Saturday, 21 November 2015

JODOH UNTUKKU - BAB 3

BAB 3
Sedar tak sedar, hari ini sudah Hari Raya Korban ke-2. Esok pagi, majlis akad nikah Ain akan berlangsung di masjid. Jemputan mereka hanya ahli keluarga terdekat je. Kebetulan sebelah petang rumah Ain akan mengadakan rumah terbuka sempena Hari Raya Korban. Jadi ramai juga ahli keluarga Ain yang datang. Ain tidak ada masalah untuk menghebohkan perkahwinannya kepada ahli kelurga dan juga jiran terdekat jika ada yang bertanya. Lagipun benda yang baik. Ain cuma tidak bersedia untuk menghebahkannya kepada kawan di universiti.

Ain tak tahu nak menggambarkan perasaanya sekarang. Dia memang takut sebab dia akan berkahwin dengan orang yang dia langsung tak kenal. Mereka tak pernah berhubung walaupun selepas bertunang. Hanya ibu bapa mereka yang berhubung untuk membincangkan pasal majlis esok.

Ain, nah pergi try baju untuk akad nikah esok.” Mama masuk ke bilik sambil membawa sepasang baju kurung moden berwarna peach.

Lawanya ma. Sapa yang pilih ni.”Baju itu memang menepati cita rasa Ain. Tak nampak over macam baju pengantin sangat. Lebih kepada baju hari raya. Lagipun dia akan terus pakai baju tu semasa majlis rumah terbuka esok. Ain ada jugak jemput kawan dia datang untuk rumah terbuka tu. Jadi dia tak nak la kawan dia nampak dia pakai baju pengantin esok.

Mama la. Tunang kamu pun dah try baju dia minggu lepas. Dia datang untuk fitting kejap. Kesian dia kena menyelit curi masa untuk pergi fitting baju.”

Ok ma. Nanti Ain try. Ma, Ain nak tanya sikit boleh?”

Mama terus duduk bila nampak muka Ain macam gelisah.

Ain kenapa? Tanyalah. Kalau mama boleh jawab, insyaAllah mama jawab.”

Tunang Ain tu macam mana ye perangai dia. Ain tak pernah jumpa dia depan-depan.”

Mama tersenyum simpul. Faham gelojak hati anak dara dia. Lagipun dia pernah melalui semua itu.

Ain tak payah bimbang. Tunang Ain tu bukan calang-calang. InsyaAllah dia akan jadi suami yang baik. Lagipun dia bukannya budak-budak lagi. Dia dah matang Ain.”

Tu la ma. Ain takut kalau Ain ni yang tak sesuai dengan dia.”

InsyaAllah Ain sesuai. Lagipun perkahwinan ni pun atas kehendak dia juga. Bukan pilihan ummi dia semata. Adalah tu ciri-ciri Ain yang dia berkenan.”

InsyaAllah ma. Ain akan cuba yang terbaik.”

Lagi satu Ain mama nak pesan. Walaupun esok hanya akad nikah, lepas je akad nikah, tanggungjawab mama dan abah ke atas Ain dah terlepas. Jadi Ain dah wajib ikut cakap Adi sebab semua rukun nikah dia dah penuhi. Mas kahwin pun dia akan bagi esok. Jadi Ain kena jalankan tanggungjawab Ain sebagai isteri. Ain faham kan maksud mama?”

Ain berdebar-debar mendengar pesanan mama. Ya. Dia sedar yang dia akan menjadi tanggungjawab Fuadi sepenuhnya esok. Rasa sebak tiba-tiba datang bila memikirkan dia bukan lagi tanggungjawab mama dan abah.

InsyaAllah ma.” Ain terus memeluk mama. Mama memang sentiasa mahukan yang terbaik untuk anaknya.





Aku terima nikahnya Nur Ain bt Abdul Razak dengan mas kahwinnya senaskhah al-quran.” Lancar je lafaz akad dari mulut Fuadi. Dengan sekali lafaz, kini aku sudah sah bergelar isteri. Ya. Ain hanya meminta senaskhah al Quran sebagai mas kahwin. Lagipun di Kelantan, memang tidak ditetapkan jumlah mas kahwin seperti sesetengah negeri lain. Jadi, Ain rasa besar hikmahnya bila menjadikan al-Quran sebagai mas kahwin. Mas kahwin yang baik adalah yang rendah nilainya, mengikut kemampuan suami, tapi tidak pula terlalu rendah sampai menjatuhkan maruah isteri.

