AWAL pagi lagi Aina Cempaka sudah ‘menempah tiket’ di dalam tandas. Mukanya berpeluh-peluh menahan sakit. Macam mahu terkeluar semua isi perutnya. Pedihnya hanya Tuhan sahaja yang tahu. Kalaulah Suzy boleh faham kan bagus!
“Aina,
Aina... apa kau buat dalam toilet tu
lama sangat? Cepatlah, aku pun nak guna toilet
jugak ni!” tempiak Suzy dari luar muka pintu tandas. Perutnya ditekan beberapa
kali. Menahan pedih yang teramat.
“Nanti la
kejap...sikit lagi ni. Kenapa? Kau dah nak terkeluar sangat ke?!” jerit Aina Cempaka
dari dalam.
“Cepatlah!”
Suzy tidak mampu bersabar lagi. Perutnya semakin memulas-mulas. Rasa macam mahu
terberanak pun ada. Tunggu masa saja mahu terkeluar.
“Gunalah toilet kat bilik kau kalau dah tak
tahan sangat.”
“Tak naklah
aku. Toilet kau best, selesa sikit.”
“Iyalah, dah
nak selesai dah ni.” Aina Cempaka membuka pintu tandas.
“Apa yang
kau bagi aku makan semalam, hah?!” soal Suzy sebaik sahaja wajah manis seorang
gadis yang berparut didahi terpacul dimuka pintu.
“Entahlah.
Aku pun tak tahu. Dahlah pagi ni first
day aku masuk kerja. Kau tak apalah boleh ambik MC. Arhh, tension lah macam ni!” rungut Aina
Cempaka dengan rambutnya yang kusut-masai. Teringatkan penangan kari yang
dibelinya dari kedai mamak semalam. Sedap memang sedap. Sampai tiga pinggan dia
kerjakan. Bila pagi tiba, rasalah azabnya!
“Dah lah
tu. Jangan membebel lagi. Sekarang giliran aku. Cepat keluar!” bantah Suzy.
Mengheret lengan Aina Cempaka keluar dari tandas. Tak sanggup lagi menunggu
lama-lama. Hajat yang tersimpan perlu diluahkan. Takut berterabur. Jenuh
mencuci nanti.
Lemah longlai
Aina Cempaka melangkah. Menghempaskan tubuhnya keatas katil. Mencapai botol
minyak panas di atas meja sisi. Hampir penuh minyak panas yang dituangkan
ketapak tangannya. Terasa lega dan berangin apabila perutnya diusap lembut.
Baring terlentang sambil menghadap siling. Beberapa minit kemudian, Suzy keluar
dari tandas. Menekan perut. Sakitnya masih terasa bersisa.
“Aku rasa
kau tak payah masuk kerjalah hari ni lah. Temankan aku cuti kat rumah,” cadang
Suzy. Tersenyum simpul.
“Eh, tak
bolehlah macam tu! Hari ni kali pertama kot. Kalau aku tak datang, habislah
reputasi aku sebagai seorang secretary
yang berkaliber.” Aina Cempaka melarikan jari telunjuknya ke kiri dan ke kanan.
Tak mahu mengalah.
Sudah lama
dia menunggu saat-saat ini. Status penganggur perlu dipadamkan segera dari
kamus hidupnya. Lagipun, sakit perut bukannya boleh dibuat alasan. Alasan itu
hanya untuk orang pemalas yang suka berdalih. Aina Cempaka bukan orang macam
itu!
“Dah tu,
kau ingat kau boleh jadi secretary
yang berkaliberlah kalau dah tercirit-birit dalam office tu?!” ajuk Suzy. Cuba mengejek. Membayangkan apa yang bakal
terjadi.
“Aku dah
okeylah...lepas sapu minyak ni terus sihat. Kau tryla,confirm berkesan,”saran
Aina Cempaka. Suzy membetulkan rambut kerintingnya yang agak berserabut.
Kepalanya digarukan beberapa kali. Rasa was-was pun ada.
“Betul ke
berkesan? Bagi sini aku cuba,” pinta Suzy. Minyak angin bertukar tangan.
“Lepas ni
kita bolehlah pergi kerja sama-sama. Aku tumpang kereta kau ek?” pancing Aina
Cempaka.
