Sunday, 22 November 2015

JODOH UNTUKKU - BAB 20

BAB 20


Riuh bunyi dari aras bawah mengejutkan lena Ain. Selepas solat zohor tadi, Ain ingat hanya nak baring sahaja di atas. Tak sangka dia boleh terlelap pulak. Ain bangun menanggalkan telekung solat dia untuk disidai pada penyidai di tepi tingkap. Sempat Ain menjengah ke luar tingkap. Nampaknya kereta Fuadi sudah ada di porch. Tapi kenapa dia tak naik ke bilik.
‘Hmm..mungkin dia tengah lepak dekat bawah.’ Lagipun kalau tak salah, Ain ada terdengar suara Danish tadi. Nampaknya Danish dah keluar ward. Alhamdullillah..Ain menyarung tudung untuk turun ke bawah. Bosan pulak dia duduk sorang-sorang dalam bilik ni.
Turun ke bawah, Ain lihat semua tengah berkumpul di ruang keluarga. Nampak santai sambil melihat TV. Perasan kehadiran Ain, ummi menggamit Ain untuk duduk di sofa sebelah dia.
“Hah, turun pun Ain, tertidur ke tadi?” tersenyum ummi menyapa Ain.
Haah ummi. Lepas solat tadi, ingatkan nak baring je, tapi macam mana entah boleh terlelap.” Segan Ain dengan ummi. Dia bukannya buat kerja apa pun hari ni. Tapi tertidur mengalahkan ummi yang dari awal pagi lagi dah bangun.
“Tak apalah. Ain kan memang kena rehat. Kalau tak tidur pun, bukannya Ain boleh buat kerja apa-apa kerja.” Ummi menyedapkan hati Ain yang nampak sangat serba salahnya.
Ain pandang Fuadi yang ralit sangat melayan Danish bermain. Langsung tak menegur Ain.
“Ummi ni manjakan sangat menantu kesayangan ummi ni. Bagi je dia buat kerja.” Baru dengar suara Fuadi. Walaupun tahu yang Fuadi hanya bergurau, Ain serba sedikit tetap terasa hati. Ummi dah pandang Fuadi semacam. Ain tahu ummi geram dengan Fuadi yang nampak sangat langsung tak hiraukan Ain. Tak mahu ummi memulakan leteran dia dekat sini, Ain menepuk lembut paha ummi di sebelah dia. Menggeleng kecil Ain pada ummi tanda tak mahu ummi membocorkan rahsia.
“Ain pegangkan Dania ni sekejap. Kak Mia nak naik atas kejap. Apalah hero Kak Mia tengah buat dekat atas tu. Jangan dia ganggu papa dia tidur sudah.” Kak Mia menghulurkan anak dia yang baru berusia 4 bulan pada Ain sebelum melangkah meninggalkan ruang itu.
Suasana berlalu dengan Ain dan ummi ralit melayan Danis. Sementara Fuadi dan Sofea yang duduk di sofa berhadapan dengan Ain asyik melayan kerenah Danish. Ain perasan Fuadi yang sesekali menjeling ke arah dia. Pelik Ain rasakan keadaan sekarang. Macam dia dan Fuadi tengah bergaduh pula.
“Hmm..abang, Sofea balik dulu lah. Dah lama dekat sini.” Mungkin kerana turut terasa janggal, Sofea tiba-tiba meminta diri untuk pulang. Lagipun, ummi di sebelah Ain ni kerap juga menghadiahkan jelingan tajam pada Sofea. Ain dapat rasakan yang ummi tidak berapa menyenangi kehadiran Sofea.
“Eh, dah nak balik ke? Tak nak tunggu minum petang?” Fuadi tampak keberatan. Memang Ain tahu yang waktu-waktu macam ini, bibik di dapur memang sedang menyiapkan minuman petang.
