SKUTER berwarna
biru muda itu ditenungnya banyak kali. Tak cukup dari bahagian hadapan, dia
mengalihkan tubuhnya ke kiri dan ke kanan untuk melihat dari sudut lain pula.
Aina Cempaka tersenyum puas hati. Seluar pendek paras lutut yang dipakai
dibetulkan kedudukannya agar lebih selesa. Bangga punya skuter baru. Bau kedai
pun tak hilang lagi!
“Jangan ditenung
lama-lama, nanti hilang. Manalah tau kut-kut ada perompakbersiri ke apa kat
taman perumahan kita ni. Mmmm...gigit jarilah orang tu nanti,” usik Suzy. Menghirup
segelas minuman sejuk dimuka pintu rumah sewa mereka.
“Cabul
betullah mulut kau ni. Agak-agaklah sikit bercakap tu!” Aina Cempaka
menjegilkan biji matanya yang sedia bulat.
“Marah
pulak. Aku main-main ajelah. Itu pun nak ambik hati ke? Ni dah berapa kali kau
gilap, hah? Kilat semacam je aku tengok.”Suzy cuba menyentuh permukaan skuter.
“Eh jangan
pegang-pegang! Habis nanti bercap.” Aina Cempaka menepis tangan teman
serumahnya.
“Pegang pun tak boleh ke? Kedekut betullah
minah ni,” rajuk Suzy. Memucungkan bibir.
“Merajuk
pulak dah. Nak buat macam mana ni je yang aku mampu...bila ada rezeki lagi,
bolehlah beli sebijik Kancil macam kau,” ucap Aina Cempaka. Menjuihkan bibir
kearah sebuah kereta Kancil berwarna hitam milik Suzy.
“Okey, bila
kau dah start kerja nanti dan dapat
gaji...bolehlah bawak aku jalan-jalan naik scooter
kau yang kiut miut ni ek?” pancing Suzy.
“Ya… Cik
Suzilah. Akan aku penuhi permintaan mu itu.” Aina Cempaka mencuit pipi sahabat
karibnya. Mereka tergelak serentak.
“Malam ni boyfriendsimpanan kau tak ajak keluar ke?
Maklumlah, setiap malam sabtu mesti korang dating,”
kata Suzy dengan ketawa yang masih bersisa.
“Boyfriend?”
“Abang
arkitek kau tu lah, siapa lagi?!”
“Eh, tolonglah!
Berapa kali aku nak cakap yang dia tu kawan aku. Kawan! Faham tak? Tak lebih
daripada itu. Titik!” tegas Aina Cempaka. Membayangkan wajah Mohsin. Mulutnya
tiba-tiba mengukirkan senyuman. Bercinta dengan Mohsin? Eh, mustahilah!
“Tapi aku
tak nampak pun dia layan kau macam tu. Mmmm jangan-jangan...”
“Jangan-jangan
apa?” Aina Cempaka mencubit pingang Suzy.
“Adoi, sakitlah!
Kau ni ganas betullah.” Suzy mengusap kesan cubitan berapi. Aina Cempaka memang
terkenal dengan seni cubitan halusnya. Sekali terkena, pasti tercabut lapisan isi
kulit!
Deruman
kereta BMW 7 Series menghentikan senda ketawa mereka. Seorang lelaki berbaju
kemeja ungu keluar daripada perut kereta. Melambai-lambaikan tangan dari jauh.
“Hah! Tu
dia kawan kau dah sampai. Panjang umur dia. Kalau macam tu aku masuk dululah
ye. Malas nak kacau pasangan yang tengah hangat bercinta ni. Bye!” Suzy segera berlari masuk ke dalam
rumah. Membiarkan merpati dua sejoli melepaskan rindu masing-masing. Tak mahu
jadi ulat penganggu.
“Kenapa
dengan Suzy tu...macam nampak hantu je. Muka handsome macam aku ni ada rupa hantu ke?”Mohsin membelek wajahnya
yang putih bersih dicermin sisi skuter milik Aina Cempaka.
