‘That’s why I’m going to marry her’.
Walau
macam mana Ain cuba untuk melupakan, ayat yang terluah dari mulut Fuadi itu
masih tetap terngiang-ngiang di telinga dia. Rasa terkejut, sedih, marah, sakit
hati, semuanya bercampur baur. Dan yang paling penting, Ain rasakan yang diri
dia langsung tidak diperlukan oleh Fuadi. Malah mungkin juga menjadi beban pada
suami dia sendiri.
Ain
mengimbau kembali kejadian semalam. Kejutan dari Fuadi membuatkan dia tergamam.
Terduduk dia di atas sofa. Cuba mencerna kejutan yang memang tidak pernah dia
terfikir. 6 bulan! Masih mentah usia perkahwinan mereka. Langsung tidak
disangka yang seawal ini dia bakal dimadukan.
Meraung?
Atau membuat muka kasihan memujuk rayu Fuadi? Hmmm..Ain tersenyum sinis. Dia tidak
mahu menjadi selemah itu. Cukuplah semalaman dia membazirkan air mata mengenang
nasib sendiri. Semalam, sebaik sahaja merasakan diri dia sedikit tenang, Ain
terus meminta diri naik ke bilik. Riak terkejut jelas kelihatan di muka Fuadi
bila melihatkan Ain yang dapat bereaksi setenang itu. Tapi, Fuadi tidak tahu.
Semalaman Ain tidak dapat tidur. Menangis seorang diri. Hmm..memanglah Fuadi
tak tahu sebab dia langsung tidak naik ke bilik semalam. Mungkin dia mahu
memberi ruang kepada Ain.
Tekad
Ain, dalam masa yang ada ini, dia akan cuba menjalankan tugas dia sebagai
isteri seperti biasa. Dia tak mahu dilihat lemah terutamanya oleh Sofea. Tapi,
untuk berborak, bergelak ketawa dengan Fuadi, Ain memang tidak kuat. Tak sabar
Ain untuk mengetahui result untuk penempatan
dia bekerja. Kalau dulu, Ain memang selalu berdoa supaya dia ditempatkan
berdekatan dengan suami dia, paling tidak pun di dalam Kelantan juga. Tapi
sekarang, Ain berharap sangat supaya dia ditempatkan di luar Kelantan. Lagi
jauh , lagi bagus. 2 minggu lagi keputusan penempatan itu akan dapat diketahui.
Sabar Ain!
Pagi
tadi, Ain perasan riak pelik Fuadi bila melihatkan dia yang tenang je
menyediakan sarapan. Macam tidak ada apa-apa yang berlaku. Tapi, selesai je
menghidangkan sarapan, Ain terus bergerak ke ruang tamu. Meninggalkan Fuadi
bersarapan seorang diri. Pemergian Fuadi ke tempat kerja pun langsung tidak
dihantar. Ain hanya duduk kaku di ruang keluarga, memandang kosong ke arah
televisyen yang sedia terpasang.
Bila
teringatkan appointment dengan doktor
untuk pemeriksaan kandungan dia pagi ini, Ain terus bergegas naik ke bilik
untuk bersiap-siap. Pagi tadi dia dah call
Fiza untuk menemankan dia ke klinik memandangkan kereta dia masih di rumah
mama. Dari klinik, mereka akan terus ke rumah mama.
Sayu Ain bila mengingatkan yang dia
terpaksa pergi sendiri untuk pemeriksaan kandungan tanpa ditemani oleh suami.
Ini pengalaman pertama dia. Tentulah dia mahu berkongsi saat-saat ini dengan
suami sendiri. Teringatkan kejadian semalam, entah lah. Rasanya dia tak akan
pernah merasai saat itu. Cepat-cepat diseka air mata yang mula mengalir. ‘Ain, be strong. For the sake of your baby.’
Ya. Kandungan ini lah kekuatan dia sekarang.
Ain
membelek-belek majalah Pa & Ma keluaran terbaru. Hmmm..menarik juga. Tak sia-sia
dia datang ke sini. Tadi dia keberatan juga untuk menemankan Fiza melawat abang
Man di HUSM. Bukan apa, Ain tak nak
bertembung dengan Fuadi. Tapi, bila Fiza berkeras, terpaksalah dia bersetuju.
Takut nanti, Fiza pelik pulak dengan keengganan dia.
Sampai
sahaja di lobi hospital, sengaja dia suruh Fiza naik dahulu. Kedai cenderahati
dituju. Niatnya nak beli surat khabar je. Tapi bila terpandangkan gambar baby yang menghiasi muka depan majalah
Pa & ma, terus melonjak hati dia untuk mendapatkan majalah ni.
