Pukul
9.30 malam baru Ain dan Fuadi sampai di Cameron. Risau juga ummi nak lepaskan
mereka tadi sebab mengingatkan Fuadi yang sejak semalam tidak cukup tidur
kerana menguruskan hal Danish. Tapi Fuadi tetap berkeras. Terpaksa lah ummi mengalah.
Nampak
bersungguh benar Fuadi hendak mengambil hati Ain. Tadi sebelum bertolak, Fuadi
sudah berjanji yang percutian kali ini tidak akan ada sebarang gangguan dari
Danish dan Sofea. Ain hanya tersenyum. Pengalaman lalu membuatkan Ain tidak
berani untuk mengharapkan percutian yang tanpa gangguan sepenuhnya. Kalau
terjadi sesuatu yang menyebabkan Fuadi terpaksa melanggar janji dia nanti,
sekurangnya Ain tidaklah kecewa sangat.
Selesai
je urusan check-in di Hotel Silver
Star, mereka terus naik ke bilik. Nampak je katil, Fuadi terus merebahkan badan
ke katil.
‘Hmmm..tau
pun penat.’
Tidak
selesa dengan keadaan badan yang melekit, Ain mengambil keputusan untuk
membersihkan diri dahulu sebelum menunaikan solat.
Ain
sudah selesai menunaikan solat jamak magrib dan Isyak. Dipandang Fuadi yang
masih lena di atas katil. Perut yang lapar minta diisi memerlukan Ain segera
mengejutkan Fuadi untuk turun mencari makanan.
“Abang,
bangunlah. Jom, turun makan.” Kaki Fuadi dicuit beberapa kali. Tergelak kecil
Ain melihat Fuadi yang menggeliat kegelian.
“Hmmm..lapar
ye. Tunggu kejap abang nak mandi.” Satu yang Ain suka dengan Fuadi ni, kalau
nak kejutkan dia bangun, memang senang. Muka dia pun tak adalah masam cemberut
je macam kebanyakan orang bila dikejutkan dari tidur.
Fuadi
yang baru mengambil tuala untuk mandi tiba-tiba memandang lama ke arah kaki
Ain.
“Eh,
macam kenal sarung kaki tu. Curi eh?” Owh. Sempat lagi dia perasan sarung kaki
kepunyaan dia yang tersarung kemas di kaki Ain.
“Ala..pinjam
je.” Ain melemparkan senyuman comel pada Fuadi. Tadi masa berkemas, sempat Ain
menyambar dua pasang sarung kaki Fuadi. Ye lah. Dia mana ada sarung kaki yang
tebal macam ni. Yang dia punya, semuanya nipis. Memang tak dapat la nak guna
untuk melindungi kaki dari cuaca sejuk di Cameron ni.
“50
ringgit sehari. Bayar cash masa dinner kejap lagi.” Selamba je Fuadi
cakap sebelum masuk ke bilik air. Ain mencebikkan bibir. Dah datang dah aura
pembuli dia tu. Fuadi ni, kalau tak sakitkan hati Ain dengan hal Danish dan
Sofea, dia sakitkan hati Ain dengan perangai kerek dia tu pulak. Haih, sabar je
la Ain.
Mereka
makan di kedai yang terdapat di bawah hotel.Tak payah nak drive bagai. Jalan kaki je. Dalam keadaan cuaca yang sejuk ni,
dapat makan masakan panas memang best. Fuadi memesan semangkuk tom yam campur
dengan telur dadar untuk dimakan dengan nasi putih. Sementara Ain pula, entah
kenapa malam ini angin dia nak makan makanan western. Jadi dia pesan fish
and chips. Fuadi dah pandang Ain semacam.
“What?” Perasan dengan pandangan Fuadi,
Ain terus mengangkat kening pada Fuadi.
“
Are you kidding me? Sejak bila my lovely wife ni makan fish and chips?” Pelik Fuadi dengan Ain.
Bukan ke Ain memang anti dengan ikan
selama ni.
“Hah.”
Macam mana dia boleh lupa yang dia tak suka ikan. Tapi, bila melihat gambar fish and chips dalam menu tadi,
dia rasa teringin pulak.
“Your baby yang nak makan kot.” Hmm..Ain
rasa sebab dia mengandung. Selera orang mengandung kan pelik sikit.
“Wow…Bravo.
