BAB 4
“ENCIK IQBAL nak
ke mana ni? Tak nak makan tengahari dulu ke?” soal Mak Melor di dapur sebaik
sahaja melihat Faiz Iqbal berpakaian segak dengan kemeja putih bertali leher
merah.
Apabila
bertemu dengan klien atau menghadiri mesyuarat, Faiz Iqbal lebih selesa
mengenakan tali leher berwarna merah. Merah melambangkan ‘penguasaan’.
Penguasaan untuk memonopoli sesuatu keputusan. Itu prinsip Faiz Iqbal.
“Saya nak
keluar kejap. Nak jumpa client.” Faiz
Iqbal mendekati Mak Melor yang sedang menanak nasi.
“Hari cuti
macam ni pun nak jumpa client ke?
Rehatlah sikit.”
“Kerja macam
saya ni tak boleh rehat Mak Melor. Sebab setiap peluang yang ada saya mesti
rebut. Kalau tak, melepas ke tangan orang lainlah jawabnya. Mmmm...Mak Melor
masak apa hari ni?” Faiz Iqbal mengintai dibawah tudung saji. Kembang kempis hidungnya
mengambil bau.
“Hari ni
istimewa sikit. Mak Melor masak asam pedas ikan pari. Dulu, masa kecik-kecik Encik
Iqbal suka makan lauk ni.”
“Betullah
tu... ingat lagi Mak Melor ye. Tapi, tengahari ni saya ada lunch dengan client.
Balik nanti baru saya makan,” balas Faiz Iqbal. Mengosok-gosok perutnya yang
berkeroncong.
“Balik
nanti mesti Encik Iqbal dah kenyang. Sempat lagi ke nak makan?”
“Sempat je.
Lagipun, siapa yang boleh tolak asam pedas Mak Melor. Asam pedas yang
betul-betul legend. Sampai menyentap,
tersentap gitu!” puji Faiz Iqbal sepenuh hati. Mak Melor membalasnya dengan
senyuman.
“Petang ni
Mak Melor baliklah awal. Tak payah tunggu saya. Saya balik lewat sikit,” pesan
Faiz Iqbal.
“Iyalah,”
jawap Mak Mak Melor.
Faiz Iqbal
meninggalkan kondominium mewahnya. Menuruni lif menuju ke tempat parkir di aras
bawah tanah. Langkahnya bersahaja. Membuka pintu kereta tanpa sebarang perasaan
curiga. Tidak menyedari dua pasang mata lelaki sedang memerhati. Dua orang
lelaki yang bertubuh besar didalam sebuah kereta bercermin gelap itu hanya
menunggu masa yang sesuai untuk menyergah.
“Macam mana
nibro? Nak tunggu lagi ke? Dah
seminggu kita follow mamat ni. Aku
dah tak tahan ni. Tangan aku dah gatal ni nak pandu uji kereta dia tu,” luah
lelaki ditempat duduk pemandu.
“Sabarlah brader. Sikit lagi. Kita bagi dia makan
umpan dulu... bila dah ngap, baru kita sentap,” kata lelaki bertopi hitam.
“Umpan?”
soal lelaki ditempat duduk pemandu dengan wajah yang berkerut-kerut.
“Kau ni
bengonglah. Kita tunggulah sampai dia lalu kat jalan sunyi ke apa. Macam
selalu, bila dah clear... barulah
kita mula projek. Itu pun kau tak boleh fikir ke?!” hambur lelaki bertopi hitam
itu. Susah melayan rakan subahat yang berfikiran agak kurang cerdik. Tak ada
pendirian dan taktik sendiri. Payah!
“Aku tahulah!
Kau guna ayat berbunga-bunga sangat. Manalah aku nak faham. Apa-apa pun, otak
kau memang bergeligalah.” Sambung kawannya dengan ketawa.
“Bergeliga-bergeliga
jugak.Kau gerak sekarang! Nanti melepas pulak.”Mereka mula bergerak keluar dari
kawasan parkir. Mengekori punggung kereta Faiz Iqbal yang mula meninggalkan
kawasan parkir. Kali ini mereka mesti berjaya. Tiada lagi belas kasihan.
Selang beberapa
minit memandu, Faiz Iqbal menerima panggilan telefon. Menghentikan kenderaannya
dibahu jalan. Keadaan di sekeliling nampak sunyi dan agak lengang.Hanyabeberapa
buah kenderaan sahaja yang kelihatan melintasi jalan tersebut.
“Waalaikumusalam.
Datuk...” sapanya. Menjawab panggilan telefon Datuk Mazlan.
“Ada apa
Datukcall ni? Kenapa tak tunggu saya
kat restoren je? Saya tengahon the way
ni. Sikit lagi sampailah.”
“I ada hal nak bagitahu you ni. Sebenarnya, I dah ada tender baru untuk projek pembinaanshopping mall kat Ampang nanti. Terlupa pulak nak cakap awal-awal,”
ucap Datuk Mazlan dengan ketawa besar.
“Apa? Tak
guna punya orang tua!” jerit Faiz Iqbal. Mungkin tender yang dijanjikan dengan
Ibunda Coorperation sudah diambil alih oleh syarikat pembinaan lain. Memang tak
gunalah usahanya selama ini mengampu orang tua kutuk ini!
“Apa youcakap tadi? Maaf, I tak jelas,” soal Datuk Mazlan.
“Errrr.... tak. Maksud saya, Datuk bukak tender
dengan siapa?” Faiz Iqbal ingin tahu. Cuba mengorek rahsia.
“I dan sign agreement dengan Kenyalang Properties,” balas Datuk Mazlan.
Hampir menyirap darah Faiz Iqbal mendengarnya. Kenyalang Properties musuh
ketatnya. Dasar pencuri!
“Tapi… Datuk kan dah janji dengan saya. Lagipun kita
kan dah kenal lama. Dah biasa sangat bab handleprojek
yang macam ni. Kenapa Datuk pilih Kenyalang Properties pulak?” Faiz Iqbal cuba
berlembut pula. Manalah tahu tiba-tiba Datuk Mazlan mahu mengubah rencana.
“You should more understand Iqbal. Business is business, private matterI
takkan masukkan dalam hal bisnes kita,” ucap Datuk Mazlan. Agak berlagak dalam
nada suaranya. Mula membongkak.
“Kalau dia
boleh bagi kau perempuan, aku pun boleh bagilah! Tak guna punya orang tua
kutuk!” hamun Faiz Iqbal. Segera memutuskan talian telefon. Hilang sudah
kesabarannya. Telefon bimbitnya dihempaskan sekuat hati. Jatuh terlerai didasar
kereta.
Nafasnya
turun naik menahan marah. Pasti orang tua kutuk itu sudah mendapat habuan dengan
perjanjian yang dibuatnya. Jantan kerepot tak sedar diri! Dah berbini dua,
masih lagi nakkan perempuan lain. Pantang nampak perempuan berdahi licin, habis
dikebasnya. Itulah salah satu sebab Faiz Iqbal benci perempuan cantik! Makinya
dalam hati.
“Hoi,
keluar sekarang!”cermin kereta diketuk berkali-kali.
Faiz Iqbal
tersentak. Dua orang lelaki bersenjatakan parang itu mengugut akan memecahkan
cermin kereta jika kehendak mereka tidak dipenuhi. Wajah mereka berselindung
disebalik topeng bermuka hantu. Teragak-agak Faiz Iqbal membuka pintu kereta.
Terasa ngilu urat sarafnya. Di saat ini, nyawa lebih penting daripada
harta-benda.
Sebaik sahaja
pintu dibuka, tubuh Faiz Iqbal direntap menghadap rapat ke badan kereta.
Kedua-dua belah tangannya dilipat kebelakang. Parang tajam diarahkan ke
lehernya. Bagai nyawa dihujung tanduk, Faiz Iqbal terpaksa mengeluarkan dompet
dan membuang jam tangannya ke atas jalan. Mengikut arahan penyamun.
Seorang
penyamun membuka dompet milik Faiz Iqbal. Memeriksanya sebelum mencampakkan
sekeping wang kertas bernilai RM10 ke atas tanah.
“Nah! Buat
tambang balik,” katanya sambil ketawa.Mereka segera memecut laju kereta mewah
milik Faiz Iqbal. Meninggalkannya pemuda malang itu terkontang- kanting dibahu
jalan.
