Pukul
6 petang, kereta Fuadi sudah terparking elok di bawah porch. Hmm.. Awal dia balik petang ni. Ain hanya menyediakan milo
ais untuk Fuadi mengalas perut sebab malam ni mereka akan keluar untuk makan
malam. Santai mereka lepak di hadapan televisyen sementara menunggu waktu
Magrib. Dengar je azan, terus mereka bersiap-siap untuk solat memandangkan
mereka akan terus keluar selepas magrib.
“Ain,
Sofea dengan Danish akan ikut kita dinner
malam ni. Kebetulan Sofea pun nak beli barang juga. Jadi senang kalau terus
pergi sekali.” Owh, patut la Fuadi memberhentikan kereta di depan pagar rumah
mereka. Rupanya tengah menunggu Sofea.
Tersentap
Ain. Selamba je Fuadi buat keputusan. Bukan nak tanya pendapat Ain dulu. Ain
dah mula panas hati. Hilang dah keterujaan dia. ‘Ain, think positive. Makan malam je pun.’ Ain pandang je Sofea yang
tengah mendukung Danish keluar dari pagar rumah mereka. Pintu belakang di buka
sebelum Sofea melangkah masuk ke dalam kereta. Selepas itu barulah kereta Fuadi
perlahan-lahan bergerak meninggalkan kawasan perumahan mereka. Perjalanan
mereka hanya diriuhkan oleh suara comel Danish yang sibuk bertanyakan soalan
pada Fuadi. Rajin pula Fuadi melayan. Ain hanya mendiamkan diri. Terasa janggal
dengan suasana mereka sekarang.
Restoran
Seoul Garden sudah di depan mata. Tak sabarnya Ain nak masuk. Tapi suara
pertanyaan Sofea kepada Fuadi menghentikan langkah mereka.
“Err..abang
Adi. Kita nak makan kat sini ke?” Nampak risau muka Sofea.
“Haah.
Kenapa?”
“Boleh
tak kita makan tempat lain. Sofea takut kalau Danish kena allergic lagi. Ye la,mana tahu kalau-kalau nanti kita terambil bebola
udang ke? Ataupun sup yang dah bercampur dengan udang.”
Ain
dah pandang Fuadi. Geram. Kenapa tak bagitahu Sofea awal-awal yang mereka nak
makan steamboat.
“Kenapa
tak bagitahu awal-awal. Abang dah bagitahu kan yang kitaorang nak makan
steamboat malam ni.” Owh. Fuadi dah bagitahu Sofea rupanya.
“I’m sorry. Sofea baru teringat pasal
ni.” Hmm…Tak tahu lah Ain samada Sofea buat-buat lupa atau memang terlupa.
Malas dia nak fikirkan. Ain lihat Fuadi yang nampak tengah serba salah.
Geramnya Ain. Rasa macam nak heret je Fuadi masuk Seoul Garden. Biar je lah
Sofea pergi makan dengan Danish. Entah kenapa Ain rasa dia akan kalah dengan
Sofea. Jadi baik dia buat sesuatu sebelum Fuadi menjatuhkan maruah dia di
hadapan Sofea.
“Hmmm..kalau
macam tu abang pergi je la dengan Sofea. Ain boleh makan sorang.”
Fuadi
nampak tergamam dengan keputusan dari Ain. “Ain ..please. Kita makan next time
je steamboat. Takkan la Ain nak makan sorang.” Kan betul Ain cakap. Fuadi akan
lebihkan Sofea.
“It’s okay. Just go with Sofea. Lagipun, next time abang tu entah bila la pulak.”
Sedikit menyindir Ain.
Fuadi
tiba-tiba mengheret Ain jauh sedikit dari Sofea. “Ain please… Jangan buat abang
serba salah.. Steamboat ni bila-bila masa boleh makan.” Sedikit keras suara
Fuadi.
“Ain
dah mudahkan abang buat pilihan kan. I
told you to go with Sofea. Kita kat sini sebab Ain yang nak makan steamboat.
So, takkan tiba-tiba Ain nak makan benda lain pulak. Just go with Sofea. Nanti siap makan bagitahu Ain.” Terkaku Fuadi
melihatkan reaksi Ain yang memang langsung tidak dijangka.
