Treatment ummi selesai dalam pukul 11 pagi. Ain menghantar ummi sampai ke depan pintu utama klinik. Tempat ummi mula sampai tadi. Kerja mengemas cubicle semua ditinggalkan kepada Adah. Lagipun memang itu tugas assistant. Nanti bila turn Ain jadi assistant, Ain pulak yang akan buat semua kerja itu.
Ummi cakap anak dia akan
datang jemput. Dia tengah ambil kereta. Selepas siap kes di ward
tadi, dia terus tunggu ummi call. Dia malas nak balik rumah dulu
sebab nanti kena datang balik untuk jemput ummi. Jadi alang-alang dah
dia kat sini baik dia terus tunggu ummi.
Ummi tiba-tiba memegang
bahu aku minta aku berkalih kearah dia.
“Ain, tentang apa yang
ummi cakap dekat dalam klinik tadi, memang ummi serius.”
Ain berdebar-debar. Dia
dapat agak apa maksud umi.Tapi dia perlukan kepastian. Takut dia yang
tersalah faham.
“Pasal apa ya ummi?
Banyak sangat yang kita borak tadi. Ain tak tahu yang mana satu ummi
maksudkan.”
“Ummi berkenan sangat
kalau Ain jadi menantu ummi. Lagipun anak ummi tu memang cakap dia
serahkan semua pada ummi. Kalau baik pada ummi, baik lah pada dia.”
“Errr, anak ummi tahu ke
pasal Ain?”
“Ummi memang selalu
cerita pasal Ain dekat dia. Tadi masa dia hantar ummi tadi, dia dah
tengok Ain. Dia tak cakap apa pun. Maksudnya dia ok la tu. Sebab Di
perangai dia kalau dia tak berkenan memang dia akan cakap terus
terang.”
“Di?”
“Ahmad Fuadi. Nama
satu-satunya anak lelaki ummi. InsyaAllah dia akan jadi ‘Fuad’
buat Ain juga nanti”
Fuadi. Ya, Ain tahu
maksudnya. Jiwaku. Ain tak tahu nak cakap apa. Dia memang sangat
lemah kalau bab-bab perasaan ni. Lagipun dia tidak pernah melalui
alam percintaan. Mungkin kerana sifatnya yang agak kaku kalau dengan
lelaki. Di hantar ke sekolah agama berasrama penuh semasa di zaman
remaja membuatkan Ain sangat menjaga ikhtilatnya dengan kawan lelaki.
Cuma sejak masuk ke USM ni dia lebih bersifat terbuka sedikit kerana
kawannya ramai dari kaum cina. Tapi untuk bersentuhan tangan dan
bertepuk tampar dengan kawan lelaki memang Ain tak pernah buat.
“Errr.. Ain minta maaf
ummi. Ain tak pandai nak bagi keputusan kalau bab-bab macam ni. Tapi
kalau ummi rasa dia sesuai untuk Ain dan Ain jugak sesuai untuk dia,
ummi jumpalah dengan ibu bapa Ain. Ain akan ikut cakap diaorang.
Kalau baik kata diorang, baik jugalah untuk Ain.”
Ummi tersenyum mendengar
jawapan Ain.
“Memang itu jawapan yang
terbaik Ain. Terima kasih Ain. Nanti Ain mesej
alamat rumah Ain dengan no telefon ibu bapa Ain. Kalau tak ada aral
boleh tak kami pergi rumah Ain hujung minggu ni”
Hujung minggu ni? Biar
betul
“Cepatnya ummi. Biar
betul hujung minggu ni.”
“Benda yang elok Ain,
buat apa nak lambatkan. Benda yang sepatutnya senang, buat apa nak
susahkan.”
Ya. Betul tu. Tak perlulah
nak susahkan benda yang senang. Tapi, Ain masih susah nak percaya.
Biar betul dia bagi jawapan macam tu dekat ummi. Dia rasa susah nak
percaya, dalam masa yang sama, dia juga tak rasa nak menolak. Memang
terkejutlah mama bila dia call nak bagitahu nanti.
“Kalau macam tu kata
ummi, Ain ikut je.”Nanti Ain bagitahu parent
Ain.”
Ummi terus memeluk Ain.
Nampak bergenang sedikit air mata dia. “ Ummi dapat rasakan memang
kamu berdua berjodoh. Ummi dah buat istikharah dan hati ummi rasa ini
yang terbaik. Anak ummi tu tegas orangnya dan jenis yang berterus
terang. Tapi umi percaya dia akan mengalah dengan kelembutan dan
kesabaran Ain .
Drama hati ke hati Ain
dengan ummi berakhir bila sebuah kereta Mazda cx-5 meluncur masuk ke
depan pintu utama.
“Ok lah Ain. Ummi pergi
dulu. Jangan lupa bagitahu parent Ain ye.”
Ain hanya mampu tersenyum dan memandang sahaja ummi
melangkah masuk ke tempat duduk di sebelah pemandu. Cermin yang agak
gelap menyukarkan Ain untuk melihat ke arah tempat duduk pemandu.
