Pagi
ini Ain sempat menyediakan mee goreng untuk sarapan mereka sebelum Fuadi pergi
kerja. Semalam, dekat pukul 2 pagi baru mereka sampai ke rumah. Dari Cameron,
Fuadi terus drive balik ke rumah dia
sendiri sebab pagi ini dia kena masuk kerja.
Tersenyum
Ain bila teringatkan kenangan manis percutian mereka. Nampaknya, fuadi
betul-betul mengotakan janji dia yang percutian kali ini, tidak akan ada
sebarang gangguan dari Sofea dan Danish. Bukan tak ada langsung panggilan dari
Sofea. Tapi dibiarkan sahaja oleh Fuadi walaupun nampak jugak lah muka dia yang
resah.
“Hmmm…she will text me if it’s urgent.” Itulah
ayat Fuadi bila ditanya kenapa dia tak
angkat call dari Sofea. Bukan apa,
Ain takut kalau ada benda buruk berlaku dekat Danish mahupun Sofea. Nanti dia
juga yang dipersalahkan.
“
Cik kak..jauh mengelamun. Bagi salam pun tak jawab.” Sergahan Fuadi secara
tiba-tiba di belakang mengejutkan Ain. Haih..suka sangat Fuadi panggil dia cik
kak sekarang. Nampak lagi mesra katanya. Hmmm…mesra la sangat.
“Segaknya
Dr. Fuadi hari ni. Alah..Tak ada gunanya nak bersiap bagai. Nanti balik serabai
jugak.” Sengaja Ain mengenakan Fuadi. Segak benar pemakaian dia. Runsing Ain.
Mana la tahu, nanti ada yang terpikat pulak. Ain jugak yang susah.
“Eleh.
Tergugat la tu. Cik Kak, mee goreng satu.” Fuadi sudah duduk di meja makan.
Tahu yang Fuadi tak punya banyak masa, Ain terus menyendukkan mee goreng ke
dalam pinggan dan diletakkan di depan Fuadi. Ain duduk di kerusi berhadapan
dengan Fuadi. Hanya menjadi pemerhati je.
“Kenapa
tak makan sama?”
“Nanti
kejap-kejap lagi la. Tak lalu nak makan lagi.”Memang Ain tak ada selera nak
makan lagi. Rasanya, kalau dipaksa juga makan, boleh muntah dia nanti. Mungkin
sebab pembawakan budak.
“Hmmm..next time kalau rasa tak larat nak
masak, it’s ok. I don’t mind. Don’t need
to worry about me.” Prihatin Fuadi pada Ain.
“Selalunya,
masa abang duduk sorang-sorang dekat sini, abang breakfast tak?”
“I never miss my breakfast sebab bila
sampai je hospital I’ll never know when
I’ll have my next meal. Kalau tak sempat sangat, a cup of milo pun should be
enough.” Ya, Ain pun tahu realiti kerja seorang doktor macam mana. Kes-kes
kecemasan, bukan dapat kita agak bila nak berlaku. Kalau tak sempat nak makan
tu, biasa la.
Selesai
je makan, Fuadi terus bawak pinggan dia untuk diletakkan dalam singki. Tak
sempat Ain nak halang.
“Ain,
tolong basuhkan ye. Abang boleh je nak basuh, tapi takut kotor baju.” Fuadi
mengambil tisu di atas meja untuk mengelap mulut dia sambil melemparkan
senyuman manis pada Ain.
“Actually, you can just leave it on your
table. Ain boleh kemaskan.”
“It’s ok. Cik kak ni kan dah tolong masakkan.
Takkanlah abang nak bawak pinggan yang sebiji ni ke singki pun tak boleh.”
Tersenyum Ain. Satu lagi perihal Fuadi yang Ain suka. Ain perhatikan, Fuadi tak
pernah meninggalkan pinggan yang dia makan di atas meja. Selesai je makan, pinggan
tu akan terus dibawa ke singki dan dibasuh. Berbeza benar dengan perangai
kebanyakan lelaki lain.