Ain
merentap perlahan tangan Fuadi yang memegangnya dan terus melangkah masuk ke
Seoul Garden. Sakitnya hati Ain. Ini bukan soal steamboat semata-mata. Tapi
juga tentang pendirian Fuadi yang cepat je tergugat kalau melibatkan isu Danish
dan Sofea. Hairan Ain. Apa yang nak disusahkan dengan budak sekecil Danish tu.
Kita yang tentukan makanan dia kan. Kalau tak nak bagi steamboat dekat Danish,
pergi la beli dulu apa-apa makanan untuk disuap kepada Danish.
Pelik
rasanya bila makan steamboat sorang-sorang. Tapi sekurangnya dia tak payah
melihat lakonan Fuadi dan Sofea di hadapan dia. ‘Hmm Ain. Kau ni baik sangat lah. Patutnya kau tarik
Fuadi masuk sini tadi. Biar terlopong Sofea.’ Tergelak kecil Ain bila
membayangkan reaksi Sofea yang terlopong.’ Ya Allah Ain. Ingat kandungan.
Jangan biarkan aura negative terkesan
pada kandungan. Cepat-cepat Ain beristigfar.
Cepat
je Ain selesai makan disebabkan oleh rasa keterujaan yang telah hilang tadi.
Betul kata Fuadi. Takkan nak makan steamboat sorang-sorang. Pelik sangat orang
tengok. Tapi tu lah, bila hati dah sakit, pandangan orang sekeliling ni tak
bagi kesan dah.
Hmmm..awal
sangat lagi. Pasti Fuadi dan Sofea belum habis makan. Jadi Ain buat keputusan
untuk terus masuk ke food store. Dia
lebih rela shopping sorang-sorang.
Tak ke sikit punya pelik kalau nanti dia shopping
sekali dengan Fuadi dan Sofea. Bila mereka berdua sibuk melayan Danish, mesti
Ain akan keseorangan. Jadi tak mustahil kalau orang ramai akan pandang Fuadi
dan Sofea sebagai pasangan suami isteri. Dan Ain, mungkin adik, ataupun lagi
teruk orang gaji! So, baik dia shopping sendiri.
Ain
baru je selesai membuat pembayaran untuk barang-barang yang dia beli bila dia
menerima panggilan masuk dari Fuadi.
“Ain
kat mana? Jom beli barang.”
“Hmm..Ain
dah siap beli barang. Abang pegi je la teman Sofea shopping. Ain tunggu dekat Muda Osman.”Selamba je Ain cakap. Macam
orang tak berperasaan. Padahal dalam hati, hanya Allah je yang tahu betapa
sakitnya hati. Bukan main lama lagi mereka makan. Dah 9.45 malam. Shopping complex pun dah nak tutup.
Memang betul la keputusan dia untuk terus pergi beli barang tadi.
“Apa
ni Ain. Kan dah cakap nak beli barang sekali.” Tak puas hati nampaknya Fuadi.
“Rasanya
abang better pergi beli barang dulu.
Nanti kedai tutup kan menangis pulak Sofea tu nanti. Kita sambung discuss dekat rumah ye. Dah siap shopping bagitahu Ain.” Habis je ayat
dia, cepat-cepat Ain matikan panggilan telefon.Haih, malam ni sahaja dah dua
kali Ain membangkang arahan Fuadi. Terasa juga bersalah. Tapi semua keputusan
yang dia buat, bagi dia adalah untuk memudahkan Fuadi. Tak tahulah pula kalau
dari sudut pandangan Fuadi, apa yang dia rasa dengan pilihan Ain ni.
Ralit
Ain membelek-belek novel terbaharu di kedai Muda Osman.
“Ain, let’s go.” Terkejut Ain dengan
sergahan Fuadi yang tiba-tiba di belakang dia. Ain melihat jam di tangan. ‘Eh,
kejapnya. Takkan shopping tak sampai
lima minit.’
“Dah
siap ke beli barang?” Ain bertanya, kehairanan.
