“Nasib baik
awak datang cepat. If not, kalau dah
ada bukaan dekat pintu rahim, it’s highly
possible that you might have miscarriage. ”
Menitis air
mata Ain bila tahu yang kandungan dia masih selamat. Ya Allah, syukurnya. Ain
memang tahu yang bleeding semasa awal
kehamilan bukanlah sesuatu yang normal. Sebab itu dia cepat-cepat mahu jumpa
doktor.
“I’ll give injection untuk kuatkan kandungan awak. For this time being, what you can only do is
having enough rest. Please, your pregnancy is still fragile now.” Panjang
nasihat Dr. Anisah. Tadi sebab dah kalut sangat, ayah terus drive ke klinik Dr. Anisah yang hanya 5
minit dari rumah. Lagipun, memang ummi dan ayah dah biasa dengan Dr. Anisah.
“So,
dah tak payah pergi hospital la ni doktor?” Tanya ummi yang dari tadi
hanya mempamerkan riak kerisauan.
“Tak payah.
Saya dah bagi injection tadi.
Sekarang ni, bila balik nanti, pastikan Ain ni rehat je. Eventhough it is not common, one of the possible causes of miscarriage
mungkin sebab terlalu penat.” Ummi mengangguk mendengar penjelasan Dr. Anisah.
Riak kerisauan mula hilang dari muka dia, digantikan dengan riak kelegaan.
Sampai
sahaja di rumah, kereta Fuadi masih tak kelihatan. Ain tak tahu nak gambarkan
macam mana perasaan dia sekarang. Satu yang dia pasti ialah rasa gembira sebab
kandungan dia selamat. Tentang suaminya, memang Ain terasa hati dengan sikap
Fuadi.Tapi, dia tak boleh nak salahkan Fuadi sepenuhnya sebab keadaan memang
kelam kabut sangat tadi dan dia tahu yang Fuadi sangat risaukan Danish. Hmm..
Ain dah tak nak fikir apa-apa sekarang ni. Dia hanya mahu rehat je sebab dia
memang rasa sangat penat sekarang.
“Ain mari
makan dulu. Baru rehat. Ain tak makan apa-apa lagi sejak dari tengah hari
tadi.” Terhenti langkah Ain yang baru menjejak anak tangga pertama untuk naik
ke bilik.
“Ain tak
lapar ummi. Rasa nak baring je sekarang.” Tersenyum lemah Ain pada ummi. Sempat
lagi Ain meliarkan mata memandang sekeliling ruang tamu. Ada beberapa orang
anak kecil yang sedang bergelimpangan tidur di ruang tamu. Tersenyum kecil Ain.
Bilik yang ada di rumah ummi memang tak dapat nak menampung semua saudara yang
nak bermalam di rumah ummi. Jadi, diaorang tidur je lah mana-mana port yang selesa di rumah ummi ni.
“Kalau macam
tu, Ain naik dulu. Biar ummi bancuh susu panas. Nanti ummi bawak naik atas.”
“Eh, tak
menyusahkan ummi ke?” Tak sedap pulak Ain rasa sebab dah menyusahkan ummi.
“Apa yang
susahnya Ain. Tak payah risaukan ummi. Ain tu yang kena risau diri sendiri.
Kena berehat.” Nampak sangat keprihatinan ummi pada Ain.
“Baiklah
ummi. Ain naik dulu ye.” Ain tak mahu berdegil lagi. Berhati-hati Ain menyusun
langkah naik ke bilik.
Sayu hati
Ain bila melihat tempat pembaringan di sebelah dia yang masih kosong. Tak
pernah terbayang yang malam pengantin dia akhirnya berakhir begini. Ain baru je
membayangkan yang malam ini dia akan berkongsi berita gembira tentang kehamilan
dia dengan Fuadi.
Ain rasakan
baru sekejap dia terlena bila dia tiba-tiba terjaga kerana terasa pergerakan
katil di sebelah dia. Terus dipusingkan badan yang dari tadi mengiring
menghadap ke sisi katil.
“Abang baru
balik ke?” Tanya Ain bila terpandangkan jam di dinding yang sudah menunjukkan
pukul tiga pagi.
“Hmmm..” Ringkas
jawapan Fuadi yang sedang menepuk-nepuk bantal, bersedia untuk tidur.
“Macam mana
dengan Danish?” Tanya Ain bila teringatkan pasal Danish. Kalau diingatkan
keadaan dia tadi, nampak teruk jugak. Kesian Danish.
“Ok. Dah,
tidur lah.” Nampak malas benar Fuadi nak melayan Ain. Penat sangat agaknya.
Fuadi terus memejamkan mata dengan sebelah tangan di letakkan menyilang di atas
kepala dan sebelah lagi di dada.
“ Tak payah
nak buat-buat sibuk pasal dia. Selama ni bukan pernah nak peduli pun.” Perlahan
Fuadi menggumam, tapi masih dapat didengari Ain.
Tersentuh
hati Ain bila niat ikhlas dia bertanyakan pasal Danish di pandang serong.
Tambah sedih bila Fuadi langsung tak bertanyakan pasal dia sedangkan dia
sendiri nampak keadaan Ain yang tak bermaya tadi.
“Abang,
Ain…”
“Dah, Ain!
Tidur.” Terus mati kata-kata Ain.
Bila Fuadi
di sebelah sudah memejamkan mata tanda tidak mahu memanjangkan perbualan, Ain
hanya mengalah. Sudah hilang rasa keterujaan untuk mengkhabarkan berita gembira
tentang kehamilannya bila Fuadi sendiri sudah menunjukkan muka tidak berminat.
Tersedar je
pagi itu, Ain lihat Fuadi sudah siap menunaikan solat Subuh. Dikerling sekilas
jam di dinding. Pukul 6.15. Hmmm…mungkin Fuadi tidak mengejutkan dia sebab masih
awal lagi. Fuadi nampak tengah tergesa-gesa bersiap. Gaya macam nak keluar.
‘Dia nak
pergi mana pagi-pagi ni’ Hairan Ain. Masih terlalu awal untuk keluar.
“Abang nak
pergi mana?” Ain tak mampu lagi nak
terus berteka-teki sendiri.
“Hospital.
Tengok Danish kat ward. Kesian dekat Sofea sorang-sorang dekat sana.”
Owh. Danish
masuk ward rupanya. Mungkin tu lah sebab Fuadi nampak serabut sangat semalam.
Ain tak tahu nak cakap apa walaupun tak dinafikan ada sedikit api cemburu bila
melihat keprihatinan Fuadi pada Sofea.
‘Ya Allah,
Ain. Orang tu tengah dalam kesusahan. Jangan fikirkan sangat pasal perasaan
cemburu tu.’ Desis hati Ain,cuba berfikiran rasional.
Sedar masa
yang makin berjalan, Ain terus tergesa-gesa bangun untuk solat Subuh. Mungkin
kerana bangun dengan tergesa-gesa, belum pun sempat kaki Ain mencecah lantai,
kepala dia terasa berpusing, ditambah dengan rasa mual yang datang tiba-tiba.
Ain terpaksa
merebahkan kembali badan dia ke katil dengan kedua belah kaki yang terjuntai di
sisi katil.
‘Ya Allah, morning sickness ke ni?’ Teringatkan
diri dia yang sedang mengandung, Ain baru terfikir yang dia mungkin sedang
mengalami morning sickness.
“Bangunlah
solat. Dah 6.30 ni. Abang pergi dulu.” Sempat Fuadi menegur Ain bila
terperasankan Ain yang kembali merebahkan badan ke katil.
Ain hanya
mampu memandang Fuadi yang tergesa-gesa keluar dari bilik. Tak mahu terlepas
waktu Subuh, terpaksa juga dia menggagahkan diri ke bilik air untuk mengambil
wuduk.
Runsing ummi
bila Ain tak turun lagi untuk sarapan walaupun jam sudah menunjukkan pukul 9.15
pagi. Semua orang di rumah itu sudah siap bersarapan sebab kebanyakan saudara
yang tinggal jauh nak bertolak pulang ke rumah masing-masing pagi ini. Dia tahu
yang Fuadi tak ada dekat bilik sebab dia bertembung dengan Fuadi yang hendak ke
hospital pagi tadi.
Selepas
semua saudara yang tinggal jauh sudah bertolak pulang, ummi mengambil keputuan
untuk menjengah Ain di bilik. Sengaja mak long dan mak teh tak bagi ummi
mengejutkan Ain sebelum mereka balik tadi sebab tak mahu mengganggu Ain yang
mungkin tengah berehat.
Masuk sahaja
ke dalam bilik, terus ternampak Ain yang tengah terbaring lemah di atas katil.
Ummi mengusap kepala Ain. Risau dia bila melihatkan wajah Ain yang nampak
sangat pucat.
“Ain…bangun.
Ok tak ni?” Perlahan ummi mengejutkan Ain sambil mengusap lembut kepala Ain.
“Eh.. ummi.
Maaf tak turun tolong ummi. Kepala Ain ni, pening sikit.” Lemah jawapan Ain.
Dia yang tadinya hanya tidur-tidur ayam terus terjaga bila terasa ada usapan di
kepala dia.
“Pening?..
Kenapa tiba-tiba ni? Ada rasa nak muntah tak?” Makin risau muka ummi.
Bertalu-talu soalan dia pada Ain.
Tersenyum
kecil Ain melihat kekalutan ummi.
“Tak ada apa
nak risau lah ummi. Morning sickness rasanya ni. Sebelum ni tak de lah pulak.
Dia saje nak bermanja dengan nenek dia kot.” Sempat Ain mengusik ummi sambil
bangun untuk bersandar di kepala katil.
“Ya
Allah…dari tadi lah ni Ain terbaring lemah macam ni. Fuadi tahu tak ni?”
Ain
menggeleng kepala sambil tersenyum pada ummi.
“Tak sempat
nak cakap dengan dia pun tadi. Ain pregnant pun dia tak tahu lagi.” Berubah
sedikit muka Ain bila mengingatkan pasal Fuadi.
“Haishhh..
Ada suami pun asyik sibukkan hal orang lain je.” Menggeleng kesal ummi dengan
tingkah anak lelaki dia sorang tu.
“Ain larat
tak nak turun ni? Kalau tak larat nanti ummi suruh Zara bawakan makanan naik
atas.”
“Eh, tak ape
lah ummi. Boleh je nak turun. Dah ok sikit rasanya kepala ni. Ain nak mandi
kejap. Lepas tu Ain turun.”
“Ok lah
kalau macam tu. Ummi turun dulu nak kemaskan dapur sikit. Tadi mak long dan mak
teh kirim salam. Diaorang dah bertolak balik dah.”
“La ye ke.
Tak sempat Ain jumpa diaorang.” Sedikit terkilan Ain.
“Tak apa.
Diorang faham keadaan Ain. Nanti boleh jumpa lagi. Ummi turun dulu.” Ain
memandang ummi yang berlalu keluar dari bilik sebelum dia pun dengan perlahan
melangkah menuju ke bilik air.
Selesai je
bersarapan, Ain hanya duduk bersantai di ruang tamu sambil melayan kerenah baby
Kak Mia, kakak sulung Fuadi. Semua orang dalam rumah itu berpakat untuk tidak
membenarkan Ain membuat sebarang kerja. Nak basuh pinggan sendiri pun tak
boleh. Haish..Bosan pulak Ain rasakan. Terpandangkan hadiah perkahwinan yang
berlonggok di atas meja, Ain hanya tersenyum lemah. Tak ada hati rasanya nak
buka hadiah itu.
Teringatkan
tentang rancangan percutian dia dan Fuadi, Ain mengambil keputusan untuk
menelefon suaminya. Mengikut perancangan,
tengah hari ini, dia dan Fuadi akan bertolak ke Cameron Highland untuk bercuti
selama 3 hari di sana . Mereka perlu menggunakan waktu cuti perkahwinan ini
sepenuhnya memandangkan cuti Fuadi yang pendek.
“Assalamualaikum,
abang.” Terus salam diberi bila Fuadi mengangkat panggilan.
“Waalaikumussalam..ada
apa Ain?”
“Abang dekat
hospital lagi ke? Bila nak balik?”
“Haah. Not sure yet. Tengok lah macam mana
keadaan Danish. Abang tengah tunggu dia kat ward. Sofea balik rumah, rehat.”
Nampaknya Fuadi tak ingat langsung tentang rancangan percutian mereka.
“Owh. So,
macam mana dengan rancangan kita nak pergi Cameron. Jadi ke tak?” Berhati-hati
Ain menyusun kata takut Fuadi tersalah tafsir. Memang Ain teringin sangat nak
pergi, tapi dia tahu yang Fuadi mesti dahulukan keadaan Danish. Ain hanya
mahukan kepastian tentang rancangan mereka.
“Ya Allah,
Ain. Can’t you see the situation now?”
Keras suara Fuadi.Tepat sangkaan Ain.
“I’m just asking. Tak apelah kalau tak
jadi pergi. Tak payah nak marah-marah.” Perlahan suara Ain. Ada nada rajuk di
situ. Mulut memang kata tak kisah. Tapi, dalam hati, Ain memang hendak sangat
pergi. Tambah – tambah dengan keadaan dia sekarang. Ingatkan bolehlah pergi
berehat tenangkan hati dekat Cameron.
“Merajuk la
ni? Please la Ain. Can you please
understand me?” Ada nada tak puas hati dalam suara Fuadi. Memang Ain tahu
yang Fuadi tak suka melayan orang merajuk. Tapi, soal hati ni, mana boleh nak
kawal. Kalau dah terasa hati, takkan nak bergelak ketawa lagi. Geram pula Ain
rasa.
“I’m not. Kan Ain dah cakap tak kisah. Okay lah. Got to go. Bye.” Terus Ain matikan panggilan. Takut lagi lama
berbalas kata dengan Fuadi, air mata dia pula yang tumpah.
BONGOKKK FUADI... AMIK KOOO
ReplyDelete