“Habislah
retak cermin motor aku nanti!” Aina cempaka pantas menarik cuping telinga
lelaki itu.
“Adoi,
sakitlah!”
“Rasakan. Kau
ingat motor ni apa? Cermin ajaib! Nak suluh muka kau yang jambu tu 24 jam?! Aku
beli cash tau.” Aina Cempaka bercekak
pingang. Panas hati betul dibuatnya.
“Garangnya
mak nenek. Tak apa… walaupun kau garang macam mak nenekaku tetap suka.
Tambah-tambah lagi dengan parut yang berseni kat dahi kau tu. Comel sangat!”
ucap Mohsin dengan ketawa.
“Banyaklah
kau. Ada apa datang pagi-pagi buta ni?” soal Aina Cempaka. Mohsin tersenyum
penuh makna. Matanya dikedip-kedipkan. Minta sesuatu. Tahulah Aina Cempaka.
Taktik biasa!
“Dia dah
mula dah...” rungut Aina Cempaka.
“Jomkita keluar
malam ni nak tak? Aku belanja.”
“Aku dah agak
dah. Mmmm… tak bolehlah. Kalau esok boleh. Sebab aku nak beli barang sikit.”
Mohsin berfikir sejenak dengan jawapan yang diberikan Aina Cempaka.
“Tapi...” kata-kata
Mohsin tergantung.
“Apa?”
“Kita naik
motor baru nak tak? Baru best...
berangin je.” sambung Mohsin.
“Iyalah.
Pukul berapa?”
“Dalam
pukul 11 pagi esok aku datang. Boleh?”
“Okey.
Tapi, jangan lambat pulak.”
“Okey,
nanti jumpa ek? Pakai cantik-cantik sikit.” Mohsin melangkah perlahan menuju
kearah keretanya diluar garaj. Memberikan senyuman manis kepada Aina Cempaka.
“Bye, mak nenek,” ucap Mohsin sebelum
menghidupkan enjin keretanya dan memecut laju sehingga hilang daripada
pandangan Aina Cempaka. Aina Cempaka hanya tersenyum dan mengeleng-gelengkan
kepalanya. Mohsin tetap Mohsin! Sememangnya lelaki itu tidak pernah berubah.
Dari kecil sampai dewasa perangainya tetap sama. Suka mengusik.
MOHSIN tersenyum
lagi. Kali ini senyumannya penuh tekad. Dia membetulkan kedudukanya diatas kerusi
empuk. Laci meja diselak cermat. Bekas kecil berwarna merah hati itu
digengamnya kuat. Membukanya perlahan. Sebentuk cincin bertatahkan berlian
putih bermain-main dijari-jemarinya. Bersinar takkala terkena cahaya lampu.
Mohsin cuba
membayangkan wajah Aina Cempaka. Pasti tidurnya pada malam ini tidak lena. Entah
apalah yang akan berlaku esok? Hatinya berbolak-balik. Kertas kerja yang
memenuhi ruang di atas meja diabaikan sekejap. Tiada mood untuk menyambung lukisan pelan projek pembangunan yang baru
dirancang dan diterima beberapa hari yang lalu.
“Betul ke apa
yang kau buat ni Sin?” Mohsin merungut sendiri. Memutarkan sebatang pensel
diatas meja.
“Terima,
tolak. Terima, tolak. Eh, terimalah!” ucapnya penuh teruja. Mata pensel yang sering
menunjukkan arah yang bertentangan, kini beralih arah. Tepat menghala kepadanya.
Lelaki bertubuh sederhana dan tinggi lampai itu melompat gembira.
“Yes! Kahwin jugak kau Sin. Tahniah!” Mengengam
tangannya penuh semangat. Cita-citanya untuk memiliki seorang wanita yang
bernama Aina Cempaka akan tercapai. Wanita itu akan dipegangnya ketat-ketat
seperti mana dia mengenggam cincin berlian di dalam tangannya. Yakin, Aina
Cempaka akan menerima lamaranya esok. Mohsin tak pernah ragu tentang keputusan
ini.
No comments:
Post a Comment