“AKU nak tanya
kau sikit ni?” soal Mohsin. Mengenggam bekas cincin berbaldu merah dibawah
meja. Meja makan untuk kekasih yang ditempahnya semalam akan menjadi saksi
lafaz cinta mereka berdua. Amat berbaloi servis di restoren mewah ini walaupun
terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi untuk gadis idamannya.
“Tanyalah.”
kata Aina Cempaka. Gadis berblaus kuning dengan skrit labuh itu membelek-belek
buku menu.
“Tapi, kau
kena jujur tau?”
“Macam mana
aku nak jujur kalau kau tak tanya lagi, Encik Abang hoi?!”
“Okey.
Baik…” Mohsin menarik nafas dalam.
“Mmmm… apa
kau rasa tentang aku?”
“Rasa ni...
mesti sedap. Jomlah try!” ucap Aina Cempaka. Menunjukkan telunjuknya pada
gambar chiken chop didalam buku menu.
Mohsin mengeluh hampa.
‘Boleh
pulak mak nenek ni tak dengar apa yang aku cakap!’ rungutnya dalam hati. Tapi,
tak mengapa. Mohsin perlu tenang. Jangan tergopoh-gapah. Hati Aina Cempaka
perlu dijaga.
“Iyalah tu.
Kita orderyang ni,” ujar Mohsin
sebelum membuat pesanan kepada pelayan.
“Aku nak
tanya kau sikit ni. Dengarlah betul-betul.” Mohsin bersuara lagi.
“Apanya?’
balas Aina Cempaka. Acuh tak acuh.
“Kau
perasan tak? Dari kecik sampai ke besar kita berkawan. Kau tak rasa bosan ke
hidup macam ni?” Mohsin cuba berbasi-basi.
“Bosan?
Taklah. Kenapa aku nak rasa macam tu pulak,” jawap Aina Cempaka terkebil-kebil.
Kurang mengerti maksud Mohsin. Entah apa pula lelaki ini merepek?!
“Kau dengan
aku kan dah lama kenal. Aku cuma nak tahu...kau sayang aku ke tak? Macam...”
Mohsin diam sekejap. Tangannya mengeluarkan bekas cincin daripada saku. Sudah
bersedia untuk membuat kejutan.
“Macam-macamlah
kau ni. Memanglah aku sayang kat kau. Siapalah yang tak sayang abang sendiri. Kau
tau tak? Kau tu dah macam abang kandung aku...tak ada kau, samalah macam tak
ada aku. Apalah… itu pun mau tanya lagi ka?” kata Aina Cempaka dengan ketawa selamba.
Menepuk kuat bahu lelaki dihadapannya.
Air wajah
Mohsin serta merta berubah. Niatnya hatinya automatik terbantut. Kotak cincin
dikembalikan semula kedalam saku poket. Terencat misinya hari ini.
“Aku serius
ni...kau memang tak ada apa-apa perasaan kat aku ke?”Mohsin menatap dalam-dalam
mata Aina Cempaka.
“Maksud
kau?” ujar Aina Cempaka. Mula tak keruan.
“Cinta?” ucap
Mohsin.
Aina Cempaka
terus terdiam. Tidak sangka soalan yang ditujukan begitu serius. Jujur, ini di
luar kotak pemikirannya. Hati Aina Cempaka mula resah. Perbualan yang tadinya
hanya bersahaja, kini terasa agak kekok. Makin gila dibuatnya!
“Aku tak
bermaksud macam tu. Aku memang sayang kat kau. Tapi, kasih dan sayang tu tak
ubah macam abang dan adik. Kau janganlah macam ni... aku rasa kekoklah,” jelas
Aina Cempaka lembut.
“Sin...”
panggil Aina Cempaka lagi. Menyentuh lengannya. Mohsin hanya diam dan tidak
menunjukkan sebarang reaksi.
“Arhhh!” Mohsin
tiba-tiba bangun. Menepis jari-jemari Aina Cempaka. Menuju keluar pintu
restoren. Hatinya rasa sakit. Bagaikan dipijak-pijak oleh Aina Cempaka. Sampai
hati Aina Cempaka menolaknya mentah-mentah?! Sakit di hati hanya tuhan saja
yang tahu.
Aina
Cempaka bingkas bangun. Berusaha mengejar Mohsin dari belakang sehingga ke
tempat parkir motorsikal.
Teringatkan
kunci motor masih ada di dalam kocek seluar, Mohsin pantas menghidupkan skuter
milik Aina Cempaka. Memecut laju meninggalkan Aina Cempaka dalam keadaan
kebingungan.
“Mohsin,
aku tau lah kau marah! Tapi janganlah tinggalkan aku sorang-sorang kat sini.
Macam mana aku nak balik!” Aina Cempaka menjerit dengan kuat. Cuba mengejar
dari belakang. Namun sia-sia, kelibat Mohsin bersama skuter kesayangannya sudah
berlalu jauh.
“Hoi,
pulangkan balik scooter akulah!” jerit
Aina Cempaka lagi. Nafasnya tercunggap-cunggap. Tidak mampu mengejar lagi.
Kalau
diikutkan hati, mahu saja dilunyainya si Mohsin tu sampai lembik. Biar dia rasakan
sakitnya hati ini.Kalau hendak pergi, pergi sajalah. Kenapa mesti dilarikan
skuter barunya? Tak guna kau Mohsin! Apa boleh buat? Nampaknya terpaksalah Aina
Cempaka menahan bas untuk pulang ke rumah.
AINA CEMPAKA berjalan lemah longlai
menuju ke kawasan perhentian bas yang berhampiran. Sakit hatinya terhadap
Mohsin masih belum reda. Jika dia jumpa lelaki itu, tahulah nanti! Nasib baik
dia berjaya menahan bas untuk pulang ke rumah setelah sudah hampir satu jam
menunggu.
Keadaan bas
yang agak sesak dan penuh memaksanya untuk berdiri berhampiran pintu bas. Dia
memasukkan beberapa keping duit syiling ke dalam mesin wang di sebelah pemandu.
Mengukirkan senyuman dan berterima kasih kepada pemandu bas setelah menerima
tiket yang dikeluarkan daripada mesin tersebut.
Menaiki bas
awam pada waktu tengahari sebegini sememangnya mencabar. Tiada peluang untuk
duduk kerana semua kerusi sudah penuh. Kebanyakkan kerusi dipelopori oleh warga
asing. Terasa macam bukan di negara sendiri pula.
Bas
berhenti lagi. Kali ini mengambil seorang penumpang pula. Seorang lelaki
berkemeja putih dengan rambutnya yang agak berserabut melangkah masuk. Aina
Cempaka terpaksa memberikan sedikit ruang kepadanya diatas tangga. Membelakangkan
tubuhnya dari lelaki yang kelihatan seperti warga asing itu. Takut-takut jika
berselisihan badan pula. Percuma sahaja kena raba. Sungguh, Aina Cempaka tak
rela!
Tiba-tiba, Aina
Cempaka terasa ada sesuatu yang bergerak-gerak di dalam skrit labuhnya. Agak
geli-geliman rasa betisnya kerana tersentuh benda yang berbulu. Dia pantas
berpaling.
“Tak guna
punya mat bangla! Lu buat apa dalam
kain gua, hah?!”herdik Aina Cempaka
lantas menyepak kuat kepala lelaki itu dengan kasut sneaker yang dipakainya. Semua mata didalam bas tertumpu ke arah
mereka.
“Adoi, sakitlah
bongok!” jerit lelaki itu. Memandang tepat ke wajah Aina Cempaka. Parut didahi
gadis itu ditatapnya. Sedar diri diperhatikan, Aina Cempaka menutup bekas parut
dengan helaian rambutnya.
“Lu jangan main-main sama wa. Nanti wa report sama polis baru lu
tau!” tengking Aina Cempaka. Bengang dengan wajah selamba Mat Bangla yang cuba
membuat gangguan seksual kepadanya. Sesuka hati nak masukan kepala dalam kain
orang. Ingat dia ni siapa?!
“Aku tak
minat kat kaulah perempuan! Look at
yourself...with scar on your face. I'm not interested pun.” kata lelaki itu
sambil melihat wajah Aina Cempaka dengan mimik muka yang menjengkelkan.