“Bertuah
punya kawan! Mmmm… patutlah beriya-iya suruh aku pakai minyak angin ni. Rupanya
ada udang disebalik mee. Isk, isk, tak patut, tak patut.” Suzy melarikan jari
telunjuknya ke kiri dan ke kanan pula. Mengajuk cara.
“Bukan
macam itulah. Aku ikhlas ni. Sementara aku nak beli motor baru, apa kata kalau
kau tumpangkan aku. Jimat sikit duit minyak kereta kau. Kan, kan?” Aina Cempaka
mencuba nasib.
Sebelum ini
Aina Cempaka memang ada menyatakan hasratnya mahu membeli motorsikal baru.
Tapi, dibantah oleh Suzy. Kata Suzy, daripada dia beli motorsikal lebih baik
beli sebuah kereta. Sekurang-kurangnya ada juga tempat berteduh daripada hujan
dan panas matahari. Namun, bukan Aina Cempakalah kalau tak membantah. Dia lebih
selesa dengan motorsikal. Lebih rare
katanya.
“Aku tak
ada hal nak tumpangkan kau. Tapi hari ni perut aku betul-betul sakit la. Dahtak
larat dah nak tanggung. Aku rasa aku nak ambik MC la hari ni. Sorry...”
“Nampaknya
terpaksalah aku datingdengan Pak cik
teksi lagi hari ni.” Aina Cempaka memuncungkan bibir.Agak kecewa. Kali ini gaya
pancingannya tidak mengena.
“Alahai,
merajuk la pulak minah ni! Iyalah, lain kali aku janji. Aku tumpangkan. Cuma
hari ni je aku nak rehat. Boleh?” pujuk Suzy. Aina Cempaka tersengih.
“Alamak!
Dia datang lagi?” kejut Suzy.
“Siapa?”
Terbeliak biji mata Aina Cempaka.
“Toilet!” jerit Suzy. Terus berlari ke
tandas.
“Tak
senonoh punya kawan!” Aina Cempaka mengeleng-gelengkan kepala.
“Dah pukul
berapa ni?! Nanti lambat pulak kau masuk office,”
teriak Suzy dari dalam tandas. Bergema kuat suaranya,
“Alamak,
macam mana ni?!” Aina Cempaka jadi kalut. Mengerling jam yang sudah menunjukkan
angka 7.50 pagi. Baru dia teringat. Dia perlu bertemu dengan Encik Latif
sebelum jam 8 pagi. Habislah! Kelam-kabut dibuatnya.
“Jangan
lupa baca bismillah tau. Nanti tolong kirim salam kat bos kau tu. Okeylah, selamat
bekerja setiausahaku,” usik Suzy. Melambai-lambaikan tangan di muka pintu. Aina
Cempaka tak ada masa mahu melayan. Dia benar-benar sudah lewat. Menahan teksi
ke pejabat.
NAFASAina Cempaka
turun naik. Bergegas pantas menuju ke perkarangan pintu masuk Ibunda
Cooperation. Memeriksa tas tangannya. Mencari-cari pas pekerja yang bercampur
aduk dengan alat solek. Menarik nafas lega sebaik sahaja pas pekerja berada
didalam gengamannya. Langkah diaturnya berhati-hati. Maklumlah,dah lama tak
memakai kasut tumit tinggi, jadi agak kekok sedikit. Selalunya, dia lebih
selesa memakai sneaker. Nasib baik
dia masih mampu mengawal susun atur langkahnya. Barulah nampak macam natural.
Sebaik
sahaja mengimbas pas pekerja, dia menekan butang lif. Pantas melangkah masuk
kedalam kotak lif sebaik sahaja pintunya terbuka. Menekan butang lif menuju ke aras
15 kerana teringat pesanan Encik Latif yang ingin berjumpanya terlebih dahulu
di aras tersebut. Rambut panjang ikalnya dibetulkan agar kelihatan lebih kemas
dan sepadan dengan baju kurung yang baru dibelinya semalam. Tiba-tiba perutnya
kembali memulas.
“Alahai,
perut! Tolonglah jangan buat hal lagi, aku nak cari rezekilah hari ni.” Aina
Cempaka memicit-micit perutnya. Tangannya dipautkan pada besi pemegang. Menahan
perit. Rasa lega sebaik sahaja satu letusan angin berjaya dilepaskan. Dia
menarik nafas lega. Penuh nikmat. Mengibas-gibas belakang punggung. Semoga
angin lalu mampu membawa dan menyedut bau-bauan semulajadi yang tidak diingini
itu.
Tiba-tiba pintu
lif terbuka.
Seorang
lelaki tinggi lampai berkemeja kuning cair melangkah masuk. Aina Cempaka sudah
tidak keruan. Peluh seram sejuk membasahi dahinya. Bimbang jika lelaki di sebelahannya
itu terhidu haruman yang dilepaskan.
Lelaki muda
berkulit sawo matang itu merenungnya. Mereka saling berpandangan. Aina Cempaka
pantas mengukirkan satu senyuman manis kepadanya. Dia hanya melihat sekilas
wajah Aina Cempaka dan terus menghalakan pandangan ke pintu lif. Aksinya nampak
biasa dan selamba. Mungkin bauan yang dilepaskan sudah hilang atau sememangnya
tak berbau. Hati Aina Cempaka mengorak kelegaan.
‘Muka dah handsome. Tapi, sayang… macam asam
keping. Harap-harap kau bukan teman sepejabat aku!’ bisik Aina Cempaka perlahan.
Hanya mampu ketawa dalam hati.
Sampai
sahaja di tingkat berikutnya, pintu lif terbuka lagi. Kali ini dua orang wanita
berumur dalam lingkungan lewat 30-an pula melangkah masuk. Mereka mengukirkan
senyuman kepada lelaki di sebelah Aina Cempaka.Tanpa memberikan sebarang reaksi,
lelaki itu terus bergegas keluar dari kotak lif. Tak tahan duduk lama-lama.
Terasa kembang kempis lubang hidungnya.Menahan kebal.
“Uwek… busuknya
bau. Macam bau bangkai cicak je. Takkanlah cicak boleh mati tersepit kat dalam lif
ni kut?” soal wanita bertudung litup dan bertubuh agak gempal kepada kawannya yang berambut pendek
dihadapan Aina Cempaka.
“Iyalah
Tasnim… busuk gila. Macam bau kentut je.” Wanita berambut pendek itu tergelak
besar. Aina Cempaka hanya membatukan diri dibelakang mereka. Tak sanggup
membuka mulut. Biar mereka membuat spekulasi sendiri. Berpura-pura macam dia tak
bersalah.
“Entah-entah
Encik Iqbal punya kerja kut? Patutlah dia tergesa-gesa keluar tadi. Tak senonoh
betul,” balas wanita yang dipanggil Tasnim itu. Mereka ketawa bersama.
Perasaan
dengan kewujudan Aina Cempaka, baru mereka menoleh ke belakang. Mengukirkan
senyuman.
“Orang baru
ke?” soal wanita berambut pendek.
“Aaaaa...ya,”
jawap Aina Cempaka tergagap-gagap.
“Ni mesti secretary baru kan?” soalnya lagi.
“Ya. Saya
Aina.” Aina Cempaka menghulurkan tangan.
“Saya
Salmah. Nama glamour Sal. Boleh
panggil Kak Sal je. Si gebu manis ni pulaknamanya Kak Tasnim,” perkenal Kak
Salmah.Menyambut mesra tangan Aina Cempaka, diikuti oleh Kak Tasnim.
“Ni nak
jumpa siapa ni?” soal Kak Tasnim sambil membetulkan kedudukan tudung bawalnya
yang agak ke depan.
“Saya nak
jumpa Encik Latif sekejap. Boleh saya tahu kat mana bilik mesyuarat?”
“Nanti keluar
je aras 15, masuk kanan dan jalan straight,
mesti jumpa,” beritahu Kak Tasnim.
“Terima
kasih.” Aina Cempaka mengukirkan senyuman. Menampakan lesung pipitnya.
“Hati-hati
sikit dengan bos kita. Dia tu banyak songeh sikit.” Pesan Kak Tasnim sebelum
mereka melangkah keluar ke aras 14 dengan ketawa yang masih bersisa.