Sempat
Ain mencium tangan Fuadi semasa menghantar pemergian Fuadi di muka pintu. Fuadi
baru je selesai mengundurkan kereta dia bila pintu pagar rumah Sofea tiba-tiba
terbuka. Ain lihat Fuadi memberhentikan kereta dan turun mendapatkan Danish
yang berdiri di tepi kereta Sofea. Mengekek Danish ketawa bila habis muka dia
digomol Fuadi. . Nampak sangat yang Fuadi seperti tengah melepas rindu pada
Danish. Ye lah. Dah 3 hari tak jumpa kan.
Sofea
dan Fuadi seperti tengah berbincang sesuatu. Berkerut-kerut muka Fuadi
mendengar bicara Sofea, sebelum keduanya melepaskan ketawa. Tak sanggup Ain berlama-lama
di muka pintu, menjadi pemerhati kemesraan Fuadi dengan Sofea. Terus Ain masuk
ke dalam rumah dan mengunci pintu.
‘Sabar Ain. Kau kan dah expect benda-benda macam ni boleh berlaku bila tahu mereka tinggal
berjiran. Ni baru permulaan Ain. Sabar.’ Seperti selalu, Ain memang akan
sentiasa memujuk diri untuk berfikiran positif. Kalau boleh, Ain mahu mengelak
dari berfikiran negative dan tak mahu melayan emosi sangat sebab benda tu semua
boleh memberi effect pada kandungan dia.
Ain
masuk ke dapur. Perkakas yang dia gunakan untuk memasak tadi semuanya dibawa ke
singki untuk dibasuh. Sengaja Ain mahu menyibukkan diri dia untuk melupakan
galau di hati. Ain tak tahu apa yang dia nak buat sepanjang hari dekat rumah.
Pasti kebosanan nanti. Nak keluar, kereta dia masih di rumah ummi lagi. Ain ada
kira-kira sebulan lagi sebelum dia dapat tahu result untuk penempatan dia bekerja nanti.
_________________________________________________________________________
Selesai
je solat Asar, Ain bergegas turun ke dapur untuk memasak. Kalau diikutkan,
Fuadi hari ini sepatutnya habis kerja pukul 5 petang. Tapi tak pastilah pukul
berapa pula Fuadi akan sampai di rumah. Mana la tahu, kalau hari ni tiba-tiba
ada banyak kes di hospital. Masuk sahaja ke dapur, baru Ain teringat yang dapur
rumah suami dia ni, mana ada sangat barang-barang basah untuk memasak. Mungkin
kerana kesibukan kerja di hospital menyebabkan Fuadi sangat jarang memasak di
dapur.
‘Keluar
esok je lah untuk beli barang.’ Terpaksalah Ain menggunakan teksi sebab kereta
dia masih di rumah mama. Peti diselongkar untuk mencari bahan-bahan yang boleh
dimasak hari ini.
Hmmm..Ain
hanya jumpa telur je. Buat telur masak kicap pun best juga. Nasib baik Ain ada beli sayur sikit masa dekat Cameron.
Cukup lah kot untuk hari ni, sayur goreng dengan telur masak kicap. Suami dia
pun, tak pernah cerewet dengan makanan. Semua dia makan.
Dah
lewat senja. Ain keluar untuk mengangkat kain di ampaian. Sempat diintai
perkarangan rumah Sofea. Dah balik nampaknya Sofea. Fuadi pernah cakap yang
Sofea dapat ditukarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab Kota Bharu. Tiba-tiba
Ain nampak Sofea keluar dari pagar rumah dia dan menuju ke arah rumah Ain.
Nampak macam ada bekas makanan ditangan dia.
“Assalamualikum
Ain.”
“Waalaikummussalam.
Kejap.” Ain memasukkan kain yang diangkat tadi ke dalam bakul sebelum masuk ke
dalam rumah untuk menyimpan kain dan menekan suis untuk membuka pintu pagar
rumah dia.