“What you’re doing here?”
Terganggu
konsentrasi Ain yang tengah kusyuk membelek majalah. Suara itu! Ya Allah.
Sebesar-besar hospital, nampaknya perancangan Tuhan tetap mahukan mereka
bertembung di sini. Itulah teguran pertama fuadi pada dia selepas suaminya itu
menuturkan kenyataan yang amat ‘pahit’ untuk diterima oleh mana-mana isteri
semalam.
“Nothing. Just temankan Fiza melawat
abang Man.” Selamba Ain menuturkan kata. Majalah Pa& Ma yang dibelek tadi
terus ditutup. Sempat Ain perhatikan mata Fuadi yang meleret pada majalah di
tangan dia. Berubah sedikit muka Fuadi. Nampak sayu.
Ain
mahu bergegas meninggalkan kedai ini. Belum kuat untuk berhadapan dengan Fuadi.
Majalah Pa& Ma yang dibaca tadi diletakkan kembali di atas meja. Terlupa
terus dengan keinginan yang melonjak untuk membeli majalah itu tadi. Belum
sempat Ain melangkah keluar dari kedai, tiba-tiba pergelangan tangan dia
ditarik oleh Fuadi.
“You should have this magazine. Good for our
baby. Let’s me buy you this.” Cepat-cepat Fuadi mencapai majalah Pa &
Ma yang dibelek oleh Ain tadi dan menghulurkan wang kepada cashier di kaunter.
“Nah..send my regards to Man.” Fuadi
memberikan plastik berisi majalah kepada Ain sebelum berlalu pergi meninggalkan
Ain yang tengah tergamam. Ain memandang sayu langkah Fuadi yang semakin jauh
meninggalkan dia. ‘Good for our baby.’
Bergenang air mata Ain. Disentuh perlahan perut yang masih belum menampakkan
bentuk. Maksudnya Fuadi masih kisahkan kandungan dia.
‘Abang…’
Dari sinar mata suami dia tadi, Ain dapat lihat perasaan kasih Fuadi pada dia
dan anak mereka. Tapi kenapa macam ni jadinya kisah mereka. ‘ Ya Allah..kalau
dia memang untukku, kuatkanlah kami menghadapi dugaan Mu.’
‘Fiza..akak tunggu dalam kereta je.Tak naik
atas. Kepala ni rasa pening tiba-tiba.’
Pesanan
ringkas dihantar pada Fiza. Tak ada mood
rasanya Ain nak naik atas. Terus dia bergerak ke tempat parking kereta. Hmm..baik dia berehat je dalam kereta. Tiba-tiba
dia terasa sangat rindukan kehadiran Fuadi. Terimbau kembali saat-saat manis
mereka. Fuadi yang kerek, garang, suka menyakat. Ain tersenyum sendiri.
Semuanya manis sebelum kehadiran Sofea dan Danish.
Ketukan
perlahan di tingkap kereta mengejutkan Ain yang tadinya hampir terlena.
Cepat-cepat Ain menekan butang unlock
untuk membolehkan Fiza membuka pintu kereta. Sekejapnya Fiza melawat abang Man.
Atau dia yang tak perasan masa yang sudah banyak berlalu sebab asyik melayan
perasaan.
“Kenapa
sekejap sangat?” Pertanyaan spontan dari mulut Ain.
“Lama-lama
nak borak apa. Segan la Fiza. Tu yang ajak akak.” Sedikit merajuk nampaknya
muka Fiza.
“Alah.
Sorry lah. Apa yang nak segannya. Mak Ndak kan ada.” Adik-beradik Ain memang
semuanya agak rapat dengan Mak Ndak. Ye lah. Mereka pun membesar di depan mata
Mak Ndak jugak. Dah namanya berjiran.
“Masalahnya
tadi ada abang Man sorang je. Mak Ndak balik rumah kejap. Tak baik tau akak ni.
Nampak frust muka abang Man bila Fiza
cakap akak tak jadi naik.”
“Eh,
kenapa pulak dia nak frust.” Pelik
Ain.
“Fiza
pun tak tahu. Tapi tadi memang nampak sangat muka dia berubah. Fiza rasa abang
Man tu ada hati dekat akak la.” Cepat je Fiza ni serkap jarang.
“Hmm..tak
payah nak mengarut. Bertahun tak jumpa, takkan tiba-tiba nak ada perasaan.”
“Entahlah.
Hati orang mana la kita tahu.”
“Dah
la. Tak payah nak panjangkan perkara ni. Akak dah nak jadi mak orang pun.”
Terus Ain menghentikan serkap jarang Fiza. Tak mahu nanti heboh pula perkara
tu.
“Saje je Fiza cakap. Fiza tak lupa
lah yang akak Fiza ni dah kahwin pun. Tak sabarnya nak tengok anak akak dengan
abang Adi. Mesti comel giler.” Ain turut tersenyum. Kalau Fiza pun tak sabar,
dia lebih lagi lah tak sabar.
Hmmm..
waktu-waktu macam ni. Memang tengah sesak la jalan. Ingatkan nak bertolak balik
ke rumah dia sebelum Asar. Tapi entah macam mana lah boleh terlajak tidur.
Sedar-sedar dah pukul 5. Mungkin disebabkan oleh badan yang kepenatan. Yelah.
Semalam kan dia tak dapat melelapkan mata disebabkan oleh kejutan yang Fuadi
berikan.
Teringat
Ain dengan kejadian di rumah mama tengah hari tadi. Entah kenapa lah tekak dia
hari ini tiba-tiba teringinkan tom yam dan telur dadar. Mama pulak apa lagi.
Bila dengar je Ain cakap nak makan benda tu, terus mama baik hati tolong
masakkan untuk dia. Kata mama, keinginan orang mengidam ni tak boleh dipandang
remeh. Tergelak je la Ain dengar mama cakap macam tu.
Tapi
kesudahannya, bila mama siap masak, hanya sedikit yang dijamah Ain. Bukan
kerana tak sedap, sebab masakan mama memang tak ada tandingan. Tapi entah
kenapa Ain rasakan ada sesuatu yang kurang. Bila diingatkan balik, rupanya
kehadiran Fuadi lah pelengkapnya. Terimbau Ain dengan kenangan di mana dia dan
Fuadi berkongsi makan tom yam dan telur dadar sewaktu mereka bercuti di
Cameron.
Hmm..mungkin
sebab dia masih terbawa-bawa emosi dia sewaktu bertembung dengan Fuadi di
hospital tadi. Tapi, sungguh dia ingin merasakan saat itu balik. Dengan
hubungan dia yang tengah dingin dengan Fuadi sekarang, entah macam mana dia
mahu suarakan keinginan dia itu.
Tiba-tiba
ada bunyi mesej masuk di telefon dia.
Kebetulan kereta dia tengah berhenti di lampu isyarat sekarang. Jadi, terus
dibuka pesanan yang masuk.
‘Ain, where are you?’
Dari
Fuadi rupanya. Eh, dia dah balik ke? Terus Ain pandang jam di dashboard kereta. 6.45 petang.
Hmm..memang patut pun Fuadi dah sampai rumah waktu macam ni.
‘Ain on the way balik. Dari rumah
mama’
Ain
membalas mesej Fuadi. Tak mahu suami
dia bimbang. Mana la tahu kalau Fuadi ingatkan dia dah lari dari rumah.
‘Are you driving right now? If yes,
don’t reply. Just focus on your driving.’ Hmm..bimbang juga Fuadi pada dia
rupanya.
Ain
terus memasukkan kembali handphone
dia ke dalam beg. Kebetulan lampu isyarat juga telah bertukar hijau. Jadi,
terus Ain menolak gear untuk
memulakan kembali pemanduan dia.
Ain
sudah sampai ke area taman perumahan
dia. Kelajuan kereta dikurangkan sebagai langkah berjaga-jaga sebab waktu-waktu
macam ni selalunya ramai kanak-kanak yang keluar bermain di sekitar rumah
mereka.
Bila
kereta sudah membelok masuk ke lorong jalan rumah dia, dari jauh Ain sudah
dapat melihat kelibat Fuadi yang tengah bercakap dengan Sofea di hadapan pagar
rumah dia.Nampak serius percakapan mereka. Sesekali Sofea dilihat seperti
tengah menyeka air mata dia. Langsung mereka tidak perasan dengan kereta Ain
yang hampir membelok masuk ke dalam pagar rumah.
Tiba-tiba
entah macam mana, Danish dengan basikal beroda tiga dia boleh berada di hadapan
kereta Ain, menghalang laluan dia. Ain yang terkejut hanya sempat menekan brek
dengan sekuat hati.
‘Streeeetttt……..’
Kuat bunyi geseran tayar kereta. Ain tergamam. Suasana sekeliling tiba-tiba terasa
sunyi. Hanya mampu memandang Danish yang
tengah terbaring kaku di atas jalan. Darah mula keluar dari kepala Danish,
mengotori jalan yang tadinya bersih tanpa sebarang kotoran.
“Ya
Allah! Danish!!!!!!” Tempikan kuat dari Sofea mengembalikan kembali Ain ke alam
nyata.
No comments:
Post a Comment