1-0.” Fuadi menepuk tangan bersorak.
“Apa
yang 1-0 nya?” Pelik Ain. Apa yang 1-0? TV di depan dia ni tengah pasang drama
melayu. Mana ada siaran bola sepak.
“Fish and chip kan my favourite. So, satu perangai abang baby kita dah ikut. Tak sabar abang nak
tengok apa lagi yang baby kita ikut
abang.”
“Hmmm..jangan
dia ikut perangai kerek abang dah la.”Selamba Ain menyindir. Fuadi tiba-tiba
menjentik tangan Ain.
“Ouch..sakit
lah..apa abang ni..Memang tak sayang bini la.” Nak menangis Ain rasa. Bukan
jentik main-main. Kuat kot Fuadi jentik tangan dia.
“Cakap
lagi abang kerek. Tanda abang sayang la tu. Kira dah hapus dosa Ain sebab kutuk
abang.” Geramnya Ain. Pelayan yang datang menghidangkan makanan membantutkan
niat Ain untuk berbalas kata dengan suaminya.
Fish and chips di depan mata memang
membangkitkan selera Ain. Selesai je mengaminkan doa makan yang dibaca Fuadi,
Ain terus menyuap potongan fish and chips
ke dalam mulut dia. ‘Wah sedapnya. Kalau dia tahu sedap macam ni, dah lama dia
makan fish and chips.’
Baru
je beberapa potongan fish and chips
masuk ke mulut bila Ain tiba-tiba terasa mual. Terus hilang selera dia. Pinggan
dia ditolak ke tengah.
“Why? Dah kenyang ke?” Pelik Fuadi dengan
Ain yang tiba-tiba menolak pinggan dia. ‘Banyak lagi makanan dia. Takkan dah
kenyang.’
“Entah
lah. Rasa tak lalu pulak.” Ain pandang tom yam Fuadi yang masih berasap panas.
Nampak menyelerakan.
“Abang
punya nampak best pulak. Nak sikit.”
Fuadi terus menyorong pinggan dia ke arah Ain.
Seronok
Ain. Berkongsi makanan membuatkan dia terasa lebih dekat dengan Fuadi. Nasib
baik nasi dan tom yam yang dihidangkan agak banyak juga. Fuadi pun tak berkira
soal makanan dengan dia.
“Abang.
Tolong la habiskan fish and chips
ni.” Licin je makanan Fuadi, Ain menyorongkan pinggan dia pada Fuadi.
“Eh,
abang dah kenyang. Ain lah habiskan. Sape suruh order.”
“Your baby nak rasa sikit je tadi.
Lagipun ni kan favourite abang. Tak
baik membazir.” Tersenyum Ain bila Fuadi ambil juga pinggan dia walaupun dengan
muka yang nampak sangat terpaksa.
“Dik,
tolong kira!” Gamit Fuadi pada pelayan yang dalam lingkungan umur belasan tahun
itu. Habis juga Fuadi makan walaupun lama juga lah Ain rasakan dia terpaksa
menunggu Fuadi selesai makan.
“Semua RM 40.50.”
“Hah cik kak, apalagi bayar lah.” Bahu Ain tiba-tiba
dicuit Fuadi.
“Hah.” Terkejut Ain. Biar betul. Tak pernah Ain dengar
wife yang kena bayar makanan masa
tengah honeymoon. Memang tak romantik
langsung suami dia ni.
“I’ve told
you tadi. Bayar denda cash masa dinner.” Bisik Fuadi pada Ain. Dalam
geram, Ain keluarkan juga duit untuk diberi pada pelayan yang dari tadi menunggu
di meja dia. Ain tak kisah pun nak bayar sebab duit dia pun semuanya dari
Fuadi. Kalau bab-bab duit, memang Fuadi tak berkira. Tapi tak boleh ke Fuadi
jadi gentleman sikit masa ni. Haih,
memang fail lah Fuadi.
Sambil mengira-ngira duit di dalam dompet, Ain
terperasankan sesuatu yang keras dalam dompet dia. Nampak macam kad. Terus
ditarik keluar perlahan-lahan. Tergamam Ain bila melihat ‘kad’ yang entah macam
mana boleh terselit dalam dompet dia. Tapi Ain pasti, semua ni Fuadi punya
kerja. ‘Kad itu diletakkan di atas paha dia untuk seketika sebelum dia
cepat-cepat mengeluarkan duit untuk dibayar kepada pelayan yang dari tadi
menunggu di tepi meja mereka.
Nasib baik mereka tak bawak kereta tadi. Seronok jugak
dapat jalan berdua dalam keadaan sejuk macam ni. Habis makan, mereka berjalan
santai untuk pulng ke hotel.
“Jauhnya cik kak ni jalan. Dekat la sikit.” Fuadi
menarik Ain yang nampak sangat tengah mengelamun sendiri supaya rapat ke arah
dia. Tangan dilingkarkan di pinggang Ain.
“Kenapa ni? Diam je.” Hidung Ain dicuit sedikit.
Ain mengambil ‘kad’ tadi yang disimpan di dalam poket
seluar dia.
“Hmmm..macam mana abang boleh ada gambar ni?” Ain
menayang ‘kad’ yang dia jumpa tadi. Terkejut Ain bila ‘kad’ yang dia jumpa tadi
rupanya gambar candid dia yang tengah
bergelak ketawa. Kalau tak silap Ain, gambar tu masa dia dengan Anis dan Dr.
Faliq tengah beratur nak naik cable car
dekat Langkawi dulu. Macam mana Fuadi boleh tangkap gambar dia pulak sedangkan
suami dia tu mana ada kat situ.
“Eh, gambar apa ni? Mana abang tahu?” Bahu dia
diangkat tanda memang tak tahu menahu langsung pasal gambar tu.
“Alah..Macam la Ain tak tahu abang yang letak gambar
ni dalam dompet Ain.”
Fuadi tiba-tiba mengeratkan pelukan tangan dia di
pinggang Ain.
“Haish cik kak sorang ni. Pura-pura tak tahu dah la.
Hmmm…Dari Ain mula sampai tempat tu, abang dah nampak Ain. So, abang stalk je la cik kak tepi abang ni.”
“Ada ke panggil cik kak dekat wife sendiri. Wait, you stalk
me? Really?” Tak percaya Ain rasa. Ain ingatkan, bila tengah sibuk dengan
Danish dan Sofea, Fuadi memang tak ingat langsung pasal dia.
“Why? Stalk wife
sendiri kot. Takkan tak boleh. Happy je
cik kak ni masa tu. Dah tak pandang sekeliling.”
“Sempat lagi stalk
Ain. Ingatkan sibuk sangat layan Danish dengan Sofea.” Bila Fuadi tiba-tiba
melepaskan pelukan di pinggang dia, Ain tahu dia dah tersasul menyentuh pasal
Dansih dan Sofea.
“I’m sorry.
Tak de niat pun nak sindir abang.” Perlahan Ain memohon maaf.
“It’s okay.
Hmmm.. you know what, to see your smiling face on that day, it really hurt me.
It’s not because I’m being jealous. It’s just that, bila terfikir yang I’m not the one yang buatkan Ain gembira, it really hurt me.” Nampak terkilan
sangat Fuadi.
Ain pun turut terasa sebak bila mengingatkan kejadian
di Langkawi dulu. Ain melingkarkan tangan dia di pinggang Fuadi sebelum
melentokkan sedikit kepala dia di bahu Fuadi.
“Hmmm…Ain dah tak mahu ingat pasal tu.”
“Ain..What
should I do? I’m afraid that I might hurt you more after this. Please Ain.
Whatever happens, just remember one thing. I really love you and of course our
little baby too.” Perut Ain yang masih belum menampakkan bentuk diusap
lembut oleh Fuadi. Berdebar Ain dengan kata-kata Fuadi. Kenapa ni Ya Allah..
“Apa abang cakap ni?”
“Hmmmm..tak ada apalah. Just forget it. I’m just being too emotional. Ain, for this time, I
really promise you that for this honeymoon, I’m fully yours. No more Sofea, no
more Danish. You can keep my handphone.” Fuadi tiba-tiba menghulurkan
handphone dia kepada Ain.
“Ain percayakan abang.
Abang pegang je lah. Mana tahu ada emergency
ke nanti.” Ain dapat rasakan yang Fuadi ada menyembunyikan sesuatu.
Hmm..biarlah. Lambat laun, Ain akan tahu jugak. Harapnya kali ini, Fuadi
betul-betul mengotakan janji dia.
No comments:
Post a Comment