Terbuka
sahaja pintu pagar, Ain lihat Sofea sudah tercegat di depan rumah dia sambil
menghulurkan bekas makanan di tangan dia kepada Ain.
“Ni
ada asam pedas ikan pari yang saya masak. Ambik la. Abang Adi cakap dia tak
sempat lagi nak beli barang basah.” Tersenyum manis Sofea. Ain perhatikan Sofea
yang masih berbaju kurung sama dengan yang dipakai pagi tadi. Rajinnya Sofea.
Balik kerja terus masak. Baju pun tak sempat ditukar.
“Err..thanks. Tak nak masuk dulu ke?” Ain
berbasa-basi. Agak kekok dengan Sofea. Inilah kali pertama mereka berjumpa
secara berdua. Tanpa kehadiran Fuadi. Ain tak tahu apa yang nak dicakapkan.
“It’s okay.Tak boleh nak lama. Saya
tinggal Danish sorang-sorang dekat rumah ni. Tadi dia tidur.” Ain memandang
kosong Sofea yang berlalu meninggalkan rumah dia. Terfikir Ain, kenapa suami
dia tak kahwin je dengan Sofea. Cantik, bijak, lembut, pandai masak, dan yang
paling penting dia ibu kepada Danish. Takkan Fuadi tak ada langsung perasaan
pada Sofea.
Hanya
untuk memikirkan kemungkinan itu sudah terasa sakitnya. Tak dapat Ain nak
bayangkan kalau betullah yang Fuadi memang ada hati pada Sofea. ‘Ya Allah. Aku
tak mampu untuk berkongsi suami aku dengan orang lain. Kau jauhkanlah
kemungkinan itu Ya Allah.’
Bila
azan magrib sudah berkumandang,barulah Ain nampak lampu kereta suami dia
menyorot masuk ke dalam porch. Jarak rumah mereka dengan HUSM tak ada lah jauh
sangat. Jadi, Ain yakin kelewatan suami dia ini pasti disebabkan oleh kesibukan
kerja di hospital.
Nampak
sangat kelesuan di wajah Fuadi sebaik dia melangkah masuk ke dalam rumah. Sofa
di hadapan TV terus menjadi sasaran dia untuk membaringkan badan yang
kepenatan.
“Air?”
Rasanya tu je soalan yang paling sesuai sekarang ni. Memang tak logiklah kalau
nak tanya suami dia ni sibuk ke hari ni. Fuadi hanya menggelengkan kepala.
“Hmm..Ain
naik dululah. Nak solat. Abang pun kejap lagi naik lah solat. Lepas tu boleh
makan sama.” Perlahan Ain melangkah anak tangga untuk naik ke atas.
Meninggalkan Fuadi yang nampak sangat tengah melepaskan lelah.
Ain
baru siap menghamparkan sejadah untuk menunaikan solat bila Fuadi melangkah
masuk ke bilik.
“Ain,
wait for me. Kita berjemaah. Abang
nak mandi kejap.” Senyuman Ain lemparkan tanda faham. Lagipun magrib baru je
masuk. Sempat je kalau nak tunggu Fuadi selesai mandi. Sementara menunggu
Fuadi, Ain mengambil Al-Quran kepunyaan Fuadi di atas meja. Barang-barang Ain
kebanyakannya masih di rumah ummi. Dia belum sempat mencari masa untuk
mengangkut semua barang dia. Halaman yang bertanda dengan penunjuk dibuka. ‘Hmm..rajin
jugak Fuadi mengaji. Sudah juzuk 25.’ Ain menagmbil keputusan untuk memulakan
bacaan dia dari awal. Halaman yang bertanda tidak diganggu untuk membolehkan
Fuadi meneruskan bacaan dia.
Selesai
je solat, Ain dan Fuadi turun bersama ke bawah. Ain terus menuju ke dapur untuk
menghidangkan makanan, sementara Fuadi dilihat menuju ke ruang keluarga untuk
menonton berita.
Asam
pedas ikan pari kiriman Sofea tadi dipanaskan. Baru je Ain mahu menyenduk lauk
itu ke dalam mangkuk, Fuadi sudah terjengul di dapur.