Dalam usia 24 tahun, Ain rasakan memang dia sudah sesuai untuk memegang title seorang isteri. Ain baru tahu yang suaminya sekarang berumur 29 tahun. Muda setahun dari along.

Semua tetamu menadah tangan mengaminkan doa yang dibacakan oleh ustaz. Ain menolah melihat mama di sebelah. Bertambah sebak Ain rasa apabila melihat mama sedang mengelap air mata tanda kesyukuran bercambur dengan sedih kerana anak gadisnya kini telah menjadi milik orang. Selesai sahaja mengaminkan doa, Ain terus memeluk mama kesayangan. Tak putus-putus mama mengucapkan tahniah kepada Ain. Selepas itu Ain bersalam dengan adik beradik dan semua saudara rapat perempuan yang datang termasuklah rombongan dari pihak lelaki. Terpancar kegembiraan di wajah ummi kerana impiannya untuk bermenantukan Ain telah tercapai.

Sambil itu,pengantin lelaki sedang mengerjakan solat sunat 2 rakaat di ruang solat lelaki.

Selesai sahaja mengerjakan solat, Ain nampak dia menuju ke arah Ain untuk sesi membatalkan air sembahyang. Tak terungkap rasanya debaran yang Ain tahan tambah-tambah pula dengan usikan orang di sekeliling. Ain nampak Fuadi tenang je mengatur langkah sambil meleparkan senyuman kepada saudara yang mengucapkan tahniah.

Ain tidak tahu reaksi apa yang patut dia berikan setelah Fuadi betul-betul duduk berhadapan dengan dia.

Assalamualaikum, Ain.”

Itu ucapan pertama yang Fuadi ucapkan pada Ain. Terus bising suara orang di sekeliling mengusik bila mendengar ucapan salam dari Fuadi. Tambahan pula bila melihat muka Ain yang kemerahan menahan malu. Ain hanya mampu menjawab perlahan ucapan salam itu.

Hah, Ain bagi tangan tu. Abang Fuadi nak sarungkan cincin.” Kedengaran suara kak cik memberikan arahan.

Ain pandang muka mama untuk mendapatkan kekuatan. Bila melihat senyuman di bibir mama, dia terus mengangkat muka memandang wajah suaminya. Saat terpandangkan senyuman di wajah suaminya, Ain rasakan semua keresahan dia terus hilang. Dia dapat merasakan ketenangan di wajah suaminya yang putih kekuningan, di tambah dengan kumis nipis yang menambahkan wajah kematangan suaminya.

Ain, your hand..” Fuadi bersuara apabila melihat Ain yang teragak-agak sambil mengarahkan pandangan pada tangan Ain.

Tersentak dengan teguran suaminya, Ain terus menghulurkan tangan. Tersenyum Ain memandang cincin yang tersarung di jarinya. Kata ummi, cincin itu Fuadi yang pilihkan. Simple tapi tampak elegan. Memang menepati cita rasa Ain.

Sejuknya tangan…nervous sangat nampaknya Ain ni” bisik Fuadi yang Ain rasa hanya dapat didengari oleh dia seorang. Ain hanya mampu tersenyum kelat. Aksi Fuadi yang berbisik di telinga Ain menambahkan kerancakan saudara yang mengusik.

Selesai sahaja sesi menyarungkan cincin, Ain terus bersalam mencium tangan Fuadi. Kemas terasa genggaman Fuadi di tangan Ain.

Thanks for your willingness to be my wife.” Ikhlas kedengaran ucapan Fuadi. Rasa sebak yang baru saja hilang terasa balik.”

Terima kasih juga sebab sudi pilih Ain sebagai isteri.” Kegusaran yang Ain rasakan tentang penerimaan Fuadi selama ini seakan beransur hilang. Dia dapat rasakan yang Fuadi memang ikhlas menerimanya dan Ain juga akan belajar untuk ikhlas dengan perkahwinan ini supaya dia dapat menjadi isteri yang solehah kepada Fuadi.