Benjolan sebesar telur ayam di dahinya mula kelihatan akibat tendangan maut
Aina Cempaka.
“Melayu
rupanya...aku ingatkan kau mat bangla mana tadi?!” sengaja Aina Cempaka
menguatkan suaranya. Biar lelaki itu tahu. Aina Cempaka bukannya perempuan yang
senang dibuli.
“Kau ingat
kau tu cantik sangat ke? Macamlah aku tak ada kerja nak meraba kau. Hei, tolonglah
angkat kain kau tu sikit! Aku nak ambik duit akulah!” jerit lelaki itu.
Aina
Cempaka terdiam. Sakit hati dengan tutur bicara lelaki dihadapannya. Dia
mengangkat skritnya sedikit. Memang benar, sekeping wang kertas RM10 terlekat
di celah lipatan skritnya. Aina Cempaka cuba mengambil.
“Bak sini!”
jerkah lelaki itu. Kasar. Merampas wangnya daripada tangan Aina Cempaka. Aina
Cempaka tergamam. ‘Kurang ajar punya orang!’ Cemuh hatinya.
“Harap
lepas ni aku tak jumpa kau. Pervert!”jerit
Aina Cempaka kuat.
Aina
Cempaka segera membunyikan loceng. Mengambil keputusan untuk turun dari bas.
Menyampah pula rasanya menghadap muka lelaki ini lama-lama. Hatinya yang sakit
kerana ditinggalkan oleh Mohsin tadi belum reda, kini bertambah sakit pula. Tak
guna kau Mohsin! Bila jumpa lelaki itu nanti, tahulah bagaimana Aina Cempaka
mahu mengajarnya.
FAIZ IQBAL
membuka pintu kondominium. Wajahnya dengan wajah Mak Melor nyaris-nyaris mahu
bertembung dimuka pintu.
“Astaghfirullahazim...terkejut
Mak Melor. Ingatkan siapa tadi. Ni kenapa selekeh sangat ni?” Soal Mak Melor
sambil mengurut dada. Jarang dia melihat Faiz Iqbal begitu rupa. Selalunya,
wajah kusut-masai itu akan kelihatan apabila dia baru bangun tidur.
“Saya kena
samun tadi. Mak Melor dah nak balik ke?” soal Faiz Iqbal agak kurang bermaya.
“Kena
samun?! Dengan siapa? Dah report
polis ke belum. Encik Iqbal tak apa-apa ke ni?” soal Mak Melor berkali-kali.
“Saya tak
apa-apa. Cuma kereta kena kebas… balik tinggal sehelai sepinggang je.” keluhnya
lemah. Menghempaskan tubuhnya diatas sofa. Terasa letih dan pijar urat kaki kerana
terpaksa berjalan jauh.
“Dah report polis ke belum ni? Encik Iqbal
balik naik apa tadi? Jangan buat Mak Melor risau...” ulang Mak Melor.
“Saya dah
buat report, Mak Melor. Naik semput
nafas ni jalan kaki pergi balai tadi. Lepas balik dari balai, saya terus naik
bas. Tak cukup duit tambang rasanya kalau nak ambik teksi.” jawap Faiz Iqbal.
Mengimbas kembali saat dimana penyamun tak guna itu melemparkan sekeping wang
kertas RM10 kepadanya.
Mak Melor
memeriksa tubuh Faiz Iqbal. Manalah tahu kalau-kalau ada luka.
“Kenapa
dengan dahi tu? Biar Mak Melor tuamkan. Tunggukejap Mak Melor ambilkan ais,” tawar
Mak Melor.
“Tak
payahlah Mak Melor. Nanti saya tuamkan sendiri. Sikit je ni… lama-lama baiklah,”
pertahan Faiz Iqbal.
“Tapi.”
“Jangan
risau Mak Melor. Saya okey je. Cuma hati ni je yang sakit. Dahlah tender tak
dapat. Lepas tu kena samun pulak. Huh, naik bas jumpa pulak perempuan gila!
Apalah malang sangat nasib hari ni,” rungut Faiz Iqbal sambil mencebikkan
bibir. Tali lehernya dilucutkan. Rimas.
