Thursday, 17 December 2015

JODOH UNTUKKU - BAB 38

BAB 38



Rumah mama sudah kembali sunyi. Selesai je makan tengah hari tadi, along dan Kak Cik terus balik ke rumah masing-masing. Ye lah, esok dah kena start kerja balik. Mama dengan abah, pastilah tengah berehat dekat bilik. Waktu tengah hari macam ni, memang digalakkan untuk berehat sekejap. Sementara nak tunggu masuk waktu Zohor. Alih-alih, tinggal Ain dengan Aqil je dekat ruang keluarga ni.
Ain mencapai remote televisyen di atas sofa. Volume televisyen diturunkan sedikit. Takut mengganggu lena Aqil. Pintu bilik yang sedikit terbuka dipandang sekilas. Hmm..siapa lagi yang suka membiarkan pintu bilik tak tertutup rapat macam tu kalau bukan Fuadi. Alasan dia, senang nak dengar kalau Aqil menangis.
Lama pula Fuadi masuk ke bilik. Tadi rasanya dia nak ambik kunci kereta je. Nak balik rumah ummi katanya. Sekarang ni, Ain dah tak perlu nak tanya apa-apa dekat Fuadi. Automatik, apa yang dia nak buat, terus dia bagitahu Ain. Mungkin sebab dia dah dapat agak. Kalau nak tunggu Ain tanya, memang kempunan la jawapnya.
Ain melangkah perlahan ke arah pintu bilik. Takut kalau-kalau Fuadi tertidur. Nanti kesian pula biarkan ummi lama menunggu di rumah. Selalunya kalau Fuadi cakap nak balik rumah ummi waktu-waktu macam ni, ada lah tu yang ummi nak minta tolong dengan Fuadi. Semakin dekat dengan pintu bilik, sayup-sayup Ain dengar suara Fuadi tengah bercakap dengan seseorang.
‘Owh…tengah guna handphone rupanya.’ Tidak mahu mengganggu perbualan Fuadi, Ain kembali menukar haluan ke arah sofa.
“Yup, abang dah bagitahu Ain. Dia okay je.”
Ain tersentap. Kaki yang baru mahu memulakan langkah terus terhenti. Dia belum pekak untuk mendengar nama dia yang jelas meniti keluar dari bibir Fuadi. Apa yang Fuadi dah bagitahu dia? Banyak juga yang mereka ‘gaduhkan’ pagi tadi. Tak pasti hal yang mana satu tengah menjadi topik perbualan Fuadi sekarang ni.
Langkah kembali diatur ke arah pintu bilik. Ain tak suka nak curi dengar perbualan orang. Tapi, bila hal dia yang menjadi topik perbualan, memang dia tak dapat nak berkompromi. Lebih-lebih lagi bila dia pasti yang Fuadi tengah bercakap dengan Sofea. Dengan siapa lagi Fuadi nak biasakan diri dia ‘abang’ kalau bukan dengan Ain dan Sofea!
Haah..Muhammad Aqil. You’ll see him soon.” Ceria sangat suara Fuadi. Hai, dapat berbual dengan buah hati, terus melebar senyum ye. Tadi bukan main suram muka. Nampaknya Sofea ni memang betul-betul rindukan Fuadi. Awal pagi tadi dah call. Sekarang, bangun tidur terus cari Fuadi balik. ‘Hmm..kalau hati dah rindu, duit bil yang melambung pun terus tolak tepi dah.’
“Nanti pukul berapa sampai sini? Abang pergi ambik.”
“Okay. Tak payah cari hotel la. Duduk rumah ummi je. Nanti abang bagitahu ummi.”
Butir-butir suara Fuadi memang jelas. Rasanya dia tak salah tafsir yang Sofea nak balik ke sini. Tapi, Fuadi tak ada pula bagitahu dia yang Sofea nak balik. Ain tersenyum lemah. Apa lagi pembohongan yang Fuadi sedang rancang ni.
‘Kenapa Sofea nak balik sini? Dia punya pengajian di UK lambat lagi nak habis.’
Tadi rasanya Fuadi ada sebut nama Aqil. Dia nak bagi Sofea jumpa dengan Aqil ke? Ain masih boleh terima kalau  Sofea hanya sekadar mahu berjumpa dengan Aqil. Tapi, untuk berkongsi Aqil dengan mereka, Ain tak sanggup!
Kreekk…..’