Tiada sesi mencium dahi pengantin perempuan sebagai tanda menghormati masjid dan juga atas permintaan pasangan pengantin sendiri. Hanya sedikit sesi bergambar tanda kenangan di masjid.

Semua tetamu mula beransur menaiki kereta masing-masing untuk menikmati jamuan di rumah Ain.

Ain, tahniah. Jaga perkahwinan kau ni betul-betul. Ingat kalau ada problem, aku akan sentiasa ada untuk support kau.” Ucapan pertama dari Adah. Tadi dia duduk agak jauh dari Ain. Jadi Ain tak sempat bersalam dengan dia.

Thanks Adah. By the way, err ni lah anak ummi yang kau cakap nak kenal tu.” Ain memperkenalkan Fuadi kepada Adah.

Assalamualaikum doktor. Saya Adah. Coursemate Ain merangkap jugak dia punya clinical partner.” Adah terlebih ramah memperkenalkan diri. Nasib baik jugak. Sebab Ain sendiri tak tahu macam mana nak menyusun ayat nak kenalkan Adah.

Waalaikummussalam. Nice to meet you. At least saya tahu clinical partner Ain ni perempuan juga.”

Haha.. doktor jangan risau. Saya akan jaga Ain ni. Eh Ain, aku dah nak gerak ni. Tadi kau datang dengan aku kan. Ni kau nak naik kereta siape ni.”

Ain baru tersedar yang kebanyakan tetamu sudah mula meninggalkan masjid itu. Mama dan papa memang awal-awal lagi dah gerak sebab diaorang kena layan tetamu. Ain pandang wajah Fuadi.

She will be with me. You can go first. Thank you Adah.” Fuadi sudah membuat keputusan bagi pihak Ain.

Ain nampak keberatan kerana dia segan dibiarkan berdua dengan Fuadi.

Okay. I’ll go first then. Ain jumpa kat rumah eh.” Ain hanya mampu mengangguk dan memandang Adah melangkah pergi.

I think we should make our move too. Let’s go.” Ajak Fuadi sambil memandang Ain. Ain hanya mengikut langkah Fuadi kerana dia tidak tahu di mana Fuadi meletakkan keretanya.

Sepanjang perjalanan yang hanya dalam 5 minit itu, suasana sepi antara mereka. Dua-dua lebih senang melayan perasaan sendiri.

Setelah sampai di perkarangan rumah, kelihatan semua tetamu sedang menjamu selera di bawah khemah yang disediakan. Belum sempat Ain membuka pintu kereta, Fuadi terus menekan kunci lock kereta.

Ain terpinga-pinga memandang Fuadi. Berdebar Ain melihat renungan tajam Fuadi padanya.

Not too fast my dear. Don’t you think we should have a little bit of conversation now. I haven’t heard anything longer than 10 words from you today and I don’t think we will have a time for it after this.” Fuadi menaikkan keningnya beberapa kali. Dia memusingkan wajah memandang tepat pada Ain sambil sebelah tangan diletakkan pada penyandar kepala di belakang Ain.

Ain mula rasa tidak selesa. Kenapa tingkah Fuadi kelihatan agak berbeza sekarang ini.

Err. What type of conversation?” Teragak – agak Ain menjawab.

Fuadi terus melemparkan pandangan tajam ke arah Ain. Suasana sepi antara mereka. Ain rasakan peluh dingin mula mengalir di dahinya.

Setelah beberapa ketika, renungan tajam di wajah Fuadi terus beransur hilang berganti dengan senyuman di bibirnya

Hahahaa… Cuak jugak rupanya Ain ni. Abang saja nak test Ain. Cepat gelabah rupanya isteri abang ni. Macam mana la nak start kerja nanti. Teruk kena buli dengan senior officer nanti.”

Ya Allah. Ain rasa macam nak pitam sekarang ni. Nafas lega dilepaskan kasar. Bukan main dia cuak tadi.

Err..abang??”.. Soal Ain sebab tadi dia dengar Fuadi bahasakan dirinya abang.

Yes. Abang. I think you should call me abang. Lagipun I’m much older than you.”

Ya. Kalau ikutkan Fuadi 5 tahun lebih tua dari Ain. Ain yang dari tadi teragak-agak sebab tidak tahu macam mana nak bahasakan diri dia mula tersenyum.

