Thursday, 17 December 2015

JODOH UNTUKKU - BAB 39

BAB 39



“Abah, saya nak minta izin bawak Ain balik rumah ummi esok.” Ain yang tengah bersembang dengan Fiza terus terdiam. Tajam pandangan mata dia pada Fuadi. Tak sangka Fuadi boleh terfikir cara licik macam ni. Ingatkan Fuadi dah cukup faham bila dia tak setuju petang tadi.
Patut la Fuadi tak jadi balik rumah ummi siang tadi. Sebab dia tengah tunggu peluang nak buat rancangan licik dia rupanya. Ye la, waktu lepas asar macam ni, memang abah dan ummi selalu lepak depan tv. Kalau dia balik rumah ummi, melepas la peluang dia.
“Eh, kenapa nak minta izin abah pulak. Ain kan memang dah hak Adi. Kalau Adi nak bawak Ain pergi mana-mana pun, abah tak ada hak nak halang.” Sudah Ain agak. Abah memang takkan pernah ada bantahan.
“Ain tak nak.” Fuadi silap kalau dia ingat Ain senang-senang akan ikut cakap dia. Kalau Fuadi boleh terfikir cara licik macam ni, Ain pun ada cara dia tersendiri.
“Ain...” Keras suara abah. Pastinya dia tak suka melihat perangai Ain yang macam ni.
Kenapa tiba-tiba? Adi tak bincang dengan Ain dulu ke?” Nampaknya mama lebih suka mengambil langkah berdiplomasi.
Dia dah bagitahu. Ain yang tak setuju. Sebab tu la kot dia gunakan abah untuk pujuk Ain.” Pedas sindiran Ain. Muka Fuadi pun sudah berubah riak. Pastinya dia terkejut dengan sikap Ain yang sekarang ni. Mana pernah selama ni Ain berkurang ajar dengan dia di depan ahli keluarga yang lain.
“Ain, kenapa kurang ajar sangat ni!” Abang dah hilang sabar dengan Ain nampaknya.
Maaf bah. Bukan Ain nak kurang ajar. Tapi Ain tak suka orang paksa Ain buat sesuatu yang Ain tak suka. Tambah-tambah bila dia agenda lain.”
“Apa yang Ain cakap ni?” Keliru muka mama.
“Mama tanya lah dia sendiri.”
“Abah tak faham la apa masalah kamu berdua ni. Apa yang Ain cakap ni Adi?” Sekarang semua mata sudah terarah pada Fuadi. Senyuman sinis tersungging di bibir Ain . Dia nampak riak wajah tak puas hati Fuadi pada dia. Hmmm..apa yang nak dikisahkan!
“Saya pun tak tahu apa yang susahnya nak balik rumah ummi tu. Bukannya Ain tak biasa. Takkan la nak balik rumah ummi sendiri perlukan sebab jugak.”
Owh..tak nak berterus terang lagi ye. ‘It’s okay. Ain boleh tolong.’
“Bukan sebab Sofea nak balik sini ke? So, bila Ain dengan Aqil balik rumah ummi, senanglah nak tengokkan dua-dua sekali ye. Tak payah nak ulang alik.”
“Owh..Sofea nak balik sini ke?” Ummi ingat lagi rupanya pada Sofea. Hmmm..takkanlah ummi boleh lupa kejadian tu. Pada ummi, Sofea sangat kuat bila dia tak salahkan Ain atas kematian Danish. Tapi bagi Ain, tak siapa tahu apa sebenarnya perasaan Sofea pada Ain sebab mereka memang tak pernah bercakap face-to-face selepas kejadian tu.
“Siapa Sofea?” Lupa pulak Ain dengan Fiza yang duduk di sebelah dia ni. Masa kejadian tu, Fiza duduk dekat kolej. Memang la Fiza tahu yang Ain pernah terlanggar Danish. Tapi setakat tu je la dia tahu. Nama Sofea pastinya memang janggal di telinga Fiza.
Ain pandang muka Fuadi. Rasanya inilah masa yang sesuai. ‘Ain minta maaf. You didn’t give me a choice.’
Isteri kedua dia!”

Semua mata tertumpu pada Fuadi yang sekarang ini seperti pesalah sedang menanti untuk dijatuhkan hukuman. Kenyataan yang baru keluar dari mulut Ain tadi, memang mengejutkan semua. Mama, abah, termasuklah Fiza. Terus abah minta Fiza masuk ke bilik. Ya. Pastinya ada perbincangan serius yang bakal berlaku.
“Sejak bila ni Adi?” Serius muka abah. Ibu bapa mana yang akan menjerit gembira bila anak perempuan dia dimadukan. Tapi, walau marah macam mana sekalipun, tak la sampai nak gunakan kekerasan. Lagipun, apa yang Fuadi buat bukannya salah disisi agama.
“Sebelum kami pergi UK.” Mama yang disebelah Ain sesekali mengesat air mata dia. Memang tak sangka dugaan yang Ain tanggung selama ni sampai macam ni sesekali. Memang dia nampak pergolakan dalam rumah tangga Ain akhir-akhir ni. Tapi, tak pernah pula dia bayangkan ini penyebabnya.
Ain macam orang yang tak berperasaan. Fuadi yang duduk berhadapan dengan dia dipandang selamba. Riak muka Fuadi, Ain tak dapat nak baca. Samada marah, kecewa, sakit hati, Ain tak tahu yang mana satu.
“Kenapa?” Pendek soalan abah. Tapi Ain tahu, jawapan yang abah harapkan pastinya jawapan dengan alasan yang kukuh!
Tanggungjawab. Saya minta maaf sebab saya tak ada alasan yang lagi kukuh. Apa yang saya tahu, saya rasa bertanggungjawab untuk bela nasib Sofea. Dia dah tak ada sesiapa dekat dunia ni. Especially, lepas apa yang dah jadi dekat arwah Danish.”
 Bila perihal Danish dibangkitkan, mata Fuadi terus terarah pada Ain. Tajam mata dia pada Ain. Tapi, Ain tak pasti Fuadi tengah marah sebab Danish ataupun sebab rahsia dia sudah terbongkar.
“Sejak bila Ain tahu?” Ain tak tahu abah tujukan soalan itu pada siapa. Pandangan mata abah jelas pada Fuadi. Tapi, Fuadi pulak pandang dia seolah dia yang kena jawab soalan tu.
“Rasanya Ain boleh jawab kot soalan abah ni.” Sedikit sinis jawapan Fuadi. Okay.Sekarang Ain sudah jelas yang Fuadi tengah tak puas hati dekat dia.
“Ain tahu dari awal lagi. Sebelum dia kahwin lagi dia ada bagitahu Ain.”
“Kalau Ain dah lama tahu, kenapa Ain tak pernah nak cerita dengan mama dan abah?” Mama sudah mula nak terlibat dalam sesi soal menyoal ni.
Sekarang semua mula terarah pada Ain. Macam sekarang ni Ain pula yang jadi pesalah.
“Hmmm..Saya pun nak tahu apa alasan Ain sebab seingat saya, tak pernah pulak saya larang dia bagitahu mama dan abah.”
Pandangan mata Fuadi dibalas tajam. Sakitnya hati Ain bila pandang muka Fuadi sekarang ni. Relax je dia duduk menyandar di sofa dengan tangan bersilang di dada.
“Sebab takkan ada apa yang berubah kalau Ain hebohkan pasal benda ni. Lagipun Ain tak nak mama dan abah susah hati fikirkan pasal Ain.” Perlahan suara Ain.
“So, kenapa ubah fikiran sekarang?” Selamba soalan Fuadi. Ain rasa macam dia dipermainkan suami sendiri. Soalan sensitive macam ni pun dia boleh main tanya macam tu je. Langsung tak fikir perasaan Ain.
Mama dan abah mula menjadi pemerhati. Mungkin untuk beri sedikit ruang buat Ain dan Fuadi menyelesaikan apa yang terbuku di hati.
Tapi, bagi Ain, Fuadi silap besar kalau dia ingat Ain sudah kalah. Sebab dia belum tahu agenda sebenar Ain.