Bunyi pintu yang tertolak mengejutkan Ain. Jauh sangat dia mengelamun sampaikan tidak perasan tangan yang sudah sedikit menolak pintu bilik ke dalam.
Sorotan mata Fuadi terus terarah kepada Ain. Jelas riak terkejut di muka dia. Mata mereka saling berbalas pandang. Lama! Alang-alang sudah tertangkap, Ain terus melangkah masuk ke dalam bilik. Badan disandarkan pada dinding disebelah pintu. Handphone yang masih melekap kemas di telinga menunjukkan yang Sofea belum selesai lagi berbicara dengan Fuadi.
“Okay. See you soon.” Setelah beberapa minit menjadi pendengar setia, barulah panggilan dimatikan.
“Ain, kenapa duduk bersandar dekat situ je. Masuklah.” Nampak sangat riak serba salah di muka Fuadi. Ye lah. Dah kantoi menipu. Siapa yang tak cuak.
“ Kenapa tak bagitahu yang buah hati nak balik sini?” Terus Ain memulakan serangan dia. Tak payah nak berlengah.
“ Ain dah dengar rupanya. Abang baru nak bagitahu.”
“Baru nak bagitahu?” Ain ketawa sinis.
“So, apa yang abang dah bagitahu Ain? I heard you told Sofea just now that I’ve agreed with something. What is it?” Ain mengatur langkah ke arah katil. Penat pula dia rasa bila terlalu lama berdiri.
Ain, I’m sorry. For this time, I really need your favour. Boleh Ain duduk rumah ummi untuk seminggu?” Kerusi meja solek ditarik supaya  betul-betul berhadapan Ain.
“Hah! Why?” Pelik Ain dengan permintaan Fuadi.
“I told her. Ain setuju nak duduk rumah ummi bila dia balik sini nanti.” Rasa bersalah sangat Fuadi nak bagitahu benda ni pada Ain. Tapi, dia dah berjanji dengan Sofea. Lambat laun dia kena bagitahu Ain jugak. Alang-alang Ain dah tanya, baik dia berterus terang.
“Why should I? Kenapa Ain nak kena ikut permintaan dia pulak.” Tajam pandangan Ain pada Fuadi. Kali ni, dia tak akan mudah mengalah.
Ain, please. It’s only for one week. Tak sampai hati abang nak tolak permintaan dia. Dia harap sangat nak luangkan masa dengan Aqil masa dia balik nanti.” Ain mengetap bibir perlahan. Entah kenapa tiba-tiba hati dia rasa pilu. Fuadi tak sampai hati nak tolak permintaan Sofea? Habis yang selama ni dia sakitkan hati Ain, sampai hati pula dia.
“That’s your problem. Ain tak nak masuk campur. Siapa suruh pandai-pandai nak berjanji dengan dia pulak. Kalau nak tengok Aqil, datang je lah sini. Kenapa sampai nak tengok sepanjang masa. Bukan anak dia pun.”
“Ain kan tahu keadaan Sofea tu macam mana sekarang. Dia tengah rindukan Danish. Takkan Ain tak boleh nak tolerate dengan dia sekejap.” Riak tak puas hati sudah mula terserlah dari air muka Fuadi.
“So, apa masalahnya. Ain tak larang dia nak jumpa Aqil. Datang je la sini.”  Ain faham perasaan Sofea. Dia pun dah jadi ibu. Sebab tu Ain tak kisah Sofea nak tengok Aqil. Cuma yang Ain tak faham, kenapa sampai perlu dia duduk rumah ummi. Sofea bukannya nak duduk 24 jam dengan Aqil.
“Ain tak suka balik rumah ummi ke? Macam tak sudi je. Rumah ummi kan rumah Ain jugak.” Ain sudah mula geram. Kenapa susah sangat Fuadi nak faham perasaan dia sampai perlu nak kaitkan dengan ummi.
“Ain tak ada masalah nak duduk rumah ummi. Yang Ain tak boleh terima, abang suruh Ain balik rumah ummi sebab Sofea! Takkan la benda simple macam tu pun tak boleh nak fikir. Gaya macam terror sangat bab-bab perasaan perempuan ni.” Keras suara Ain. Nada dia sudah naik senoktah.
Fuadi tergamam! Ya, Ain betul. Dia tak sedar yang hati Ain juga perlu dijaga. Tapi, dia tak rasa permintaan dia tu susah sangat Ain nak ikut. Untuk seminggu je. Takkan la Ain tak boleh nak berkorban. Lagipun, dia rasa sedikit sebanyak, dia dan Ain perlu  bertanggungjawab atas keadaan Sofea sekarang. Kematian Danish, ada kaitan dengan mereka. Tapi, nak mengungkit tentang kematian Danish, dia tak sampai hati. Takut Ain makin terluka.
Ya, siapalah mereka nak menolak ketentuan Allah. Danish meninggal, sudah ketentuan Allah. Tapi, setiap yang berlaku, pasti ada penyebabnya. Bagi dia, kematian Danish adalah kerana kecuaian mereka semua, termasuklah Ain!
Teringatkan Danish, kelopak mata dia mula berkaca. Danish yang membesar di depan mata dia.  Dari zaman bayi, sehinggalah  perkataan ‘papa’ mula terungkap dari bibir comel Danish. Semuanya masih kekal terpahat dalam ingatan. Kalau dia pun merasakan rindu yang sebegini rupa, apatah lagi Sofea yang melahirkan Danish.
Melihatkan Fuadi yang sedikit tersentap dengan ayat kasar dia, Ain beristighfar panjang. Ya Allah! Nampaknya dia sudah mula pandai berkasar bahasa dengan suami sendiri. Ini bukan diri dia yang sebenar.
“Ain, I’m not giving you a choice. Pagi esok kita balik rumah ummi.”Tahu yang keputusan dia bakal mengeruhkan lagi keadaan dia dan Ain. Tapi Fuadi terpaksa. Untuk sekali ini sahaja. Kalau bukan mereka, siapa lagi yang harus bertanggungjawab atas kesedihan yang Sofea sedang rasakan sekarang.
Ain tersenyum lemah. Terasa sakit sangat hati dia dengan apa yang baru keluar dari mulut Fuadi. Betapa besar pengaruh Sofea sampaikan Fuadi sanggup ketepikan perasaan dia. Sekarang dia mula tertanya-tanya. Di mana letaknya kedudukan dia dalam hati Fuadi. Kalau sebelum ni dia masih meletakkan harapan pada Fuadi, tapi sekarang dia sudah mula ragu-ragu dengan keyakinan dia sendiri.
“Abang boleh nak bagi arahan sesuka hati. Tapi, keputusan tetap pada tangan Ain. So, Ain dah decide yang Ain takkan balik rumah ummi.” Perlahan suara Ain. Tak mahu lagi berkasar dengan Fuadi.
“Ain!..please..” Tangan dia tiba-tiba dicapai Fuadi. Terasa lembut elusan tangan Fuadi di genggaman dia. Mungkin mengharapkan hati Ain akan lembut selembut elusan tangan dia.
Melihatkan keadaan Fuadi yang merayu pada dia, hati Ain makin sakit. Fuadi yang sebenar bukan begini perangainya. Demi Sofea, sanggup Fuadi merendahkan ego dia merayu pada Ain.  Rasa sakit di hati makin tak terbendung sampaikan kelopak mata dia sudah mula terasa panas.
Perlahan genggaman Fuadi pada tangan dia dileraikan. Sekali lagi hati Ain terluka. Entah berapa banyak luka lagi yang Fuadi nak tinggalkan pada hati dia.
“Ain dah buat keputusan. Fullstop!” Usai berkata-kata, Ain mula bangun untuk melangkah keluar dari bilik. Sudah tak betah untuk berlama-lama di situ.
Fuadi hanya mampu memandang langkah Ain yang berlalu keluar dari bilik. Kecewa sangat dia rasa. Tapi tak tahu kecewa untuk apa sebenarnya. Sama ada kecewa dengan Ain yang tak cuba memahami dia, atau kecewa dengan diri dia sendiri yang tak cuba untuk memahami Ain.
Walau macam mana sekalipun, dia kena bawak Ain dan Aqil balik ke rumah ummi jugak. Nampaknya, dia terpaksa guna cara lain.
‘I’m really sorry, Ain.’








2 comments:

  1. eeeeeeeeee..... GERAM GERAM GERAM

    ReplyDelete
  2. Mcm mna nk dptkan novel ni yer... Ada lagi ker... Gerammm betoii tgk laki tu ishhhh

    ReplyDelete