“Abah, saya nak minta izin bawak Ain balik rumah ummi esok.”
Ain yang tengah bersembang dengan Fiza terus terdiam. Tajam pandangan mata dia
pada Fuadi. Tak sangka Fuadi boleh terfikir cara licik macam ni. Ingatkan Fuadi
dah cukup faham bila dia tak setuju petang tadi.
Patut la Fuadi tak jadi balik rumah ummi siang tadi. Sebab
dia tengah tunggu peluang nak buat rancangan licik dia rupanya. Ye la, waktu
lepas asar macam ni, memang abah dan ummi selalu lepak depan tv. Kalau dia
balik rumah ummi, melepas la peluang dia.
“Eh, kenapa nak minta izin abah pulak. Ain kan memang dah hak
Adi. Kalau Adi nak bawak Ain pergi mana-mana pun, abah tak ada hak nak halang.”
Sudah Ain agak. Abah memang takkan pernah ada bantahan.
“Ain tak nak.” Fuadi silap kalau dia ingat Ain senang-senang
akan ikut cakap dia. Kalau Fuadi boleh terfikir cara licik macam ni, Ain pun
ada cara dia tersendiri.
“Ain...” Keras suara abah. Pastinya dia tak suka melihat
perangai Ain yang macam ni.
“Kenapa tiba-tiba? Adi tak bincang dengan Ain dulu ke?”
Nampaknya mama lebih suka mengambil langkah berdiplomasi.
“Dia dah bagitahu. Ain yang tak setuju. Sebab tu la kot dia
gunakan abah untuk pujuk Ain.” Pedas sindiran Ain. Muka Fuadi pun sudah berubah
riak. Pastinya dia terkejut dengan sikap Ain yang sekarang ni. Mana pernah
selama ni Ain berkurang ajar dengan dia di depan ahli keluarga yang lain.
“Ain, kenapa kurang ajar sangat ni!” Abang dah hilang sabar
dengan Ain nampaknya.
“Maaf bah. Bukan Ain nak kurang ajar. Tapi Ain tak suka orang
paksa Ain buat sesuatu yang Ain tak suka. Tambah-tambah bila dia agenda lain.”
“Apa yang Ain cakap ni?” Keliru muka mama.
“Mama tanya lah dia sendiri.”
“Abah tak faham la apa masalah kamu berdua ni. Apa yang Ain
cakap ni Adi?” Sekarang semua mata sudah terarah pada Fuadi. Senyuman sinis
tersungging di bibir Ain . Dia nampak riak wajah tak puas hati Fuadi pada dia.
Hmmm..apa yang nak dikisahkan!
“Saya pun tak tahu apa yang susahnya nak balik rumah ummi tu.
Bukannya Ain tak biasa. Takkan la nak balik rumah ummi sendiri perlukan sebab
jugak.”
Owh..tak nak berterus terang lagi ye. ‘It’s okay. Ain boleh
tolong.’
“Bukan sebab Sofea nak balik sini ke? So, bila Ain dengan
Aqil balik rumah ummi, senanglah nak tengokkan dua-dua sekali ye. Tak payah nak
ulang alik.”
“Owh..Sofea nak balik sini ke?” Ummi ingat lagi rupanya pada
Sofea. Hmmm..takkanlah ummi boleh lupa kejadian tu. Pada ummi, Sofea sangat
kuat bila dia tak salahkan Ain atas kematian Danish. Tapi bagi Ain, tak siapa
tahu apa sebenarnya perasaan Sofea pada Ain sebab mereka memang tak pernah
bercakap face-to-face selepas kejadian tu.
“Siapa Sofea?” Lupa pulak Ain dengan Fiza yang duduk di
sebelah dia ni. Masa kejadian tu, Fiza duduk dekat kolej. Memang la Fiza tahu
yang Ain pernah terlanggar Danish. Tapi setakat tu je la dia tahu. Nama Sofea
pastinya memang janggal di telinga Fiza.
Ain pandang muka Fuadi. Rasanya inilah masa yang sesuai. ‘Ain
minta maaf. You didn’t give me a choice.’
“Isteri kedua dia!”
Semua mata tertumpu pada Fuadi yang sekarang ini seperti
pesalah sedang menanti untuk dijatuhkan hukuman. Kenyataan yang baru keluar
dari mulut Ain tadi, memang mengejutkan semua. Mama, abah, termasuklah Fiza.
Terus abah minta Fiza masuk ke bilik. Ya. Pastinya ada perbincangan serius yang
bakal berlaku.
“Sejak bila ni Adi?” Serius muka abah. Ibu bapa mana yang
akan menjerit gembira bila anak perempuan dia dimadukan. Tapi, walau marah
macam mana sekalipun, tak la sampai nak gunakan kekerasan. Lagipun, apa yang
Fuadi buat bukannya salah disisi agama.
“Sebelum kami pergi UK.” Mama yang disebelah Ain sesekali mengesat
air mata dia. Memang tak sangka dugaan yang Ain tanggung selama ni sampai macam
ni sesekali. Memang dia nampak pergolakan dalam rumah tangga Ain akhir-akhir
ni. Tapi, tak pernah pula dia bayangkan ini penyebabnya.
Ain macam orang yang tak berperasaan. Fuadi yang duduk
berhadapan dengan dia dipandang selamba. Riak muka Fuadi, Ain tak dapat nak
baca. Samada marah, kecewa, sakit hati, Ain tak tahu yang mana satu.
“Kenapa?” Pendek soalan abah. Tapi Ain tahu, jawapan yang
abah harapkan pastinya jawapan dengan alasan yang kukuh!
“Tanggungjawab. Saya minta maaf sebab saya tak ada alasan
yang lagi kukuh. Apa yang saya tahu, saya rasa bertanggungjawab untuk bela
nasib Sofea. Dia dah tak ada sesiapa dekat dunia ni. Especially, lepas apa yang
dah jadi dekat arwah Danish.”
Bila perihal Danish
dibangkitkan, mata Fuadi terus terarah pada Ain. Tajam mata dia pada Ain. Tapi,
Ain tak pasti Fuadi tengah marah sebab Danish ataupun sebab rahsia dia sudah
terbongkar.
“Sejak bila Ain tahu?” Ain tak tahu abah tujukan soalan itu
pada siapa. Pandangan mata abah jelas pada Fuadi. Tapi, Fuadi pulak pandang dia
seolah dia yang kena jawab soalan tu.
“Rasanya Ain boleh jawab kot soalan abah ni.” Sedikit sinis
jawapan Fuadi. Okay.Sekarang Ain sudah jelas yang Fuadi tengah tak puas hati
dekat dia.
“Ain tahu dari awal lagi. Sebelum dia kahwin lagi dia ada
bagitahu Ain.”
“Kalau Ain dah lama tahu, kenapa Ain tak pernah nak cerita
dengan mama dan abah?” Mama sudah mula nak terlibat dalam sesi soal menyoal ni.
Sekarang semua mula terarah pada Ain. Macam sekarang ni Ain
pula yang jadi pesalah.
“Hmmm..Saya pun nak tahu apa alasan Ain sebab seingat saya,
tak pernah pulak saya larang dia bagitahu mama dan abah.”
Pandangan mata Fuadi dibalas tajam. Sakitnya hati Ain bila
pandang muka Fuadi sekarang ni. Relax je dia duduk menyandar di sofa dengan
tangan bersilang di dada.
“Sebab takkan ada apa yang berubah kalau Ain hebohkan pasal
benda ni. Lagipun Ain tak nak mama dan abah susah hati fikirkan pasal Ain.”
Perlahan suara Ain.
“So, kenapa ubah fikiran sekarang?” Selamba soalan Fuadi. Ain
rasa macam dia dipermainkan suami sendiri. Soalan sensitive macam ni pun dia
boleh main tanya macam tu je. Langsung tak fikir perasaan Ain.
Mama dan abah mula menjadi pemerhati. Mungkin untuk beri
sedikit ruang buat Ain dan Fuadi menyelesaikan apa yang terbuku di hati.
Tapi, bagi Ain, Fuadi silap besar kalau dia ingat Ain sudah
kalah. Sebab dia belum tahu agenda sebenar Ain.
“Sebab Ain nak mama dan abah tahu siapa sebenarnya menantu
kesayangan mereka ni. Menantu yang mereka sayang ni pun ada ‘perangai’ jugak.”
Terus berubah riak muka Fuadi yang tadinya selamba memandang sinis dekat Ain.
“Now, I want to ask something. Why it can’t be you who’re
going to tell them everything? Kalau Ain tak bagitahu tadi, pernah tak abang terfikir nak bagitahu benda ni dekat
mama dan abah?” Ain nampak Fuadi mengetap bibir beberapa kali. Mungkin tengah
menahan marah sebab dimalukan Ain depan mama dan abah.
“Hmmm..abah tak tahu macam mana nak cakap pasal kamu berdua
ni.” Rasanya abah sudah mula merasakan aura tegang antara Ain dengan Fuadi ni.
“Fuadi, abah tak boleh nak pertikai pasal perkahwinan kamu
dengan Sofea. Tipulah kalau abah cakap abah tak marah dengan kamu. Tapi, abah
tak boleh nak buat apa sebab keputusan kamu nak kahwin dengan Sofea tu mungkin
satu keputusan yang baik.” Abah sudah mulakan mukaddimah ceramah dia.
“Cuma apa yang abah nampak sekarang ni, Ain jelas ada
perasaan tak puas hati dengan kamu. Mungkin ada sesuatu yang dia rasa kamu tak
dapat nak berlaku adil. Itulah yang susahnya kalau nak berpoligami ni.”
“Ain pulak jangan jadikan alasan suami kahwin lain untuk
berlaku biadab dengan suami. Abah tak tahu apa yang Ain tengah rasa sekarang
ni. Tapi, selagi boleh, cuba berbincang elok-elok. Kamu berdua dah ada Aqil.
Nak buat keputusan apa-apa, fikirlah jugak tentang Aqil.” Tubir mata Ain terasa
panas.
Entahlah. Dia rasa lega bila mama dan abah tahu
semuanya.Sebab sekarang dia tahu, apapun keputusan yang dia buat, mama dan abah
takkan salahkan dia seratus peratus.
“Setakat ni je yang abah dan mama mampu tolong kamu. Kami
boleh bagi nasihat, tapi yang buat keputusan,kamu berdua. Bincanglah elok-elok.
Selamatkan rumah tangga kamu selagi boleh.”
Ain tahu mama dan abah tengah kecewa. Tapi, Ain bangga dengan
mama dan abah. Sebab, mereka boleh terima benda ni dengan tenang. Tak ada la
sampai nak menjerit memaksa Fuadi tinggalkan Ain atau sebaliknya. Mereka lebih
berdiplomasi.
“Kak Ain, Aqil dah nangis.” Fiza memang menjadi penyelamat.
Ain terus bangun masuk ke bilik. Rasanya, duduk dekat luar pun, sudah tak ada
apa untuk dibincangkan.
Betul cakap abah. Sebelum buat sesuatu, Ain kena fikirkan
tentang Aqil. Tapi, Ain yakin. Aqil akan faham jugak nanti.
“You really impressed me, Ain.” Terkejut Ain dengan suara
Fuadi yang tiba-tiba menegur. Tak sedar sejak bila Fuadi masuk ke bilik. Ralit
sangat dia perhatikan Aqil yang sudah kembali lena.
“What have I done to impress you?”
“Tadi tu sengaja nak malukan abang depan mama dan abah kan?”
Serius suara Fuadi.
“That’s your fault. Abang yang mulakan dulu.”
“Tu la. Kenapa abang tak pernah terfikir yang Ain boleh pergi
sejauh tu. Sanggup tu jatuhkan maruah abang depan mama dan abah.” Fuadi gelak
kecil. Sinis sangat Ain dengar.
“You gave me no choice. By the way, Ain setuju balik rumah
ummi esok.” Fuadi pandang Ain. Tajam. Kalau dilihatkan sikap Ain tadi, dia tak
percaya yang Ain senang-senang boleh setuju dengan arahan dia. Pasti ada
sesuatu yang Ain rancangkan!
GILA LAKI NIE...
ReplyDelete