Tak apelah. Tadi ingat nak singgah amik Danish kejap je. Boleh pulak terleka dekat sini.” Owh..Sofea datang nak jemput Danish rupaya. Mungkin tadi Fuadi terus bawak Danish datang ke sini dari hospital.
“Hmm..okay lah..Danish pergi salam dengan nenek dengan Auntie Ain.” Arah Fuadi pada Danish. Tak tahu lah si kecil Danish tu faham tak arahan Fuadi.
“Auntie Ain?” Danish mengulang pertanyaan. Mungkin tak biasa di pendengaran dia.
“Haah..Tu Auntie Ain..”Fuadi menunjuk ke arah Ain. Lama Danish melemparkan  pandangan pada Ain yang sedang mendukung Dania.
Ain hanya tersenyum pada Danish. Tak tahu lah apa yang sedang fikiran Danish cernakan sekarang pasal Ain. Tiba-tiba Danish tersenyum, dan berlari laju ke arah Ain.
“Danish..no..” Terpaan Danish secara tiba-tiba ke arah perut dia mengejutkan Ain. Sebelah tangan dia automatic terangkat menghalang Danish dari melanggar perut dia, sementara tangan yang sebelah lagi sedang mengendong Dania.
Tindakan reflek dari Ain itu menyebabkan Danish terjatuh. Muka dia sudah tercebik mahu menangis. Semua yang ada di ruang itu tampak tergamam dengan apa yang berlaku.
“What’s wrong with you Ain. Kalau marahkan abang pun, jangan lah libatkan Danish ” Suara keras Fuadi mula bergema di ruang itu.
Ain yang turut tergamam tadi bagaikan baru tersedar. Terus dia menunduk untuk mendapatkan Danish yang jatuh di atas karpet tadi.
“Ya Allah…Sorry Danish..”Rasa bersalah Ain pada Danish. Dania yang berada di dukungan dia menyukarkan Ain untuk mendapatkan Danish.
“Danish budak baik kan… Tak mau nangis-nangis. Auntie Ain tak sengaja tu.” Nasib baik ummi meyelamatkan keadaan. Terus diangkat Danish dan diletakkan atas riba dia.
“Tak mau lah kasar-kasar dengan auntie Ain. Nanti baby dalam perut auntie Ain sakit.” Ummi memujuk Danish yang sedang menangis. Hmm..nampaknya ummi dah bongkarkan rahsia Ain. Tak tahu lah ummi sedar atau tidak apa yang dia tengah cakap.
“You’re pregnant?” Nampak terkejut Fuadi. Tajam pandangan dia pada Ain. Sofea di sebelah turut sama tergamam. Tak tahu kenapa, Ain rasa sebak tiba-tiba. Bukan itu reaksi yang dia mahu tengok dari Fuadi.
“Baby?” Reaksi spontan dari Danish mengembalikan fokus Ain pada ummi yang sedang memujuk Danish. Comel Ain rasakan gelagat Danish. Dari banyak-banyak perkataan yang ummi cakap tadi, agaknya perkataan ‘baby’ je yang dia dapat tangkap.
Haah. Baby. Danish nak baby? Sayang auntie Ain dulu.”
Danish nampak teruja dengan perkataan baby. Terus dia peluk erat tengkuk Ain dan menghadiahkan ciuman di pipi Ain. Tersenyum senang Ain. Tak sabar rasanya nak pegang anak dia sendiri nanti. Sempat ain memandang sekilas pada Sofea. Entah kenapa Ain rasakan Sofea tidak menyenangi perlakuan Danish pada dia.
Mungkin perasan dengan reaksi dari Sofea, Fuadi terus bangun mengambil Danish di atas ribaan ummi.
“We have a lot to discuss.” Sempat Fuadi berbisik pada Ain sebelum berlalu mengiringi Sofea ke kereta. Entah kenapa Ain rasakan ada nada tak puas hati dari suara Fuadi. Kenapa dia nak marahkan Ain pula sedangkan dia sendiri yang tak hiraukan Ain.