“Wah… Best nye bau. Ni mesti Sofea yang
bagi.” Nampak teruja Fuadi bila melihat asam pedas ikan pari.
“Mana
abang tahu Sofea yang bagi?” Cepat je Fuadi dapat mengenal masakan Sofea.
“Hmm…First, sebab Ain memang tak makan ikan
ni. So, of course la tak boleh nak
masak kan? Second, sebab abang ada cakap
dekat Sofea tadi yang abang rasa nak makan lauk ni.” Tersentuh Ain. Cepat je
Fuadi buat kesimpulan sendiri. Ya. Memang Ain tak makan ikan pari ni. Tapi Ain
boleh je nak tolong masakkan. Rasa tersindir pula Ain bila dituduh tak pandai
masak lauk ikan.
“Kalau
abang rasa nak makan, Ain boleh je tolong masakkan.” Tak sangka Ain yang Fuadi
boleh pula minta tolong Sofea untuk masakkan lauk ni.
“It’s okay. Sofea tak kisah pun. Dia tahu
yang Ain tak makan ikan ni semua. So, apa salahnya dia masakkan. Lagipun, kami
memang dah selalu bertukar makanan sebelum ni.” Ya, Allah. Takkan Fuadi
ceritakan semua pasal dia pada Sofea. Sampai hati Fuadi. Takkan la dia tak tahu
yang benda-benda macam ni sensitive
bagi orang perempuan. Nampaknya kelemahan dia yang satu itu sudah diketahui
Sofea.
“Apa
lagi yang Sofea tahu pasal Ain?” Perlahan suara Ain.
Mungkin
perasan dengan nada suara Ain yang mula berubah, tingkah Fuadi yang sedang
menyendukkan kuah asam pedas ke dalam pinggan dia terhenti.
“Kenapa
ni? Ain marah abang bagitahu Sofea yang Ain tak makan ikan? Nothing to shame about it la. Itu kan selera masing-masing.” Selamba
je Fuadi. Ya. Memang tak ada yang nak dimalukan. Tapi Ain tak mahu kalau nanti
Sofea mengambil kesempatan atas kelemahan dia ni.
Tak
mahu memanjangkan isu itu, Ain mula menyuap nasi ke mulut dia. Berselera benar
Ain nampak Fuadi makan lauk kiriman Sofea. Lauk telur masak kicap dan sayur
goreng yang Ain masak langsung tak disentuh.
“Hmmm…abang
tak nak rasa lauk yang Ain masak ke? Membazir je Ain masak kalau abang tak
makan.”
“Owh..sorry.
Asam pedas Sofea ni memang tak boleh lawan lah. Abang dah rasa sikit lauk yang
Ain masak. Tak apa, boleh simpan makan esok kan lauk tu.” Geramnya Ain. Selamba
je suami dia ni puji masakan Sofea depan Ain. Kalau tahu macam ni, baik dia tak
payah masak tadi.
“Ain
tak nak rasa lauk ni sikit?” Pelawa Fuadi pada Ain. Ain hanya menggeleng kecil
sebagai jawapan pada soalan Fuadi tadi.
“Abang,
next time kalau abang ada rasa nak
makan something, just tell me. Ain
boleh masakkan.” Tak sanggup Ain rasa untuk melihat Fuadi berselera menjamah
masakan Sofea lagi. Rasa macam dia isteri yang tak berguna sebab tak boleh nak
masakkan untuk suami dia sendiri.
“Sure? Abang tak kisah kalau Ain tak
boleh nak masakkan lauk ikan ni semua. Abang boleh masak sendiri. Cuma hari ni
macam mana entah abang boleh terlepas cakap pada Sofea yang abang nak makan
asam pedas ni.” Lega Ain. ‘Owh, jadi bukan Fuadi yang minta Sofea masakkan.
Sofea yang terlebih rajin nak masakkan rupanya.’ Ain mula tak sedap hati.
Kenapa dia rasakan yang Sofea macam hendak bersaing dengan dia pula.
“Takkan
la nak masak untuk suami sendiri pun tak boleh.” Tersenyum Ain pada Fuadi.
“Hmm..abang,
esok Ain ingat nak keluar cari barang dapur.”
“Owh. Forgot about that. I’m sorry, tak
sempat nak penuhkan peti tu. Ain nak pergi dengan apa? Kalau nak pergi sekarang
pun sempat lagi ni.”
“It’s okay. Tadi Ain dah mintakkan Fiza
hantar kereta Ain dekat sini esok. Senang sikit nak keluar ada kereta nanti.”
“Kalau
macam tu okay lah. I’m sorry. Minggu ni I’m so bussy. Esok
abang on call. Ain tak apa ke duduk
sorang? Kalau Ain nak balik rumah mama pun okay.”
“Nanti esok Ain fikirkan. Rasanya
kalau duduk sorang dekat sini pun boleh je.” Kawalan dekat area perumahan mereka ini memang agak ketat juga. Jadi tak adalah
Ain rasa takut sangat kalau kena duduk sorang-sorang.
Selepas
menamatkan panggilan telefon, Ain mengambil keputusan untuk turun menonton TV
di bawah. Tadi, selesai je solat Isyak berjemaah dengan Fuadi, ada panggilan
masuk dari Adah di telefon Ain. Jadi, Ain suruh Fuadi turun dulu ke bawah.
Turun
je di ruang keluarga, Ain lihat Fuadi tak ada pula disitu. Tapi televisyen
terpasang pulak. Melihatkan pintu gelongsor yang terbuka, tahulah Ain yang
Fuadi pasti tengah mengambil angin di luar. Tenang Ain melangkah ke arah pintu
gelongsor.
Semakin
dekat dengan pintu gelongsor, semakin jelas Ain dapat dengar suara Fuadi tengah
berborak. Tak ada pula Ain dengar suara orang lain di situ. ‘Hmm..tengah guna phone la tu.’
“Awalnya
Danish tidur. Tak dapat abang nak dengar suara di malam ni. Rindu pulak dengan
anak abang sorang tu.” Ceria suara Fuadi.
Terhenti
langkah Ain. Jelas dia dengar patah-patah perkataan yang keluar dari mulut
Fuadi. Danish? Maknanya Fuadi tengah berborak dengan Sofea. ‘Ya Allah, kenapa
sakit sangat hati ni.’ Tubir mata dia sudah mula panas. Tapi kaki Ain masih
degil tak mahu berganjak dari situ. Masih mahu memasang telinga mendengar
perbualan suami dia dengan Sofea.
“Not yet. Abang tak bagitahu dia lagi. We still got another 3 months right?”
Berdebar hati Ain. Apa yang tengah dibincangkan mereka ni. Suara Fuadi yang
tadinya ceria sudah mula kedengaran serius.
“Yeah. I know 3 bulan tu tak lama. But, I really don’t know how to tell her. I
don’t want to hurt her.” Kenapa Ain rasakan perbualan ni ada kaitan dengan
dia. Ya Allah. Apa yang mereka rahsiakan dia.
“No, No. I’ve promised you right. You Danish
are my responsibility. This is my own decision. So, Sofea tak payah nak
rasa bersalah.” Nampak bersungguh Fuadi mahu meyakinkan Sofea.
“ I’ll find the right time to tell
Ain. Soon. Before this, dia nampak lemah sangat. Sebab tu abang tangguhkan dulu. Don’t worry.” Ya Allah. Jadi betullah
semua ni ada kaitan dengan dia. Ain sudah tak mampu nak berdiri di situ.
Tergesa-gesa dia melangkah ke sofa untuk duduk menenangkan diri. Air mata sudah
mula laju menuruni pipi. Macam-macam andaian buruk berlegar dalam kepala dia
sekarang. Ain dapat rasakan dia bakal terluka lagi. Luka yang teruk. ‘Ya Allah,
berilah aku kekuatan.
NAK KAWEN DGN SOFEA??
ReplyDelete