Malam itu, Ain menelefon
mama, berhati-hati Ain menyusun ayat untuk mengkhabarkan perkara
tersebut supaya tidak ada yang tersalah faham. Setelah berbincang
dengan ayah dan along, mereka setuju untuk menerima rombongan dari
pihak ummi. Alhamdullilah, Ain menarik nafas lega. Nampaknya semua
dipermudahkan.
“Habis tu Ain balik tak
hujung minggu ni?” Ain tak tahu apa yang patut dia jawab. Kalau
ikutkan, sebenarnya dia memang ada kerja lab yang dia ingat nak
siapkan hujung minggu tu. Lagipun dia rasa agak segan untuk terlibat
sama dalam majlis tu.
“Hmm…kalau Ain tak
balik boleh tak ma. Ain segan la.Lagipun ummi memang dah kenal Ain.
Dia nak jumpa ma dengan abah je. Anak ma yang cun ni dia memang dah
lama berkenan.”
Sempat lagi Ain berseloroh
untuk menutup rasa hati.
“Pandai lah Ain. Ikut
suka Ain lah. Masa ni tahu pulak nak segan. Lagipun kak long dengan
kak cik ada nak tolong mama untuk masak. Adik kamu pun balik bermalam
minggu ni.”
“Ha. Bagus tu. Mama
kerah la diaorang tolong mama. Adik tu lagi lah. Bagi buat kerja
sikit. Anak dara kena rajin. Cakap dekat diaorang, nanti Ain balik
petang tu, Ain take over
kemas rumah dan basuh pinggan untuk the whole
weekend ni.” Ain kalau bab-bab nak bahagi
tugas antara adik-beradik ni dia memang terror.
Abang sulong dan kakak Ain dah kahwin. Mereka semua mengikut legasi
ayahnya yang sekarang ini dah jadi cikgu pencen. Abang sulongnya,
along dan kakak Ain, acik dua –dua tinggal dekat kawasan Kota
Bharu. Jadi mereka memang selalu balik rumah abah kalau hujung
minggu. Cuma abang Ain yang kedua je lain sikit. Tak tahulah macam
mana abang dia yang tu boleh terlepas jadi pilot.
“Haish kamu adik beradik
ni.Macam-macamlah. Ain pun jangan lupa buat istikharah sama. Biar
Allah tunjuk yang mana baik untuk Ain.”
“Ok ma. Nanti Ain letak
semua keputusan dekat ma dengan abah tau. Ain tahu mama memang tahu
apa yang terbaik untun Ain. Assalamualaikum ma.”
Malam itu, Ain buat solat
sunat istikharah. Dia harap, jalan yang dia pilih nanti adalah yang
terbaik selari dengan apa yang memang telah ditetapkan untuk dia.
“Biar betul Ain kau dah
bertunang.” Adah terkejut bila Ain memberitahu dia pasal majlis
pertunangan tu.
“Kau kalau terkejut pun
, volume tu slow
sikit. Nanti semua orang denagr. Aku pun tak habis terkejut lagi. “
Tak sangka majlis yang
sepatutnya hanya untuk merisik, tiba-tiba terus menjadi majlis
pertunanagn. Ummi bawak sekali cincin untuk pertunangan. Bila mama
setuju, dia terus bagi cincin tanda dekat mama.
“ Tak sangka aku. Masin
jugak mulut aku. Untung kau dapat ummi jadi mak mentua ko. Jeles aku.
Habis tu bila langsungnya? Tunggu habis belajar ke?”
Ain terus terdiam. Dia tak
tahu macam mana nak bagi jawapan dekat Adah.
“Adah. Ni aku bagitahu
kau sorang je dulu tau. Sebab aku tak nak heboh-heboh lagi. Kitaorang
nikah hujung bulan ni.”
Adah terdiam. Ain ingatkan
Adah nak gelakkan dia.
“ Hmmm.. Bagus jugak tu.
Lagipun tunang kau kan dah stabil. Kita pun dah final
year. Tak de masalah sangat. Tapi kenapa kau
tak nak heboh? Kan benda baik.”
“Aku akad nikah je dulu
hujung bulan ni. Majlis kami lepas aku dah habis nanti. Sebabnya
diaorang cakap nanti senang kalau nak buat persiapan sama-sama nanti.
Nak keluar berdua pun dah tak de halangan. Aku segan la nak
heboh-heboh sekarang sebab dia kan dah kerja. Kita ni student
lagi. Macam pelik je. Lagipun aku dapat tahu dia sometimes
buat clinical teaching
jugak dekat ward
dengan budak medic.
Nanti kalau kawan –kawan kita yang dekat faculty
medic tahu, segan la aku.”
“Ok la. Kiranya aku
sorang je la tahu sekarang ni ye. Ok. I’ll
keep your secret. Eh, apa nama doktor tu ye.
Nanti kalau terjumpa jangan lupa kenalkan dengan aku ye.”
“Fuadi. Nanti kau balik
Sabah tak Raya Korban hujung bulan ni? Kalau kau balik tak dapat la
kau datang majlis aku. Rugi la kau. Dah la aku buat special
invitation dekat kau sorang je.”
“Nasib baik aku memang
tak balik. Cuti kejap je. Tak berbaloi nak balik. Lagipun raya kat
sini lagi meriah apa? Macam biasa la aku stay
rumah kau ye.”
“ Kau ni. Macam tak
biasa pulak.”
No comments:
Post a Comment