Terdengar tombol pintu dipulas, Ain yang tadinya berdiri di tepi tingkap terus berlalu ke arah katil. Sempat diseka air mata yang tadinya tumpah melihat kemesraan Fuadi dengan Sofea di pintu pagar. Tadi, selepas je Fuadi berlalu menghantar pemergian Sofea, Ain terus menyerahkan Dania pada ummi dan meminta diri untuk naik ke bilik. Niat untuk mengambil tuala di tepi tingkap terbantut bila terpandangkan kemesraan Sofea dan Fuadi melalui tingkap.
Fuadi yang sudah masuk ke bilik melangkah perlahan kearah Ain. Kerusi di meja solek ditarik dan diletakkan betul-betul di hadapan Ain. Sempat Fuadi melemparkan handphone ke katil sebelum dia duduk melabuhkan punggung di kerusi. Lama dia pandang Ain. Tajam.
“Why?” Sepatah perkataan je keluar dari mulut dia.
“Apa?” Tak jelas Ain dengan soalan Fuadi. Banyak perkara yang perlu mereka bincangkan. Jadi Ain tak tahu Fuadi maksudkan perkara yang mana satu sekarang.
“Kenapa tak bagitahu abang yang Ain mengandung?” Nampak terkilan Fuadi.
“I’ve tried to tell you last night. Tapi abang yang tak mahu dengar.” Perlahan suara Ain. Menahan sebak yang mula bertandang. Sekarang ini, emosi dia pun mudah terganggu.
“Ain pun nampak abang memang penat kan semalam. Takkan tak boleh bagitahu abang masa lain.Tadi pun Ain call abang kan. Kenapa tak bagitahu?” Keras suara Fuadi.
“Abang ada masa ke untuk Ain? Ain baru cakap sikit dah nak marah-marah Ain. Tengok lah sekarang ni. Bukan nak cakap baik-baik. Macam la semua ni salah Ain.”
Owh. Okay. Jadi Ain nak cakap semua ni salah abang la. Nak cakap abang tak ada masa untuk Ain. Macam tu? Andsuka marah-marah? Ain buat lawak apa ni?” Fuadi tergelak sinis tiba-tiba.
Suka marah-marah? Ain..Ain..Sejak awal kita kahwin abang dah memang macam ni kan. That’s me. Sebelum ni okay je. Kenapa tiba-tiba nak besarkan pasal ni.” Mata Ain dah mula berair. Fuadi memang tak sensitive dengan perasaan dia. Memang Ain dah tahu perangai Fuadi macam tu. Tapi takkan lah sampai benda-benda kecil pun nak marah-marah.
“Abang memang tak pernah nak mengaku salah sendiri kan. Takkan abang tak rasa bersalah langsung sebab dah abaikan Ain. Lepas tu nak salahkan Ain sebab rahsiakan pasal kandungan ni.”
“Habis Ain nak expert macam mana lagi dari abang. Dengan keadaan Danish yang macam tu semalam, takkan abang nak abaikan dia pulak.”
“Ain tak kisah abang nak pentingkan Danish semalam. Tapi at least jangan totally abaikan Ain. ” Air mata sudah mula menuruni pipi Ain. Terasa hati sangat dengan Fuadi.
“Totally abaikan Ain? Berat tuduhan Ain tu. Sebab abang tahu Ain okay lah abang boleh fokus pada Danish yang memang sangat-sangat perlukan perhatian semalam. And I didn’t know that you’re pregnant. So, Ain tak boleh salahkan abang.” Senang je Fuadi bercakap. Tahu yang Ain okay? Apa yang dia tahu?
Tahu yang Ain okay? Abang sendiri nampak yang Ain tak berapa sihat semalam kan. Abang boleh lupa macam tu je. Tak tanya langsung Ain dah ok ke tak.” Geram sangat Ain rasa sekarang.
“One more thing, boleh Ain tahu kenapa abang macam ni? You’re seemed not happy with this news.”
Fuadi nampak tergamam dengan soalan Ain.
“Apa Ain cakap ni. Of course I’m happy. Abang cuma terkilan sebab Ain rahsiakan dari abang je.” Mungkin sudah tersedar dengan kekhilafan dia tadi, Fuadi mula beriak gembira. Tapi, Ain dapat rasakan ada benda yang disembunyikan dari Ain.





No comments:

Post a Comment