Ya Allah. Ain bukan main cuak. Memang macam ni ke gaya senior medical officer. Suka kenakan orang.”

Sort of that! Okay. Back to our conversation.”

Eh. Betul- betul nak make conversation ke ni? Ain ingatkan abang nak kenakan Ain je ni. Cepatlah. Nanti diaorang cakap apa pulak kita duduk lama dalam kereta ni.”

Betul la. Takkan nak make love pulak dalam ni. Kalau nak make love dalam bilik lagi best.”

Ain menahan pijar di muka menahan malu. Terus dia menampar bahu Fuadi.

Dah mula dah dia. Gaya tipikal isteri-isteri. Suka tampar bahu suami. Tak pun bagi cubitan berbisa. Ok first of all, let me have your phone number.

Ain tercengang . Phone number. Biar betul.

Oh. Ya lah. Kita mana pernah berhubung sebelum ni.” Memang patut pun Fuadi tidak ada nombor telefon Ain sebab memang mereka tidak pernah berhubung sebelum ini.

Alah. Lambat la Ain ni. Give me your phone.” Fuadi terus mengambil telefon di tangan Ain.

Nampaknya Fuadi bukan jenis yang tahan sabar. Ain akan sematkan dalam ingatan dia betul-betul. Fuadi terus mendail nombor telefonnya menggunakan handphone Ain. Kedengaran nada dering di handphone Fuadi. Fuadi terus menekan punat-punat di handphonenya dan juga handphone Ain.

Okay. I’ve got your number and I’ve saved my number on your phone. My soul! I’ve saved my number as my soul. Remember that.” Tegas peringatan Fuadi pada Ain.

Okay. Ada lagi? Jom lah turun. Diaorang dah jeling-jeling kita tu.” Ain sudah tidak keruan bila melihat beberapa ahli kelurga yang sedang berborak asyik memandang mereka sambil tergelak. Fuadi hanya menjeling sekilas kearah mereka.

Don’t bother about them. Diaorang faham kita kan pengantin baru. Lagipun apalah sangat yang kita boleh buat dalam kereta ni. Memang lah ada orang buat. Tapi not dekat open place macam ni. Kena pergi tempat tersorok sikit lah.”

Ain tak tahu macam mana lagi nak buat untuk menahan debaran di hati. Fuadi memang direct. Ain mengesat peluh dingin di dahi sambil mengetap bibir. Dia sudah tidak mampu untuk memandang wajah Fuadi.

Melihat Ain yang kegelisahan, Fuadi hanya tersenyum dan menggeleng kecil beberapa kali. Faham dengan kegelisahan Ain.

Ain, Ain. You need to adapt with me. Being a doctor for quit a few years , has taught me to be more direct in expressing my tought. Kalau doktor pun malu-malu nak treat patient, especially yang datang dengan complain pasal part sensitive tu, memang habislah patient.”

Melihat muka Ain yang makin kemerahan, Fuadi rasa cukup lah dulu dia menyakat Ain. Takut tak pasal-pasal menangis pulak Ain nanti sebab tak tertahan menahan malu.

Okaylah wifey, I think it should be enough for our first ice breaking”… Fuadi mengusap kepala Ain dan terus menekan butang Ain unlock.

Ain terus bergegas membuka pintu kereta. Belum sempat kaki Ain mencecah tanah, Fuadi terus menyambung kata,

By the way, just to inform you, malam ni abang tak tidur sini. Abang on call malam ni. I don’t know whether it is a good or a bad news for you. So, malam ni you can rest well.”

Habis sahaja ayat Fuadi, Ain terus bergegas melangkah kearah rumahnya tanpa sempat menunggu Fuadi. Memang satu kelegaan buat Ain bila tahu yang Fuadi tidak akan bermalam di rumahnya malam ni. Melihatkan tingkah Fuadi tadi, Ain rasakan memang banyak lagi yang dia kena prepare tambah-tambah persediaan mental untuk melayan tingkah Fuadi yang Ain rasakan terlalu direct. Ain tak tahu macam mana nak bereaksi apabila melihat senyuman nakal saudara mereka di bawah khemah.


1 comment: