputusan Fuadi. Tambah-tambah dengan layanan dia pada Ain sekarang ni.Tapi,
bila difikirkan, betul jugak keputusan yang dia ambil. Diaorang pun sama-sama
nak sambung study nanti.”
“Ummi
tak tahu macam mana Ain boleh jadi sekuat ni. Kalau ummi dekat tempat Ain, ummi
tak rasa ummi boleh jadi tenang macam Ain sekarang ni. Silap hari bulan, dah
melayang pinggan dekat dapur tu.” Kata-kata ummi membuatkan Ain tergelak kecil.
“Ain
bukannya baik hati sangat nak berkongsi suami. Tapi, bila memikirkan rasa
bersalah Ain pada Sofea, Ain rasakan ini lah keputusan yang terbaik. Lagi pun
Ain dah letih dengan semua ni. Entah lah ummi, sekarang ni Ain rasa tak sabar
nak tunggu abang dan Sofea pergi sambung study. Biar Ain dah tak payah nak
fikirkan pasal mereka.”
“Ummi
faham perasan Ain. Ummi harap walau apa pun terjadi, Ain jangan pinggirkan
kami. Kami tetap keluarga Ain. Tambah-tambah dengan cucu ummi dalam perut ni.
Ini darah daging kami juga.” Sayu pandangan ummi pada Ain. Bagaikan sudah dapat
menghidu kepincangan rumah tangga Ain.
“Ain
takkan buat macam tu. Selagi boleh bersabar, Ain akan bersabar. Cucu ummi ni,
walau apa yang jadi sekalipun, tetap cucu ummi.”
“Hmmm…Ain.
Tidur sini je lah malam ni. Tak payah nak drive malam-malam.” Ayah yang tadi
nya hanya menjadi pemerhati drama air mata Ain dengan ummi, mula bersuara.
“Errr…ummi,
ayah. Ain kena balik jugak malam ni. Sebenarnya, pagi esok Ain dah nak pergi
Jerteh. Ada lagi barang nak kena kemas. Lusa Ain lapor diri. Maaf sebab tak
bagitahu awal-awal. Ain datang sini hari ni sebenarnya sebab nak bagitahu pasal
ni lah. Kalau ummi tak telefon Ain pagi tadi pun, memang Ain dah berniat nak
datang sini hari ni.” Panjang lebar penjelasan Ain. Takut ummi dan ayah terasa
hati.
“La
ye ke? Habis Ain tinggal kat mana nanti?” Lega Ain bila ummi tidak menunjukkan
riak terasa hati langsung.
“Ain
menyewa dengan kawan.Tak larat nak ulang alik.”
“Hmm..bagus
lah macam tu. Runsing juga kalau Ain nak berulang alik. Fuadi dah tahu?”
Terkedu Ain dengan soalan ayah.
“Err..belum.”
Teragak-agak Ain nak bagi jawapan.
Ummi
tiba-tiba mengusap lembut bahu Ain.
“Ain,
walau tengah sakit hati macam mana sekalipun, suami tetap suami. Ain kena
bagitahu dia. Ummi bukan nak sebelahkan Fuadi sebab ummi dah pun anggap Ain
macam anak ummi sendiri. Tapi, ummi nasihat untuk kebaikan Ain.” Berhati-hati
ummi menyusun kata.
“Ain faham ummi. Ain naik dulu ya.
Nak jumpa abang sebelum balik.” Ain meminta diri sebelum perlahan-lahan
melangkah ke bilik.
Ain
melangkah perlahan ke katil. Menuju ke arah Fuadi yang sedang duduk menyandar
di kepala katil. Nampak tengah ralit membelek telefon. Perlahan Ain melabuhkan
duduk di sebelah Fuadi.
“What?”
Terus Fuadi melontarkan soalan tanpa sempat Ain menyusun kata.
“Hmmm..Ain
dah nak balik.” Ain merenung Fuadi. Mahu ditelek muka Fuadi sepuasnya sebelum
kekasih hati dia ini menjadi milik orang lain.
“So?
Nak kena berhantar ke?” Seperti biasa. Fuadi dengan ayat sinis dia memang tak
boleh dipisahkan.
“Kalau
Ain minta abang hantarkan, abang okay ke?” Sengaja Ain menyoal. Tiba-tiba dia
rindu untuk berbalas kata dengan Fuadi.
“Buat
penat badan je. Siapa suruh nak balik jugak malam-malam ni. Tidur sini je lah.”
Tiada jawapan yang jelas dari Fuadi. Pandangan dia masih tidak dialihkan dari
handphone di tangan.
“Ain
dah nak pergi Jerteh pagi esok. Kena pergi awal sebab nak kemas rumah sewa.
Lusa lapor diri.” Akhirnya. Berjaya juga Ain mengalihkan perhatian Fuadi dari
handphone dia. Pandangan mula dilemparkan kepada Ain.
“You
didn’t inform me earlier. Why?” Tak ada nada marah. Lebih kepada terkejut.
“Kalau
Ain bagitahu awal pun, takkan ada apa-apa yang berubah.” Fuadi tampak terkedu
dengan jawapan Ain.
“Abang
kerja esok….” Fuadi seperti berkata-kata dengan diri sendiri. Nampak seperti
tengah memikirkan sesuatu. Mungkin Fuadi tidak sedar, dia sudah kembali
membahasakan diri dia ‘abang.’ Tersenyum kecil Ain. Gembira.
“Ain
tak minta abang hantar pun. Takut kalau minta tolong abang, tiba-tiba abang
abang ada hal. Kecewa lagi Ain. Lagipun Ain dah biasa….”
Belum
sempat Ain menghabiskan kata, Fuadi sudah menyampuk.
“Ain
nak cakap apa? Nak cakap yang Ain dah biasa hidup tanpa abang? Macam tu?” Fuadi
tiba-tiba tergelak sinis. Keras suara Fuadi. Tak sangka pula Ain kata-kata dia
boleh menaikkan kemarahan Fuadi.
“Unbelievable.
Dah prepare nak hidup seorang rupanya. Tu yang tenang je tadi tu.” Ain tak
tahu, betapa sakit hati dia melihat ketenangan pada muka Ain di hadapan ummi
dan ayah tadi. Sebab tu dia sengaja menyakitkan hati Ain di bawah tadi.
Tersentak
Ain. Kenapa lah perbualan mereka selalu berakhir dengan ketegangan.
“Apa
lagi pilihan yang Ain ada? Selama ni,
abang banyak pinggirkan Ain. Asyik lebihkan Danish dengan Sofea. Takkan abang
tak sedar. Sampai Ain rasa yang Ain ni dah pun bermadu dengan Sofea. Jadi tak ada
bezanya samada abang kahwin atau tak dengan Sofea. Tapi, Ain rasa lah kan,
better abang kahwin je. Sekurangnya, tak ada lah abang berdosa bila selalu
keluar dengan dia.” Sindir Ain.Puas hati dia bila melihatkan muka Fuadi yang kemerahan.
Menahan marah.
“Apa
lagi yang kau tak puas hati pada Danish? Pada Sofea? Danish dah mati pun. Sofea
dah hilang anak dia. Apa lagi yang kau tak puas hati. Bagitahu aku? Kau nak
Sofea mati jugak ke?” Kuat jerkahan Fuadi pada Ain. Terhenjut bahu Ain sebab
terkejut. Fuadi sudah kembali ‘berkau’, ‘ aku’ dengan Ain.
“Ain
bukan tak puas hati dengan diaorang. Tapi, Ain tak puas hati dengan abang sebab
asyik lebihkan diaorang. Ain nak balik.” Beg tangan di atas meja solek terus
dicapai sebelum Ain bergegas keluar meninggalkan bilik. Tak mampu berlama-lama
di situ. Takut nanti, air mata dia pula yang tumpah.
No comments:
Post a Comment