“Sebab Ain nak mama dan abah tahu siapa sebenarnya menantu kesayangan mereka ni. Menantu yang mereka sayang ni pun ada ‘perangai’ jugak.” Terus berubah riak muka Fuadi yang tadinya selamba memandang sinis dekat Ain.
“Now, I want to ask something. Why it can’t be you who’re going to tell them everything? Kalau Ain tak bagitahu tadi, pernah tak  abang terfikir nak bagitahu benda ni dekat mama dan abah?” Ain nampak Fuadi mengetap bibir beberapa kali. Mungkin tengah menahan marah sebab dimalukan Ain depan mama dan abah.
“Hmmm..abah tak tahu macam mana nak cakap pasal kamu berdua ni.” Rasanya abah sudah mula merasakan aura tegang antara Ain dengan Fuadi ni.
“Fuadi, abah tak boleh nak pertikai pasal perkahwinan kamu dengan Sofea. Tipulah kalau abah cakap abah tak marah dengan kamu. Tapi, abah tak boleh nak buat apa sebab keputusan kamu nak kahwin dengan Sofea tu mungkin satu keputusan yang baik.” Abah sudah mulakan mukaddimah ceramah dia.
“Cuma apa yang abah nampak sekarang ni, Ain jelas ada perasaan tak puas hati dengan kamu. Mungkin ada sesuatu yang dia rasa kamu tak dapat nak berlaku adil. Itulah yang susahnya kalau nak berpoligami ni.”
“Ain pulak jangan jadikan alasan suami kahwin lain untuk berlaku biadab dengan suami. Abah tak tahu apa yang Ain tengah rasa sekarang ni. Tapi, selagi boleh, cuba berbincang elok-elok. Kamu berdua dah ada Aqil. Nak buat keputusan apa-apa, fikirlah jugak tentang Aqil.” Tubir mata Ain terasa panas.
Entahlah. Dia rasa lega bila mama dan abah tahu semuanya.Sebab sekarang dia tahu, apapun keputusan yang dia buat, mama dan abah takkan salahkan dia seratus peratus.
“Setakat ni je yang abah dan mama mampu tolong kamu. Kami boleh bagi nasihat, tapi yang buat keputusan,kamu berdua. Bincanglah elok-elok. Selamatkan rumah tangga kamu selagi boleh.”
Ain tahu mama dan abah tengah kecewa. Tapi, Ain bangga dengan mama dan abah. Sebab, mereka boleh terima benda ni dengan tenang. Tak ada la sampai nak menjerit memaksa Fuadi tinggalkan Ain atau sebaliknya. Mereka lebih berdiplomasi.
“Kak Ain, Aqil dah nangis.” Fiza memang menjadi penyelamat. Ain terus bangun masuk ke bilik. Rasanya, duduk dekat luar pun, sudah tak ada apa untuk dibincangkan.
Betul cakap abah. Sebelum buat sesuatu, Ain kena fikirkan tentang Aqil. Tapi, Ain yakin. Aqil akan faham jugak nanti.
“You really impressed me, Ain.” Terkejut Ain dengan suara Fuadi yang tiba-tiba menegur. Tak sedar sejak bila Fuadi masuk ke bilik. Ralit sangat dia perhatikan Aqil yang sudah kembali lena.
“What have I done to impress you?”
“Tadi tu sengaja nak malukan abang depan mama dan abah kan?” Serius suara Fuadi.
“That’s your fault. Abang yang mulakan dulu.”
“Tu la. Kenapa abang tak pernah terfikir yang Ain boleh pergi sejauh tu. Sanggup tu jatuhkan maruah abang depan mama dan abah.” Fuadi gelak kecil. Sinis sangat Ain dengar.
“You gave me no choice. By the way, Ain setuju balik rumah ummi esok.” Fuadi pandang Ain. Tajam. Kalau dilihatkan sikap Ain tadi, dia tak percaya yang Ain senang-senang boleh setuju dengan arahan dia. Pasti ada sesuatu yang Ain rancangkan!









1 comment: