Ain membelokkan kereta
masuk ke perkarangan rumah ummi. Ini kali pertama dia menjejakkan
kaki ke rumah ummi selepas Fuadi berangkat pergi ke UK untuk
menyambung pengajian dia. Sepanjang tempoh itu, mereka hanya
berhubung melalui telefon. Apalah sangat yang dapat dibualkan melalui
telefon. Sebab itu Ain mengambil keputusan untuk datang menjenguk
ummi hari ini. Bukan Ain tak nak datang. Kerana kesibukan dia, dan
yang paling utama kerana aura Fuadi yang begitu kuat di rumah ini,
membuatkan Ain sedikit ralat untuk datang.
Dalam tempoh lima bulan
ini, hanya sekali Fuadi menghubungi dia. Itupun masa awal-awal dia
sampai UK dulu. Selepas itu,terus sepi telefon Ain dari panggilan
Fuadi. Entah lah. Ain dah mula tawar hati. Dia dapat rasakan yang
hubungan dia dengan Fuadi semakin jauh, sejauh jarak yang memisahkan
mereka sekarang. Sebab itu, tangan dia sendiri rasa berat sangat nak
mendail nombor Fuadi. Hanya satu yang Fuadi tak pernah lupa. Setiap
bulan, dia tak pernah lupa mengirimkan wang perbelanjaan ke akaun
Ain. Tapi, bukan itu yang Ain mahukan!
“Eh, Ain. Kenapa tak
cakap nak datang? Ya Allah. Rindunya ummi pada Ain.” Belum sempat
Ain memberi salam, pintu rumah ummi sudah terbuka. Segera ummi
menerpa memeluk dia.
“Saje je nak buat
surprise. Hmmm..kuatnya bau laksa. Ummi tengah masak ke ni?” Bau
laksa lemak begitu menusuk hidung. Nampaknya langkah kanan Ain hari
ini.
“Hah. Tu la. Entah
kenapa tangan ummi ni gatal sangat nak buat laksa hari ni. Sebab
rindu dekat Ain kot. Ain kan suka makan laksa.
“Ingat lagi rupanya ummi
dengan makanan kegemaran Ain. Ni yang sayang ummi ni.”
“Ummi memang sentiasa
ingatkan Ain. Entah-entah Ain kot yang dah tak ingatkan ummi. Lama
sangat tak datang rumah ni. Ummi kan dah cakap. Tak kisah apa yang
jadi, Ain tetap anak ummi.” Sedikit sayu pandangan ummi pada Ain.
Hati ibu. Mestilah dia faham apa yang Ain rasa sekarang ni.
Bila nampak muka Ain yang
muram, terus ummi menarik Ain masuk ke dapur.
“Dah la. Ummi saje je.
Tahu Ain memang sayangkan ummi. Jom la masuk makan. Ayah kamu tak
balik tengah hari ni. Tengah sibuk dekat klinik dia tu.” Ain tahu
kesibukan ayah yang menguruskan klinik hasil perkongsian dengan
kawannya. Hmmm..dalam 4 orang anak ayah, hanya Fuadi je yang mahu
mengikut jejak langkah menjadi doktor.
“Hmm..Ain. Boleh ummi
tanya something?” Tehenti suapan Ain bila melihatkan riak ummi yang
tengah serba-salah.
“Apa dia ummi? Kalau Ain
boleh jawab, Ain jawab.”
“Fuadi ada call Ain?”
Hmmm..Ain dah dapat agak yang soalan ummi pasti ada kaitan dengan
Fuadi. Ain menggeleng perlahan. Tak ada apa yang perlu disorokkan
dari ummi.
“Sekali je dia call.
Masa awal-awal dia sampai dulu.” Terus berubah riak ummi.
“Ummi tak tahu lah apa
yang dia tengah fikirkan Ain. Nak cakap tak sayang, gaya kat airport
dulu macam sayang benar dekat Ain. Tapi kalau nak cakap sayang,
takkan la begini cara dia. Hmm..entah lah Ain.” Nampak terkilan
benar ummi.
Telefon ummi yang berbunyi
nyaring minta diangkat, menghentikan perbualan mereka. Terus ummi
bangun mengambil telefon dia yang diletakkan di atas cabinet dapur.
“Waalaikummussalam…”
Perlahan jawapan ummi sambil pandangan dia tiba-tiba dialihkan pada
Ain.
“Ummi sihat je. Kamu kat
sana macam mana?”
“Dekat klinik..”
“Kamu tanya la dia
sendiri…”
“Dia ada kat sini..”
Satu-satu Ain mendengar
patah perkataan yang keluar dari mulut ummi. Entah kenapa dada Ain
berdebar kencang tiba-tiba. Dapat diagak pemanggil di hujung talian.
Tiba-tiba ummi berjalan ke arah Ain. Telefon di tangan dihulurkan
pada Ain.
“Fuadi…Cakap lah. Ummi
nak naik solat kat bilik kejap.” Teragak-agak Ain mengambil telefon
yang dihulurkan ummi. Langkah ummi yang sedang meninggalkan dia untuk
naik ke bilik dipandang sepi. Ain tahu, ummi sengaja memberi ruang
kepada dia. Perlahan-lahan telefon di tangan dilekapkan ke telinga.
“Assalamualaikum…”
Ain menghulurkan salam. Tanda gerangan yang menjawab panggilan
dihujung talian sedah bertukar.
“Waalaikummussalam.”
Dengar sahaja suara Fuadi,segala rasa mula datang bertamu. Nampaknya,
perasaan rindu dia masih cukup kuat untuk Fuadi.
Ain tak tahu nak cakap
apa. Lama dia berdiam diri.
“Ain sihat? Baby sihat?”
Lembut suara Fuadi. Kedengaran suara dia juga penuh sarat dengan rasa
rindu pada Ain.
“Okay.” Hanya sepatah
yang Ain jawab. Tak mahu memanjangkan jawapan. Takut nanti tangis dia
terhambur di situ.
“Barang-barang baby
semua dah beli?” Air mata mula menuruni pipi Ain. Ya Allah. Kenapa
Fuadi nak menunjukkan keprihatinan dia sekarang. Ain rasa, dia lebih
suka nak dengar suara Fuadi yang sinis menyindir atau memarahi dia.
Sekurangnya, dia boleh terus mencambahkan rasa benci pada suami dia
itu. Tapi, bila Fuadi menunjukkan tingkah sebegini, Ain lemah.
“Kenapa sekarang baru
nak sibuk tanya? Selama ni tak pernah call Ain pun.” Bergetar suara
Ain menahan sendu. Lama Fuadi diam.
“I’m coming home next
month. Tak sabar nak sambut baby kita. Ain due sebulan setengah lagi
kan?” Soalan Ain tidak dijawab. Sebaliknya, suara dia penuh teruja
memberitahu perancangan dia.
“Abang balik?” Sedikit
terkejut Ain. Dengan keadaan hubungan mereka sekarang, Ain langsung
tidak menjangkakan yang Fuadi akan pulang walaupun memang itu yang
sentiasa dia harapkan.
“Of course I will.
Itukan anak kita. Sengaja abang balik awal sikit. Boleh la kita cari
sama-sama barang apa lagi yang tak cukup.”
“Hmm..what’s the
date?” Sengaja Ain tak mahu terlalu menunjukkan kegembiraan dia.
“Abang sampai KB, 25
Oktober. I’ll remind you later.”
“Hmm..ok.”
“Kenapa Ain macam tak
gembira je?”
“Of course I’m happy.”
Tanpa perasaan Ain menjawab. Bukan tak gembira. Tapi sengaja mahu
membalas rasa sakit hati sebab lama dipinggarkan.
“Okaylah. I need to go.
Bye.” Mungkin sedikit terasa hati dengan reaksi Ain, atau mungkin
dia memang ada hal, Ain tak mahu ambil tahu.
“Bye.” Belum sempat
talian dimatikan, nama dia dipanggil Fuadi.
“Ain…I love you.”
Terus Fuadi matikan talian. Ain terkedu. Air mata yang sudah berhenti
tadi, kembali mengalir membasahi pipi.
‘I love you too..’
3 Oktober! Ain pandang
sayu pada tarikh yang terpapar di skrin telefon dia. Sudah seminggu
berlalu dari tarikh yang Fuadi sepatutnya pulang ke Malaysia. Tapi,
bayang Fuadi masih tak kelihatan. Panggilan Ain juga langsung tak
bersahut.
Ain kebingungan. Tak tahu
apa patut dia rasa sekarang. Rasa risau ataupun bengang sebab sudah
tertipu dengan janji Fuadi. Kalau ikutkan tarikh yang doktor bagi,
due date dia lagi 2 minggu sepatutnya. Tapi, Ain sudah perlu
bersedia. Mana la tahu kalau-kalau anak dia mahu keluar awal pulak.
Ain log in ke dalam akaun
facebook dia. Sudah lama rasanya dia tak menjegah ke akaun facebook
dia ni. Hmm..Ada 1 friend request. SofeaDyana! Entah kenapa nama awal
pemilik akaun facebook itu mendebarkan hati Ain. Hanya gambar
sepasang kasut diletakkan sebagai gambar profile. Jadi, tak dapat Ain
pastikan samada si pemilik akaun itu, sama dengan orang di dalam
fikiran dia sekarang.
Entah kenapa, cepat je
tangan Ain menggerakkan cursor ke ruangan accept.
Hati Ain kuat menyuruh dia untuk menjengah ke
page SofeaDyana.
Safely arrived at
Brisbane, Australia…with@adiyahya..1 hour ago.
Begitu jelas gambar yang
Sofea uploadkan. Gambar dia dan Fuadi baru sampai di airport! Terkedu
Ain. Buat apa Fuadi pergi Brisbane, Australia? Rasa sakit hati,
geram, tertipu semuanya ada. Sampai hati Fuadi. Bukan ke sepatutnya
sekarang dia sudah ada di Malaysia.
Ain yakin yang akaun
@adiyahya itu Fuadi. Memang selama ini Ain tak pernah mengambil tahu
tentang akaun facebook Fuadi sebab dia sendiri tak berapa aktif di
akaun facebook dia. Hati Ain membuak-buak untuk menjengah ke page
Fuadi. Ingin tahu kalau-kalau Fuadi ada meluahkan rasa hati dia di
situ.
Nampaknya banyak juga
status Fuadi di facebook.
Hope for safe journey
to Brisbane, Australia. Can’t wait…yesterday
Nampaknya, Fuadi turut
teruja dengan percutian dia ke Brisbane. Ain scroll lagi ke bawah.
Teman Cik Kak ni makan.
Haishhh..mengidam ke apa. Malam-malam ajak orang makan fish &
chips..25 September.
Nampak gembira gambar
Sofea yang sedang makan fish& chips. Eh, kejap. Mengidam! Takkan
Sofea mengandung? Ain sentuh kandungan dia. Ya Allah. Tidak. Ain tak
boleh terima. Pelupuk mata sudah mula panas. Apa nasib anak dia
nanti. Kalau sekarang pun mereka sudah dipinggarkan, apa lagi kalau
dia sudah ada anak dengan Sofea nanti. Tengok lah sekarang ni.
Walaupun tahu Ain sedang sarat, dia masih boleh mengikut kehendak
Sofea untuk pergi bercuti.
Tak sabar Ain nak tahu apa
lagi rahsia mereka. Tapi hampa. Gambar dan status Fuadi yang
seterusnya, lebih banyak tertumpu pada isu-isu semasa. Ain scroll
lagi ke bawah. Sampailah ke tarikh seminggu selepas Fuadi sampai di
UK.
Danish dalam ingatan.
Will always miss u. Hmm…tengah belajar untuk redha, belajar untuk
memaafkan.