“Adoi,
malunya! Mana aku nak letak muka ni? Nasib baik si asam keping tu je yang
terkena. Kalau dua orang perempuan tu… memang parahlah aku kena bahan.” Bebel
Aina Cempaka sebelum melangkah keluar menuju ke bilik mesyuarat. Tak sanggup
jadi bahan kutukkan dua orang mulut murai tu!
FAIZ IQBALberjalan
mundar-mandir di dalam bilik pejabatnya. Hatinya sakit dan geram dengan berita
yang diterima daripada mulut Encik Latif. Setiausaha?! Sudah muak dia mendengar
perkataan itu. Entah berapa ramai setiausahanya yang telah dipecat sebelum ini.
Tapi,kenapa masih ada lagi jawatan itu?
Selama ini
semua tugasan yang diberikan tidak ada yang gagal. Projek-projek besar bernilai
jutaan ringgit berjaya dirampas daripada syarikat pembinaan lain. Dia sudah
selesa berkerja mengikut caranya sendiri. Apa yang tak cukup lagi? Faiz Iqbal
cuba mengimbas kembali kata-kata Datin Mariam. Rupa-rupanya keputusan ibu
saudaranya itu bukan satu mainan. Dia benar-benar maksudkanya!
Encik Latif
memandang wajah majikannya. Lelaki berusia lewat 40-an itu sebenarnya gentar
untuk menyambung kata-katanya. Dia menarik nafas panjang, mengumpul tenaga
untuk bersuara.
“Saya ikut
arahan Datin je. Datin yang mintak macam tu. Saya tak ada kuasa nak membantah.”
Encik Latif bersuara tersekat-sekat. Dalam hati punyalah berdebar.
“Lagi, apa
yang dia mintak?” Nada Faiz Iqbal tegas.
“Dia
arahkan supaya Encik Iqbal jangan pecat lagi secretary yang syarikat pilih. Kalau tak...”
“Kalau tak
apa?!” tengking Faiz Iqbal. Hampir tercabut jantung orang tua itu dibuatnya.
“Kalau tak
dia takkan serahkan separuh syer syarikat pada Encik Iqbal,”balas Encik Latif.
Satu
keluhan besar dilepaskan oleh Faiz Iqbal. Tangannya pantas mencapai telefon
bimbit diatas meja. Membuat panggilan telefon. Ini memangsudah melampau. Kenapa
susah sangat Datin Mariam nak faham?!
“Mak Ngah tak
boleh buat Iqbal macam ni. Mak Ngah kan tahu yang Iqbal ni...”
“Tak suka
perempuan?! Iqbal...sampai bila Iqbal nak buat perangai macam ni. Satu hari nanti
Iqbal kena kahwin jugak. Ada bini, ada anak-anak.Iqbal tak teringin ke nak ada
semua tu? Lagipun takkan Iqbal nak harapkan Encik Latif je tolong Iqbal. Kesian
orang tua tu.”
Faiz Iqbal
menjauhkan telefon bimbit dari telinganya. Cuba mengajuk dan mengejek semula
apa yang dikatakan oleh Datin Mariam. Sebenarnya dia sudah bosan dan lali
dengan apa yang selalu diperkatakan oleh ibu saudaranya itu.
“Hello, hello...” panggil Datin Mariam
dalam talian.
“Iyalah Mak
Ngah...tapi bukan hari ni. Iqbal tak ready
lagi,” jawab Iqbal agak lembut.
“Kalau
bukan hari ni, bila lagi? Iqbal jangan risau, Mak Ngah dah check resume dia. Tak cantik mana pun, biasa-biasa je. Tak sama
dengan bekas-bekas secretary Iqbal
yang dulu,” pujuk Datin Mariam.
Faiz Iqbal
diam. Tidak menjawap sepatah perkataan pun.
“Okey, fine. Kalau Iqbal tak ready lagi... tak apa. Nanti suruh Encik
Latif tangguhkan secretary tu minggu
depan. Next week, baru suruh dia
masuk kerja, okey?” tambah Datin Mariam lagi.
“Boleh tak
jangan paksa. Stress betullah kalau
macam gini” Faiz Iqbal mengeluh lagi.
“Iqbal...dulu
Iqbal reject semua calon isteri yang
Mak Ngah kenalkan. Takkanlah, secretary
baru yang Mak Ngah nak lantik ni pun Iqbal nak pecat? Come on dear...be mature sikit. Ini semua untuk kebaikan Iqbal jugak.”
“Tak
payahlah Mak Ngah. Kenapa? Mak Ngah tak percaya kat Iqbal ke? Iqbal mampulah handle syarikat kita. Selama ni Iqbal
yang bertungkus-lumus majukan syarikat. Okey je. Tak ada hal pun.”
“Mak Ngah
tau. Iqbal memang dah expert dalam
hal syarikat. Tapi, Iqbal masih perlukan pembantu kan?”
“Encik
Latif kan ada.” Faiz Iqbal memandang wajah Encik Latif dengan senyuman. Encik
Latifsenyum terpaksa. Kelat.
“Encik
Latif kan nak berhenti awal bulan depan. Dia dah hantar surat perletakan
jawatan kat Iqbal bulan lepas. Iqbal dah lupa ke?” Datin Mariam cuba
mengingatkan Faiz Iqbal mengenai surat perletakan jawatan yang telah
dipersetujui oleh mereka bersama sejak beberapa bulan yang lepas.
“Ke...Iqbal
nak Mak Ngah tarik balik syer 30% tu?” Datin Mariam menggunakan teknik ugutan
pula.
“Susah
betullah macam ni! Iyalah, iyalah...okey, nanti Iqbal tangguhkan dia.”
“Ingat,
jangan suka-suka nak pecat lagi.”
“Okey.
Iqbal takkan buat lagi. Tapi, Mak Ngah jangan salahkan Iqbal kalau dia berhenti
kerja sendiri.” balas Faiz Iqbal sebelum memutuskan talian telefon.
“Macam mana
Encik Iqbal? Apa kata Datin?” Encik Latif ingin tahu. Tidak sabar mahu berehat
sepenuhnya. Punya majikan seperti Faiz Iqbal bukanlah sesuatu yang membebankan.
Cuma, dia perlukan ruang untuk menghabiskan sisa-sisa masa dengan anak dan
isterinya.
Lagipun,
sudah tiba masanya untuk Faiz Iqbal belajar berdikari. Belajar untuk hormati
orang tua sepertinya. Takkanlah seumur hidup dia mahu menjadi orang suruhan
lelaki yang berumur 31 tahun itu.
“Saya nak
awak tangguhkan dulu kemasukan secretary
baru tu. Suruh dia datang minggu depan,” kata Faiz Iqbal. Ringkas. Encik Latif
hanya mengangguk tanda faham. Sedia menyampaikan arahan.
“Tapi… dia
dah tunggu lama kat bilik dalam mesyuarat. Apa kata kalau Encik Iqbal yang
cakap kat dia. Saya rasa serbasalah pulak nak bagi tau ni,” keluh Encik Latif.
Tiba-tiba baru dia teringatkan Aina Cempaka yang sudah menunggu berjam-jam di dalam
bilik mesyuarat.
“Ini arahan
Datin!” tegas Faiz Iqbal. Buat muka bongkak.
“Baiklah...”
Encik Latif terpaksa akur juga dengan arahan yang diberikan oleh majikannya. Melepaskan
keluhan panjang.
“Inilah
nasib jadi budak bos. Bilalah aku nak tinggalkan tempat ni?!” Rungut Encik
Latif setelah menutup pintu bilik pejabat. Sudah bosan bekerja ikut telunjuk
orang. Bila tiba masanya nanti, pasti dia akan tinggalkan Ibunda Corporation.
Itu matlamat terakhirnya.
AINA CEMPAKA asyik mengerling jam tangannya.
Sudah hampir dua jam dia menunggu. Namun, kelibat Encik Latif tidak juga
muncul-muncul. Tubuhnya yang halus itu sudah rasa kesejukan. Mungkin kerana alat
pendingin hawa yang terlalu rendah suhunya. Atau mungkin dia sendiri yang rasa terlebih
gementar?
Maklumlah,
hari pertama bekerja pasti banyak perkara yang mesti dipelajarinya. Aina
Cempaka mesti memastikan bahawa dia mendapat rakan sekerja yang baik dan mudah
bekerjasama. Taubat dia kali ini! Tak mahu dipecat lagi gara-gara rakan sekerja
yang suka mencari pasal. Pernah juga dia menendang celah kelengkang bosnya.