“Tak baik
cakap macam tu. Kita kena bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi. Nasib baiklah
tak patah kaki tangan. Merungut macam tu maksudnya tak bersyukur. Kufur nikmat
namanya.” Agak pedas ceramah yang diberikan Mak Melor hari ini.
“Iya, saya
salah. Maafkan saya,” akui Faiz Iqbal. Mengangkat kedua-dua belah tangannya.
Tak mahu berbalah lagi.
“Tau pun.
Nanti jangan lupa bagi tau kat Datin. Ke... nak Mak Melor yang bagi tau?” acah
Mak Melor.
“Eh! Tak
payahlah...nanti saya bagi tau sendiri. Lagipun esok saya nak ambik cuti.”
Sebenarnya
Faiz Iqbal tidak mahu Datin Mariam risau tentang dirinya. Jika Datin Mariam
tahu lagi banyaklah ceramah motivasi yang keluar daripada mulut perempuan itu.
“Mak Melor
balik dulu ye? Nanti jangan lupa tuam dahi tu dengan ais. Biar kurang sikit
benjolnya,” pesan Mak Melor sebelum melangkah keluar. Faiz Iqbal hanya
mengangguk dengan senyuman. Tak mahu buat Mak Melur bertambah risau.
Faiz Iqbal
melangkah ke dapur. Membuka peti sejuk dan membalut beberapa ketul ais didalam
tuala bersih. Benjol didahinya dituamkan beberapa kali. Terasa sedikit lega
dahinya walaupun agak pedih disentuh bungkusan ais yang sejuk. Ingatannya
kembali semula didalam bas.
“Kalau
bukan sebab perempuan gila tu, tak mungkin kepala aku kena tendang macam ni.
Apa?! Ingat aku ni bola ke? Hadap sangat
nak masuk kat dalam kain kau tu. Bau je wangi...tapi mulut macam longkang
tersumbat!” hamunnya. Mengenang kembali haruman tubuh perempuan gila yang
bertentangan mata dengannya petang tadi.
LANGKAH kaki Aina
Cempaka tidak keruan. Menyelak langsir tingkap diruang tamu berkali-kali dengan
penuh harapan. Hatinya tidak menentu. Marah, gelisah semuanya ada. Dari petang tadi sampai ke malam kelibat
Mohsin tidak juga muncul-muncul.
“Manalah dia
ni pergi? Kalau ye pun, pulangkanlah motor aku balik!” gomel Aina Cempaka
sendiri.
“Sudahlah
tu. Nanti, besok lusa mesti dia datang. Kau duduk terpacak tunggu kat situ buat
apa? Just relax. Ni tak, dah macam
orang mati laki je aku tengok,” kata Suzy. Mengunyah kerepek pisang sambil
berbaring di atas sofa. Matanya tidak lepas sesaat pun memandang kaca
televisyen.
“Kau ingat senang
ke nak dapat scooter tu?limited edition tau...bukan
calang-calang orang dapat beli. Entah-entah dia dah jual scooter aku kat besi buruk. Dah tu macam mana aku nak kerja esok?
Arhh! Aku rasa macam nak menangis airmata darah je,” rungut Aina Cempaka sambil
mengetuk-getuk tangan ke dinding. Macam filem Hindustan pun ada.
“Takkanlah
dia nak buat macam tu. Aku tak percaya la. Lagipun dia kan memang dah berduit.
Boleh beli kapal selam lagi. Kau nak risau sangat kenapa?” balas Suzy sambil
ketawa.
“Sampai
hati kau gelak. Tak kelakarlah!” pintas Aina Cempaka. Merajuk.
“Alahai!
Cakap sikit je sentap. Lagak je brutal
tapi sensitif kot. Itulah kau...elok-elok dah ada orang nak kau tolak. Kalau
aku la kan, aku takkan lepaskan lelaki sebaik Mohsin tu tau. Macam Lee Min Ho
dalam cerita ni. Dahlah caring, kaya
pulak tu. Mmmm…so sweet. Kalau aku
jumpa lelaki macam ni, confirm tak
cari yang lain,” ucap Suzy penuh perasaan. Merenung sepenuh hati wajah pelakon Korea
Selatan kegilaanya dikaca televisyen.
“Kau ni tak
habis-habis dengan drama Korea. Tak jemu ke? Macamlah... siapa? Man Ho?”
“Lee Min Ho
lah!” perbetul Suzy.
“Hah!
Macamlah si Lee Min Ho tu boleh terjun keluar dari TV tu... bawak kau balik
ikut dia ke Korea. Boleh kahwin lepas tu beranak-pinak kat sana!” usik Aina
Cempaka pula. Mengambil tempat duduk di atas sofa.
“Aku pulak
yang kena?” balas Suzy. Mereka ketawa serentak. Hilang sekejap rasa marah Aina
Cempaka.
“Kenapa kau
tolak lamaran Mohsin? Aku rasa korang macam secocok je,” soal Suzy sebaik
sahaja ketawa mereka mula reda. Aina Cempaka terkelu sebentar. Teringatkan
kejadian petang tadi hatinya berkecamuk. Bukannya dia tak rasa bersalah. Apa
yang Aina Cempaka katakan pada Mohsin
itu betul. Jujur dari dalam hati. Dia takkan menipu mengenai perasaannya
sendiri.
“Aku tak
tau. Aku rasa macam. Macam… peliklah.”
“Apa yang
peliknya?”
“Peliklah
sebab aku tak pernah rasa perasaan tu...”
“Cinta?”
sambung Suzy. Aina Cempaka mengangguk perlahan.
“Apalah kau
ni? Cinta tu boleh dipupuk. Kau cubalah kenal hati dia lebih dalam.”
“Aku dah
lama kenal dia.” sampuk Aina Cempaka.
“Selain mak
aku, dia sorang je abang yang aku ada kat dunia ni. Aku tak pernah terfikir
sejauh tu dan… tak mungkin kut. Sebab dia dah jadi sebahagian dari hidup aku.
Aku dah banyak terhutang budi kat dia.” Airmata Aina Cempaka mula bergenang.
“Aku
berguraulah ajelah. Janganlah emo sangat. Aku tau perasaan kau. Aku pun anak
tunggal... macam kau,” pujuk Suzy. Hatinya mula sebak apabila Aina Cempaka cuba
membangkitkan kisah silamnya.
“Aku
okeylah.” Aina Cempaka memeluk erat tubuh Suzy. Bunyi loceng mengejutkan mereka
berdua. Mungkin ada yang bertandang.
“Tak apa,
biar aku yang tengok. Aku rasa Mohsin tu,” kata Aina Cempaka. Menawarkan diri
membuka pintu.
Sebaik
sahaja pintu rumah dibuka, hanya bunyi deruman kereta yang kedengaran
meninggalkan perkarangan rumah. Skuter berwarna biru muda kini berada dihadapan
pagar utama. Hati Aina Cempaka melonjak kegembiraan. Tergesa-gesa mengenakan
seliparnya dan berlari keluar dari pintu rumah.
Syukurah!
Skuternya sudah kembali. Nasib baik kuncinya juga masih ada. Aina Cempaka
berasa lega. Diatas seat skuternya
terdapat sejambak bunga lily berwarna kuning bersama sekeping kad kecil
bertulis tangan. Pantas Aina Cempaka membuka dan membacanya.
Aku bergurau je petang tadi. Tak ada
niat pun nak takutkan kau. Kau ingat aku nak sangat ke mak nenek macam kau
tu?Kelakarlah kau ni. Ambiklah bunga ni tanda mintak maaf, boleh?
Maaf
dari Sin
“Kelakarlah
sangat buat lawak macam ni. Tinggalkan aku, lepas tu larikan scooter aku macam tak ada apa-apa. Buat
aku suspen je...” rungut Aina Cempaka dengan senyuman.
Lega
rasanya jika lelaki itu tidak terasa dengan kata-katanya. Nasib baik dia hanya
bergurau. Jadi, tidak perlulah Aina Cempaka berfikir panjang lagi. Buat penat
otak. Malam ini, dia perlu mendapatkan rehat yang secukupnya untuk memulakan
kerja esok. Bangga dapat bergelar sebagai seorang setiausaha lagi.
No comments:
Post a Comment