Bila nama Danish muncul di
status Fuadi, Ain sudah tak mampu untuk meneruskan. Kerana status
selepas itu, pastinya lebih menjerut tangkai hati dia. Tambah-tambah
dengan keadaan hubungan dia yang tersangat dingin dengan Fuadi ketika
itu.
Cepat-cepat Ain menutup
lap top. Perlahan dia melangkah ke katil. Kejutan-kejutan yang dia
baru terima memang sangat menggugat ketenangan.
‘Ain be strong. Tak payah berharap lagi.’ Ya. Ain
sudah menanam tekad. Dia tak mahu menjadi lemah lagi. Sudah sampai
masanya, dia fikirkan tentang diri sendiri dan anak dalam kandungan
dia. Batas kesabaran dia sudah mula runtuh. Tak akan ada maaf lagi
untuk Fuadi!!!
Ain baru membaringkan
badan ke atas katil.Tiba –tiba dia rasakan ada kontraksi pada
kandungan dia. Hmmm..takkan dah nak bersalin. Awal lagi ni. Ain pasti
yang itu hanyalah Braxton Hicks, bukannya kontraksi hendak bersalin.
Memang 2-3 hari ni, Ain dah mula rasakan kontraksi ni yang hanya
datang untuk beberapa saat. Itu menunjukkan tanda awal pengecutan
rahim yang sudah dapat dirasakan dalam tempoh 1-2 minggu sebelum
kelahiran.
Cuma yang lainnya,
kontraksi yang dia rasakan sekarang, lebih kuat dan sedikit
menyakitkan dari kebiasaan. Hmmm..tak ada apa lah.Mungkin disebabkan
tekanan emosi yang dia hadapi tadi.
Rasa kantuk yang mula
datang, membuatkan Ain mengambil keputusan untuk tisur sahaja. Mala
mini dia keseorangan di rumah sewa sebab Adah balik ke Kota Bharu
untuk menguruskan majlis pertunangan dia nanti. Sengaja Ain tak mahu
balik sebab lagi dia hari dia akan mula bercuti. Cadangnya, selepas
itu baru lah dia akan balik ke rumah mama.
Ain terjaga dari tidur
disebabkan rasa kontraksi yang tiba-tiba datang. Jam di dinding yang
hanya nampak samar-samar dipandang sekilas. Hmm..1 pagi. Nampaknya
baru sekejap Ain tidur. Rasa kontraksi yang semakin kerap datang
meresahkan Ain. Dia bangun perlahan untuk ke bilik air.
Ya Allah. Ada lendiran
bercampur darah keluar dari kemaluan dia. Ain, relax. Tarik nafas.
Cepat-cepat Ain keluar dari bilik air dan duduk di birai katil. Jam
di dinding di pandang lagi, dengan tapak tangan diletakkan pada
kandungan dia.
‘Every 5 minutes.’
Makin kerap kontraksi Ain. Sekarang, Ain yakin yang dia memang sudah
hendak bersalin. Tapi, sebab tahu yang dia tengah keseorangan, tak
mahu la Ain kalut-kalut. Lagipun, tak berapa sakit sangat dia rasakan
sekarang. Boleh tahan lagi. Takut kalau dia buat-buat kalut nanti,
bendal lain pula jadi.
Beg barangan kelengkapan
untuk bersalin diambil dan terus dimasukkan ke dalam kereta.
Hmm..rasa lapar pula. Sempat lagi Ain masuk ke dapur untuk mengalas
perut. Tahu yang dia perlu kan tenaga selepas ini. Selesai menjamah 3
keping roti dengan milo panas, perlahan-lahan Ain masuk ke dalam
kereta. Nampaknya, terpaksa la dia drive sendiri ke hospital.
Rasa sakit yang makin
mencucuk, membuatkan Ain tidak mahu berlengah lagi. Terus dia mula
memandu ke hospital jerteh. Nasib baik jarak dari rumah dia ke
hospital tak berapa jauh. Dalam 15 minit dah boleh sampai. Menitik
air mata Ain bila mengenangkan dia terpaksa melalui saat-saat macam
ni sendirian.
No comments:
Post a Comment