Iyalah! Orang
tua gatal macam tu patut dapat balasannya. Sudah berbini dua masih lagi gatal
nak merababetis anak dara orang. Dasar tua kutuk tak sedar diri! Aina Cempaka
tersenyum sendiri memikirkan nasibnya dulu. Biarpun dia dipecat oleh bosnya
sendiri, tak apalah.Janji maruah dirinya tidak tercemar.
Pintu bilik mesyuarat dikuak perlahan.
Akhirnya susuk tubuh Encik Latif yang dinantikan muncul. Aina Cempaka berusaha melemparkan
satu senyuman manis.Namun, tiada respon. Encik Latif mengambil tempat duduk
berhadapan Aina Cempaka dengan raut wajah yang serius.
“Dah lama
awak tunggu?” soal Encik Latif. Merenung tepat ke mata Aina Cempaka.
“Taklah
lama sangat. Baru beberapa minit je,” jawap Aina Cempaka. Sedangkan dalam
hatinya tadi mendidih-didih. Menunggu kelibat orang tua ini menerjah masuk ke
bilik mesyuarat.
“Sebelum tu
saya nak minta maaf dulu sebab pihak kami terpaksa tangguhkan dulu kemasukkan
awak. Mmmm... Cik...”
“Cik Aina.”
Aina Cempaka membahasakan dirinya.
“Nanti! Apa
yang Encik Latif cakap tadi? Tangguhkan? Kenapa pulak?” Aina Cempaka kurang
jelas dengan apa yang dibincangkan.
“Kami
terpaksa tangguhkan khimat Cik Aina sampai minggu depan. Mulai minggu depan
baru Cik Aina boleh masuk kerja.” jawab Encik Latif tenang.
“Pulak dah.
Kan Encik Latif dah janji yang hari ni saya boleh masuk kerja? Kenapa nak tunda
sampai minggu depan pulak?” Aina Cempaka masih tidak berpuas hati. Watak
kasarnya mula terkeluar. Bersusah-payah dia bergegas mencari teksi pagi tadi
untuk sampai awal, sekarang terpaksa tangguh pula. Ini mampu membangkitkan
kemarahan!
“Bukan maksud
saya nak mungkir janji, tapi ini arahan daripada pihak atasan. Nak tak nak, awak
kena akur. Kalau tak berminat...awak boleh tarik diri daripada bekerja dengan
syarikat kami. Kalau dah gitu, setakat ini je perbincangan kita. Saya ada
banyak tugas lain nak dibuat ni.” Encik Latif mengangkat punggungnya dari
kerusi. Buat taktik jual mahal.
“Eh, nanti!
Nanti Encik Latif. Kalau suruh saya tangguh dua minggu pun boleh. Tak ada
masalah. Minggu depan saya mula kerja.” Pujuk Aina Cempaka dengan senyuman.
Takut pula kehilangan peluang yang ada.
“Kalau
macam tu baguslah...saya mintak pergi dulu. Jumpa awak minggu depan. Lagi
satu...jangan make-up lebih-lebih
sangat, bos tak suka!”Tegas Encik Latif selamba lalu meninggalkan Aina Cempaka
sendirian.
“Over sangat ke make-up aku ni,” omel Aina Cempaka. Mengeluarkan cermin dari dalam
tas tangannya.
“Tak adalah
teruk sangat. Apa? Kau ingat aku suka sangat ke nak bermekap bagai macam ni? Ni
pun sebab aku nak cover parut kat
dahi aku ni. Mmmm...taklah nampak ketara sangat kan?” rungutnya lagi. Membelek
kesan parut yang tidak berapa kelihatan pada dahi kanan yang berhampiran dengan
ubun rambutnya.
Apapun,
Aina Cempaka tetap bersyukur kerana masih diterima untuk bekerja di Ibunda
Corporation. Bukan senang dia mahu mohon kerja. Lagipun, Ibunda Corporation
merupakan sebuah syarikat pemaju perumahan yang sangat popular dan selalu
mendapat projek-projek besar daripada syarikat swasta mahupun projek kerajaan.
Jadi, tidak hairanlah jika dia sanggup menunggu selama tujuh hari lagi.
Ditambah pula dengan kadar gaji yang cukup lumayan, siapa mampu menolaknya?!
No comments:
Post a Comment