“Cancel. Sofea cakap nanti next time je dia shopping.” Biar betul Sofea ni. Bukan main beria nak ikut Ain dan
Fuadi beli barang. Lastnya tak jadi jugak. Entah-entah memang bukan nak beli
barang pun. Saje dia je nak menyibuk mengikut Ain dan Fuadi. Hati kecil Ain
memang tak boleh lari dari berfikiran negative
pasal Sofea.
Ain
menuju ke troli barang dia yang diletakkan di luar kedai Muda Osman. Belum pun
sempat Ain mencapai troli dia, tangan Fuadi yang terlebih dahulu mencapai troli
mendahului Ain.
“This is ours?” Fuadi mendapatkan
kepastian dari Ain. Melihat sahaja anggukan Ain, dia mula menolak troli menuju
ke kereta. Hmm.. Sofea dan Danish pasti dah tunggu dekat kereta sebab tak
nampak pula kelibat diaorang. Muka fuadi serius je.
Keadaan
sunyi je dalam kereta sepanjang perjalan mereka balik ke rumah. Kalau tadi ada
si kecil Danish untuk meriuhkan keadaan, tapi sekarang bila Danish dah tidur,
memang tak ada sesiapa yang bersuara. Ain dapat rasakan bahang kemarahan Fuadi
pada dia. Tapi Ain tak kisah. Lebih elok begitu. Sebab malam ni Ain mahu Fuadi
berterus-terang tentang semua rahsia dia. Apa yang akan terjadi 3 bulan lagi? Kalau
Ain tak mendesak Fuadi untuk berterus terang, entah bila lah Fuadi akan
bersuara. 3 bulan tu bukannya lama pun.
Selalunya
bila dalam keadaan marah, mulut pun akan lancang je memuntahkan kata. Harapnya,
dalam kemarahan dia tu nanti, akan terkeluar lah juga pasal rahsia mereka tu.
Rasanya Ain dah cukup bersedia. 2 hari
di rumah mama digunakan sepenuhnya untuk menguatkan hati mendengar rahsia
Fuadi. Lagi cepat dia tahu, lebih senang untuk dia bersedia dengan ‘kejadian’
yang akan berlaku 3 bulan lagi. Ain sentuh perut dia yang masih tidak berapa
kelihatan. ’Be strong baby.’
Tenang
Ain rasakan setelah selesai menunaikan solat Isyak. Malam ni, dia dan Fuadi
tidak solat berjemaah. Sampai je di rumah tadi, Fuadi terlebih dahulu naik ke
atas untuk solat. Ain pulak, pergi ke dapur untuk menyimpan barang yang dibeli.
Hmm..penat Ain rasakan. Kalau dapat baringkan badan sekarang memang best. Tapi Ain mahu selesaikan isu dia
dengan Fuadi dahulu. Dia dah tak boleh bersabar untuk tahu apa yang Fuadi
sembunyikan dari dia.
Turun
ke bawah, Ain terus menuju ke arah sofa yang diduduki Fuadi. Lama suasana
antara mereka sunyi. Hanya kedengaran bunyi dari televisyen yang terpasang di
hadapan mereka.
“What’s wrong Ain?” Akhirnya. Mungkin
Fuadi sudah tidak dapat bersabar dengan kebisuan mereka.
“It’s you who’re supposed to answer that
question.” Tegas suara Ain. Pandangan masih dilemparkan ke hadapan.
“Me? Ain yang buat perangai malam ni.
Semua buat keputusan sendiri je. Then,
nak salahkan abang?” Memang tak puas hati sangat nampaknya Fuadi. Tapi kenapa
dia asyik nampak semua ni salah Ain je!
“You’re always like this. Pura-pura tak
tahu. What do you expect from me when
you’re treating me like this?” Geram Ain rasa.
“Treat Ain macam mana?” Suara Fuadi sudah
makin naik.
“Macam
orang bodoh.” Perlahan kata-kata tu meluncur keluar dari mulut Ain. Tak ada
niat nak cakap kasar. Tapi bila hati tengah geram, akal pun dah tak boleh
berfungsi dengan baik.
“Ain!”
Jerkah Fuadi. Mungkin tak sangka Ain boleh cakap macam tu. Fuadi sudah
memusingkan seluruh badannya kea rah Ain.
“Apa
yang abang dan Sofea sembunyikan dari Ain. What
will happen in next 3 months?” Ain dah tak mahu bermain tarik tali. Dia pun
sudah mula memandang Fuadi. Mereka saling berbalas pandang.
“Ain
tahu?” Jelas riak wajah Fuadi yang tengah terkejut.
“Why? Kenapa abang berat hati sangat nak
bagitahu Ain. Whatever it is, I’m sure
it’s gonna hurt me. So, apa guna nak rahsiakan.”
Fuadi
meraup wajah dia dengan tangan. Nampak sangat yang dia keberatan mahu berkongsi
rahsia dengan Ain. Lama Fuadi berdiam diri. Macam tengah berperang dengan
perasaan. Ain dah mula hilang sabar.
“Abang…”
desak Ain supaya Fuadi berterus terang.
“I’m going to further my studies. In next 3
months. UK….” Laju jawapan Fuadi. Fuadi yang tadinya menutup wajah dengan
tangan, mula kembali memandang Ain. Fuadi kelihatan mengambil nafas sebelum
menyambung ayat dia.
“With
Sofea and Danish.” Habis ayat Fuadi. Sekarang Ain pula yang tergamam. Terkedu.
Fikiran dia terasa kosong. Tak mampu nak fikir apa. Tapi, air mata sudah mula
turun membasahi pipi. Kenapa dia rasakan yang dia langsung tak bersedia dengan
semua ni.
“What will happen to me?” Perlahan suara
Ain. Hati dia sakit sangat. Kenapa mesti dengan Sofea dengan Danish!
“You will stay here. With our family.” Fuadi
pegang bahu Ain. Untuk memujuk barangkali. Ain menolak tangan Fuadi dari
menyentuh bahu dia.
“Why UK?
Sofea? Danish?” Ain tak faham kenapa Sofea dan Danish harus ikut sama.
“Sofea
nak sambung study kat sana. I don’t have a choice. I need to follow
her. They’re my responsibility.” Perlahan suara Fuadi. Cuba membuat Ain
faham.
Jadi
Fuadi sebenarnya mahu menemankan Sofea. Sambung belajar tu mungkin hanya
alasan sampingan. No! Ain tak boleh terima.
“They aren’t you responsibility. It’s me! I’m
your responsibility! How could you do this to me. Abang sanggup ikut Sofea
dan biar Ain kat sini. With our babby!”
Kuat suara Ain.
“Ain
please faham. Sofea sorang-sorang kat
sana dengan Danish. Macam mana dia nak study,
nak jaga Danish lagi. At least Ain
kat sini ada ummi, ada mama. You’ve our
family here.” Apa yang Fuadi cakap ni. Ramai je perempuan yang pergi
belajar sorang-sorang dekat oversea.
Dengan anak kecil lagi. Tak ada masalah pun. Kenapa beria-ia sangat Fuadi nak
jaga Sofea.
“Ain
tak faham.Kenapa abang bersungguh sangat nak jaga Danish dengan Sofea tu. Kalau
abang pergi sekali pun, apa sangat yang abang boleh buat. Abang bukan boleh
duduk sekali dengan diaorang. Nak perhati diaorang 24 jam. You’re not her husband! Not Danish’s father!” Geram Ain. Takkan
Fuadi dah tak tahu hukum hakam. Takkan dia nak duduk sekali dengan Sofea.
Tak
tahu lah samada Fuadi terkedu dengan kata-kata Ain, atau dia pun baru sedar
tentang hakikat tu. Sebab lama sangat Fuadi pandang Ain. Mulut dia
bergerak-gerak. Macam tengah teragak-agak untuk meluahkan sesuatu. Entah kenapa
bila melihat reaksi Fuadi, jantung Ain mula berdebar kencang. Ain
menggeleng-gelengkan kepala. Tak mungkin Ya Allah. Tolonglah. Dia tak sanggup.
“That’s why I’m going to mary her.”
Terduduk Ain. Betul kata hati dia.
FUADIIIIIII.... SAKITNYA HATI.... YAALLAH....
ReplyDelete